(Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)
SETIU : Musuh-musuh Islam melancarkan pelbagai bentuk ‘serangan’ termasuk strateginya menggunakan saluran media, politik, ekonomi dan lain-lain.
Justeru itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para pendokong gerakan Islam agar mengawasi ‘serangan’ musuh terhadap umat Islam di seluruh dunia.
Menurutnya, terdapat tiga bentuk ‘serangan’ yang perlu difahami oleh para pendokong gerakan Islam termasuk PAS di negara ini.
“Mereka melancarkan serangan media, serangan politik, ekonomi dan lain-lain. Mereka menggunakan berbagai-bagai pendekatan antaranya ialah tiga pendekatan yang perlu difahami oleh kita pendokong gerakan Islam.
“Semua pendekatan-pendekatan ini menggunakan orang Islam termasuk di kalangan ulama’-ulama’ dan pemimpin-pemimpin menjadi ‘perkakas’ (alat) mereka (musuh),” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya pada Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, baru-baru ini.
Pertama, katanya pendekatan Islam Liberal, kedua pendekatan Islam Sekular dan ketiga pendekatan politik tanpa pelaksanaan syariat.
“Pertama, pendekatan Islam Liberal ini mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, tidak bersembahyang, bergaul bebas, mendedahkan aurat dan menafikan syariat Allah SWT.
“Berani mengkritik hukum Islam walau pun mereka mengaku menjadi orang-orang Islam. Di negara kita (Malaysia) adanya NGO seperti ‘Sister In Islam’ dan lain-lain yang mendukung fahaman Islam Liberal ini.
“Kedua, Islam Sekular iaitu Islam tetapi politik tidak ada dalam Islam. Mereka (pemerintah) membenarkan Islam sekadar ibadat, sekadar akhlak, sekadar perkara yang berkait dengan kerohanian, sekadar peraturan keluarga membahagi harta pusaka dan harta wakaf tetapi tidak dibenarkan berpolitik.
“Inilah yang diamalkan oleh Umno dengan menubuhkan Jabatan-jabatan Agama untuk menjaga agama supaya khutbah jumaat tidak menyampaikan ucapan politik. Mengajar agama tidak ada ajaran politik. Pada hal politik tidak dapat dipisahkan dengan ajaran Islam.” jelasnya.
(’AKSI Tok Guru’…Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)
Menurutnya, semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul adalah pendakwah dan politik sama ada Nabi-nabi menjadi ketua kerajaan bila menang seperti Nabi Sulaiman a.s, Nabi Daud a.s dan Nabi Muhamad SAW menjadi Ketua Negara.
Atau katanya, Nabi-nabi menjadi Ketua Pembangkang menentang kerajaan di zaman masing-masing seperti Nabi Musa a.s, Nabi Harun a.s, Nabi Zakaria a.s, Nabi Yahya a.s dan lain-lain lagi.
“Strategi ketiga adalah politik tanpa pelaksanaan syariat dengan membenarkan parti politik Islam tetapi ‘dihalang’ pelaksanaan syariat.
“Mereka (musuh) membenarkan politik, membenarkan parti Islam menang tetapi menghalang pelaksanaan syariat, menghalang hukum qisas, hukum hudud dan hukum takzir.
“Fahaman ini menular di kalangan masyarakat Islam. Mereka boleh berpolitik tetapi tidak ada matlamat untuk melaksanakan syariat Allah SWT. Kita berdepan dengan cabaran-cabaran baru,” tegasnya di hadapan lebih 8,000 hadirin.
Dato’ Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah bagi menyambung mesej yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW.
Katanya, mesej Nabi SAW adalah berjuang untuk mengIslamkan manusia serta mendaulatkan Islam dengan menegarakan Islam dan mengIslamkan negara.
“Perjuangan PAS adalah menyambung mesej yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW untuk mengIslamkan manusia dan mendaulatkan Islam. Menegarakan Islam dan mengIslamkan negara,” tegasnya.
Menurutnya, Allah Ta’ala mewajibkan memerintah negara sejak dicipta Nabi Adam a.s dan menjadikan tanggungjawab manusia mendaulatkan Islam.
Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib, Pengarah Ijtima’, Dato’ Abu Bakar Chik serta semua pimpinan PAS negeri Terengganu.
(’AKSI Tok Guru’…Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)
(’AKSI Tok Guru’…Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)
(Sebahagian dari lebih 8,000 ahli serta penyokong PAS yang hadir ke Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)
(Sebahagian dari lebih 8,000 ahli serta penyokong PAS yang hadir ke Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu.)
(’LUCU’…sesuatu yang mencuit hati sehingga saf kepimpinan utama parti tergelak-ketawa di pentas utama Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu.)
BO