Tuesday, May 19, 2009

Kempen Dapatkan 10,000 Tandatangan, Percepatkan Pembinaan Jambatan Bukit Kuang ke Bakau Tinggi

DUN Chukai Lancarkan Kempen Kumpul 10,000 Tandatangan

Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai melancarkan Kempen menghimpunkan 10,000 tandatangan bantahan bagi menghantar satu memorandum mempercepatkan pembinaan jambatan Bukit Kuang ke Bakau Tinggi.

Pengerusi MTD Chukai, Haji Hanafiah Ramly berkata demikian dalam ucapannya di Majlis “1Malaysia Gelap Gelita”, disini, kelmarin.

“Mulai besok, saya akan kempen di seluruh Kemaman, kempen untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10,000 tandatangan,

“bagi memastikan satu memorandum dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia supaya mempercepatkan pembinaan jambatan Bukit Kuang,”jelasnya.

Menurutnya, jawapan yang diberikan oleh kerajaan dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, pembinaan jambatan itu akan dimasukkan dalam program ECER.

Padahal, katanya, pembinaan jambatan tersebut telah dirancang sejak tahun 2000 dan telah diluluskan oleh kerajaan.

Katanya kelewatan pembinaan jambatan tersebut telah menyebabkan kegelisahan dan kesusahan kepada warga Kemaman.

“Kalau beri (pembinaan) kepada ECER, maka berecer (lambat) lah dia, kami mahu kerjasama dari seluruh warga Kemaman,

“untuk menurunkan tandatangan bagi menyatakan kegelisahan kerana terpaksa lalu jambatan satu lorong sahaja,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang dihubungi Buletinonline semalam berkata, rekod Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menunjukkan Tender pembinaan jambatan di Sec 392 Laluan Ft 03 (Bukit Kuang - Bakau Tinggi) tersebut telah dikeluarkan pada 19 September, 2006 dan ia dijangka siap pada 14 Disember, 2009.

“Tender itu telah ditutup dan sebuah syarikat yang bernama Marimas Sdn Bhd telah mendapat tender kerja-kerja membina jalan dan jambatan yang bernilai RM 30.4 juta itu,

“projek tersebut telah disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke 9, dimana Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU-JPM) telah menyenaraikan projek membina jambatan Bukit Kuang - Bakau Tinggi dan diluluskan untuk dikeluarkan tender pada 18 Julai, 2006,”katanya yang menambah, pihak ICU Terengganu turut menyenaraikan projek tersebut sebagai projek No. 5 yang mempunyai keutamaannya.

Katanya penganugerahan projek pembinaan jambatan tersebut kepada Marimas Sdn Bhd telah disahkan oleh JKR Terengganu melalui dokumen yang dikeluarkan.

Malangnya kata beliau, sehingga hari ini, warga Chukai khususnya yang bekerja di sebelah utara bandar Chukai, samada di Teluk Kalong, Kerteh dan sebagainya, terpaksa menghadapi detik-detik mencabar pagi dan petang ketika waktu hendak pergi dan balik kerja.

“Kenderan terpaksa beratur untuk merentasi jambatan sempit yang memang tidak relevan lagi dengan kemajuan sekarang,

“kita tidak tahu, mengapakan kerajaan masih tidak memulakan kerja-kerja pembinaan jambatan itu dan sehingga kini ia masih disenaraikan sebagai projek yang belum dimulakan, “katanya.

artikel asal : BuletinOnline

"Budaya Arahan Pihak Atasan Dalam Menentukan Berita Yang Disiar Atau Tidak Masih Berlaku", Tan Sri Khalid Ibrahim

Akta Cetak & Penerbitan, OSA Punca Indeks Kebebasan Akhbar Negara Corot


Pengekalan Akta Cetak dan Penerbitan serta Akta Rahsia Rasmi dikenalpasti antara sebab kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan akhbar antarabangsa merundum daripada tangga 92 pada 2006 kepada 132 tahun lepas.

Malah kedudukan negara berada pada trend menurun pada 2007 apabila Malaysia jatuh ke tangga 124 dalam indeks kelolaan Kumpulan Wartawan Tanpa Sempadan.

Berucap pada Hari Kebebasan Akhbar 2009 Peringkat Negeri Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata penurunan dalam indeks tersebut adalah sesuatun yang merisaukan terutamanya bagi sebuah negara yang mengwar-warkan sebagai pengamal demokrasi.

"Masalah lain yang menghalang perjalanan media yang lebih lancar, tidak lain, pemilikan media itu sendiri. Dengan adanya konglomerat yang memiliki akhbar-akhbar arus perdana, yang kebanyakannya menjadi rakan pemimpin kerajaan
persekutuan, maka ternyata amat sukar untuk menghasilkan media yang dianggap bebas daripada kepentingan politik.

"Malahan budaya arahan pihak atasan dalam hal menentukan berita yang boleh disiar atau tidak masih berlaku hingga ke hari ini," beliau berkata majlis yang turut dihadiri oleh beberapa exco, pemimpin politik, pengamal media dan wakil-wakil badan bukan kerajaan.

Sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar kerajaan negeri Selangor juga menganjurkan Forum Kebebasan Maklumat: Hak Untuk Memiliki yang memberi tumpuan kepada isu hak warganegara memiliki dan mengetahui maklumat seberapa banyak yang mereka kehendaki.

"Hanya dilengkapi dengan pelbagai maklumat barulah setiap warganegara mampu membuat keputusan atau tanggapan yang terbaik terhadap isu-isu yang melibatkan orang awam.

"Ini termasuk mengundi untuk pentadbiran kerajan, menyokong dasar tertentu atau sekadar untuk melilih jiran yang baik menjadi ahli majlis di peringkat Majlis Tempatan," tambah Khalid lagi.

Jelas beliau dasar Pakatan Rakyat menyokong hak setiap warganegara mendapat akses kepada maklmat yang diperlukan dan sehubungan itu gagasan tersebut telah menubuhkan Badan Bertindak Kebebasan Maklumat yang anggotanya terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri dan orang awam.

Badan tersebut kata Khalid akan memastikan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat dibentangkan dan diluluskan semasa sidang Dewan pada hujung tahun ini.

Sambutan itu juga menyaksikan pelancaran TV Selangor yang bakal menjadi landasan bagi menyebarluarkan penerangan dan pemahaman rakyat mengenai semua dasar dan program kerajaan negeri.

"Kebebasan media penyiaran juga agak terbatas sehingga mendorong kita untuk melancarkan TV Selangor iaitu cabang baru media dalam strategi komunikasi kita.

"TV Selangor menjadi wadah penyiaran mesyuarat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan siaran langsung pendengaran awam (Selcat) dan saya difahamkan merupakan saluran paling popular pada minggu berkenaan," kata Khalid lagi.

Serentak dengan pelancaran TV Selangor, Khalid juga melancarkan Selangor Kini yang merupakan terbitan kerajaan negeri bagi menyalur maklumat yang tepat dan betul kepada rakyat.

artikel asal : TVAntara

Calon Layak Bertanding Bagi Tiga Dewan Utama PAS

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali telah membuat pengumuman berhubung senarai penuh pencalonan bagi pemilihan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Muslimat.

Pengumuman dibuat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raya Laut pada 18 Mei bersama anggota jawatankuasanya, termasuk Timbalan Pengerusi, Ustaz Hassan Shukri.

Beliau turut memaklumkan agar penama yang dicalonkan menjawab secara bertulis borang pencalonan yang akan diserahkan sebelum 25 Mei ini.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan bagi pemilihan kepimpinan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat yang diumumkan Mustafa.



selanjutnya : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20810&Itemid=1

SIKAP KETERBUKAAN KEAHLIAN DARI PELBAGAI LATAR BELAKANG, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang



klip video ehsan : tvpas09

Integriti Hakim Mahkamah Rayuan Penentu Keputusan Rayuan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin

Rayuan Nizar, Khamis ini - PAS bimbang BN beli hakim

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menyokong penuh permohonan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya.

Salahuddin juga mengesa agar lima hakim yang akan mendengar rayuan Nizar khamis nanti terdiri daripada mereka yang berintegriti.

Beliau menegaskan demikian sebagai respon kepada permohonan Nizar semalam yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

"Bukan hanya lima hakim sebaliknya hakim-hakim tersebut perlulah mereka yang mempunyai intergriti dan juga telus dalam menjalankan tugas mereka.

"Jika tidak kita bimbang keputusan Khamis nanti akan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana hakim yang mendengar rayuan itu terdiri dari mereka yang boleh dibeli," tegas beliau.

Salahuddin turut menegaskan jika hakim yang dipilih tidak mempunyai integriti kepentingan awam tidak akan terbela dalam kes tersebut.

Semalam Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar mengesahkan telah menghantar surat permohonan itu melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.

Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Berikutan keputusan itu, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Dato' Ramly Ali.

Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

artikel asal : HarakahDaily

Datuk Seri Anwar Ibrahim : Najib gusar berhadapan dengan pengundi Melayu Penanti

Keputusan UMNO tidak mahu bertanding pada pilihanraya kecil N12 Penanti membuktikan parti itu takut menghadapi rakyat, khususnya pengundi Melayu.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata keputusan yang disahkan oleh Majlis Pimpinan BN semalam hanya menyerlahkan hakikat bahawa UMNO tidak mahu menanggung risiko kalah pada satu lagi pilihanraya kecil, khususnya kawasan yang majoritinya pengundi Melayu.

“UMNO yang selama ini mendabik dada kini bermain helah,” Anwar memberitahu kira-kira lima ribu orang yang menghadiri pelancaran kempen kesedaran mengenai krisis Perak anjuran Parti Keadilan Rakyat. ”

Kira-kira 73 peratus daripada 15,421 pengundi berdaftar di Penanti adalah kaum Melayu.

Justeru, pilihanraya kecil Penanti pada 31 Mei ini dilihat sebagai pentas berkesan untuk UMNO mengukur sokongannya di kalangan orang Melayu.

Namun parti tonggak Barisan Nasional itu mengambil keputusan tidak bertanding atas alasan kerana kononnya pilihanraya kecil itu sengaja diwujudkan oleh PKR dan bukan atas kehendak perlembagaan.

Datuk Seri Anwar berkata alasan yang diberikan oleh Najib tidak berpijak kepada realiti bahawa kerusi DUN Penanti adalah kosong dan selaras dengan itu pilihanraya kecil harus diadakan.

“Alasan Najib bagi saya tidak munasabah kerana isu peletakan jawatan atas apa juga sebab sekalipun menunjukkan ada kekosongan kerusi.

“Kekosongan itu membuka ruang kepada mana-mana calon untuk bertanding,” tambah Anwar.

Anwar berkata Pakatan Rakyat menerima keputusan UMNO untuk tidak bertanding pada pilihanraya kecil buat pertama kali dalam sejarah negara, namun persiapan akan diteruskan untuk menghadapi cabaran daripada penjuru lain.

Beliau berkata walaupun apa pun alasan UMNO untuk tidak bertanding, hakikatnya Penanti adalah kerusi tradisi parti itu sebelum kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO terhakis akibat parti itu mabuk dengan politik wang dan penyelewengan kuasa.

Anwar berkata UMNO masih belum menunjukkan sebarang keikhlasan untuk menjadi benteng orang Melayu dan membela kaum lain sebagaimana yang dicanang oleh Najib.

Rakyat sebaliknya mengharapkan Pakatan Rakyat untuk menggalas tanggungjawab itu dengan memberikan sokongan kuat menerusi kotak undi.

“Kita nak kata masalah Melayu yang besar adalah masalah kemiskinan. Selagi masalah kemiskinan Melayu, Cina, India ini tidak ditangani, negara kita tidak mungkin aman. Baru selamat negara kita. Ini baru satu Malaysia sebenarnya,” kata Anwar.

Merujuk kepada krisis di Perak, Anwar berkata kemelut itu adalah penanda jelas UMNO-Barisan Nasional mengelak daripada berdepan dengan rakyat.

“Di Perak, kita mahu kerajaan negeri adakan pilihanraya. Kita mahu DUN dibubarkan, dan pilihanraya diadakan. Umno kata mana boleh, kita serah pada Istana. Tetapi kita kata keputusan bukan di tangan Istana atau Mahkamah, tetapi harus kita turun kepada rakyat. Kalau kita pemimpin, mengapa kita perlu takut pada rakyat,” kata Anwar.

artikel asal : TVAntara

UMNO/BN TAKUT PADA BAYANG-BAYANG

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Mohd Yusuf menegaskan, Umno jelas takut bayang-bayang sendiri apabila tidak mengambil peluang dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Umno dan Barisan Nasional (BN) katanya, boleh dianggap 'bodoh' tidak mahu mengukur kekuatan di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang dikuasai Pakatan Rakyat sejak 8 Mac 2008 lalu.

"Sebenarnya Umno takut pada bayang-bayang sendiri bukan kerana tidak mahu terjerums dalam mainan politik pembangkang dan kekosongan tidak berasaskan perlembagaan. Mereka sudah terjerat dengan berbagai isu yang tidak menyebelahi mereka membuatkan keputusan itu di ambil," ujarnya ketika diminta mengulas pengumuman Presiden BN, Dato' Seri Najib Tun Razak semalam.

Ujar beliau, menang atau kalah mesti dihadapi oleh semua pihak yang terlibat dengan pertandingan maka alasan Umno dan BN mengambarkan mereka bimbang rakyat terus menghukum kerajaan setelah berbuat demikian dalam pilhan raya kecil di Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Menyentuh mengenai kenyataan Najib, tindakan BN tidak menyertai pilihan raya kecil pada 31 Mei depan kerana tidak mahu terlibat dengan penggunaan perbelanjaan yang besar beliau mengatakan, alasan itu tidak kuat malahan mengambarkan kebodohan kepimpinan parti itu.

Siapa sebenarnya menggunakan perbelanjaan besar melainkan Umno dan BN kerana pembinaan pos polis pun memerlukan jutaan ringgit walhal kedatangan polis yang begitu ramai bukan diundang sebaliknya kerana undangan BN untuk menakutkan rakyat sepanjang kempen di Penanti nanti.

"Kita tahu sangat apa yang Umno dan BN buat. Mereka kata tidak mahu belanja besar sebaliknya mahu menumpukan pada khidmat pada masyarakat. Itu semuanya bohong kerana di Penanti pos polis telah dibina di belakang pekan," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan raya PAS Pulau Pinang, Omar Hasan pula menyifatkan, pendirian Umno dan BN terhadap N12 nyata dayus dan lemah.

Mereka sepatutnya beradu kekuatan di situ jika mahu mengukur sokongan akar umbi. Sikap kalah awal sebenarnya memberi tamparan pada parti yang sudah lemah.

"Umno dan BN sebenarnya takut kalah kerana kekalahan bagi mereka satu benda yang tidak boleh diterima," ujarnya.

artikel asal : HarakahDaily

Tidak Menjadi Amalan Calon Yang Bertanding Dalam PAS, Berkempen Secara Jelas Melalui Internet Bagi Meraih Kemenangan, Naib Presiden PAS, Ahmad Awang

Muktamar PAS: Hampir separuh calon penulis blog

Bahang kempen sempena muktamar pemilihan PAS Jun ini turut melebar ke alam maya apabila hampir separuh pemimpin yang berentap untuk jawatan kanan parti itu kini mempunyai blog peribadi sendiri.

Penggunaan media baru juga dilihat memainkan peranan penting bagi memperkenalkan diri dan 'berkempen' menjelang muktamar pemilihan parti itu awal bulan nanti.

Tinjauan Malaysiakini mendapati, daripada 107 nama yang dicalonkan mengisi jawatan kanan parti - presiden, timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa - 40 peratus daripadanya mengendalikan blog.

Malah, daripada lima calon yang dinamakan bagi mengisi kerusi nombor dua parti itu, tiga daripadanya mempunyai blog.

Mereka ialah penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan dua naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Dua lagi calon timbalan presiden - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din - tidak mempunyai blog.

Bagi pemilihan kepimpinan ketiga-tiga sayap parti Islam itu - Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat - walaupun komposisi penulis blognya lebih kurang, namun trend itu dilihat turut melebar.

Aspek berkempen

Dalam dewan Pemuda, sebanyak 33 peratus penulis blog dicalonkan, 20 peratus dalam Dewan Muslimat dan kira-kira 11 peratus dalam Dewan Ulama.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Ahmad Awang ketika diminta mengulas fenomena tersebut berkata, dari aspek berkempen, blog "tidak mempunyai kelebihan yang besar sangat".

"Pada dasarnya, penulis blog menulis apa-apa isu. Tetapi mereka tidak tulis tentang peribadi dan berkempen. Lagi pun, tidak kesemua ahli (PAS) mempunyai akses kepada blog.

"Jadi, saya tidak nampak ada kelebihan yang besar sangat," katanya yang turut mengusahakan blog peribadi di alamat ahmadawang.com.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Ahmad menjelaskan, tidak menjadi amalan calon yang bertanding dalam PAS, berkempen secara jelas melalui internet bagi meraih kemenangan.

Muktamar PAS dari 4 hingga 7 Jun ini bakal menyaksikan pertembungan sengit kumpulan pro-Muqabalah yang memilih kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan aliran yang pro-Pakatan Rakyat atau "Kumpulan Erdogan".

artikel asal : malaysiakini

KEMELUT KRISIS TERENGGANU, MUHYIDDIN DAH POTONG JALAN HISHAMUDDIN

Isu MB: ADUN T'ganu kecewa dengan Muhyiddin

Ada di kalangan 18 ADUN BN Terengganu yang sebelum ini mahu Menteri Besar Datuk Ahmad Said disingkirkan, kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa menteri besar itu, akan dikekalkan.

Menurut mereka, kenyataan tersebut "terlalu awal" kerana perjumpaan dengan Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein belum diadakan.

Seorang ADUN yang enggan namanya disiarkan berkata, sepatutnya kenyataan itu dibuat selepas perjumpaan dengan Hishamuddin diadakan malam Rabu ini.

Hishammuddin dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan ADUN dan ketua Umno bahagian Terengganu itu, di pejabatnya di kementerian dalam negeri di Putrajaya.

Bagaimanapun, kata ADUN berkenaan, beliau akan cuba menimbulkan isu sebenar dalam perjumpaan dengan Hishammuddin tersebut, iaitu Ahmad mesti diganti.

"Ini fokus sebenar 18 ADUN berkenaan. Kami berjuang untuk kepentingan parti, negeri Terengganu dan rakyat negeri itu.

"Walau apapun, kumpulan kami tetap patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti," katanya tanpa mengulas lanjut.

Semasa bercakap kepada wartawan di Kuala Terengganu sempena pelancaran hari guru peringkat kebangsaan Sabtu lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, Ahmad akan kekal sebagai menteri besar.

Sementara itu, seorang pembantu Ahmad berkata, ADUN kumpulan 18 itu boleh membangkitkan perkara itu kepada Hishammuddin dalam perjumpaan Rabu ini.

Menteri besar, tegasnya, akan bersikap terbuka dalam hal ini.

"Ahmad tiada masalah walaupun telah diturun pangkat dari jawatan pengerusi Umno Terengganu kepada timbalan pengerusi," katanya.

Pembantu Ahmad itu berkata, Hishammuddin mungkin boleh mengambil apa-apa tindakan berhubung urusan parti, tetapi pelantikan Ahmad sebagai menteri besar dibuat oleh pihak Istana.

artikel asal : malaysiakini

BERITA TAK RASMI, PENYAKIT KATAK MELOMPAT, JANGKITAN MENULAR DARI UMNO TERENGGANU KE UMNO PERLIS!!

1,000 ahli Umno Kangar keluar parti?

Tindakan ahli-ahli Umno yang didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar.

Malaysiakini difahamkan seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang pemimpin Umno bahagian tersebut yang tidak mahunya disebut, mengesahkan perkara itu berlaku tetapi berkata, tidak tahu apa puncanya.

Beliau juga mengesahkan kumpulan tersebut bertindak keluar Umno selepas selepas Dr Md Isa dilantik menerajui Umno Perlis, menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 24 April lalu.

"Mereka buat (keluar) secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada bekas pemimpin Umno itu mempunyai masalah dengan Dr Md Isa, beliau berkata: "Saya tak tahu".

Shahidan dilantik MT

"Tetapi setahu saya, bekas pemimpin Umno berkenaan, turut menghadiri perhimpunan agung Umno hujung Mac lalu," tambahnya.

Ia, tambahnya, diikuti pula dengan penubuhan bahagian DAP di ketiga-tiga bahagian - Padang Besar, Kangar dan Arau - yang dirasmikan dua minggu yang lalu.

Kemelut politik Umno di Perlis tercetus selepas pilihanraya umum 2008 apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai menteri besar.

Shahidan juga enggan melepaskan jawatan pengerusi Umno negeri kepada Dr Md Isa.

Bagaimanapun bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan pengerusi Umno negeri-negeri.

Najib yang juga presiden Umno melantik Dr Isa Sabu mengetuai Umno Perlis.

Jawatan kosong

Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga ketua Umno Padang Besar, dikekalkan sebagai timbalan pengerusi Umno negeri.

Manakala Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, pula dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mengenai badan perhubungan Umno negeri, setakat ini, Dr Md Isa belum lagi mengisi kekosongan bagi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangannya.

Sebelum ini, Datuk Hashim Suboh yang merupakan penyokong kuat Shahidan memegang jawatan ketua penerangan Umno negeri.

"Kalau dulu ada juga orang lobi-melobi jawatan tersebut, tapi sekarang orang macam tak peduli," kata seorang pemimpin Umno negeri itu.

"Sampai sekarang orang tertanya-tanya (siapa yang akan mengisi jawatan itu)," tambahnya.

Perlis mempunyai tiga bahagian meliputi 330 cawangan dengan sejumlah kira-kira 54,000 ahli.

artikel asal : malaysiakini

PAS NAFI LAPORAN AKHBAR TENTANG JUMLAH PENCALONAN

Jawatankuasa Pemilih PAS memberitahu pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap laporan jumlah pencalonan pimpinan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini.

"Kami tidak pernah memberitahu mana-mana pihak tentang jumlah pencalonan itu dan kami tidak ada kaitan dengannya," kata Datuk Mustafa Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pemilih PAS.

Beliau berkata demikian dalam sidang media jawatankuasa itu di Pejabat Agung PAS semalam.

Baru-baru ini, akhbar harian berkenaan melaporkan berdasarkan sumbernya, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mendapat 60 peratus pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.

Akhbar itu juga melaporkan, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu masing-masing mendapat 20 peratus.

"Angka itu pun tidak betul," kata timbalan Mustafa, Ustaz Hassan Shukri dalam sidang media yang sama.

Menurut Mustafa, hanya calon berkenaan sahaja yang tahu berapa jumlah pencalonan yang mereka dapat kerana ia disampaikan oleh pihaknya kepada calon berapa jumlah pencalonan yang mereka dapat untuk setiap jawatan.

artikel asal : http://siasahdaily.blogspot.com/

DATO’ MUHAMMAD DAUD AL-IRAQI NAFI BUAT KENYATAAN ISU POLITIK WANG DALAM PAS

Isu Politik Wang Dalam PAS Tidak Benar – Ustaz Mad Daud Iraqi

Isu politik sogokan atau membeli undi dengan ‘jamuan dan T-Shirt’ sebagaimana yang di gembar-gemburkan adalah laporan pihak media yang tidak benar.

Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Muhammad Daud al-Iraqi menafikan beliau ada membuat kenyataan tentang wujudnya perkara tersebut.

Katanya kenyataan beliau hanya berbentuk ‘nasihat’ serta peringatan agar tidak berlaku kejadian seumpama itu dalam PAS.

“Saya tidak buat kenyataan. Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa ada sogokan wang, ‘tak dok’ (tiada), saya tidak buat kenyataan.

“Cuma, saya telah menasihatkan kawan-kawan dalam Ulama’ jangan jadi ada seperti bagi baju atau bagi apa-apa dalam masa pemilihan menjelang Muktamar Tahunan PAS akan datang,” jelasnya ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama’ disini.

Menurutnya, aktiviti kurang sihat itu amat tidak wajar diamalkan terutama dalam kepimpinan Ulama’ PAS yang merupakan tunggak, contoh dan tauladan kepada rakyat yang dibawahnya.

“Kita (PAS) minta jika ada ‘hentikan’ dan jika tidak ada tinggalkanlah. Ulama’ ini merupakan sebagai tunggak, contoh dan tauladan kepada rakyat,” ujarnya.

Dato’ Muhammad juga menjelaskan, pihaknya tidak menerima sebarang bentuk laporan atau aduan tentang wujudnya gejala tersebut.

“Laporan atau aduan tidak ada cuma laporan surat khabar (media) tulis macam itu. Saya hanya beri peringatan sahaja dan saya tidak buat kenyataan akhbar seperti orang lain,” jelasnya terhadap kekeliruan tentang isu tersebut.

Beliau yang menarik diri serta enggan mempertahankan jawatan Ketua Ulama’ PAS Pusat menjelaskan bahawa kepimpinan Ulama’ diteruskan.

Katanya, Majlis Syura Ulama’ PAS telah membuat keputusan bahawa jawatan nombor satu dan dua dalam kepimpinan parti adalah ulama’ dan terserah kepada para perwakilan di muktamar, Jun ini.

Turut hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahya Ali dan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Dato’ Husin Awang.

artikel asal : BuletinOnline

Elak Tanding Di Penanti, Najib Takut Imej Tercalar Lebih Teruk

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyelar keputusan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang enggan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dengan alasan enggan membazirkan wang rakyat.

Beliau juga menganggap keputusan yang dibuat oleh Dato' Seri Najib itu dilakukan semata-mata kerana mahu menyelamatkan imej dari terus teruk tercalar jika mengalami satu lagi kekalahan dalam pilihanraya kecil.

Mahfuz menegaskan jika Najib serius mahu menyelamatkan wang rakyat, beliau sepatutnya menghalang pembaziran yang selama ini banyak dilakukan oleh pemimpin Umno dan BN.

Tegas beliau lagi, pilihanraya kecil Dun Penanti akan tetap diadakan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan tetap mengeluarkan peruntukan untuk mengadakan pilihanraya tersebut.

"Najib sebenarnya dibayangi ketakutan kekalahan dan ini akan menjejaskan imej beliau dan juga kerajaan di mata rakyat.

"Alasan enggan membazirkan wang rakyat tidak masuk akal kerana pilihanraya kecil itu tetap akan diadakan dan tentunya SPR akan mengeluarkan belanja bagi menjalankan pilihanraya kecil itu.

"Jika Najib serius mahu menyelamatkan wang rakyat beli sepatutnya menghalang segala bentuk pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan BN sebelum ini lagi," tegas Mahfuz.

Semalam Najib mengumumkan BN tidak akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti.

Antara alasan yang diberikan oleh Perdana Menteri itu tidak mahu membazirkan wang rakyat.

Kerusi Dun Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Mohammad Fairus Khairuddin.

Tidak Wujud Amalan Politik Wang : Dato' Mahfuz Omar Sokong Kenyataan Presiden PAS



klip video ehsan : greenboc

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Terharu Kerana Di Beri Kepercayaan Memikul Tanggungjawab, Amanah Sebagai Presiden



klip video ehsan : tvpas09

Media Bantu Rakyat Nilai Kebenaran Krisis Perak

Para pemimpin Barisan Nasional (BN) terbukti semakin terdesak dan menggelabah dengan perkembangan kemelut politik Perak.

Tidak cukup dengan seluruh saluran media cetak dan elektronik dikuasainya dikerah menyiarkan propaganda parti itu, Umno kini terpaksa memanipulasi media siber bagi 'menegakkan benang basah' di pihaknya.

Persepsi umum cuba dibentuk menerusi ulasan dan huraian saban hari terhadap keputusan dua mahkamah awal minggu lalu berhubung siapa sebenarnya layak diiktiraf sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Walau pun keputusan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memihak kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dari PAS sepatutnya dijadikan status quo, elaborasi lebih meluas diberikan secara positif kepada keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang memihak BN keesokannya.

Beberapa ungkapan yang tidak lekang disebut hampir setiap pemimpin BN, yang kemudiannya dipanjangkan pemerhati dan pengulas politik berkisar kepada menjustifikasi tindakan dibuat BN dalam mengambilalih kerajaan Perak, awal Februari.

Meski pun sudah diputuskan mahkamah tindakan merampas kuasa itu tidak sah dan jawatan menteri besar dikembalikan kepada Nizar, ada kecenderungan sangat ketara di kalangan para pemimpin BN mengingkari keputusan tersebut.

Olahan dan gambaran mereka sewenang-wenangnya menjurus kepada menyimpulkan kononnya setiap sudut tindakan BN adalah berperaturan, mematuhi perlembagaan dan bertepatan dengan demokrasi.

Ayat akhir mereka dalam meyakinkan betapa betul dan benarnya tindakan itu, setiap mereka mengulangsebut bahawa ia mendapat pengiktirafan dan restu pihak istana.

Maka akhirnya disimpulkan bahawa sebarang usaha mencabar dan menggugat kerajaan yang direstui istana adalah perbuatan tidak menghormati institusi berkenaan, selain turut dilabelkan sebagai gila kuasa, tidak demokratik, jahil undang-undang dan seumpamanya.

Di atas premis sama, beberapa pihak meminta para pemimpin Pakatan Rakyat tidak meneruskan hasrat mendesak Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Selain mengaitkan sebuah pilihan raya semula di negeri itu dengan segala macam gambaran negatif dan sia-sia, desakan itu juga dilabelkan sebagai menderhakai restu yang telah diberikan istana terhadap kerajaan BN.

Itulah gambaran betapa terdesaknya BN. Setelah segala saluran media dikuasainya gagal menguasai minda dan penerimaan rakyat, parti itu tiada pilihan melainkan terus memainkan sentimen berkaitan institusi istana. Mereka tidak jemu-jemu cuba mengaitkan apa juga tindakan para pemimpin Pakatan sebagai suatu yang tidak menghormati istana.

Cerita kononnya pihak istana amat tidak menyenangi para pemimpin Pakatan tersebar luas. Malah Insiden Nizar dan Exco Kanan, Ngeh Koo Ham dipanggil ke Petarakna Diraja semasa kekecohan dalam Dun Perak tempohari juga diulas sebagai tanda kemurkaan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah terhadap tindak-tanduk Adun-Adun Pakatan.

Barangkali kecekapan jurufoto beberapa akhbar alternatif merakamkan gambar Raja Muda itu bersama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim yang tersenyum sambil berbual mesra dengan Nizar dan isteri pada satu istiadat di Istana Iskandariah, 12 Mei lalu adalah satu pukulan maut buat propaganda BN tadi.

Gambar itu disiarkan Harakah edisi 15 Mei dan turut dipaparkan mingguan Siasah, 17 Mei. Seperti sering dikata orang, sekeping gambar menceritakan seribu perkara. Paling penting, segala fitnah dan tohmahan jahat dilontarkan seluruh agen BN dalam memburukkan hubungan istana dengan Pakatan terbukti palsu.

Kini BN, khususnya Umno tampil dengan usaha terbaru. Buntu dengan laporan dan paparan media cetak dan elektronik yang gagal menambat kepercayaan rakyat, ia beralih pula kepada media siber. Antara lain, parti itu mewujudkan blog khas 'Selamatkan Perak'.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan minggu lalu menyeru orang awam melayari blog itu dan melihat sendiri apa yang didakwanya sebagai 'rakaman penuh' perjalanan sidang Dun Perak pada 7 Mei lalu.

Beliau menaruh harapan bahawa rakaman itu membolehkan rakyat menyaksikan apa yang didakwanya 'keganasan wakil pembangkang' sepanjang kekecohan sidang tersebut, termasuk tindakan rakus BN ?meragut? kerusi diduduki Speaker Dun, V Sivakumar.

Sama ada BN sedar atau tidak, selain ulasan dan cerita terperinci oleh para pemimpin Pakatan menerusi ceramah mereka di luar sana, rakaman bebas insiden itu juga dikatakan telah berada di pasaran dan menjadi tontonan rakyat.

Setakat ini, saluran media alternatif lebih ke hadapan menjelaskan keadaan berbanding media dikuasai BN. Lebih utama lagi, rakyat lebih percayakan kebenaran dipaparkan media-media alternatif dalam memahami kebenaran krisis di Perak.

artikel asal : HarakahDaily

Enggan Bertanding Di Penanti Bukti Najib PENGECUT!!

Keengganan Barisan Nasional (BN) bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti membuktikan Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Razak seorang pengecut tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

Salahuddin menegaskan, alasan yang diberikan oleh Najib terlalu dangkal dan tidak boleh diterima oleh banyak pihak termasuk ahli-ahli Umno dan penyokong BN.

Keputusan tidak bertanding di Penanti juga, tegas beliau membuktikan Najib lebih lemah berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Alasan Najib tidak mahu membazirkan wang rakyat itu terlalu dangkal kerana selama ini BN tidak pernah peduli dengan pembaziran wang rakyat.

"Jika benar Najib peka dengan wang rakyat kenapa banyak projek-projek BN sebelum ini yang jelas membazirkan wang rakyat seperti pembelian kapal selam tidak beliau bantah?

"Ahli-ahli Umno dan penyokong BN kecewa dengan keputusan ini kerana ia membuktikan Najib seorang pengecut dan lebih lemah berbanding Abdullah," tegas Salahuddin.

Justeru itu beliau menyeru agar rakyat menolak BN yang kini diketuai oleh seorang pemimpin yang lemah dan pengecut.

Semalam Najib mengumumkan kepada media keputusan untuk tidak bertanding di Penanti.

Beliau memberikan tiga alasan kenapa BN tidak bersedia untuk menghadapi Pakatan rakyat yang diwakili KeADILan di Penanti.

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh Perlembagaan tetapi satu usaha KeADILan untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib juga memberikan alasan "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang" bila memutuskan BN tidak bertanding di Penanti.

Kerusi Dun Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Mohammad Fairus Khairuddin.

artikel asal : HarakahDaily

PAS Kini Sebuah Parti ‘Arus Perdana’ Berupaya Untuk Menang Walau Bertanding Mana-mana Kawasan Diseluruh Negara, Dr. Mohd Hatta Ramli

Bendahari Agong PAS Dr. Mohd Hatta Ramli berkata dengan kerjasama yang padu parti-parti komponen Pakatan Rakyat, kejayaan dalam pilihanraya kecil dan sokongan mantap bukan Islam, PAS kini bukan lagi sebuah pasti yang dominan dikawasan tertentu sahaja.

Menurutnya, PAS kini adalah sebuah parti ‘arus perdana’ yang berupaya untuk menang walaupun bertanding dimana-mana kawasan di seluruh negara.

“Dalam pilihanraya negeri Sarawak, kita hanya bertanding satu DUN sahaja, kita hampir menang di Beting Maro, kerana takutnya BN (kepada PAS),

“kawasan terpinggir luar bandar (itu), semua pimpinan tertinggi UMNO turun berkempen, seandainya calon PAS menang, seolah-olah ‘kiamat kecil’ kepada pimpinan UMNO/BN,”

“Kita (PAS) sudah melangkaui batas-batas ‘region’ (daerah) di Malaysia ini, kita boleh bertanding dan boleh menang dimana-mana sahaja,”katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agong PAS Kuala Terengganu ke 34, disini Sabtu lalu.



Beliau berkata PAS kini bukan sahaja mendapat sokongan ari golongan tradisi ‘Melayu Islam’ tetapi telah disokong oleh semua kaum, yang dulunya melihat PAS secara sinis, digentari dan ditakuti.

“Mereka (bukan Islam) menyedarinya, (kepentingan) perjuangan kita (PAS) walaupun tetap pada dasar (Islam), mereka boleh menerima kita (PAS) sebagai sebuah parti aliran perdana,”ujarnya

Oleh itu, katanya, ahli-ahli perlu sentiasa sayang dan menjadi lebih sayang kepada PAS, dengan menjaga imejnya daripada dirosakkan oleh mana-mana pihak, kerana orang lain kini telah mula menyayangi PAS.

Katanya, ahli-ahli PAS perlu menjauhi politik ‘defisit’, politik yang mebahagi-bahagi sesama sendiri, yang merugikan dan bertentangan dengan arus perpaduan yang dikecapi masakini.

“Hormat menghormati dan mewujudkan perpaduan antara kita yang datang dari pelbagai latarbelakang adalah usaha yang perlu diteruskan,

“Almarhum Ustaz Fadhil Noor dalam ucapannya dalam salah satu muktamar pernah menyentuh isu kerjsama, perpaduan dan saling hormat menghormati antara kita (yang datang) dari pelbagai latarbelakang, kerana itu adalah tonggak kekuatan kita,”jelasnya.

artikel asal : BuletinOnline

ZAMBRY, MENTERI BESAR BADUT ALAF BARU

MAHKAMAH Tinggi sudah membuat keputusan bahawa Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Cuma keputusan tersebut ditangguhkan oleh Mahkamah Rayuan, menanti perbicaraan.

Keputusan penangguhan oleh Mahkamah Rayuan, tidak memberi makna apa-apa kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau bukan Menteri Besar yang sah dari segi undang-undang.

Keputusan Mahkamah Tinggi jelas menunjukkan bahawa Nizar adalah MB sebenar bukan Zambry, ini tafsiran undang-undang. Mana boleh pada satu-satu masa ada dua MB. Mana boleh Zambry melaksanakan tugas sebagai MB hanya semata-mata keputusan pengesahan Nizar ditangguhkan oleh mahkamah.

Zambry tidak ada pilihan. Beliau harus mengosongkan segera pejabat MB Perak. Beliau tidak boleh membuat keputusan-keputusan yang membabitkan kerajaan. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diadakan juga tidak sah.

Lebih buruk daripada itu, ialah selama tiga bulan (semenjak Februari lepas), kerajaan negeri Perak beroperasi secara tidak sah. Perlantikan yang dibuat MB Zambry tidak sah, perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan semuanya tidak sah.

Dalam erti kata mudah, Perak mempunyai seorang MB yang sah, seorang lagi tidak sah. Seorang MB yang halal, seorang lagi MB haram.

MB haram ini sudah banyak membuat keputusan dan berbelanja bagi pihak kerajaan negeri. Dan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lepas, adalah tempelak yang paling besar terhadap Zambry, Umno dan BN Perak, kerana selama tiga bulan telah melakukan kerja-kerja haram.

Keputusan Mahkamah Tinggi juga memberikan implikasi bahawa semua gaji, upah dan elaun yang wajar diterima Nizar harus dibayar balik oleh kerajaan negeri. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri kerugian kerana berbelanja kepada penjawat-penjawat yang haram dari segi undang undang.

Malangnya Zambry dengan muka yang tidak tahu malu, terus memasuki pejabat MB selepas Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pengesahan Nizar sebagai MB.

Sikap 'buruk siku' Zambry ini hanya menunjukkan kepada rakyat Perak, khususnya pegawai-pegawai kerajaan negeri, bahawa beliau memang kemaruk hendak jadi MB.

Biarlah orang hendak kata apa pun, biarlah apa persepsi rakyat kepadanya pun, pedulikan keputusan mahkamah, yang penting Zambry ialah MB. Itulah agaknya kehendak beliau.

Zambry tidak boleh tuduh Nizar kemaruk hendak menjadi MB kerana, hasrat Nizar jelas, beliau mahu Dun dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan semula.

Jika Nizar tewas sekali pun sebagai Adun, nescaya beliau akan berpuashati kerana beliau telah menyerahkan amanah kembali kepada rakyat secara jujur dan demokratik.

Sebaliknya, jika Zambry tahu malu beliau tidak harus duduk di kerusi MB kerana pada tafsiran undang-undang dan pada hati rakyat, Nizar adalah MB yang sah.

Jika Zambry 'anak jantan' beliau tidak harus takut dengan rakyat, kalau betul dia gentleman, ajak semua Adun-Adun BN pakat-pakat letak jawatan kalau pun tidak ada kuasa untuk membubar Dun.

Janganlah jadi seperti badut-badut sarkas menyolek muka dengan pelbagai warna sambil membuat aksi-aksi lawak untuk membuatkan rakyat tertawa dengan anda.

Buat apa hendak jadi MB jika undang-undang mengatakan anda bukan MB. Buat apa hendak jadi MB jika semua keputusan yang anda buat menyalahi undang-undang. Buat apa hendak jadi MB jika setiap hari anda diherdik dan dicerca rakyat.

Krisis yang berlaku di Perak ini menjadi semakin karut dan kalut. Pegawai-pegawai kerajaan negeri tersepit kerana mereka akan diheret terbabit dalam melaksanakan keputusan MB yang haram.

Bagaimana pegawai-pegawai kerajaan boleh berkhidmat dengan sempurna jika mereka dicemuh rakyat kerana membantu sebuah kerajaan negeri yang haram?

Hakikatnya, krisis politik di Perak yang semakin parah ini adalah angkara kegelojohan pemimpin-pemimpin BN untuk merampas kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat.

BN membuat perancangan yang teliti dengan memerangkap dua Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Keadilan Rakyat yang kes rasuah dan mempergunakan seorang Adun DAP yang kemaruk jawatan akibat perselisihan dalaman.

Tiga orang Adun yang 'dibadutkan' oleh BN ini mungkin menerima upah lumayan kerana sanggup mengkhianati amanah rakyat dengan melompat parti.

Kegelojohan BN itu mengakibatkan Perak tidak henti-henti dilanda pelbagai krisis yang lebih mencacatkan wajah demokrasi yang diamalkan dalam negara.

Sebenarnya BN takut hendak memperakui bahawa kedudukan mereka dalam kancah politik negara sekarang ini adalah 'bagaikan anjing tersepit.'

BN tahu, jika keputusan mahkamah berpihak kepadanya sekali pun, nama BN akan terus tercemar dan busuk di mata rakyat. Dan jika dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak pun, BN jamin akan kalah besar.

Dalam keadaan sekarang BN tiada pilihan lain. Keadaan politik sekarang tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada mereka.

Justeru, daripada malu kerana kalah dijatuhkan rakyat dengan penuh kehinaan, lebih baik BN angkat 'bendera putih' awal-awal.

artikel asal : HarakahDaily

BN Tak Bertanding Di Penanti : Komen Pemimpin-pemimpin PKR

Keputusan BN tidak bertanding pada pilihanraya kecil Penanti adalah penanda jelas parti itu khuatir untuk berdepan dengan rakyat.



klip video ehsan : greenboc

Datuk Seri Anwar Ibrahim : Umno mungkin taja calon bebas di Penanti

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno tidak bertanding di Penanti kerana parti itu tidak sedia bertarung dan menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak munasabah kerana ini pertama kali Umno tidak bertanding apabila ada kekosongan kerusi.

"Dalam apa jua alasan, jika ada kekosongan Pakatan Rakyat menyerahkan kepada kebijaksanaan dan keputusan rakyat.

"Hujah ini satu helah kerana Umno selalu tabik dada (mengaku) kuat dan relevan," katanya kepada wartawan selepas ceramah di Taman Medan Petaling Jaya malam tadi, sempena pelancaran kempen penerangan "Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat".

Semalam, Dewan Tertinggi BN memutuskan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti. Perdana menteri memberi tiga sebab BN menolak bertanding kerusi tersebut.

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib juga menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.

Ceramah dapat permit

Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun berkata, Pakatan menghadapi kemungkinan Umno akan menaja calon bebas di Penanti.

"Itu belum pasti, bagaimanapun Pakatan akan terus bekerja untuk menghadapi pilihanraya tersebut," katanya.

Sementara itu ketika berucap di majlis tersebut, Anwar mengulangi pendirian Pakatan yang mahukan DUN Perak dibubarkan dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Katanya, Pakatan menghormati Istana tetapi yang membuat keputusan bukan Istana, bukan hakim tetapi rakyat.

"Di Perak kita yakin akan menang lebih besar kerana (rakyat) mahukan perubahan," katanya.

Selain Anwar, beberapa pemimpin Pakatan turut berucap di majlis tersebut.

Kira-kira 5,000 orang membanjiri kawasan lapang di Taman Medan untuk mendengar ceramah mengenai krisis politik di Perak.

Ceramah tersebut mendapat permit polis.

artikel asal : malaysiakini

Isu Rasuah : Kenyataan penuh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat hari ini mengesahkan tidak wujud amalan rasuah atau politik wang dan menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan PAS dengan amalan mungkar itu.

"Saya telah mendengar taklimat dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Pengarah Pilihanraya PAS PUsat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan beberapa pimpinan Pusat yang lain.

"Seteleh kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri-negeri, kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS," kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyuarat jawatankuasa tersebut.



Beliau berkata, PAS memutuskan tiada tindakan yang akan diambil kepada Ketua Dewan Ulama’, Dato’ Ustaz Mohamed Daud.

Katanya usaha pihak-pihak tertentu mengaitkan PAS dengan amalan politik wang ternyata tidak berhasil.

"Sebarang usaha untuk menembuskan bahtera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal, Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang," katanya.

Ustaz Mohamed Daud yang ditemui selepas mesyuarat tersebut berkata beliau telah memberi penjelasan secara menyeluruh kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut sama beliau mengemukan sebarang bukti ataupun tidak berhubung dakwaannya sebelum ini.

"Tiada komen...Tiada komen, kalau saya cakap nanti banyak masalah. Saya serah kepada presiden parti," katanya sebagaimana dilaporkan mStar online.

artikel asal : HarakahDaily

Krisis Perak : Najib Main Politik

Menteri Besar Perak yang sah Datuk Seri Nizar Jamaluddin menyifatkan tawaran BN untuk berunding bagi menyelesaikan kemelut Perak terbukti tidak lebih daripada gimik politik.
“Ini adalah gimik politik Najib mempergunakan Pakatan untuk meraih kembali sokongan rakyat,” kata Nizar.

“Beliau adalah dalang krisis ini. Najib lah yang merampas kuasa dari kita dan amat tidak masuk akal tiba-tiba dia menyeru kepada pertemuan, dan saya fikir pertemuan antara kita tidak akan membawa kepada apa-apa pun.” kata Nizar.

“Ia tidak lebih dari omong kosong Najib untuk mendapatkan semula simpati rakyat. Kini, dia meletakkan segala tanggungjawab menentukan nasib Perak kepada Zambry (Kadir) dan Tuanku Sultan (Azlan Shah),” tambah beliau lagi.

“Jika Najib benar-benar ikhlas menghormati hak rakyat seperti yang beliau laung-laungkan dalam dasar 1Malaysia, maka ini adalah peluang keemasan untuk beliau menyokong pembubaran DUN Perak supaya pilihanraya negeri diadakan. Najib sepatutnya mempunyai kekuatan untuk mengotakan laungannya,” kata Nizar.

Minggu lalu, Najib mengumumkan beliau bersedia mengadakan perbincangan dengan pimpinan Pakatan Rakyat. Namun kurang 48 jam kemudian, Najib berkata rundingan itu akan diadakan pada masa sesuai kerana kononnya beliau mahu menilai keikhlasan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata pembubaran DUN adalah dalam kuasa Sultan tetapi enggan menyatakan sama ada UMNO sanggup menyokong membuat usul sedemikian kepada Sultan.

Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menolak pelawaaan Najib dan mengulangi pendirian beliau supaya Dun Perak di bubarkan bagi membuka jalan kepada pilihanraya baru.

Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim, berkata Pakatan tidak akan berganjak daripada pendirian mahu rakyat diberi hak memilih kerajaan negeri.

Beliau berkata pertemuan dengan Najib boleh diadakan jika tujuannya untuk menguatkan kembali asas-asas demokrasi di Perak.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan bukan Zambry. Sehari selepas itu Zambry mendapatkan perintah Mahkamah Rayuan untuk menangguh keputusan berkenaan.

Pada Khamis ini , Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan permohonan Nizar mengenepikan penangguhan keputusan itu.

artikel asal : TVAntara

LOCENG KEMATIAN UMNO/BN MENANTI DI PENANTI

Ketakutan Najib Razak sudah memuncak. Hari ini setelah penantian yang lama beliau membuat keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil N12 Penanti. Keputusan itu bukannya sesuatu yang mengejutkan dan tidak disangka.


Sedari awal Najib sudah membayangkan kemungkinan BN tidak menyertai PRK kali ini atas alasan tidak mahu membazirkan wang ringgit rakyat. Rakyat kebanyakan gelak ketawa apabila seorang Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa apatah lagi reaksi golongan rakyat yang berpendidikan apabila mendengar alasan sebegitu rupa.

Rakyat daripada semua lapisan umum tahu dan mengerti perkataan jimat adalah amat asing bagi Umno dan Barisan Nasional. BN mewakili projek mega, kronisma, nepotisma, pembaziran, penyelewengan, kerakusan, ketamakan dan segala sifat yang melampau. Jimat tidak ada dalam kamus Umno dan BN jadi apabila Najib kata hendak berjimat ia adalah satu pembohongan yang nyata.

Yang jelas Najib tidak sanggup lagi berhadapan dengan kekalahan demi kekalahan yang terpaksa diterima BN sejak tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke 12 tahun 2008. Kekalahan di Penanti bakal menunggu BN sekiranya ia bertanding tetapi hakikatnya BN sudah hilang selera untuk menerima kekalahan lagi. Walaupun Penanti adalah dalam kawasan kubu kuat Pakatan Rakyat tidak pernah dalam sejarah pilihan raya negara ini parti besar seperti BN menolak untuk masuk gelanggang bertarung denganb lawan. Tapi di Penanti BN angkat bendera putih sejak awalan lagi. Memutuskan untuk tidak bertanding samalah seperti mengaku kalah.

Najib telah menghampakan ramai pihak dalam Umno dan BN. Pertama sudah tentu mentor politik beliau yang mahu BN bertanding di Penanti. Juga yang "frust" termasuk Umno Bahagian Permatang Pauh yang mahukan kerusi tersebut untuk calonnya. Najib sanggup melukakan perasaan pendokong partinya demi menyelamatkan politik beliau.

Selain takut kalah faktor utama yang mencorakkan keputusan BN menarik diri dari Penanti ialah krisis politik Perak yang terus menerus menghantui Najib. Rampasan kuasa yang dirancang oleh Najib boleh diandaikan sebagai satu raksasa yang sudah terputus talinya dan kini berada diluar kawalan tuannya. Najib sudah kehabisan ide untuk mencari jalan menghalalkan kerajaan haram yang dibentuknya di bawah budak suruhan beliau, Zambry Abd Kadir. Najib masih tercari-cari dalam kegelapan satu bentuk penyelesaian yang menguntungkan Umno dan BN tanpa mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri Perak. Berapa lama lagikah Najib boleh bertahan dan menolak desakan rakyat supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan? Isu Perak telah memeningkan kepala Najib dan BN sehingga mendesak mereka untuk mengabaikan PRK Penanti.

Sekiranya tidak ada calon bebas yang mahu bertanding menentang calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman sudah tentu PRK Penanti akan menjadi "walkover" bagi Pakatan Rakyat dan tidak payah Suruhanjaya Pilihan Raya mengguna dana awam untuk menguruskan PRK ini. Tetapi inilah realiti sebuah sistem pemerintahan yang berteraskan demokrasi, suara rakyat berkuasa menentukan siapa pemimpin yang mereka mahu. Umno dan BN cuba mematikan api demokrasi yang hidup dalam sanubari rakyat dengan memperlecehkan pilihan raya bila mana peluang kemenangan tidak memihak kepada mereka.

Pilihan raya hanya penting kepada Bn sekiranya ia boleh dimanipulasi semaksima mungkin dengan menggunakan SPR. SPR sebagai budak suruhan Umno dan BN akan bertindak bagai lembu yang dicucuk hidungnya, mengikut apa saja yang diingini oleh tuannya.

Lihat saja di Penanti; belum apa-apa SPR sudah mengeluarkan arahan-arahan pelik yang ia sendiri tahu melanggar undang-undang pilihan raya sedia ada. Larangan mendirikan pondok panas dan menghadkan jumlah penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan calon dikhaskan kepada PRK Penanti. Di Bukit Selambau dan Bukit Gantang pula Kementerian Dalam Negeridiperkudakan Umno dan BN dengan melarang menimbulkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan mempersoalkan keputusan dibuat institusi Raja. Apa pun kekangan yang cuba diimplementasi oleh BN rakyat akan tetap menang.

Kuasa rakyat tidak boleh diperkecilkan lagi. Apa yang BN mampu buat hanya melambatkan sedikit saat kematiannya ditangan rakyat dengan menyalahgunakan semua institusi demokrasi.Meskipun demikian putaran jam takdir Umno dan BN semakin laju mengejarnya dan loceng kematiannya akan berbunyi sedikit masa lagi.

artikel asal : TVAntara

BN Tidak Bertanding Di Penanti

Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Ini kali pertama BN tidak menyertai sesuatu pilihanraya dalam sejarah parti itu. Datuk Seri Najib mengumumkan keputusan berkenaan selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur yang berlangsung lebih dua jam.


Najib mendakwa keputusan itu kononnya bersandar kepada keinginan BN untuk memulihkan ekonomi dan mengutamakan khidmat kepada rakyat.

Namun pemerhati politik menolak alasan Najib itu dengan merujuk kepada kesungguhan UMNO-BN membazirkan dana awam dan membelakangkan suara rakyat di Perak untuk terus berpaut kepada kuasa meskipun mahkamah memutuskan Pakatan Rakyat masih kerajaan sah di negeri itu.

Mereka sebaliknya berpendapat keputusan BN hari ini menyerlahkan rasa khuatir Najib tewas kepada pembangkang pada satu lagi pilihanraya kecil.

Barisan Nasional sebelum ini kalah di kesemua empat pilihanraya kecil di Semenanjung sejak pilihanraya umum Mac tahun lepas.

Tiga daripada pilihanraya kecil itu ditandingi oleh UMNO termasuk kerusi Parlimen Pematang Pauh yang disandang oleh Ketua Uumum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerusi Penanti adalah dalam kawasan parlimen Permatang Pauh.

PKR meletakkan Timbalan Pengerusi Perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk pilihanraya kecil itu pada 31 Mei. Hari penamaan calon ialah 23 Mei.

artikel asal : TVAntara

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin Mohon 5 Hakim Dengar Kesnya

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang tadi.

Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.

Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

artikel asal : TVAntara