Tuesday, April 14, 2009

"JANGAN IKUT GAYA BLOGGERS" kata Ali 'Awang' Hassan

Sesetengah mereka salah guna internet, blog untuk mencaci, memfitnah, menghasut, memburukkan pihak tertentu

Wartawan profesional tidak harus terikut-ikut dengan tindak-tanduk dan sikap sesetengah penulis blog (bloggers) yang menyalahgunakan media baru seperti internet dan blog untuk mencaci, memfitnah, menghasut dan memburuk-burukkan pihak tertentu.

Demikian kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, kerajaan tidak dapat membenarkan wartawan dan media menyalahgunakan kebebasan (sebagaimana yang dilakukan (bloggers) kerana dikhuatiri akan menjejaskan kestabilan politik, merosakkan perpaduan sosial dan ekonomi negara.

“Kita tidak harus membenarkan pengguna internet termasuk bloggers menggunakan medan ini untuk mencaci, memfitnah, menghasut dan memburuk-burukkan pihak lain termasuk pemimpin politik dan kerajaan dengan sewenang-wenangnya,” tegasnya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Teknologi Maklumat Bolhassan Di ketika perasmian Pertabalan Jawatankuasa Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) 2009 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Tengah berkata, tiada negara dunia yang benar-benar mengamalkan kebebasan mutlak termasuk negara yang diberi ranking tinggi dari segi kebebasan akhbar oleh Reporters Without Borders (Freedom House).

Ini kerana katanya, kebebasan tanpa batas akan mengundang malapetaka, kehancuran dan hanya memusnahkan masa depan negara.

Tengah berkata akhbar merupakan institusi penyumbang terpenting dalam membentuk kesedaran rakyat ke arah proses pembangunan negara.

Justeru, media perlu memanfaatkan potensinya untuk berperanan dengan berkesan ke arah melahirkan bangsa yang matang, progresif, maju dan makmur dalam pelbagai bidang.

http://www.theborneopost.com/

Lagi Berita Best : Bekas MP Labuan Menghadapi Tuduhan Baru...

Didakwa Buat Pengakuan Palsu Dalam Akuan Berkanun



Terdahulu


Kes Zambry vs Speaker

Mahkamah Persekutuan pagi ini memutuskan bahawa Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya, telah menggunakan prosedur yang betul untuk mencabar penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN Perak.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Md Sheriff, yang mengetuai panel lima orang hakim, berkata ia boleh mendengar perkara itu secara membuat permohonan dan bukannya melalui semakan kehakiman.

Zambry dan enam orang exco kerajaan memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan sebulat suara itu pagi ini bagi menolak permohonan peguam Sivakumar - Sulaiman Abdullah - semalam terhadap permohonan untuk membatalkan penggantungan tersebut.Sulaiman berhujah semalam bahawa Zambry dan enam pemohon tersebut sepatutnya membuat permohonan secara semakan kehakiman dan bukannya melalui saman asal untuk mendapatkan beberapa pengisytiharan.

Malaysiakini

UMNO/BN Amalkan "Gangsterism" Lagi Kali Ini di Terengganu - Video

Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Hantar SMS Ugut Bunuh – ADUN BN

Kuala Terengganu – Konspirasi bertujuan menjatuhkan Menteri Besar Terenggau, Dato’ Ahmad Said semakin jelas apabila dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) membuat laporan polisADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh dan ADUN Paka Zakaria Arifin (Gambar) memberitahu media mereka menerima ugutan bunuh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dari seorang yang tidak dikenali.“pada lebih kurang 11.21 malam dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Gong Badak, untuk minum, tiba-tiba saya menerima SMS,“apabila saya tengok SMS itu saya terkejut sebab SMS itu merupakan ugutan terhadap nyawa saya,”kata Abdul Halim kepada pihak media selepas membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu, awal pagi hari ini 14 April.

Menurutnya SMS yang berbunyi “baik jangan teruskan YB, YB tak sayang nyawa?” adalah satu ugutan yang serius.Katanya, dengan ugutan sebegitu, beliau merasakan nyawa beliau terancam kerana sebagai ADUN beliau sering berjalan kemana-mana.Namun begitu, katanya, beliau merasa begitu sedih kerana apabila beliau menyemak nombor telefon yang menghantar SMS itu dari buku rasmi kerajaan negeri Terengganu, ianya datang seorang pegawai tinggi kerajaan.“apabila saya check (semak) dari diari rasmi kerajaan negeri Terengganu rupa-rupanya SUSK ni, kita terima mesej ni, nombor yang saya terima ini adalah nombor daripada pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu,”ujarnya.Katanya individu itu adalah orang yang begitu rapat dengan Yang Amat Berhormat dato’ Menteri Besar iaitu Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar.Beliau berkata, pada anggapannya, ugutan tersebut adalah berkait dengan isu ‘undi tidak percaya’ terhadap Menteri Besar Negeri Terengganu.“Ugutan ini, pada sayalah, saya tak tahu, sebab pada anggapan saya sebab, sekarang isu yang paling hangat adalah isu mengenai undi tidak percaya terhadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar kitalah…,”katanyaBagaimana pun, katanya beliau tidak pasti samada ia benar atau tidak, kerana menurutnya beliau dan rakan-rakannya tidak ada rancangan tentang membawa usul undi tidak percaya tersebut.“kami semua tidak ada rancangan mengenai benda ini (undi tak percaya) mungkin ada sesuatu yang meggerakkan mereka, jadi mereka mengancam kita, kalau benda ini berlaku dalam dewan, saya mungkin menjadi salah seorang pengundinya, tapi saya tak tahu apa-apa rancangan tentang benda ni,”tambahnya.Beliau mengatakan turut sama menerima ugutan tersebut adalah ADUN Paka, Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah , yang turut hadir membuat laporan polis.Menurut Zakaria, turut menerima SMS yang sama adalah ADUN Ajil Dato’ Rosol Wahid, yang menerima ugutan tersebut dari nombor lain, dipercaya hantaran melalui komputer.

http://www.buletinonline.net/

Video Klip Kenyataan Halim Jusoh



Video Klip ADUN Terengganu Buat Laporan Polis Terima SMS Ugutan



SU Sulit MB Nafi Hantar SMS

Sinonimnya UMNO & Arak : Kisah Anak mantan PM beli kilang arak

Mirzan, anak sulong kepada dr Mahathir Mohamad membeli sebahagian dari saham dalam syarikat pembuat arak dari Jepun, Kirin holdings Co. Ltd.Demikian didedahkan Business Mirror dalam laporannya 23 Februari lepas. Menurut laporan itu, Mirzan merupakan salah seorang daripada empat tokoh perniagaan yang membiayai Q - tech, sedang berusaha membeli sejumlah 20% saham bernilai USD 20 juta syarikat Jepun itu.

Tokoh-tokoh lain lain ialah Roberto V. Ongpin, Eric O.Recto dan Alexender Blador. Pembelian itu dibuat melalui San Miguel Corporation yang beribu pejabat di Filipina. Transaksi pembelian itu dijangka dilengkapkan Mei depan. Contoh arak yang dikeluarkan oleh Syarikat San Miguel Corp. ialah gambar di sebelah.Petronas sebelum ini terpaksa menyelamatkan syarikat milik Mirzan, Konsortium Perkapalan Bhd. (KPB) kerana kerugian 1.5 Billion ketika bapanya masih berkuasa.

Petronas sebelum ini terpaksa menyelamatkan syarikat milik Mirzan, Konsortium Perkapalan Bhd. (KPB) kerana kerugian 1.5 Billion ketika bapanya masih berkuasa.

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO ini mereka tidak menghiraukan lansung sumber pendapatan mereka samada dari punca yang halal atau haram. Ia tidak lansung memperhitungkan ajaran Islam dan keberkatan Allah di dalam setiap rezeki yang mereka cari.Hal yang serupa juga mengenai kes PM, Najib Razak yang telah meluluskan 10 lesen judi sebaik saja menduduki jawatan sebagai Menteri Kewangan dimana beliau dengan bangga menytiharkan negara memungut cukai sebanyak RM77 juta. Kami telah mendedahkan sebelum ini di mana wang dari inilah digunakan untuk menampung pembelian ADUN-ADUN yang melompat parti di dalam usaha merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat.

Barisan Kabinet Baru 'Remote Control' Mahathir

Pemuda PAS dakwa perlantikan dan pengguguran anggota kabinet atas arahan bekas Perdana Menteri itu.

Konflik Thai : "Saya tak sesuai jadi orang tengah" Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menolak cadangan untuk melantik beliau sebagai orang tengah bagi menyelesaikan konflik di Thailand khususnya di selatan negara itu.

Menurutnya, beliau tidak layak berbuat demikian kerana mudah ‘lembut hati’ dengan sesiapa sahaja, termasuk soal rundingan berkenaan. Katanya, keadaan itu akan merumitkan soal rundingan.

Baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencadangkan Menteri Besar itu sebagai orang ketiga dalam menyelesaikan konflik yang berlaku di negara terbabit.

Sebelum ini, pegawai dari negara tersebut berkali-kali meminta pandangannya bagaimana cara yang perlu dibuat untuk menyelesaikan konflik di negara terbabit.

“Saya kata pada dia (wakil kerajaan Thai) berunding antara pihak kerajaan dengan kumpulan yang dianggap pemberontak, manakala berunding ni pula tidak boleh secara terus, sebaliknya melalui orang tengah.

“Sebagai contoh masaalah yang berlaku di Filipina dengan Moro dahulu dilantik Malaysia, Israel dengan Hamas sekarang ini dilantik Mesir, begitu juga dalam kes kemelut di Thailand yang perlu ada orang tengah untuk berbuat demikian,”ujarnya lagi.

Menurutnya, kaedah perundingan untuk menyelesaikan kemelut tersebut merupakan cara yang betul bagi mengelakkan keadaan yang tidak terkawal terus berlaku.

Sambungnya lagi, apabila beliau menyebut perlunya ada orang ketiga dalam menyelesaikan masaalah itu, pegawai terbabit terus bertanya lagi padanya siapa.

Namun, tambah Nik Aziz, itu pandai-pandailah mencari mereka yang sesuai.
SiasahDaily

Video - Lim Guan Eng Selar Muhyiddin