Wednesday, April 22, 2009

KES SMS UGUTAN 3 ADUN TERENGGANU, KERANI 31 TAHUN DITAHAN

SMS ugutan ADUN Terengganu: Kerani ditahan di Seri Kembangan



AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Abd. Halim Jusoh menunjukkan salinan aduan polis dan SMS ugutan yang diterimanya selepas membuat laporan polis di Kuala Terengganu pada 13 April lalu.


Seorang kerani berusia 31 tahun ditahan di Seri Kembangan, Selangor bagi membantu siasatan berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang diterima oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu minggu lalu.


Kerani berkenaan ditahan semalam, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan.

SMS ugutan bunuh: Kerani ditahan di Selangor

klip video ehsan : greenboc

Dato' Seri TG Nik Aziz : Bangsa bukan ancaman bagi Islam

Ancaman Islam yang sebenar adalah mereka mereka yang berfikiran salah, menentang ajaran Islam itu sendiri.

DESAS DESUS MOHAMMAD HASSAN DIGUGURKAN JAWATAN MB NEGERI SEMBILAN

Mohammad Hassan menanti detik untuk digugurkan

Sekutu kuat Tun Abdullah Ahmad Badawi di Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohammad Hassan kini dikhabarkan hanya menanti saat untuk digugurkan dari jawatan Menteri Besar negeri tersebut.

Beberapa sumber dalaman Umno menyatakan, detik kejatuhan Mohammad Hassan itu boleh dilihat berlaku dalam masa terdekat ini selepas beberapa signal kelihatan.

Dakwa seorang sumber, orang kanan Mohammad Hassan dikhabarkan telah meletakkan jawatan penting Umno Negeri Sembilan berkuatkuasa pada 16 April 2009 yang lalu.

Kata sumber itu, khabar itu juga telah disahkan melalui khidmat pesanan ringkas (sms) daripada individu itu sendiri kepada salah seorang Pemuda Bahagian Rembau.

Bagaimanapun Azman Hasan dikhabarkan tetap meneruskan tugasnya sebagai Setiausaha Umno Bahagian Rembau selagi dikehendaki oleh adiknya sendiri selaku Ketua Umno Bahagian Rembau, katanya.

Khabar ini juga dilaporkan oleh beberapa blog politik di Negeri Sembilan yang rata-rata meyakinkan akan kewujudan perihal ini, kata sumber.

Sementara beberapa sumber lain turut menyebut, Mohammad Hasaan juga akan digugurkan dari jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan.

Maklumat itu juga menyatakan, pengerusi baru akan dipilih di kalangan ahli Majlis Tertinggi Umno, bagi memastikan saki-baki pengikut Tun Abdullah dibersihkan.

"Desas-desus turut melaporkan bahawa salah seorang Ketua Umno Bahagian yang juga seorang Adun telah disebut-sebut akan menggantikan Azman Hasan selaku Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang baru," kata sumber.

Dalam pemilihan lalu, Mohammad Hassan tewas dalam merebut jawatan MT Umno, sementara di peringkat bahagian, 'orang kuatnya' juga tewas.

Sejak dari itu, timbul beberapa laporan mengenai kemungkinan Mohammad akan digugurkan dari jawatan MB.Beberapa blog politik di Negeri Sembilan termasuk blog Badrul Hisham Shaharin menyatakan hal tersebut.

Namun hingga ke saat ini, Mohammad Hassan masih kekal selaku MB, dan abangnya, Azman Hassan tidak pernah membuat sebarang pengumuman rasmi berhubung peletakan jawatannya atau sebaliknya.


artikel asal : HarakahDaily

Ali Rustam dituduh lakukan gangguan seksual dalam Sidang DUN Melaka


Ali Rustam didakwa kata lucah di sidang DUN

DAP menuduh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam melakukan gangguan seksual kepada wanita di dalam Persidangan Dun Melaka berikutan tindakan beliau membangkitkan isu Elizabeth Wong berulang-kali kepada Adun Kota Laksamana (DAP), Betty Chew Gek Cheng sehingga menimbulkan kekecohan.

Ali yang bangun untuk membahaskan ucapan terima-kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka kerana merasmikan sidang Dun memulakan kekecohan apabila bertanya kepada Betty mengenai isu yang melanda Elizabeth.

"Saya nak tanya Betty betul ke isu Elizabeth tidur dengan lelaki Melayu sedangkan mereka belum berkahwin, Yang Berhormat ada tengok tak video itu," kata Ali Rustam.

Betty menjelaskan bahawa beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak menonton video tersebut.

Speaker Dun, Dato' Othman Muhamad juga turut menyampuk dengan mengatakan bahawa Betty ada melihat video itu tetapi menafikannya.

Ini membuatkan Ketua Pembangkang, Adun Kesidang (DAP), Goh Leong San, bangun mencelah dan meminta Ketua Polis menyiasat Ali dan Othman kerana menonton video lucah dan melakukan gangguan seksual kepada wanita yang berada di dalam dewan itu.

Goh berkata, ucapan Ketua Menteri adalah merupakan satu gangguan seksual dan beliau mesti meminta maaf serta menarik balik kata-katanya.

"Speaker tak boleh bela Ketua Menteri sebab adakah kita balik rumah tanya isteri kita ada tonton video lucah ataupun tidak.

"Ini adalah gangguan kepada Yang Berhormat wanita, Bentara wanita dan juga semua wanita yang berada di dalam dewan ini," katanya.

Ali kemudiannya berkata,"Saya nak tanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz apa hukumnya orang yang belum berkahwin tidur bersama tapi Nik Aziz kata tak salah, inilah keadaannya sejak PAS kawan dengan DAP tidur dengan perempuan bukan bini pun boleh".

Betty sekali lagi bangun mempersoalkan bagaimana Ketua Menteri boleh tahu mereka tidur bersama sedangkan orang lain semua tak tahu dan ini katanya menunjukkan Ketua Menteri ada menonton video lucah.

Suasana kembali terkawal apabila Ali Rustam merasakan ucapan lucahnya itu memakan diri-sendiri, lalu beliau berhenti daripada memperkatakan isu Elizabeth dan meneruskan ucapan terima-kasihnya.

artikel asal : HarakahDaily

SEMUA BLOG KECOH MODEL INDONESIA DIDERA KERABAT DIRAJA KELANTAN - siapa model ni?

Current Obsession: Manohara Odelia Pinot
April 30, 2008

There might be many teenagers out there that show their fondness of splurging on indulgences, but few would show their fondness of compassionately caring and helping for others. The young Manohara Pinot has just adopted two children - one with special needs - to be taken care of at her house. With Indonesian and French descent, she calls Cannes her home and Jakarta her ‘new’ home.

She started her love for fashion at an early age. She loves Roberto Cavalli dresses, Christian Louboutin shoes, Birkin bags, Audemars Piguet and Roger Dubuis watches just to name a few. A close source said that Manohara is exteremely down-to-earth, unlike any other women you see toting Birkins on Louboutin heels, “She is beautiful, outside and inside,” added our source.

Besides preparing to enroll in public relations major at a university in Jakarta, this soft-spoken young lady enjoys painting and writing in her free time. With beauty and grace that resemble Marella Agnelli, combined with such an impeccable manner, Manohara always looks effortlessly elegant and stunning.

Miss Manohara Odelia Pinot
Dewi, Dessy, and Manohara Pinot
Dewi & Manohara Pinot
Rumour has it that she’s dating someone from the Bakrie family
The Pinot sisters; Dewi & Manohara

klip video ehsan : greenboc

klip video ehsan : membangunlah

klip video ehsan : mappln



Kasus Manohara Mulai Goyang Malaysia

Deplu Akan Pertemukan Keluarga dengan Manohara.
Kasus model Indonesia Manohara Odelia Pinot, 17, yang diduga disiksa oleh suaminya, Tengku Muhammad Fakhry, putra Raja Kelantan Malaysia, kini mulai menjadi pemberitaan di media massa Malaysia, terutama media online.

Malaysiakini.com misalnya, menurunkan berita berjudul “Kerabat Kelantan Didakwa Dera Istri Model” dengan memuat foto cover harian Surya edisi Selasa 21 April 2009 yang menurunkan tulisan berjudul “Model Indonesia Disilet Pangeran Malaysia” lengkap dengan foto Manohara berpakaian kerudung warna orange serta foto suaminya yang juga Pangeran Kerajaan Kelantan itu.

Seorang editor situs online di Malaysia ketika dikontak mengatakan, “Biasanya keluarga istana Kelantan tidak akan memberikan keterangan pers, namun begitu kami siap-siap jika mereka menanggapi berita ini karena masalah ini sudah menyangkut hubungan dengan negara tetangga,” katanya.

Beberapa warga Malaysia juga mengatakan, jika ada kasus kriminal yang menyangkut keluarga Sultan, biasanya tidak muncul menjadi berita, atau kasusnya ditutup dan dianggap tidak ada.
Para situs berita Malaysia mengaku akan terus mengembangkan berita ini dengan mewawancarai politisi atau pejabat pemerintahan negara bagian Kelantan.

Sementara itu, pihak Kesultanan Kelantan merespons surat yang dikirimkan Departemen Luar Negeri (Deplu) RI untuk meminta kejelasan nasib Manohara, yang oleh ibunya, Daisy Fajarina, dikatakan telah disekap dan disiksa suaminya.

Kemungkinan besar Sultan Kelantan akan mengizinkan Manohara bertemu dengan keluarganya. “Ada sinyal positif dari pihak keluarga Kesultanan untuk mengizinkan keluarga Manohara berkunjung ke Malaysia,” ungkap Juru Bicara Deplu RI, Teuku Faizasyah saat dihubungi di Jakarta, Rabu (22/4).

“Kita akan fasilitasi melibatkan keluarga, agar bisa bertemu. Kita sedang upayakan mudah-mudahan ada realisasi. Pihak Malaysia sudah memberikan sinyal positif,” tambah Teuku Faizasyah.

Sebenarnya, sudah sejak minggu lalu Deplu sudah meminta jasa baik dari Kementerian Luar Negeri Malaysia terkait persoalan Manohara dan suaminya, Pangeran Kerajaan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry.

Seperti diberitakan Surya sebelumnya, Manohara dan Tengku Fakhry menikah pada 26 Agustus 2008 di Kelantan pada saat usianya 16,5 tahun. Namun seperti penuturan ibunya, Daisy Fajarina, Manohara mengaku kerap diperlakuklan kasar oleh suaminya.

Sampai kemudian Manohara kabur pulang ke Jakarta.
Tapi setelah itu, keluarga Daisy sering kedatangan tamu yang mencoba membawa kembali Manohara ke Kelantan. Sampai akhirnya Tengku Fakhry membujuk dengan mengajak ibadah umrah bersama.

Karena niatnya baik, keluarga Manohara mengizinkan. Maka pada 25 Februari 2009, berangkatlah mereka menuju Jeddah, Arab Saudi, dengan pesawat MAS. Daisy dan Dewi Sari Asih, kakak Manohara, juga diajak serta umrah.Namun pada 9 Maret 2009 saat rombongan bermaksud kembali ke Jakarta, Tengku Fakhry membawa paksa Manohara menaiki pesawat Challenger 300 milik Berjaya Air dan langsung terbang ke Kuala Lumpur meninggalkan Daisy dan Dewi di Bandara Jeddah, Arab Saudi. Karena itulah, Daisy menyebut Tengku Fakhry telah menculik dan menyekap anaknya yang hingga kini tak diketahui nasibnya.

Setelah peristiwa itu, pihak keluarga Manohara mengaku dicekal oleh imigrasi Malaysia dengan alasan ada permintaan dari Kerajaan Kelantan. Kakak Manohara, Dewi Sari Asih menjelaskan pada 19 Maret lalu, ibunya, Daisy Fajarina berangkat ke Malaysia bersama pamannya, Tajaludin. Namun saat tiba di Kuala Lumpur, pihak imigrasi Malaysia tak mengizinkan mereka masuk tanpa penjelasan apa pun.

Manohara adalah putri kedua pasangan Daisy Fajarina dan Reiner Pinot Noack, pria berkebangsaan Prancis. Dari pernikahan yang berakhir dengan perceraian ini, Daisy memiliki dua putri yaitu Dewi Sari Asih dan Manohara Odelia.

Sedangkan Tengku Fakhry merupakan putra Raja Kelantan, Sultan Ismail Petra. Ibunya bernama Tengku Anis. Fakhry, yang merupakan putra ketiga, memiliki tiga saudara. Masing-masing Tengku Muhammad Faris Petra, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Amalin A’lshah Putri.

Dinyatakan Bahagia
Setelah berhari-hari bungkam, pihak Istana Kelantan akhirnya buka suara. Kerabat Kerajaan Kelantan membantah kabar Manohara disiksa suaminya. Mano, panggilan Manohara, bahkan disebut tengah berbahagia. “Mano lagi bahagia. Malah udah gemuk lagi,” kata seorang kerabat Kerajaan Kelantan yang enggan disebutkan namanya, melalui surat elektronik kepada detik.com, Rabu (22/4).

Kerabat Kerajaan Kelantan itu menjelaskan Tengku Fakhry sangat mencintai Mano dan tidak bakalan melakukan kekerasan dalam rumah tangga seperti dinyatakan Ibunda Mano. “Tengku Fakhry itu bukan tipe gitu,” sebut dia.

Seorang wartawan Malaysia juga mengungkapkan bahwa Manohara baru membuat acara “Temu Mesra dengan Istri-Istri Wakil Rakyat dengan Cik Wan Temenggung”, pada Sabtu, 18 April 2009 di Grand Riverview Hotel.

“Yang dimaksud dengan Cik Wan Temenggung itu adalah Manohara Odelia Pinot. Dia memperkenalkan diri dengan istri-istri wakil rakyat Kelantan. Manohara hadir bersama dengan suami. Tidak ada tanda-tanda beliau disiksa,” kata seorang wartawan di Kota Bahru, Kelantan yang hadir pada acara itu, Rabu (22/4).

Wartawan ini juga mendengar ada rencana istana Raja Kelantan akan memberikan keterangan pers, setelah berita kasus ini dimuat di Malaysiakini.com. “Kami sudah siap-siap menunggu panggilan. Rencananya sore ini mau ada jumpa pers tapi belum tahu jam berapa tepatnya,” kata wartawan senior itu.

Media online itu hari ini menurunkan berita adanya sebuah blog yang muncul tiba-tiba menampilkan satu album foto Manohara Odelia Pinot sedang santap siang dengan suaminya dan kelihatan mesra.
Terkait rilis foto-foto itu, Daisy Fajarina menyebut sebagai foto-foto dokumentasi.

Daisy menuturkan, seseorang yang sangat dekat dengan Istana Kelantan mengatakan kepada dirinya bahwa keluarga kerajaan memperlakukan Manohara seperti sebuah property yang bisa diperlakukan bagaimana saja. Mereka mengambil banyak gambar Manohara untuk membuktikan bahwa dia dalam keadaan baik dan bahagia. Sumber itu menyebutkan kalau Manohara selalu dipaksa untuk terus tersenyum kepada public, kata Daisy.

Terkait sinyal positif dari Kesultanan Kelantan yang bersedia mengizinkan keluarga Manohara berkunjung ke Malaysia, Daisy menyambut baik. “Kalau memang diizinkan kita sambut baik, karena memang itu yang diperjuangkan agar kita bisa ketemu Manohara,” ujar Daisy Fajarina, Rabu (22/4).

Namun demikian, Daisy tetap akan mengadukan masalah ini ke Komnas Hak Asasi Manusia (HAM), Kamis (23/4) hari ini. “Intinya melaporkan agar ini bisa difasilitasi antara ibu (Daisy) dengan institusi-institusi lainnya,” katanya. Rencannya, lanjut Daisy, dirinya bersama tim pengacara dipimpin OC Kaligis akan bertandang pukul 10.00 WIB.

Secara terpisah, Komnas HAM mendesak Pemerintah RI melakukan tekanan terus-menerus atas kasus Manohara. Tekanan diperlukan karena kasus ini menggunakan hukum Malaysia. “Langkah hukumnya ini menggunakan hukum setempat yang berlaku. Tapi di luar itu keluarga korban bisa meminta pemerintah yang diwakili kedutaan untuk memberikan perlindungan,” ujar komisioner Komnas HAM bidang pendidikan dan penyuluhan Yosep Adi Prasetyo, Rabu.

Karena menggunakan hukum setempat, maka pemerintah RI harus berkoordinasi dengan aparat setempat untuk menangani kasus ini. “Karena tidak mungkin polisi Indonesia ke sana dan menangkap Pangeran Kelantan. Pemerintah harus terus berupaya, kalau memang disandera ya dibebaskan dulu, kalau disiksa mendorong supaya pemerintah Malaysia memproses hukum,” jelas Yosep. ant/wk/oz

artikel asal : SuryaOnline

Kes Usung Gambar Altantuya PRK Bukit Gantang

klip video ehsan : greenboc

Sidang DUN Pertama Melaka Kecoh

klip video ehsan : greenboc

Kit Siang : Rais diseru tumpu bangunkan prasarana jalur lebar, bukan sekat blogger

klip video ehsan : greenboc

Hantu Altantuya menunggu Najib di Penanti?

Walaupun baru tidak sampai 20 hari Dato' Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, namun sudah banyak petanda awal yang menunjukkan era pemerintahannya belum dapat menggamit keyakinan rakyat. Retorik perubahan yang diuar-uarkannya nampak dangkal dan bersifat kosmetik, hanya sekadar mahu mengelabui pandangan orang ramai.

Mungkin Najib menjangkakan rakyat mudah tersilau dengan beberapa pengumuman yang dilafazkan di hari pertama menadi PM, seperti membebaskan 13 tahanan ISA, menarik balik penggantungan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan, selain cebisan tindakan populis mendekati golongan bawahan, seperti ditunjukkan dalam lawatan mengejut ke Jalan Petaling ("China Town"), Kampung Kerinchi (majoriti Melayu) dan Jalan Tun Sambanthan, Brickfields ("Little India").

Sampai bila dapat bertahan tanpa permaidani merah?

Akhbar harian, seperti biasa, memuja-muji kunjungan Najib yang dibuat tanpa protokol itu: "Tanpa permaidani merah dan tanpa bunga manggar, Perdana Menteri, Najib Razak membuat lawatan mengejut di sekitar ibu negara bagi bertemu dan mengetahui masalah rakyat biasa. Beliau yang memakai baju khaki lengan pendek hijau cair dan seluar khaki coklat cair meluangkan masa kira-kira dua jam di kawasan perniagaan di Jalan Petaling, kawasan perumahan kos rendah dan sederhana Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar serta deretan kedai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields."

Ternyata pancingan Najib tidak mengena walaupun "umpan dimakan ikan" apabila calon BN tewas dengan lebih teruk lagi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, lima hari selepas beliau menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi - yang hanya sempat menerajui kerajaan selama lima tahun lima bulan - berbanding keputusan pilihan raya umum, Mac 2008. Rakyat sukar "disihirkan" lagi, tidak sepertimana pilihan raya umum ke-11 apabila mandat terbesar dalam sejarah diberikan kepada Abdullah yang baru enam bulan menerajui negara, juga dengan pelbagai janji dan jaminan retorik.

Meneruskan tradisi perdana menteri terdahulu, Najib turut mengemukakan slogan untuk memukau rakyat, "Satu Malaysia", pastinya sebagai percubaan untuk menarik kembali sokongan kepada Umno-BN, yang sejak Mac 2008 mengalami kemerosotan yang cukup ketara. Namun, bagi seorang profesor sains politik, segala "pembaharuan" yang cuba ditonjolkan Najib "serba tidak menjadi".

"Bagi saya konsep One Malaysia lebih teruk retoriknya, hatta berbanding dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan Abdullah Badawi. Ya, cuba saudara sebutkan dengan saya, apa yang Najib hendak tekankan dalam konsep barunya itu?

"Apa yang barunya dalam nilai-nilai One Malaysia itu, seperti ketabahan, rendah diri, kesetiaan dan sebagainya? Hal-hal seperti itu, bagi saya, tidak perlu diceritakan lagi. Najib nampaknya terperangkap dalam satu benda yang dia sendiri tak boleh buat demi kepentingan rakyat. Ini semua kerana beliau mendapat salah nasihat," tegas pensyarah muda yang petah berkata-kata itu.

"Rakyat Malaysia mahu tindakan segera menyelesaikan pelbagai masalah harian yang menyesakkan hidup. Mereka sudah jelak dengan macam-macam slogan yang akhirnya tidak membawa makna apa-apa kepada kehidupan mereka," tambahnya lagi.

Retorik kosong

Beliau turut mengkritik Najib yang pada awalnya, seperti ditunjukkan di Petaling Street, tidak mahu disambut dengan perarakan bunga manggar atau permaidani merah, tetapi dalam kunjungannya selepas itu tetap diraikan sebagai pembesar.

"Semuanya retorik kosong sahaja, daripada seorang perdana menteri baru," ujar profesor sains politik itu lagi.

Kenyataan Najib yang hanya mendedahkan rasa takutnya kepada suara rakyat terbongkar apabila beliau tidak bersetuju pilihan raya kecil diadakan, ekoran perletakan jawatan Adun Penanti, Pulau Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Baginya, pilihan raya kecil tanpa didahului oleh kematian wakil rakyat hanya membuang masa, tenaga dan wang rakyat.

Ya, sejak bila pula Umno-BN prihatin dengan dana awam yang dibazirkan melalui pilihan raya kecil? Wow, sejuk hati mendengar pemimpin utamanya mula berbicara soal perbelanjaan berhemat sehingga sanggup tidak mahu turut serta dalam pilihan raya kecil demi menyelamatkan wang pembayar cukai. Bermimpikah kita? Saya teringin juga mendengar pandangan, sahabat lama saya, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo mengenai isu pembaziran duit rakyat ini.

Dari segi lain, konsep Satu Malaysia menekankan "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan". Soalnya, mengapa Najib terlalu takut untuk berdepan dengan suara rakyat apabila keadaan memaksanya bertindak begitu? Kenapa perlu direka alasan yang tidak masuk akal, yang hanya menyebabkan orang ketawa atau geli hati mendengarnya?

Harus rujuk mandat baru rakyat

Bukankah menganjurkan pilihan raya kecil itu juga satu amalan lazim demokrasi, yang apabila sampai waktunya pemimpin dan parti politik harus turun mendapat mandat semula daripada rakyat?

"Apakah Najib takut berdepan soalan rakyat yang mahu bukti apakah benar rakyat yang didahulukan?" soal profesor yang ternyata menyimpan banyak persoalan yang belum terjawab. "Jika Abdullah Badawi salah besar kerana menaikkan harga petrol dahulu, mengapa Najib tidak boleh turunkan sehingga RM1.30 seliter? Mengapa perlu berbulan-bulan untuk mengkaji kadar tol dan pemansuhan ISA? Bukankah itu semua perkara mudah yang boleh diselesaikan dalam tempoh tidak sampai dua minggu?"

Namun, yang lebih menjolok mata, masakan Najib sudah lupa, pada 29 Mei 1997, dua pilihan raya kecil terpaksa diadakan serentak bagi meletakkan Dato' Seri Abu Hassan Omar, ketika itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Dengan itu Abu Hassan mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding di kerusi Dun Permatang, yang juga dikosongkan Jamaluddin Adnan. Mengapa tidak timbul soal membuang masa dan tenaga, apatah lagi membazirkan dana awam?

Malah, jika diteliti laporan muka depan The Star, 18 April lalu, perbelanjaan SPR mengendalikan lima pilihan raya kecil, di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, jauh lebih rendah berbanding dengan peruntukan pasukan polis (PDRM).

Pembaziran wang rakyat untuk polis

Menurut laporan akhbar berkenaa, semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh, SPR membelanjakan RM409,000, manakala pihak polis, RM2.5 juta; di Kuala Terengganu, SPR (RM580,000), polis (RM11.5 juta); di Bukit Gantang, SPR (RM600,000), polis (RM7 juta); di Bukit Selambau, SPR (RM400,000), polis (RM5 juta); dan Batang Ai, SPR (RM400,000), polis (RM5 juta). Jumlah kesekuruhan, SPR membelanjakan RM2.4 juta, sementara pihak polis, RM31 juta.

Bagaimanapun, sidang Parlimen pada 18 Februari lalu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung bahawa polis telah membelanjakan sebanyak RM15.53 juta di Kuala Terengganu, iaitu RM4 juta lebih tinggi daripada anggaran kos dalam jadual di atas.

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat mengkritik kehadiran begitu ramai anggota polis, sehingga ada yang menganggarkan jumlahnya melebih 10,000 orang, seolah-olah Kuala Terengganu menjadi zon perang. Di mana saja anda akan bertemu polis dan khemah putih tempat penginapan mereka jelas menarik perhatian masyarakat setempat.

Belanja polis jauh lebih besar

Di Parlimen juga, Chor memaklumkan bahawa perbelanjaan pasukan polis untuk mengawasi pilihan raya kecil Permatang Pauh hanya kurang sedikit daripada Kuala Terengganu. Ini bermakna kos di Permatang Pauh juga sekitar RM15 juta, jauh lebih besar daripada anggaran seperti ditunjukkan dalam jadual.

(Kalau benar kita memerlukan pengawasan daripada pihak polis seramai itu, mungkin kos sebesar itu boleh diterima. Tetapi, semua orang tahu, rakyat kita bukan perusuh atau penjenayah, yang meletakkan undang-undang dalam tangan mereka. Kita tidak memerlukan kawalan ketat sebegitu rupa. Banyak pihak melihat kehadiran pasukan keselamatan itu adalah satu strategi BN (tidak pasti sama ada pendekatan itu akhirnya memakan diri BN sendiri) untuk mencapai kemenangan).

Perbelanjaan itu belum termasuk yang dihanguskan jentera kempen BN, yang bukan sahaja menggunakan peruntukan parti, malah membazirkan bukan sahaja wang rakyat tetapi juga kemudahan dan jentera kerajaan.

Bayangkan berapa ramai menteri yang turun berkempen menggunakan dana awam? Ada kementerian yang mengadakan hari bertemu pelanggan di kawasan pilihan raya, yang langsung tidak ada kena mengena, selain untuk turut berkempen memenangkan BN. RTM yang membuat liputan langsung, misalnya semasa Tun Dr Mahathir Mohamad turun ke Bukit Gantang, tentunya menghabiskan wang yang bukannya sedikit.

Saya pernah mendedahkan ratusan ribu ringgit wang universiti digunakan untuk perbelanjaan pemantau pilihan raya oleh urusetia Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi mengesan mahasiswa yang berkempen untuk pembangkang, antaranya di Machap, Melaka dan Ijok, Selangor.

Had perbelanjaan kempen tidak pernah dipatuhi

Walaupun undang-undang pilihan raya membataskan perbelanjaan kempen setakat RM200,000 untuk pilihan raya kawasan Parlimen dan RM100,000 untuk Adun, tetapi dipercayai jentera BN membelanjakan jauh lebih besar daripada itu. Lim Kit Siang menganggarkan untuk kempen di Batang Ai sahaja - kawasan yang dijangka BN menang mudah - parti itu membelanjakan kira-kira RM70 juta.

Saya tidak mahu anda terperanjat atau "terkejut beruk" jika kita menjumlahkan semua perbelanjaan BN untuk lima pilihan raya kecil itu. Wang rasuah politik itu sebenarnya datang daripada dana awam juga, yang diperolehi melalui salahguna kuasa dan amalan tumbuk rusuk.

Ringkas cerita, kalaupun Najib takut berdepan kempen di Penanti, iaitu salah satu Dun di bawah Permatang Pauh, kita cadangkan carilah daleh lain, alasam yang boleh diterima akal sedikit.

"Mungkin Najib takut dikejar hantu Altantuya kot? Yalah, Penanti adalah kubu Anwar, takkan Najib nak mengulangi sumpahnya lagi sepertimana yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu," soal pensyarah sains politik tadi.

Mendengar saya ketawa di hujung talian, beliau menegaskan, "Lutfi, isu Altantuya bukan soal remeh, Najib betul-betul risau ...."


artikel asal : HarakahDaily