Saturday, June 4, 2011

Mohamad Sabu, Timbalan, Salahuddin, Mahfuz kekal, Husam masuk

Spekulasi bahawa pemidato terkenal Mohamad Sabu menang jawatan Timbalan Presiden PAS tersebar sejak lewat malam tadi kini sudah terjawab. Pagi ini diumumkan 420 undi perwakilan muktamar PAS memilih Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal baru sesi 2011/2013.

Pengumuman senarai penuh keputusan itu dibacakan oleh Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman jam 10 pagi tadi.

Bilangan yang layak mengundi jawatan Timbalan Presiden PAS seramai 1077, bilangan yang keluar mengundi 1045, kertas undi terkumpul 1045, kertas undi rosak 1 dan kertas undi yang sah 1044.

Sementara bagi jawatan naib presiden, perwakilan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berjaya memenangi jawatan itu. Dua lagi Naib Presiden sesi lepas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub kekal di kerusi sama.

Bilangan yang layak mengundi bagi jawatan Naib Presiden adalah 1077, bilangan yang keluar mengundi 1045, kertas undi terkumpul 1045, kertas undi rosak 2 dan kertas undi yang sah 1043.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Semalam, seramai 1,077 orang pengundi yang layak telah memilih seorang timbalan presiden, tiga orang naib presiden serta 18 orang jawatankuasa pusat.

-Laman Rasmi Muktamar


BO

No comments:

Post a Comment