Saturday, June 4, 2011

Timbalan Presiden PAS milik Mat Sabu

Beliau berjaya memperoleh 420 undi manakala Nasharudin dengan 224 undi. Seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mendapat 399 undi.
FULL REPORT
Laporan Muktamar Tahunan PAS ke 57

GOMBAK : Seperti yang dijangka Timbalan Presiden kini sah milik Mohamad Sabu apabila berjaya mengenepikan penyandang jawatan itu Nasharudin Mat Isa.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berjaya memperoleh 420 undi manakala Nasharudin dengan 224 undi. Seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mendapat 399 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebentar tadi di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar di sini sebentar tadi.

Dalam pemilihan PAS pada 2009 lalu, Mat Sabu tewas kepada penyandang Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharudin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mat Sabu memperolehi (261) undi.

Bagi Naib Presiden pula dua penyandang berjaya mengekalkan jawatan tersebut; Salahuddin Ayub (753), Datuk Mahfuz Omar (616) manakala Datuk Husam Musa berjaya memperoleh undi kedua tertinggi dengan 660 undi.

Melalui pengumuman kedua-dua jawatan tertinggi itu menyaksikan calon Ulama disingkirkan daripada senarai manakala golongan profesional memonopoli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sesi 2011-2013.

Berikut adalah senarai muktamad calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:

Bilangan yang layak mengundi: 1077

Bilangan yang keluar mengundi: 1045

Undi sah yang diterima: 1043

Undi Rosak: 2

PENGERUSI TETAP

Abu Kassim Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Hussin Ismail

PRESIDEN

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu (420)

2. Nasharudin Mat Isa (224)

3. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399)

NAIB PRESIDEN

1. Datuk Husam Musa (660)

2. Idris Haji Ahmad (491)

3. Datuk Mahfuz Omar (616)

4. Datuk Mohd Amar Abdullah (321)

5. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (217)

6. Salahuddin Ayub (753)

AHLI JAWATANKUASA KERJA (hanya 18 calon sahaja yang dipilih)

1) Mazlan Aliman (804)

2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)

3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)

4) Hanipa Maidin (735)

5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)

6) Dr Zulkefly Ahmad (702)

7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)

8) Khalid Samad (643)

9) Abdul Ghani shamsuddin (579)

10) Amiruddin Hamzah (576)

11) Abdul Wahid Endut (556)

12) Abu Bakar Chik (527)

13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)

14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)

15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)

16) Datuk Hassan Ali (437)

17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)

18) Nuridah Salleh (416)


Fazy Sahir FMT

No comments:

Post a Comment