Sunday, May 8, 2011

DAP ganti PAS; Hishamuddin pembohong!

KUALA TERENGGANU - Parti Islam Semalaysia (PAS) berpandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa DAP ganti PAS.

Ketua Penrangan PAS, Ustaz Idris Ahmad mendakwa Hishamuddin berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan .

"Beliau rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa Umno wajib diganti dengan PAS, maka jalan keluarnya ia (beliau) memfitnah bahawa DAP ganti PAS supaya orang Islam menjauhkan diri dengan PAS.

"realiti yang berlaku ialah MCA, MIC, Gerakan (yang) ganti Umno. Contohnya Umno memberi kerusi parlimen Gerik Perak kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus,"ujrnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada media Sab tu, 7 Mei.

Ustaz Idris mempersoalkan, bagaimana seorang Naib Presiden Umno boleh berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan PAS.

":Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza PAS dengan DAP. Bagaimana DAP hendak mengganti PAS, sedangkan DAP hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, samada DAP melawan MCA, Gerakan atau MIC,"tegasnya.

Apa yang sebenarnya berlaku, menurut Ustaz Idris, ialah PAS berlawan dengan Umno.

Justeru, kalau Umno kalah, katanya, PAS yang menang.

"Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan PAS, maka yang menang ialah Dap?,"soalnyanya lagi

Ustaz Idris menyindir dan mengatakan, beliau berharap Hishamuddin harapkan tidak 'nyayuk' sebelum sampai usia nyanyuk.

Kerana katanya, kalau Hisham nyanyuk maka, beliau akan hilang kelayakan hendak bertanding Timbalan Presiden Umno.

Sementara itu, Hishamuddin mengakui bahawa Umno bukan lagi sebuah parti yang diterima rakyat dalam perkembangan politik tanahair kini.

Dalam ucapannya sebagaimana dilaporkan media perdana, Hisham menyeru supaya Umno melakukan tranformasi politik yang lebih berani drastik untuk memastikan parti itu terus relevan dengan suasana politik semasa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di sini, Sabtu, 7 Mei.


BO

No comments:

Post a Comment