SHAH ALAM 4 MEI : PAS berpendirian komitmen yang diberikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Pakatan Rakyat begitu bermakna dan mahukan beliau terus menggalas jawatan Ketua Pembangkang.
Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata, muafakat yang dipersetujui PKR, DAP dan PAS melantik Anwar mewakili pakatan pembangkang sejak Ogos 2008 tidak akan berubah.
Perlantikan Anwar untuk menerajuo pembangkang di Parlimen melangkaui pemahaman Umno-Barisan Nasional mengenai kerjasama politik, kata beliau.
"Jadi tidak semestinnya parti yang mendominasi dalam parlimen itu akan menjadi ketua pembangkang, itu memang menjadi lumrah tapi apa yang di amalkan Pakatan Rakyat hari ini telah melangkawi amalan itu dan kita pergi kepada asas kesepakatan dan penghormatan kita kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas beliau ketika dihubungi Tv Selangor sebentar tadi.
Salahuddin mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) , Datuk Seri Abang Johari Openg supaya Anwar berundur sebagai Ketua Pembangkang untuk digantikan dengan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.
Dalam kenyataannya di Kuching semalam, beliau berkata Kit Siang boleh diambil sebagai Ketua Pembangkan kerana DAP mempunyai 29 kerusiberbanding PKR dan PAS masing-masing 23.
Seterusnya Salahuddin berkata, Abang Johari cuba mengitarkan semula modal politik lapuk BN untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.
Justeru katanya, PAS tidak akan mengambil berat tipu helah yang cuba disuntik ke dalam persefahaman yang wujud sejak sekian lama oleh pakatan itu.
"Dia cuba mempermainkan dengan politik. Cuba untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat tapi kita tidak akan terusik dengan apa yang beliau (Abang Johari) katakan," ujar beliau lagi.
Ditulis oleh Hadri Yaziz tvsnews
No comments:
Post a Comment