Wednesday, May 4, 2011

Hanya 2 kawasan PAS Kelantan buat pencalonan

Hampir kesemua 14 PAS kawasan Kelantan menyerahkan mandat kepada jawatankuasa masing-masing untuk mencalonkan pimpinan di peringkat pusat.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Mohd Zaki Ibrahim berkata hanya PAS Kawasan Bachok belum mengadakan mesyuarat agung dan akan berbuat demikian pada 21 Mei ini.

Beliau berkata hanya PAS kawasan Kubang Kerian dan Kota Baharu mencalonkan pemimpin untuk bertanding di peringkat pucuk pimpinan parti, khasnya untuk jawatan presiden dan timbalan presiden oleh perwakilan.

"PAS kawasan Kota Baharu dalam mesyuarat agungnya baru-baru ini mencalonkan Presiden Parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mempertahankan jawatan itu dalam muktamar agung nanti.

"Manakala PAS kawasan Kubang Kerian mencalonkan bekas naib presiden, Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau yang juga ADUN Kelaboran berkata semua kawasan PAS mengadakan mesyuarat mengikut jadual, yang sepatutnya berakhir pada hujung Mei.

--Bernama


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment