Tindakan balas Tengku Temenggong Kelantan terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot – yang mendakwa putera Sultan Kelantan itu menderanya – dijangka diketahui selewat-lewatnya petang ini.
Malaysiakini difahamkan, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah melantik peguam bagi mengambil tindakan undang-undang, termasuk terhadap ibu mertuanya Daisy Fajarina yang didakwa memfitnahnya berhubung tuduhan menculik dan mendera.
Kerabat tersebut dilaporkan sedang mengenal pasti dua peguam bagi menjawab pelbagai tuduhan terhadapnya, termasuk mendakwa "diperlakukan seperti binatang."
Tengku Muhammad Fakhry juga dilaporkan bercadang membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Selasa minggu lalu, Tengku Temenggong Kelantan memberikan tempoh tujuh hari kepada isterinya bagi mengemukakan bukti penderaan seperti didakwanya atau bakal menghadapi tindakan undang-undang.
Manohara dan Daisy juga dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kesemua dakwaannya yang dibuatnya sejak hujung April lalu.
Bagaimanapun, setelah tempoh seminggu itu tamat semalam, amaran putera ketiga Sultan Kelantan itu tidak dilayan – malah, foto-foto yang didakwa menunjukkan kesan penderaan terhadap Manohara mula didedahkan kepada media.
Bekas model muda itu, yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan, juga membuat aduan polis terhadap Sultan Kelantan, Raja Perempuan Kelantan dan Mohd Soberi, selain suaminya sendiri.

No comments:
Post a Comment