Oleh Rahmat Haron
Kini heboh berkenaan salah satu usul Muktamar Pas baru-baru ini yang mahu kerajaan mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sister In Islam (SIS). Aku adalah salah seorang individu yang menandatangani Kenyataan Bersama sejumlah Pertubuhan-pertubuhan Masyarakat Madani (civil society) dan individu lainnya. Kenyataan ini membantah usul Pas, yang menuntut kerajaan mengharamkan SIS atas semangat kebebasan bersuara dan berpersatuan.
Kemudian, terbaca pula berita di Malaysiakini.com tentang anak menantu Dollah Badawi yang turut sama menandatangani kenyataan bantahan tersebut. Ketua Pemuda (yang tak dapat menjadi ketua) itu tiba-tiba ingin menjadi juara demokrat. Dia menyifatkan tindakan keras Pas itu amat bercanggah dengan agenda untuk menegakkan demokrasi yang didakwa dipertahankan oleh parti itu.”Tiada seseorang atau mana-mana pertubuhan mempunyai monopoli ke atas hak-hak untuk menyuarakan pandangan terhadap perkara-perkara berkepentingan awam,” katanya. Aku dah tak larat nak bergelak ketawa dengan kepalsuan poliTIKUS. Kepura-puraan menjadikan aku mual, marah dan meluat dengan cakap-cakap sebegini.
Samalah juga, bilamana Dr. Mahathir bersuara, “kita boleh membayangkan bagaimanakah nanti bentuk kerajaan Pas di Malaysia.”
Aku meluat kerana hasrat orang-orang gerombolan Ameno ini, tidak lain dan tidak bukan hanyalah mahu menghantam Pas, selunyai-lunyainya kalau boleh. Mereka tiba-tiba mahu menjadi juara kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara. Betul, ada kebenaran dalam kata-kata mereka. Tapi kata-kata poliTIKUS semuluk apapun, hanya dapat kita nilai daripada amalan mereka.
Aku cuma mahu menyingkap sifat pura-pura gerombolan ini. Kenapa misalnya, bila Hindu Rights Action Force (Hindraf) diharamkan tidak terdengar suara-suara kunun demokratik dari gerombolan Umno ini? Atau cadangan Nor Saidi Nayau, wakil pergerakan pemuda gerombolan United Malay National Organization, agar nama Pakatan Rakyat diharamkan? Atau modul ‘membasuh otak’ Biro Tata Negara yang menyebut Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam sebagai pertubuhan haram?
Jikalau kita masih ingat lagi, pada zaman kediktatoran Mahathir pada Jun 2001 ada dua orang mahasiswa yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), saudara Khairul Anuar (Jonah) dan Fuad Ikhwan. Kemudian di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia, dilaporkan berita, “Penuntut jangan terlibat isu politik kepartian.” Utusan Malaysia membuat kenyataan terdapat 10 buah pertubuhan haram yang wujud di universiti tempatan, termasuklah Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Front Anak Muda Untuk Demokrasi, Universiti Bangsar Utama, Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (MYSDM) serta Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju.
Benar ini cerita lama. Tapi ingatan tentang hal mengharamkan pertubuhan ini amat penting sekali. Kita perlu melawan lupa. Agar kita tidak lupa bahawa laungan “Merdeka Dengan Darah,” daripada Testamen Politik Api, dan pertubuhan Api itu sendiri diharamkan penjajah Inggeris lebih awal dari tarikh pengisytiharan darurat, 16 Jun 1948. Kemudian, bilamana darurat diisytiharkan barulah Parti Komunis Malaya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Wanita Sedar (Awas), Hizbul Muslimin dan pertubuhan politik berbagai aliran yang diharamkan penjajah, kecuali United Malay National Organization, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association. Maka ramailah pemimpin dan ribuan aktivis pertubuhan yang diharamkan ini, ditangkap dan ditahan tanpa perbicaraan yang adil, malahan ramai juga yang dihukum bunuh, gantung sampai mati.
Tindakan mengharam atau menghalal, mensesat atau membenarkan sesuatu hal itu, pastilah akhirnya terpusat pada kuasa mempengaruhi orang ramai, pada penguatkuasaan undang-undang Negara Kuku Besi – hukuman, senjata dan penjara! Inilah sebenarnya punca haram dan kesesatan.
_________________________________________________
Selain daripada aktif berpuisi dan bersajak, beliau juga pernah menghasilkan beberapa judul buku dan menulis dipelbagai penerbitan dan juga merupakan seorang pelukis. Lagi untuk menilai sampahnya pergi ke http://sampahseni.blogspot.com/.
PerakExpress

No comments:
Post a Comment