"Selepas daripada muktamar PAS yang berlangsung baru-baru ini, dua isu iaitu Kerajaan Perpaduan Idea Dato Seri Presiden Tuan Guru Abd Hadi Awang dan usul mengharamkan menyiasat Sister in Islam telah dimainkan oleh media.
Isu ini turut disentuh oleh rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat dan yang terbaru, Karpal meminta PAS mengkaji kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat disebabkan dua isu tersebut.

Isu Kerajaan Perpaduan
Isu kerajaan Perpaduan kembali dihangatkan walaupun Presiden telah menarik balik cadangan dan idea ini. Apa yang paling menyedihkan Dato Seri Presiden di jadikan “punching bag” di dalam isu ini. Semua parti komponen PR menyerang Presiden secara terbuka.
Di mana kah semua pimpinan-pimpinan lain yang sebelum ini vokal bersuara dalam media tanpa disuruh dan yang begitu vokal memarakkan isu kerajaan perpaduan di dalam muktamar baru-baru ini?
Isu Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya timbul kerana ia bukan pun keputusan ataupun agenda PAS selepas muktamar. Malah di dalam ucapan dasar presiden sedikit pun tidak menyentuh soal kerajaan perpaduan melainkan perwakilan yang membangkitkan isu ini. Malah tidak ada sebarang usul pun berkenaan dengan perkara ini.
Sekiranya isu ini tidak dipanaskan di dalam muktamar oleh individu-individu tertentu, isu ini tidak berbangkit lagi. Lagipun Presiden telah menarik semula cadangan tersebut.
Isu Sister in Islam
Isu Sister in Islam pula cuba dimanipulasi oleh DAP sedangkan ia tidak kena mengena pun dengan orang bukan Islam. Sehingga hari ini, paling kurang 3 orang pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan tidak setuju dengan usul yang diluluskan di dalam muktamar PAS baru-baru ini.
DAP mesti faham, jalan demokrasi yang PAS pilih tidak sekali-kali menghapuskan kewajipan PAS untuk mempertahankan aqidah umat Islam.
Apakah motif DAP memanaskan isu ini sedangkan ia adalah usul yang diluluskan di dalam Muktamar PAS dan bukannya mesyuarat agung DAP. Malah ia adalah isu yang berkaitan dengan umat Islam dan tidak ada kena mengena pun dengan orang bukan Islam.
Melainkan DAP adalah dalang disebalik Sister In Islam yang jelas cuba merosakkan Islam dengan menjadikan Islam itu liberal.
Usul tersebut meminta SIS diharamkan kerana ia mengelirukan dan merosakkan umat Islam. Menggunakan title ‘ISLAM’ tetapi pada masa yang sama menentang banyak perkara yang termaktub di dalam Islam.
Sekiranya SIS ingin terus wujud, jangan menggunakan nama Islam sebagai make-up untuk berhadapan dengan umat Islam.
Sudah terlalu banyak dosa yang SIS lakukan kepada Islam. Isu Lina Joy, isu Jeslina Hashim, isu undang-undang keluarga, isu murtad dan majlis perundingan antara agama menunjukkan SIS cuba meliberalkan dan merosakkan agama Islam diatas nama persatuan Islam.
Selain itu SIS pernah menjemput Aminah Wadud yang menaikkan kemarahan umat Islam apabila menjadi imam solat Jumaat.
Para pemimpin dan ahli PAS jangan sekali-kali berganjak daripada usul ini. Sekiranya DAP cuba membangkitkan soal kebebasan bersuara ini hak PAS untuk mempertahankan Aqidah Islam. PAS berkewajipan untuk melaksanakan tuntutan ini.
http://ruslyislam.blogspot.com
TranungkiteOnline

No comments:
Post a Comment