Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Sri Nizar Jamaluddin tidak dapat memfailkan rayuan kepada mahkamah persekutuan untuk menyemak balik keputusan mahkamah rayuan, mengisthiarkan Zambry Kadir dari UMNO sebagai menteri besar Perak.
Datuk Seri Nizar tidak dapat mengemukakan rayuan itu kerana sehingga sekarang ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujahan bertulis mengenai keputusan berkenaan.
Tiga hakim berkenaan ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulong Matjeraie.
Hakim Md Raus sebelum ini pernah berjanji untuk memberikan alasan kehakiman bertulis kepada peguam Datuk Sri Nizar dalam masa 7 hari.
Tapi 2 minggu sudah berlalu dan peguam Datuk Seri Nizar masih belum menerima hujahan bertulis dari 3 hakim berkenaan.
Exco Kerajaan Negeri Perak, Ngar Kor Ming ketika dihubungi Tv Antara melahirkan rasa kesal dengan perkembangan itu.

“Kita amat kecewa sekali sehingga hari ini, telah lebih 2 minggu peguamcara Datuk Seri Nizar masih belum terima daripada Mahkamah Rayuan demi membela kewibawaan institusi kehakiman. Saya memohon kepada Ketua Hakim Tun Mohd Zaki supaya mengarahkan arahan kepada Mahkamah Rayuan sediakan alasan kehakiman yang betrtulis dengan segera. Kerana tempoh 20 hari untuk memfailkan rayuan sudah semakin dekat tanpa alasan kehakiman ia akan menyulitkan Datuk Sri Nizar untuk kemukakan isu rayuan diperingkat Mahkamah Persekutuan.” ujar Ngar.
Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Sri Nizar adalah menteri besar Perak yang sah.
Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan itu dan justeru itu terus menjadi menteri besar yan sah.
Panel hakim Mahkamah Rayuan bagaimanapun membuat keputusan sebaliknya, dan menyanggah hujah bertulis Abdul Aziz.
Tiga hakim berkenaan mengambil masa hanya 5 minit untuk mengumumkan keputusan yang memihak kepada Zambry, tanpa disokong oleh hujah bertulis.
Ngar berkata seluruh proses bersabit krisis perak di Mahkamah Rayuan menimbulkan persoalan mengenai kewibawaan institusi kehakiman.
“Ini adalah satu perkara yang amat aneh sekali kerana apabila Barisan Nasional membuat permohonan kita dapati Mahkamah Rayuan cepat dan cekap membuat keputusan seperti pergantungan perlaksanaan penghakiman. Bermakna Yang Arif Ramli Ali membuat keputusan dalam tempoh beberapa jam sahaja untuk menggantung keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tapi bila pakatan rakyat membuat rayuan sehingga hari ini tiada apa- apa berita.” Tambahnya lagi.
Datuk Sri Nizar kini hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir bagi mengatasi krisis politik negeri Perak yang berpanjangan sejak awal Febuari lalu.
Jika disahkan sebagai menteri besar Perak, beliau bertekad untuk memohon istana Perak membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan pilihanaya negeri diadakan semula.

No comments:
Post a Comment