Apabila berlaku tragedi runtuhnya bumbung Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mencari punca yang menyebabkan ia runtuh, walaupun baru hanya setahun digunakan.
Dalam sidang media selepas mesyuarat Exco kerajaan Terengganu minggu lalu, Ahmad telah menyatakan kerajaan negeri telah membuat keputusan dalam mesyuarat Exconya, akan melantik satu kumpulan penyiasatan sendiri, professional dari luar negeri.
Tiba-tiba, ternyata Ahmad Said seorang Menteri Besar yang ‘hangat-hangat tahi ayam’ dalam melaksanakan perkara yang telah menjadi keputusan kerajaan negeri itu.
“Tidak ada jawatankuasa (penyiasat) bagi pihak negeri, sebagaimana dinasihatkan oleh Timbalan Perdana Menteri, adalah terbaik sekiranya hanya satu jawatankuasa yang menyiasat perkara tersebut,”katanya semalam.
Sedangkan minggu lalu beliau berkata, disamping kerajaan pusat, kerajaan Terengganu perlu ada jawatankuasa penyiasatan sendiri yang mungkin memberikan pandangan yang berbeza dengan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat.
Ahmad sepatutnya mempertahankan keputusan kerajaan negeri kerana perbelanjaan membina stadium tersebut adalah dari hasil wang royalti minyak bukan dari kerajaan pusat.
BuletinOnline

No comments:
Post a Comment