Ketika kehadiran Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke Terengganu pada 30 April 2011 lalu, kononnya rakyat di negeri Darul Iman ini sangat gembira dan seronok.
Maklumlah, seorang pembesar negara yang datang dan lagi terkenal di seluruh dunia termasuk di Mongolia.
Sehubungan itu, Awang diberitahu orang bahawa Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) merayu agar Perdana Menteri itu segera menepati serta menunaikan ‘janji-janji manis’ untuk mengembalikan semula hak royalti petroleum kepada rakyat Terengganu.
Pengerusinya, Muhamad Fauzi Abu Samah berkata sempena lawatan PM ke negeri ini adalah wajar masalah hak royalti yang dinafikan sejak 11 tahun lalu diselesaikan.
Ini kerana, katanya isu royalti merupakan hak dan maruah rakyat serta kedaulatan negeri yang dinodai kerana sentimen politik.
“Mampat mewakili suara rakyat Terengganu mengambil kesempatan di atas lawatan Dato Seri Najib ke negeri ini untuk mendengar rintihan kami (Rakyat Terengganu) untuk mengembalikan semula ‘Hak dan Maruah’ kami yang telah dinafikan selama 11 tahun.
“Kembalikan Royalti kami kerana ianya adalah lambang “ Hak dan maruah “ kami yang telah ‘dinodai’ hanya kerana sentiment politik kepartian,” tegasnya dalam satu sidang media, 29 April lalu.
Menurutnya, pada persidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) Terengganu 13 Disember tahun lalu Menteri Besarnya, Dato' Seri Ahmad Said mengumumkan Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan (kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya).
BO
No comments:
Post a Comment