Saturday, May 9, 2009

Sultan sampaikan signal positif, Nizar akan segera menghadap

Memohon perkenan Dewan Undangan Negeri dibubarkan



klip video ehsan : tvpas09

BN tangguh sidang dua kali, tunggu mahkamah umum keputusan

Mahkamah akan hanya mengumumkan keputusan kes MB Perak pada hari Isnin



klip video ehsan : tvpas09

Sidang DUN Perak 7 Mei : Penjelasan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin

Cerita sebenar apa yang berlaku di dalam dewan





klip video ehsan : tvpas09

POLIS CABUL SIDANG DUN PERAK, SIVAKUMAR MASIH SPEAKER

SEMAKIN banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutan V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan pengundian pengganti beliau, R Ganesan, bekas Adun Sungkai, dan juga dua lagi usul.

Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah.

"Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hafarizam dan Shafee. Saya tak nampai bagaimana it boleh menjadi sah," jelas Malik Imtaz kepada Malaysian Insider.

Prosidur diragui

Dia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui.

"Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.

"Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.

Versi bercanggah

Kata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung.

Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan.

"Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.

Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.

Polis bukan agen parti politik

"Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.

Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.

"Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah.

"Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan-� ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan."

Beliau juga mempersoalkan: "Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?"

Bila sidang bermula?

"Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz.

Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.

Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.

Terus buntu

"Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan," kata peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa.

"Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini," katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak "ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut."

Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, "semuanya begitu jelas dan terpampang."

Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan".

Cara salah pilih Speaker

"Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar," jelas ahli akademik itu.

Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya.

Seperti juga Malik Imtiaz, Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perakmembubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.

Undang-undang tak boleh selesai masalah

"Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza," katanya.

"Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak. Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?"

"Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas," jelasnya.

Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan.

"Saya tak fakir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah," katanya.

----

Tulisan dari The Malaysian Insider ini diterjemah oleh Shirzad Lifeboat _

artikel asal : HarakahDaily




klip video ehsan : greenboc

PEMBEBASAN 13 TAHANAN ISA KOSMETIK MURAH UNTUK ALIH PANDANGAN RAKYAT

Pembebasan 13 tahanan ISA, termasuk tiga pemimpin Hindraf, disifatkan sebagai satu usaha terdesak kepimpinan Najib Tun Razak selepas terpaksa berhadapan dengan siri tekanan rakyat.

Meskipun pembebasan ini dialu-alukan, Angkatan Muda KeADILan melihat usaha terbaru kerajaan BN ini hanyalah bersifat kosmetik dan bersifat jangka pendek semata-mata.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, ini terbukti dengan penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dan beberapa wartawan; Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu tanpa sebarang alasan; penahanan lebih daripada 60 pemimpin Pakatan Rakyat, ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), aktivis dan orang awam di kawasan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak; pencabulan demokrasi paling dahsyat dalam sejarah dunia di sidang Dun Perak; dan terbaru penahanan 14 aktivis dan 5 peguam yang mengadakan program Nyalaan Lilin di Balai Polis Brickfield.

"Siri-siri pencabulan demokrasi ini jelas membuktikan slogan '1Malaysia' Najib hanyalah kosmetik tiruan yang tidak menjanjikan apa-apa perubahan.

"Malah, pembebasan pemimpin Hindraf, yang juga Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan juga membuktikan bagaimana BN terjerat dengan ura-ura sebuah lagi pilihan raya kecil bakal diadakan di Selangor," tegas beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Justeru, AMK menggesa agar Najib serta kerajaan BN seluruhnya jangan sesekali memperbodohkan rakyat dengan tindakan bacul mereka memanipulasi undang-undang demi melampiaskan hawa nafsu mereka.

Tambah beliau, pembebasan ini tidak boleh dilihat sebagai satu 'usaha murni' sama sekali, kerana ianya jelas satu bentuk usaha terdesak demi menjaga imej.

Dalam pada itu, Shamsul juga mendesak agar Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien, membebaskan kesemua tahanan ISA sekiranya beliau benar-benar tidak berselindung di balik tabir kuasa.

Katanya, demokrasi Malaysia mengalami defisit yang sangat mendukacitakan, dan rakyat sama sekali tidak akan diam dan tunduk kepada mainan politikus rakus yang sedang bergelut di akhir kemuncak kuasa.

artikel asal : HarakahDaily




klip video ehsan : greenboc

Idris Jusoh Wajar Disiasat, sekiranya Ramzi Benar-Benar Hilang

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Terengganu menganggap tempoh 72 jam yang diberikan oleh polis kepada bekas Setiausaha Politik, Dato’ Seri Idris Jusoh, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir untuk muncul dan menghubungi polis, adalah terlalu lama dan menimbulkan rasa tidak selesa rakyat Terengganu.

Ketuanya Fariz Musa berkata kredibiliti pihak polis dipersoalkan kerana masih ‘teragak-agak’ dan ‘double standard’ dalam mengambil tindakan telus dan profesional keatas tokoh-tokoh UMNO, berbanding tindakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat biasa.

“Sedangkan (ia) kes ugutan bunuh tersebut adalah serius ! Adalah sangat menghairankan bagaimana pihak polis masih gagal untuk mengesan dan menahan beliau dengan segera,

“sedangkan kini beliau bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Dato’ Seri Idris Jusoh , yang juga merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara),”katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Beliau menyarankan agar polis turut menyiasat bekas Menteri Besar Terengganu itu, kerana menurutnya Ramzi adalah merupakan orang kanan dan orang kepercayaan Datuk Seri Idris Jusoh.

“Adalah menimbulkan kemusykilan, bagaimana polis tidak tahu diaman ia berada, Datuk Seri Idris Jusoh tidak tahu di mana Pegawai Khas beliau berada ?

“kehilangan 'misteri' Ramzi semestinya diajukan kepada Datuk Seri Idris Jusoh kerana Ramzi adalah merupakan orang kanan dan kepercayaan Datuk Seri Idris Jusoh,”jelasnya.

Katanya pihak polis wajar turut menyiasat Idris Jusoh dalam menyelesaikan kebuntuan polis atas ‘kehilangan Pegawai Khas Pengerusi Mara’ serta siasatan kes SMS ugutan bunuh tersebut.

artikel asal : BuletinOnline

Krisis Umno Terengganu : 3 Hari Untuk Bekas SU Politik Idris Jusoh Hubungi Polis, Kes SMS Ugut Bunuh Belum Selesai

Polis Terengganu memberi tempoh tiga hari mulai hari ini kepada Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh, untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penghantaran SMS berbentuk ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Terengganu bulan lepas.

Bernama melaporkan, Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC II Hamzah Mohd Jamil, berkata jika Ahmad Ramzi gagal berbuat demikian, polis akan mendapatkan waran tangkap terhadap beliau.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa polis telah cuba mengesan Ahmad Razmi, yang juga bekas calon BN bagi kerusi Parlimen Marang pada pilihan raya umum lepas, di kediaman beliau di sini dan Kuala Lumpur tetapi gagal.

Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle di talian 09-6246222.

Pada 25 April lalu, setelah siasatan polis ke atas kerani swasta yang ditahan untuk membantu siasatan tidak berhasil, polis mula mengesan Ramzi bagi membantu siasatan berhubung kes.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Fauzi Abduri berkata, Ramzi dicari kerana beliau adalah antara individu yang mengeluarkan kenyataan kepada media pada malam ketiga-tiga ADUN itu menerima SMS ugutan berkenaan.

"Polis ingin mendapatkan kepastian sama ada Ahmad Ramzi turut menerima SMS berkenaan atau sebaliknya kerana beliau turut memberi kenyataan kepada media pada malam tersebut," kata ACP Mohd Fauzi.

Kehadiran Ramzi bersama dua ADUN BN ketika membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu pada malam itu memang menjadi persoalan.

Yang anihnya, pada malam tersebut Ramzi turut mempamirkan ‘ayat ugutan SMS’ kepada wartawan melalui telefon bimbit sedangkan beliau bukan ADUN dan bukan penerima SMS itu.



Mengulas perkara tersebut, Editor Akhbar Tabloid Mingguan Watan, Zabidi Hj Saidi telah mendedahkan satu berita yang amat mengejutkan.

Catatan pada blognya bertarikh 27 April, Zabidi menulis sebagaimana berikut;



“Khamis lepas saya berada di the Mall. saya bertemu dengan seorang G7 dari Hulu terengganu. Beliau memberitahu Dr. Ramzi Zubir bekas setiausaha politik Idris Jusoh jadi dalang mengirim sms ugut tiga orang ADUN. Sabtu lalu polis mengesahkan sedang mencari Dr. Ramzi. Maknanya hebat juga puak Idris mahu memalukan Ahmad Said terpaksa mencipta sms ugutan sendiri, sehingga tujuh orang yang tidak menerima ugutan pun tidak menhadiri sidang Dewan Undangan negeri.”

“Jika benar Dr. Ramzi terlibat, maka 10 ADUN ini perlu letak jawatan kerana mereka tidak ada niat lain selain memalukan kerajaan BN sendiri. Oleh itu Najib Razak selaku Presiden UMNO perlu melihat kes ini secara serius. Inilah ujian pertama bagi hishamuddin sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Semoga beliau dapat mempertahankan Terengganu dari jatuh ke tangan PAS? Janganlah dalam sejarah nanti, nama anda disebut sebagai pengerusi perhubungan UMNO Terengganu ketika BN Terengganu tumbang pada pilihanraya umum 2012.”

Kes Ugut melalui SMS pada 13 April lepas, telah menyerlahkan pertelingkahan antara kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh dengan Menteri Besar Ahmad Said.

Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh, dan Adun Paka, Zakaria Abdullah, telah membuat laporan polis mereka telah menerima SMS berbentuk ancaman terhadap keselamatan mereka.

Dengan menggunakan alasan nyawa mereka terancam, keesokkan harinya, 10 ADUN termasuk yang tidak menerima SMS bertindak tidak menghadirkan diri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Meneruskan tekanan kepada Ahmad Said, Rosol telah mengadakan sidang media pada 14 April dan kemudian meminta Ahmad Said meletakkan jawatan kerana menurutnya mereka, 10 ADUN yang memulaukan Sidang DUN telah hilang kepercayaan terhadap Ahmad Said.

‘10 budak hitam’ tersebut turut menghantar satu memorandum kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Isi memorandum tersebut yang telah ‘menelanjangkan’ Ahmad, membuat bermacam tuduhan yang mendakwa Ahmad Said tidak berlaku adil dalam pentadbirannya.

Akhirnya, ia telah membawa kepada perlantikan ‘orang luar’ menguasai politik negeri Terengganu apabila Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan untuk campurtangan dan Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishamudin dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

artikel asal : BuletinOnline

S. Pushpaneela mahu M. Manoharan kekal ADUN Kota Alam Shah

S. Pushpaneela dan anaknya Ganendra menunjukkan sajak yang ditulis oleh M. Manoharan untuk Ganendra ketika dia menyambut ulang tahun hari kelahiran kesembilan pada 19 Mei tahun lalu. Manoharan, baki tiga pemimpin Hindraf ditahan di bawah ISA sudah diputuskan oleh kerajaan untuk dibebaskan, semalam.


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang serius menimbang untuk melepaskan kerusi itu diharap akan kekal wakil rakyat bahagian tersebut ekoran pembebasan beliau daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Isterinya, S. Pushpaneela berkata, beliau akan meminta Manoharan supaya tidak mengosongkan kerusi DUN Kota Alam Shah, sebaliknya terus berkhidmat kepada pengundi-pengundi di bahagiannya.

"Harapan saya ialah beliau tidak akan melepaskan jawatan ADUN," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Pushpaneela berkata, beliau akan menyampaikan hasrat itu sebaik sahaja Manoharan dibebaskan.

Beliau dijangka keluar dari Pusat Tahanan Perlindungan di Kamunting selewat-lewatnya Isnin ini.

Minggu lalu, Pushpaneela selepas melawat Manoharan di Kamunting memberitahu bahawa suaminya sedang memikirkan dengan serius untuk mengosongkan kerusi DUN kerana tidak dapat memberikan khidmat dengan berkesan kepada pengundi-pengundinya.

Manoharan yang juga seorang pemimpin Hindraf akan dibebaskan bersama dua lagi pemimpin kumpulan haram itu, P. Uthayakumar dan K. Vasantha, dan 10 yang lain dalam tempoh terdekat ini seperti yang diumumkan hari ini oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.

Laporan The Star menyebut bahawa sebuah van Jabatan Imigresen dilihat membawa keluar sekumpulan tahanan ISA dari pusat tahanan di Kamunting kira-kira pukul 12.40 tengah hari ini.

Mereka dipercayai antara tahanan ISA warga asing yang turut dibebaskan.

Kota Alam Shah yang terletak di Selangor dimenangi oleh Manoharan dengan majoriti 7,184 undi.

Manoharan, seorang peguam, memperoleh 12, 699 undi manakala Ching Su Chen calon BN-Gerakan mendapat 5,515 undi.

Walaupun dalam tahanan ISA, Manoharan bertanding dalam pilihan raya umum dan menang kerusi tersebut.

Beliau antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008.

Beliau merupakan antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007.

artikel asal : mStarOnline

Wakil rakyat PKR, isteri dibebas

Jarang berlaku dalam sejarah negara, gara-gara persidangan DUN Perak semalam, 117 orang ditahan polis, termasuk terpaksa meringkuk di lokap.

Jumlah itu termasuk 11 orang termasuk ADUN Padungan, Dominique Ng dan isterinya yang dibebaskan hari ini selepas ditahan kerana menyertai bantahan sambil menyalakan lilin di Kuching malam tadi.

Ketua polis daerah itu ACP Wong Wai Loong mengesahkan bahawa mereka dibebaskan selepas diletakkan dalam tahanan polis selama 24 jam kerana mengadakan perhimpunan haram di Kuching Waterfront tanpa permit polis.

Tiada insiden buruk berlaku semasa bantahan itu diadakan, katanya kepada Bernama.

Ng, yang berpakaian warna hitam, mengetuai kumpulan itu sebagai tanda menyokong rakan Pakatan Rakyat di Perak dan juga protes terhadap penangkapan Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Malam tadi, Wai Loong mengetuai sepasukan pegawai polis dengan unit tindakan ringan bersama trak perisai polis bagi menasihatkan kumpulan itu supaya bersurai tetapi tidak diendahkan, lapor agensi berita itu lagi.

Sementara itu di Ipoh, 69 orang termasuk 10 ADUN dan ahli parlimen pembangkang dibebaskan malam tadi selepas ditahan di sekitar bangunan DUN sejak pagi sewaktu ia sedang bersidang walaupun kecoh selama enam jam.

Di Pulau Pinang, seorang aktivis Suaram, Ng Eng Kiat ditahan di Georgetown malam tadi dalam perhimpunan membantah persidangan DUN tersebut.

Di Kuala Lumpur, polis membebaskan 20 aktivis termasuk lima peguam petang ini selepas ditahan dalam satu perhimpunan menyokong Chin Huat di pintu masuk balai polis Brickfields.

Polis merampas pakaian hitam 14 daripada mereka dengan alasan untuk dijadikan "bukti" pembabitan mereka dalam satu perhimpunan tersebut.

Ahli keluarga atau rakan mereka diminta membawa satu salinan pakaian lain sebelum membebaskan mereka sekitar 3.30 petang ini.

Kesemua mereka keluar dengan pakaian hijau kebiru-biruan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang dipinjamkan oleh NGO tersebut.

Malam sebelumnya, polis Brickfields menahan 14 orang dan membebaskan kesemua mereka termasuk ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dua jam kemudian.

Mereka hadir bagi membantah penahanan aktivis Bersih itu bawah Akta Hasutan kerana berkempen "1Black Malaysia", menganjurkan orang ramai berpakaian hitam bagi mempertikaikan sidang DUN itu.

Turut ditahan pemimpin kanan PAS Mohamad Sabu yang dibebaskan di Tanjung Malim, Perak semalam selepas bermalam di lokap Bukit Aman.

Naib presiden PAS itu ditahan di Kuala Lumpur kelmarin setelah mengajak orang ramai menunaikan solat hajat pada awal pagi semalam di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.

artikel asal : malaysiakini




klip video ehsan : greenboc

Friday, May 8, 2009

1BAD MALAYSIA

Do not insult the colour Black

my hair is BLACK: Arrest Me!
my eyes are BLACK: Arrest Me!
my shirt is BLACK; Arrest Me!
my pants are BLACK; Arrest Me!
my shoes are BLACK; Arrest Me!

but him, his heart is BLACK
why do you not arrest him?

do not insult the color BLACK
BLACK is the color of justice
So stop saying what’s been said
It is One BAD Malaysia, friend
and not One BLACK Malaysia, please!

Ps. Why do we always see the color black in a negative way? Isn’t it our prejudice and stereotypes to always attach badness to blackness (even when it comes to skin color)?

Why do judges and lawyers wear black? It is indeed, at least for me, the color associated with justice, with struggles for freedom, for life.

So, please my friends, call a spade a spade. BAD is BAD, and now we have 1BADMalaysia, and NOT, 1BLACKMalaysia, please!


article from : http://sloone.wordpress.com/2009/05/08/do-not-insult-the-color-black/#more-4247

LIMA PEGUAM DITAHAN SEMALAM TELAH DIBEBASKAN

Breaking news: Legal Aid Lawyers Released
Friday, 08 May 2009 03:29pm

The 5 Legal Aid lawyers held last night were released this afternoon around 3:00pm from the Brickfields Police Station.

Earlier this morning, more than 200 lawyers gathered at the Jalan Duta Court as a mark of solidarity to mark their protest of their fellow colleagues' arrest.

The Bar salutes our colleagues from the Kuala Lumpur Legal Aid Centre – Fadiah Nadwa Binti Fikri, Murnie Hidayah Binti Anuar, Puspawati Binti Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal and Syuhaini Binti Safwan – who, without regard for their own safety and well-being, voluntarily went to the aid of those arrested, only to be arrested themselves. They have exhibited great courage and by their actions have demonstrated the highest standards of the Malaysian Bar.


article from : http://www.malaysianbar.org.my/

HANYA PEMBUBARAN DUN AKAN MENYELESAIKAN MASALAH : YB Salahuddin Ayub, Dr. Lo' Lo' Hj Mohd Ghazali, Dr Hatta Ramli



klip video ehsan : tvpas09

ADUN Pakatan Rakyat Buat Laporan Terhadap Keganasan Polis

Mereka di sembur dengan semburan lada, baju rasmi Dewan Undangan Negeri dikoyakkan, perut dipijak dan belakang dicalar.

Inilah gambaran yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah mengenai keganasan pihak terhadap ahli-ahli yang berhormat daripada Pakatan Rakyat.


Tindakan ganas dan tidak bertamadun mereka bukan terhenti di situ sahaja malah Yang Dipertua Dewan V. Sivakumar juga diheret keluar dan dikurung dalam bilik setor apabila beliau mempertahankan maruah dan integriti institusi DUN.

"Apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak bertamadun dan mencalarkan imej negara bukan sahaja di mata rakyat Malaysia tetapi pada pandangan masyarakat dunia.

"Kira-kira 100 anggota menceroboh masuk ke dalam DUN dan melakukan keganasan terhadap ADUN-ADUN Pakatan rakyat. Inilah bentuk "demokrasi" yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional dan saya kira semalam demokrasi dibunuh oleh BN," tegas Drs Idham Lim lagi.

Sehubungan itu pagi tadi ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming telah membuat laporan polis di IPD Ipoh terhadap kekecohan yang dilakukan oleh Barisan Nasional dengan membawa masuk polis ke dalam DUN.

Drs Idham Lim berkata setiap ADUN Pakatan Rakyat akan juga membuat laporan polis secara individu kemudian.

"Ini sahaja cara yang tinggal kepada kami untuk mempertahankan institusi demokrasi daripada keganasan yang dilakukan polis terhadap kami.

"Kami daripada Pakatan Rakyat sentiasa menghormati undang-undang dan tidak akan mencabuli undang-undang tetapi malangnya kita lihat semalam undang-undang di cabuli sesuka hati oleh pihak polis," beliau berkata.

Beliau juga berkata apa yang dilakukan oleh BN dengan melantik Speaker adalah tidak sah dan dengan itu juga sidang DUN tidak berlaku semalam.

"Speaker telah memberi beberapa arahan termasuk arahan keluar kepada tiga ADUN yang meletak jawatan serta Zambry dan enam ADUN BN tetapi mereka enggan. oleh itu sidang sebenarnya tidak berlaku kerana BN telah merampas kuasa Speaker yang sah," jelas ADUN Titi Serong itu lagi.

artikel asal : TVAntara





klip video ehsan : tvpas09

'KJ' BERSUARA LAGI SETELAH LAMA MENYEPI

Hina demokrasi, bawa 'undang-undang rimba'



SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan tind:akan yang diambil Pakatan Rakyat (PR) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sebagai satu penghinaan.


Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan itu turut menghina institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Pembangkang sekali lagi menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana enggan menerima keputusan baginda melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

“Mereka (pembangkang) tidak boleh menerima realiti mengenai pelantikan itu, termasuk apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, yang menyuarakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian berhubung dengan kemelut persidangan DUN Perak yang berlaku pada hari pertama semalam.

Persidangan itu kecoh apabila Speaker V Sivakumar enggan memulakan persidangan selagi Dr Zambry, bersama enam ahli Exco dan tiga ahli Bebas tidak meninggalkan dewan.

Sivakumar mengarahkan 10 ahli dewan itu keluar dengan alasan bahawa keahlian mereka telah digantung.

Bagaimanapun, Zambry dan sembilan yang lain tidak mempedulikan arahan Sivakumar itu.

Khairy berkata, tindakan yang diambil oleh pembangkang itu seperti membawa undang-undang rimba dalam sidang DUN.

Malah katanya, perkara yang terjadi ini memalukan negara di kaca mata dunia.

artikel asal : SinarHarian

SPEKULASI TERBARU KRISIS UMNO TERENGGANU DISEBABKAN AHMAD SAID BELI KAMBING MILIK DATUK HARUN TAIB ADUN MANIR

MB Umno ke rumah tokoh PAS


Ketika penentangan majoriti ADUN Umno terhadapnya belum reda, menteri besar Terengganu menemui seorang tokoh utama PAS baru-baru ini – membuka pelbagai spekulasi baru.

Walaupun Datuk Ahmad Said dikatakan "hanya membeli dua ekor kambing" milik ADUN Manir, Datuk Harun Taib, seorang pemimpin Pemuda PAS membuat andaian sebaliknya.

Pertemuan Ahmad dengan bekas ketua Dewan Ulama PAS itu diadakan di rumah pemimpin pembangkang itu di Kampung Kubang Lembek dekat Kuala Terengganu minggu lalu.

Harun mengesahkan Ahmad membeli dua ekor kambingnya jenis boer.

Bagaimanapun timbalan ketua Pemuda PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah memberitahu Malaysiakini, "tetapi saya rasa mereka ada urusan lain. Mungkin ada membincangkan isu-isu politik."

Ahmad berdepan dengan tindakan 18 ADUN Umno yang mahu menyingkirkannya daripada jawatan itu – yang disandangnya bersama bantahan besar susulan kumpulan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh.


Baru-baru ini, 10 daripada ADUN pro- Idris yang memulaukan persidangan DUN pertengahan bulan lalu dengan alasan nyawa mereka terancam.

Tiga daripada mereka menerima SMS ugutan susulan ura-ura membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad di persidangan tersebut.

Ketika dihubungi, Harun berkata Ahmad membeli dua ekor kambing jenis boer tetapi tidak mahu memberitahu harganya.

Ditanya sama ada mereka turut membincangkan isu politik khususnya membabitkan usaha 18 ADUN BN tersebut, Harun berkata, "kita bercakap kisah kambing sahaja."

"Tidak eloklah bercakap pasal lain kerana Datuk Ahmad datang hendak membeli kambing," tambahnya, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu.

Harun antara pemimpin PAS yang dikatakan condong kepada aliran pro-rundingan PAS-Umno seperti juga pendirian pesuruhjaya negeri Datuk Mustafa Ali dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Harun bagaimanapun menambah, PAS negeri sedia berunding dan bekerjasama dengan Ahmad dan mana-mana pemimpin Umno lain.

Katanya, semasa sidang DUN lalu, beliau pernah menyebut bahawa PAS sedia berunding dengan pemimpin Umno negeri.

"Tetapi Ahmad tidak menjawab. Tapi kalau dia jawab, kita boleh berunding,” katanya.

"Kalau sungguh mereka hendak (berunding), saya sanggup bincang."

artikel asal : malaysiakini

HISHAMUDDIN UMUM 3 PEMIMPIN HINDRAF DAN 10 YANG LAIN DIBEBASKAN DARI KURUNGAN ISA

ISA: Tiga pemimpin Hindraf bebas
Tiga pemimpin Hindraf - masih berada di kem tahanan Kamunting - bersama 10 yang lain akan dibebaskan daripada kurungan Akta Keselamatan Dalam Negeri, demikian diumumkan hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein membuat pengumuman demikian di sidang media khas di Putrajaya sebentar tadi.

Tiga pemimpin ini termasuk ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, dan penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar.

Daripada lima tokoh terkanan Hindraf yang ditahan Disember 2007 bawah akta kontroversi tersebut, dua daripadanya telah dibebaskan awal bulan lalu sejurus selepas Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

R Kenghadharan dan V Ganabatirau dibebaskan bersyarat dalam kumpulan 13 tahanan ISA seperti diumumkan Najib sewaktu ucapan sulungnya ke seluruh negara.

artikel asal : malaysiakini

PEGUAM PROTES, PEGUAM KENA TAHAN

Sekumpulan 200 peguam pagi ini mengadakan perhimpunan di kompleks mahkamah Jalan Duta sebagai membantah penahanan lima rakan mereka di depan balai polis Brickfields semalam.

Lima peguam itu antara 20 yang ditahan dalam perhimpunan kecil menyalakan lilin bagi menyokong Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), yang direman di balai tersebut sejak kelmarin.

Lima peguam tersebut hadir di situ malam tadi bagi memberikan bantuan guaman terhadap sekumpulan 15 orang yang ditangkap lebih awal, kira-kira 9.30 malam.

Pengamal undang-undang itu ditahan dua jam kemudian di tempat yang sama.

Kira-kira 200 peguam itu hadir untuk menyatakan sokongan kepada lima rakan mereka yang dijangka dibawa ke mahkamah.

Difahamkan polis akan membebaskan lima peguam dan 15 yang lain di ibu pejabat polis daerah Brickfields hari ini.



artikel dan klip video ehsan : malaysiakini

MANFAATKAN PENULISAN BLOG UNTUK PERJUANGAN ISLAM

Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi berkata sudah ramai orang mempunyai laman blog sendiri, namun tidak selalu dikemaskini. Beliau menyifatkan perbuatan ini sepeti sebuah rumah yang dipenuhi lalang dan semak samun.

"Ada di kalangan kita suka buat blog, lepas itu kemaskini selama lima bulan sekali. Ini seperti orang buat rumah, kemudian dia biarkan laman rumah dipenuhi dengan lalang dan semak samun, lepas tu dia menjemput kita masuk, siapa nak masuk kalau rumah seperti itu lebih baik tidak payah buat blog," tegas beliau.

Katanya, ada juga orang buat laman blog tetapi bercerita pasal peribadi dia, kisah-kisah kegagalan bercinta. Ini tidak menampakan roh perjuangan, tak menyebarkan risalah yang didokong, ini merupakan kerja yang membazir masa.

Menurutnya, hari ini semua orang bercakap mengenai satu media baru, ternyata kuasa media baru boleh menyaingi media lama.

"Sehari dua ini dan melihat kegilaan anak muda untuk memiliki facebook tersendiri, masing-masing ada rangkaian dalam laman web tersebut.

"Mereka boleh menghubungi antara satu sama lain sepantas kilat, sangat malang bagi kita menggunakan faedah ini," katanya dalam ucapan perasmian Muktamar ke 24 DPPWP, 2 Mei lalu.

"Nabi dulu saw, nak sampaikan risalah kepada Raja Heraclus dan menyampaikan risalah Islam kepada Kaisar terpaksa menjelajah mengambil masa selama tiga bulan perjalanan siang dan malam dengan menunggang kuda," katanya.

Pada hari ini, katanya lagi, kita boleh sampaikan maklumat tidak sampai tiga saat untuk diketahui dan dimiliki oleh sebahagian besar rakyat yang ada disekitar kita.

"Malang untuk kita gaga memanfaatkan perkara ini.

"Saya juga nak melahirkan rasa sedih, kalau ada yang gagal memanfaatkan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

"Dengan menjadikan penulisan mereka yang membawa racun kepada jemaah, mendedahkan rahsia jemaah melaga-lagakan pimpinan, mencetuskan isu-isu yang mengeruhkan silaturahim di kalangan kita.

"Sepatutnya ruang itu digunakan sepenuhnya untuk mempamerkan kandungan kehebatan perjuangan yang kita dukung ini, bagaimana keindahan Islam dan bagaimana kehebatan kita menentang kebatilan, sepatutnya begitu," ujarnya.

artikel asal : HarakahDaily

INIKAH MATLAMAT SEBENAR ASKAR AMERIKA DI AFGHANISTAN

Taliban mahu penduduk Afghanistan lawan mubaligh

Pejuang Taliban di Afghanistan mengingatkan penduduk negara itu supaya berwaspada dengan cubaan memurtadkan mereka selepas televisyen menunjukkan gambar askar Amerika Syarikat memegang kitab Injil yang diterjemah dalam bahasa tempatan.

Stesen Al Jazeera menunjukkan gambar kelas pengajian Injil di pangkalan tentera Amerika di Afghanistan dan seorang askar membawa bersamanya beberapa kitab Injil yang diterjemah ke dalam bahasa Dari dan Pashto.



Tentera Amerika melarang askarnya cuba mempengaruhi orang lain supaya memeluk apa-apa agama sekali pun ketika sedang bertugas.

Katanya, panglima mereka sudah merampas kitab berkenaan serta membakarnya, dan ia tidak pernah diedarkan kepada penduduk Afghan.

Satu kenyataan dalam laman web Taliban, alemarah1.org, berkata langkah menjadikan warga Afghanistan menganut Kristian adalah sebahagian perancangan perang AS.

Tentera diketuai Amerika menjatuhkan Taliban daripada kuasa pada 2001 berikutan sokongan mereka kepada al-Qaeda selepas serangan 11 September.

"Amir Islam (Taliban) dengan kuatnya menggesa Mujahidin, alim ulama dan semua terbabit dengan agama supaya memantau dengan serius kegiatan dan tindakan penceroboh dan mubaligh berkenaan dan tidak membenarkan mereka menyebarkan agama lain, selain Islam di negara Muslim," katanya.

Ia menggesa Pope Benedict supaya menghalang pengajaran agama Kristian di Afghanistan dan memberi amaran mengenai akibat buruk jika beliau gagal membendungnya.

Dalam video Al Jazeera, seorang paderi tentera ditunjukkan sedang menyampaikan ceramahnya kepada askar lain, dan berkata, "Anggota pasukan khas memburu orang lain, secara asasnya. Kita juga melakukan perkara yang sama sebagai penganut Kristian, kita memburu orang untuk Nabi Isa. Kita sememangnya melakukannya, kita memburu mereka."


Tetapi pegawai tentera berkata tiada bukti bahawa askar berkenaan cuba memujuk orang lain menganut agama Kristian di Afghanistan.

Perintah Am nombor satu dalam Arahan Pusat tentera Amerika melarang anggota bertugas yang aktif, termasuk yang berkhidmat di Iraq dan Afghanistan, daripada cuba memujuk orang lain menukar agama.

WAWANCARA MOHAMAD SABU SELEPAS DIBEBASKAN

Wawancara dilakukan di R&R Sungai Buloh pada jam 4.30 petang tadi.
Kemaskini:


Mahkamah Majistret Tanjung Malim petang tadi menolak permohonan tahanan reman polis terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mohamad dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan.

Menurut peguam yang mewakili beliau, Aminuddin Zulkifli mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan oleh pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat mengatakan mereka memerlukan masa untuk menyiasat Mohamad yang dituduh melakukan hasutan supaya orang ramai menggagalkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak hari ini.

Pasukan peguam Mohamad Sabu kemudiannya membantah tuduhan tersebut kerana tertuduh hanya menyeru orang ramai supaya hadir ke majlis solat hajat dan doa munajat memohon agar Perak terus aman.

Laporan maklumat pertama (FIR) terhadap Mohamad Sabu dibuat oleh Ketua Polis Perak sebelum beliau ditahan secara misteri petang semalam di Kuala Lumpur.

artikel dan klip video ehsan : http://pemudabesut.blogspot.com/