Hina demokrasi, bawa 'undang-undang rimba'
SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan tind:akan yang diambil Pakatan Rakyat (PR) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sebagai satu penghinaan.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan itu turut menghina institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.
“Pembangkang sekali lagi menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana enggan menerima keputusan baginda melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.
“Mereka (pembangkang) tidak boleh menerima realiti mengenai pelantikan itu, termasuk apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, yang menyuarakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian berhubung dengan kemelut persidangan DUN Perak yang berlaku pada hari pertama semalam.
Persidangan itu kecoh apabila Speaker V Sivakumar enggan memulakan persidangan selagi Dr Zambry, bersama enam ahli Exco dan tiga ahli Bebas tidak meninggalkan dewan.
Sivakumar mengarahkan 10 ahli dewan itu keluar dengan alasan bahawa keahlian mereka telah digantung.
Bagaimanapun, Zambry dan sembilan yang lain tidak mempedulikan arahan Sivakumar itu.
Khairy berkata, tindakan yang diambil oleh pembangkang itu seperti membawa undang-undang rimba dalam sidang DUN.
Malah katanya, perkara yang terjadi ini memalukan negara di kaca mata dunia.
artikel asal : SinarHarian
No comments:
Post a Comment