Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mahu sebarang jawatan Kabinet termasuk kedudukan sebagai menteri kanan dalam kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Sebaliknya Dr. Mahathir hanya bersedia untuk diberi tanggungjawab sebagai penasihat tidak rasmi.
"Kalau penasihat tidak rasmi, ya," kata beliau yang kini merupakan penasihat bagi Proton dan Petronas.
Ketika ditanya mengapa tidak mahu memegang jawatan sebagai penasihat rasmi, negarawan berusia 84 tahun itu menjelaskan: "Saya seorang yang sudah bersara dan mahu kekal bersara."
Beliau telah dilantik sebagai penasihat beberapa agensi awam dan syarikat milik kerajaan sejak bersara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003.
Malah juga telah menolak syor banyak pihak supaya dilantik ke jawatan menteri kanan sebaik bersara tahun 2003.
Ketika ditanya mengenai ciri-ciri yang diharapkan dalam Kabinet bakal diumumkan Najib kemungkinan minggu ini, Dr. Mahathir berkata, "saya mahukan anggota Kabinet yang bersih dan dipercayai rakyat."
Mengenai pandangan jika Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilantik menganggotai Kabinet, Dr. Mahathir berkata, "ia bukan untuk saya yang menentukannya."
"Ia terserah kepada Datuk Najib... saya bukan lagi Perdana Menteri, bernasib baik dan tidak bernasib," katanya lagi.
Wajarkah anaknya, Datuk Mukhriz diberikan kedudukan dalam Kabinet Najib, beliau pula menjawab: "Saya selalu bias kepada anak saya. Jadi tidak adil bertanya saya."
Mukhriz telah tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno di tangan Khairy, menantu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bulan lalu.

mStarOnline
"tiada beza nya madey"
No comments:
Post a Comment