Read more : http://malaysiakini.com/news/101749
Monday, April 6, 2009
Mahathir tidak lupa Anwar di Bkt Gantang
Tun Dr Mahathir Mohamad mencecahkan kaki di kawasan parlimen Bukit Gantang di hari akhir berkempen pilihanraya kecil dengan membidas bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim."Tidak ada orang yang saya angkat (begitu tinggi), angkat sehingga dia sampai ke langit, tinggal sikit lagi sahaja (untuk jawatan perdana menteri), tapi (dia) tidak tahan, tidak boleh tunggu, nak juga bagi saya jatuh cepat-cepat," katanya. "Jadi, orang yang semacam ini kalau kita angkat, kita akan dapat nasib macam sayalah. Sampai dia naik atas, dia tendang jatuh semua tangga-tangga." Merujuk penyisihan yang dialaminya dalam era pentadbiran penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan perdana menteri itu bagaimanapun tidak meneruskan kecamannya. Beliau hanya berkata "kita tahulah siapa orang yang saya cakap ini.""Bila dia (Anwar) pergi tempat ini, dia jadi orang ini. Bila dia pergi tempat lain, dia jadi orang lain. Dia sokong orang India, tapi kalau dia pergi tempat lain, jumpa orang Melayu, dia kata orang India ini jahat," katanya."Demikian juga bila jumpa orang Cina, oh orang ini, orang itu jahat, (mereka) tidak layan langsung kehendak orang Cina. Ini tidak benar."Anwar juga ditempelak berhubung usahanya menumbangkan kerajaan persekutuan pada 16 September lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment