Friday, October 22, 2010

Majlis pengisytiharan calon N45 Galas

Kemaskini 11.55 pm - Mursyidul Am PAS pada jam 11.53 telah mengisytiharkan calon PAS bagi PRK DUN Galas adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkifli Mohammad

Beliau pernah bertanding di peringkat parlimen pada tahun 2008 tetapi kalah kepada Tengku Rzaleigh.

Namun menurut post mortem yang di buat beliau mendapat undi majoriti diperingkat parlimen dalam DUN Galas sebanyak 317 undi


(Kemaskini 10.50pm Ucapan Anwar Ibrahim) Kemaskini 11.30pm Ucapan Tok Guru Haji Hadi) (Kemaskini 10.30 - Ucapan Dato' Ngeh Mewakili DAP) (Kemaskini 10.20pm - Ucapan Dr. Fadli Exco Kerajaan Kelantan) GUA MUSANG - Skuad Buletinonline akan menyiarkan siaran tertunda Majlis Pengistiharan Calon PAS yang akan bertanding dalam pilihanraya Kecil N45 Galas melalui Radio Buletinonline.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dijangka mengisytihar calon pada jam 11 malam

Ketika ini orang ramai sudah mengambil tempat masing-masing di kawasan lapang berhampiran masjid Gua Musang di mana ceramah sempena pengisytiharan calon diadakan.

Ketiga-tiga wakil dari parti-parti yang bermuafakat dalam Pakatan Rakyat dijangka berucap dalam masjlis pada malam ini.



BO

Galas : Dr Zulkefli calon PAS

GUA MUSANG, 21 Okt : Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

Biodata Zulkefli:

Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.

Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.

Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.

Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.

Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.


Harakahdaily

Thursday, October 21, 2010

Calon diumum malam ini : PAS tampil calon terbaik untuk masyarakat Galas

KUALA LUMPUR, 21 Okt : Ahli Parlimen PAS Kelantan yakin, calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas yang akan diumum parti itu malam ini adalah terbaik untuk rakyat di Dun itu.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli, beliau yakin segala pertimbangan sudah dibuat kepimpinan parti bagi memastikan calon yang akan mewakili PAS pada PRK itu bukan sahaja mampu menjadi wakil rakyat, malah juga mampu meneruskan legasi khidmat cemerlang Adun sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Menurutnya, kaedah pemilihan calon yang bermula dengan PAS negeri membuat saringan di peringkat PAS kawasan, kemudian dibawa ke PAS pusat dan seterusnya kepada Majlis Syura PAS, sudah cukup untuk memastikan calon yang bakal diketengahkan adalah calon terbaik dari segala aspek.

"Saya yakin, siapa juga calon yang akan diumum malam ini adalah yang terbaik kerana telah melalui saringan di peringkat akar umbi.

"Tentunya calon tersebut seorang yang dikenali rakyat Galas dan sumbangannya juga diketahui umum masyarakat di situ," katanya yang juga bendahari PAS Pusat.

Seorang lagi Ahli Parlimen PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar juga mempunyai pandangan serupa.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Tumpat berkata, calon yang akan diumum malam ini tentunya sesuai dengan kondisi masyarakat Galas yang rencam.

"Galas ini kawasannya luas, ada penduduk bandar dan ada luar bandar. Tentunya calon yang dipilih adalah calon yang menguasai keadaan di Galas ini," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS pusat.

Selain itu jelasnya, calon yang akan dipilih PAS juga sudah tentu calon yang memahami kepelbagaian kaum di Galas yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan masyarakat Orang Asli.

"Saya yakin calon itu nanti akan mempermudah kempen kita bagi mengekalkan Dun Galas," katanya.

Dalam pada itu, PAS akan mengumumkan calon mereka malam ini bertempat di perkarangan Markas Besar PAS di Bandar Lama bersebahan pejabat pos Gua Musang.

Ketiga-tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengesahkan kehadiran malam ini.

Pengumuman malam ini juga adalah bersempena ceramah perdana sambutan 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nazri Abdullah Harakahdaily

Batu Sapi : 20 borang pencalonan diambil

SANDAKAN, 21 Okt — Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah setakat ini mengeluarkan 20 borang pencalonan untuk pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi.

“Saya tidak pasti sama ada semua borang itu akan diserahkan kembali. Kami hanya menjual, siapa-siapa pun boleh beli.

“Tetapi kalau ada yang memutuskan untuk bertanding nanti, saya berharap borang pencalonan akan diserahkan dengan deposit RM10,000 untuk bertanding sebagai calon Parlimen,” kata Timbalan Setiausaha (Operasi) Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Noordin Che Ngah.

Borang berharga RM20 bagi satu set.

Hari penamaan calon adalah Selasa ini sementara hari mengundi pada 4 November.

Kerusi kawasan Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lepas. — Bernama

TMI

Sayap baru UMNO; 'Briged Musang Berbulu Ayam' dan 'Briged Sesumpah' - apa khabar ganu kita

Kadangkala bila membaca berita dan cerita tentang parti 'usang' Umno macam membaca sebuah hikayat, maklumlah sebuah parti purba..

Pemimpin Umno tidak mahu menerima kejelekan yang berlaku adalah dek kerana perangai mereka yang suka hidup bermewah-mewah sesuai dengan pengakuan mereka bahawa mereka lah 'Tuan-Tuan Melayu'.

Sebab itu, sekiranya parti Umno ada lagi pada tempoh 50 tahun akan datang, pemimpinnya akan terus melaungkan dan berbahas dengan begitu bersemangat tentang perjuangan Melayu.

Nak buat macamana, parti tu dah ggitu, tak ada modal nak buat bercakap, tak ada modal nak buat berniaga, ‘wa emma’ 100 atau 200 tahun lagi pun, Perhimpunan Agung Umno akan wat modal niaganya, Melayu…Melayu…. Melayu….

Dengan buat modal Melayu lah selama ini Umno boleh hidup, sebab itu Tun Mahathir walaupun sudah acap sakit-sakit dan ‘keluar –masuk’ Umno macam naik turun lif, tapi tetap menjadi penyokong tegar Ibrahim Ali

Kalau zaman penjajah British, orang-orang di Malaya baik Melayu, India atau Cina akan memanggil 'Tuan' kepada pegawai-pegawai Inggeris

Sekarang, British sudah menurunkan 'tarikat' itu kepada Umno, maka Umno akan terus memperjuangkan 'ketuananan Melayu'.

Jadi, kalau rakyat buat salah, tersalah ‘berkasih’ dengan anak-anak mereka, mereka bukan berikan keizinan dan mengahwinkan dengan segera, supaya mengelak maksiat kerana mereka juga mengaku Islam.

Tapi rakyatlah yang akan dipersalahkan; tersalah tegur, tersalah panggil, tersalah ‘gelar’, tersalah memilih anak pemimpin Umno sebagai orang yang dicinta, Mamat Melayu kampung yang 'bangsat' akan menerima nasib seperti filem P.Ramlee, rakyat semua tahu filem ‘Antara Dua Darjat’.

Rata-rata pemimpin Umno yang ada pada hari ini bukannya pejuang rakyat, jauh sekali diantara mereka yang masih berbaki sebagai pejuang kemerdekaan.

Kebanyakkan yang memimpin Umno sekarang ini mewarisi 'takhta dan kuasa' dari ayahanda mereka, kerana ayahanda mereka telah menjadi pemimpin Umno sebelum ini, maka dengan mudah mereka masuk dan diangkat, kemudian mendapat pangkat.

Mereka tidak pernah merasa kesusahan rakyat, mereka bersekolah disekolah yang terpilih, masuk universiti luar negara, kerana bapa mereka orang ternama, walaupun mereka bukan pelajar kelas pertama dan tak layak terima biasiswa, tapi boleh semacam.

Ada di merata-rata, pemimpin Umno yang SPM pun tak ada, tapi boleh hidup mewah kaya raya, ada duit berjuta-juta, rumah gedung dan kereta besar.

Lalu mereka berbangga, inilah nikmat kemerdekaan selama 53 tahun, apakah kamu tidak bersyukur?

Inilah kekayaan negara, yang diagih sama rata, kata mereka, sedang rakyat dikampung-kampung yang berjaya, lulus cemerlang dalam periksa, payah nak dapat biasiswa.

Bahkan ramai rakyat yang berjaya, lulus cemerlang, tetapi tdak akan dianggap sebagai gemilang dan terbilang, kerana mereka menyokong pembangkang!

Pemimpin Umno meletakkan diri mereka seolah-olah setaraf dengan dewa-dewa dikayangan (kalau ada), tinggal diistana-istana, tidak berjalan melainkan menaiki kenderaan yang bergerak laju umpama ‘terbang’, kalau pun tidak pergi-mari dengan manaiki kapal terbang.

Sebab itu mereka mesti berjuang, bukan untuk membela rakyat, tetapi mengekalkan diri mereka sebagai ‘Tuan-tuan’ Melayu. Lalu mereka namakan perjuangan mereka adalah untuk ‘Ketuanan Melayu’.

Oleh kerana itu tidak hairan kalau mereka sudah berkuasa, mereka boleh kata macam-macam kepada orang yang dikuasainya, macam kisah raja-raja, kisah ‘Musang Berjanggut…..

Tapi yang di Terengganu dia tidak panggil begitu, Cuma dia ‘gelor’ ahli-ahlinya sendiri sebagai ‘Musang Berbulu Ayam’…… maknanya Dato’ Sri Hishamuddin Hussein tak percaya kepada ahli-ahli Umno Terengganu.

Sebab itu dia panggil ‘Musanggg…… yang makan dan gemuk dalam Umno’…. ??11

Mungkin dia sendiri tak jumpa si Musang itu, kalau dia jumpa mengapa dia tak temmbak atau perangkap Musang itu?

Kalau dia jumpa si Musang yang berbulu ayam dalam Umno, yang makan dan gemuk dalam Umno, tetapi Hishamuddin tak buat apa-apa…. itulah sebabnya beliau gagal memimpin Umno Terengganu…….

Itu kurang sikit, kira O.K jugalah, sebab binatang ‘Musang’ni sebenarnya ada juga faedahnya dalam rantaian hidup pemangsa dan menjadi mangsa.

Di tepi jalan menuju ke rumah ambe, ada sebatang pokok ciku, yang berbuah sokmo sepanjang tahun, ada sokmo buah.

Nak tahu apa rahsianya, si Musang lah......

Tapi ini musang buah, nak menunjukkan kebesaran Allah SWT.

Setiap malam pasti musang itu ada dibawah pokok ciku, mengambil rezeki dari Allah, mungkin ada bini dan ada anak yang makan buah dari pokok yang sama

Musang jenis ini Hishamuddin tidak akan tembak atau perangkap, kerana dia setia dan tepat waktu 'jemba' ke pokok ciku, mahu mengisi perutnya yang lapar.

Perut-perut yang lapar jugalah yang menjadi ikatan Umno Terengganu, sebab itu ada bemacam-macam dana ditabur keliling-kelalang.

Yang tua, fesyen dengan tua, dana bantuan itu dan ini.

Yang muda cara orang muda, dengan dana bakti remaja.

Jadi tidak selesaian, sehingga baru-baru ini, Ketua Umno Setiu, Dato' Mat Jidin kata, jumlah orang miskin di kawasan Setiu 'kohor' ramai, bukan semakin berkurang!.

Walau bagaimana pun, mantan ketua pemuda Umno, si Hishamuddin tidak sehebat Ketua Pemuda si Khairy Jamaluddin yang belajar di Oxford

Hebatnya dia sampai dia gelor Pakatan Rakyat sebagai seeekor haiwan 'Cerberus' yang orang Melayu tak pernah tengok dengan mata kepala.

Punyalah hebatnya Khairy punya imiginasi, sampai cerita dongeng 'Heraclus' (Herculis) pun masuk dalam perhimpunan agung Umno.

Mungkin pengalaman lalu, samada dia atau anak-anaknya ketakutan tengok cerita tentang haiwan itu sehingga lekat di 'kepala'nya.

Lalu kerana ketakutan itu, dia mengumpamakan Pakatan Rakyat sebagai 'Cerberus' yang berkepala tiga.

Tapi adakah patut, dia menggelar pemimpin umno dengan seekor haiwan kecik 'peh' yang dipanggil sesumpah.

Mungkin dia kurang mengenali haiwan sesumpah kerana belajar dinegeri orang putih.

Jadi, kalau si Khairy nak mengkaji lebih lanjut tentang haiwan yang bernama 'sesumpah', dia perlu tubuhkan satu lagi makmal yang dikendalikan oleh pemuda Umno di Putrajaya.

Tak susah untuk cari pakar tentang sesumpah ni, panggil saja si Ezam atau Zahit Mat Arip, mereka dengan beberapa kawan-kawan sewaktu dengannya, memang cukup 'arif' tentang sesumpah.

Oleh itu, Tuan Pengerusi Tetap....... ambe cadangkan, dua sayap baru untuk Umno dalam usaha umno untuk mendekati pengundi muda; Briged 'Musang Berbulu Ayam' dan 'Briged Sesumpah'!

“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 dikenakan kepada TV3,” - Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Santa 'Pak Haji' : TV3 didenda RM50,000

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.

Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebaran”.

Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”.

“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang.

TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan “fitnah perkauman dan agama” menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.

“Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan akta Keselamaatn Dalam Negara,” katanya.

Mkini

Keuntungan berganda Pas

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kejayaan mendapatkan bekas bangunan UMNO Kota Bharu di sini, memberi kemenangan dua dalam satu kepada Pas.

Menurutnya, selain mendapat memiliki bangunan yang sangat bernilai itu, imej parti lawan secara tidak langsung terjejas, sekali gus memberi kelebihan kepada Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha untuk menawan Putrajaya.

“Saya mengibaratkan seperti sebiji batu dapat kepada dua burung, dapat bangunan dan jatuhkan imej lawan, kita mendapat keuntungan berganda dari satu perkara,” katanya berucap pada majlis penyerahan kunci bangunan itu kepada Pemuda Pas di sini, semalam.

Bangunan yang dinamakan sebagai ‘Al-Syabab Point’ itu dibeli dengan harga RM4.5 juta bakal menjadi pejabat Pemuda Pas negeri dan pusat komersial setempat.

Perjanjian jual beli bangunan itu dilakukan di sebuah hotel di Gua Musang, kelmarin, yang ditandatangani antara bekas Ketua UMNO Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim dengan Setiausaha Pas Kelantan, Zaki Ibrahim.

Difahamkan bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh lama berjaya disiapkan Zaid yang kini bertindak sebagai penyelaras Pakatan Rakyat (PR).

April lalu, UMNO Kota Bharu yang diketuai, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

Terdahulu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menaikkan bendera Pas di hadapan bangunan itu sebagai simbol pemilikan bangunan yang dianggap bersejarah kepada Pas kepada Pas Kelantan.

Dalam ucapan itu, Nik Aziz turut menegaskan, jika Pas dapat memiliki bangunan UMNO itu serta menguasai Kota Bharu, maka tidak mustahil parti itu dapat mengusai Putrajaya kelak.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Abd Latif Abd Rahman berkata, pemilikan bangunan itu sekali gus dapat meningkat semangat pemuda untuk terus bekerja bagi meningkat sokongan kepada Pas.

SH

“Tengku Razaleigh tidak sesuai bersama UMNO”

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dinasihatkan supaya keluar dari perjuangan sempit perkauman yang telah ’membulinya’ selama ini dan menghabiskan sisa usianya bersama-sama perjuangan Islam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, individu yang mempunyai integriti seperti Tengku Razaleigh tidak sesuai duduk di dalam UMNO kerana ia tidak memberi sebarang nilai kepada parti itu.

“Sikap UMNO terhadap Ku Li umpama kera mendapat bunga. Bertahun-tahun dihina oleh UMNO, apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas tiba-tiba kosong, UMNO bagaikan pungguk rindukan bulan menanti Ku Li pulang daripada bercuti di luar negara.

“Berpuluh-puluh orang berpura-pura menanti kepulangan Ku Li di KLIA. Kalaulah DUN Galas terletak di Kota Baharu, sudah tentu nama Ku Li sudah tenggelam bersama gua dan musang-musangnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada: Sinar Harian:, semalam.

Beliau berkata, suatu ketika dulu, nama Tengku Razaleigh tidak dihiraukan oleh UMNO ketika Pilihan Raya Kecil Manik Urai dalam Parlimen Kuala Krai bersebelahan Gua Musang.

“UMNO jelas tersepit di Galas. Jika tidak mendapat kerjasama daripada Ku Li maka UMNO akan menerima padah. Pilihan UMNO hanya satu sahaja, melantik Ku Li sebagai Pengarah PRK DUN Galas dan sekali gus menjadi calon.

“Saya menjangkakan bantuan Ku Li kepada UMNO di Galas kelak umpama menolong anjing tersepit. Jika UMNO dapat menawan Galas, maka nama Najib lah yang akan disanjung. Sebaliknya jika UMNO kalah di Galas maka nama Ku Li yang akan dipersalahkan. Itulah hukum rimba yang ada dalam UMNO yang sudah busuk sampai ke usus,” katanya.

Suhaizan berkata, integriti yang ada pada Tengku Razaleighakan dihargai dalam Pas dan Pakatan Rakyat (PR) serta mengalu-alukan penyertaan veteran politik itu bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat dan agama Islam.

“Kalaulah Ku Li boleh bersama Tun Musa Hitam, rakan karib kelab malam semasa zaman mudanya, mengapa tidak boleh bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rakan-rakan lain dalam memperjuangkan royalti minyak di Kelantan?:

“Sudah tiba masanya Ku Li keluar daripada kepompong sedia ada. Membuat perubahan besar dengan penuh keberanian sebagaimana beraninya beliau mengepalai sebuah GLC sebesar Petronas ketika usia mudanya dulu,” katanya.

SH

Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah

FB Photos - Wall Photos

KUALA LUMPUR, 21 Okt : Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

Harakahdaily

Nik Aziz : Tokoh 20 tahun membangun bersama Islam

KOTA BHARU, 21 Okt : Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun kerajaan Kelantan ke-20, malam tadi.

Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.

Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.

Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.

Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).

Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.

Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.

“Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.

“Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.

Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru.

Salmah Mat Husain & Foto: Mohd Nor Harakahdaily

Wednesday, October 20, 2010

UMNO-BN rancang salur RM75 billion dana KWSP dalam syarikat kroni

KUALA LUMPUR 20 Okt - Pengumuman Perdana Menteri membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meningkatkan pelaburan luar negaranya sehingga mencecah 20 peratus didakwa merupakan perancangan Umno-Barisan Nasional untuk menyalur keluar dana milik rakyat berjumlah RM75 bilion ke dalam sebuah syarikat misteri milik kerajaan yang disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE).

Sehingga kini Datuk Seri Najib Razak di dalam pembentangan Belanjawan 2011 Jumaat lalu gagal mendedahkan kepada umum identiti syarikat terbabit atau kaunter saham syarikat yang bakal menerima suntikan besar dari dana KWSP lantas menimbul kesangsian bahawa langkah tersebut adalah sebahagian daripada pelan licik Umno-Barisan Nasional untuk 'melarikan' aset negara.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail adalah suatu yang tidak masuk akal kerana dana berjumlah RM75 bilion itu akan digunakan untuk pelaburan yang tidak diketahui porfolionya dengan tepat tetapi cuma dikenali sebagai 'foreign portfolio' (portfolio asing).

"Kita tidak tahu portfolio yang mana tapi apa yang saya jangkakan ianya mempunyai kaitan dengan Bursa Saham New York di mana kerajaan mempunyai satu syarikat milik kerajaan yang tersenarai dalam bursa tersebut tetapi sehingga kini syarikat tersebut adalah misteri yang belum terjawab.

"Kita bimbang, dana KWSP akan disuntik ke dalam syarikat tersebut bagi menyelamatkannya kerana jika syarikat itu tidak mempunyai daya tahan maka kerajaan terpaksa menanggung denda yang dikenakan terhadapnya oleh Bursa Saham New York. Saya bimbang sudah wujud saluran yang disediakan di Bursa Saham New York dan pengumuman Najib sebagai persediaan untuk mengalirkan wang milik rakyat kepada syarikat misteri tersebut.

"Saya jangka duit KWSP ini akan digunakan dalam suntikan modal bagi mempertahankan syarikat kaitan kroni itu untuk terus disenaraikan dalam bursa tersebut," dedah Azan kepada Suara Keadilan.

Dalam pada itu, beliau juga turut mempertikaikan dasar kerajaan yang memperbesarkan peranan portfolio asing sedangkan Najib dalam pembentangan bajet kali ini menyatakan kerajaan mahu menggalakkan pelaburan swasta atau pelaburan dalam negara.

Tindakan itu katanya bercanggah dengan hasrat untuk mendaya kembali pelaburan swasta bagi mencapai ekonomi negara berpendapatan tinggi.

Apa yang membimbangkan kata Azan lagi, di samping perbelanjaan defisit yang menokok, hutang negara juga meningkat 18 peratus daripada RM378 bilion pada 2009 kepada RM441 bilion tahun ini.

"Daripada jumlah tersebut, kerajaan memperuntukan 5 peratus daripada belanjawan tersebut untuk melunaskan hutang, bermakna daripada RM212 bilion hanya RM10 bilion untuk tujuan pembayaran hutang.

"Ini bermakna daripada RM441 bilion, kita membayar hutang negara kurang daripada 2 peratus dan ini menunjukkan pengurusan hutang yang begitu lemah sekali.

"Keputusan ini adalah tidak munasabah sama sekali apabila kerajaan mencadangkan satu rang undang-undang perbekalan yang bersifat melunaskan hutang negara serendah 2-3 peratus sahaja.

"Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan sanggup menggunakan wang KWSP untuk meningkat pelaburan di luar negara daripada 7 peratus kepada 20 peratus," tegas beliau.

Tambah Azan sikap ini menunjukkan kerajaan lebih rela menggunakan dana awam untuk melabur di luar negara daripada melunaskan hutang.

Azan juga menjelaskan hutang negara terdiri daripada empat kategori akaun iaitu penyata hutang awam luar negara, penyata hutang awam dalam negara, penyata jaminan dalam negara serta penyata jaminan luar negara.

oleh Fazli Othman SK

Galas : 13 bakal bertanding?

GUA MUSANG – Sehingga semalam, 13 borang pencalonan telah dijual bagi Pilihan Raya Kecil Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada jumlah itu, masing-masing satu dibeli oleh Barisan Nasional (BN) dan Pas manakala selebihnya dibeli oleh individu.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut sama ada individu yang membeli borang pencalonan tersebut turut menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas pada 4 November ini.

“Sehingga kini, 13 borang pencalonan sudah dibeli. Dari BN pun ada ambil borang dan dari Pas pun ada. Ada juga individu lain yang turut membeli borang. Tetapi kita tak tahu mereka itu daripada mana.

“Setakat ini persiapan bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas berjalan lancar dengan membabitkan 303 kakitangan SPR,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas sesi taklimat kepada petugas pilihan raya dan parti bertanding, di sini, semalam.

Katanya, SPR juga akan menggunakan dua helikopter untuk mengangkut peti undi di kawasan yang terpencil seperti di Lojing.

“Sebanyak 13 pusat pengundian disediakan bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas dan daripada jumlah itu, hanya 4 pusat mengundi dibuka dari jam 8 pagi hingga 1 petang manakala selebihnya dibuka dari jam 8 hingga 5 petang,” katanya.

Empat pusat pengundian yang ditutup jam 1 petang adalah di Belatin dengan 162 pengundi, Balar (232), Bihai (278) dan Hau (254).

Jumlah daftar pemilih terkini, sehingga 27 September lalu adalah 11,553 pengundi.

Sementara itu, SPR akan mengadakan mesyuarat dengan Polis Kelantan di Putrajaya hari ini bagi mencari jalan dan kaedah terbaik mengawal keadaan semasa hari pengundian.

“Kami berharap insiden pergaduhan dan kekecohan yang pernah berlaku pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai tahun lalu tidak berulang di sini,” katanya.

SH

Adun BN Kuala Nerang nafi diisytihar muflis kes KWSP, cetus spekulasi pilihan raya

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang dari Umno-BN, Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar bankrap minggu lalu ekoran kegagalan syarikatnya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekali gus menimbulkan kemungkinan membuka ruang kepada satu lagi pilihan raya kecil.

Kerusi disandang Syed Sobri, yang pernah berhadapan dengan isu yang sama dua tahun lalu, boleh diisytihar kosong jika gagal menjelaskan hutang itu kepada KWSP.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan wakil rakyat dari Kedah itu, yang didakwa bersama tiga defendan yang lain termasuk syarikatnnya, sebagai muflis Jumaat lalu.

Bagaimanapun di peringkat minggu lalu, mahkamah dikatakan hanya mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis selaku salah seorang pengarah syarikatnya.

Maklumat sebelum ini menyebut Syed Sobri (gambar) merupakan pengasas Kulim Enterprise.

Beliau dipercayai akan membuat rayuan.

Syarikatnya dipercayai gagal menjelaskan baki caruman lebih RM700,000. KWSP dikatakan membawa kes itu 2003.

Usaha mendapatkan kenyataan firma guaman yang mewakili Syed Sobri juga gagal.

Syed Sobri ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam menafikan beliau muflis sambil berkata, ia sengaja disebarkan oleh musuh politiknya.

“Semua terkawal, semua OK, saya tidak tahu siapa yang buat perkara ini.

“Tiada masalah, saya tidak tahu mengapa ini berlaku. Saya anggap ini satu fitnah pembangkang menjelang Perhimpunan Agung Umno,” kata beliau.

Perhimpunan Agung Umno 2010 bermula semalam.

Sambil menegaskan perkara ini secara terus-menerus dan sengaja disebarkan oleh pihak tertentu, Syed Sobri berkata, beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Ketika ditanya sama ada benar beliau tidak melangsaikan caruman KWSP, Syed Sobri berkata, ia dibayar balik dari semasa ke semasa secara ansuran.

“Saya sudah bayar secara ansuran, ini kes lama... tiada masalah,” kata beliau lagi.

Pada awal November 2008, beliau dikatakan hampir muflis kerana hutang bank.

Bagaimanapun menurut Syed Sobri ketika itu, beliau sudah pun menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000.

Oleh itu katanya, peguam beliau juga telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan penghakiman mahkamah yang dikeluarkan 3 November 2008, mengisytiharkan dirinya muflis.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti 805.

Selain itu, Syed Sobri juga menjadi perhatian kerana pernah dikaitkan dengan spekulasi akan mengosongkan kerusi atau melompat parti awal tahun ini.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Syed Sobri sendiri, yang juga Naib Ketua Umno Padang Terap.

Malah, ia bukan kali pertama Adun Kuala Nerang ini dikaitkan dengan isu letak jawatan.

Pada awal 2009, beliau pernah berada dalam situasi yang sama sehingga Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat kenyataan mengumumkan Syed Sobri tidak akan melepaskan jawatan setelah mereka berbincang hati ke hati pada 28 April 2009.

Khamis lalu, Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim meminta Syed Sobri supaya sedar diri bahawa beliau mewakili BN dan tidak seharusnya berlagak seperti wakil rakyat Bebas.

TMI

Sembelih 'musang berbulu ayam'!

- Dato' Mustafa menjangka ada pimpinan Umno Terengganu yang akan keluar parti.

KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali menyifatkan perbalahan yang berlaku di kalangan pemimpin Umno Terengganu adalah terlalu 'dalam' dan beliau tidak fikir Konvensyen yang diadakan baru-baru ini dapat menyelesaikan masalah.

"Saya tidak fikir akan selesai, permasalahan itu terlalu 'dalam', bukan (antara) kumpulan tetapi (perbalahan) peribadi, payah nak selesai, memang sebahagian (pemimpin Umno) sudah tawar hati,

"saya menjangkakan ada yang akan keluar daripada Umno, yang akan meninggalkan Umno akibat daripada (perbalahan),"jelas beliau kepada wartawan dalam satu sidang media disini, Isnin, 18 Oktober.

Sebelum itu, beliau berkata secara 'berseloroh' tetapi serius, mencadangkan kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri Terengganu, supaya ahli Umno yang dianggap sebagai 'Musang Berbulu Ayam' disembelih.

"yang dah gemuk dan dah tak ada tugas (ahli yang dianggap Musang Berbulu Ayam) sembelih, buat apa simpan, gemuk saja-saja, berat bawa sahaja,"ujarnya, sebagai respon kepada kenayataan Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang dianggap 'pelik' pada Konvensyen Umno baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau menafikan PAS 'menangguk di air keruh' dan mengambil kesempatan atas kelemahan Umno disebabkan perbalahan diantara kumpulan-kumpulan bertentangan.

"Tidak, kita bekerja macam (seperti) biasa dan kita bergantung kepada kekuatan kita, sebab kekuatan PAS dan Umno Terengganu hampir sama,

"kalau dibahagikan (kekuatan antara PAS dan Umno) adalah 45 :45 begitu, 10 peratus yang lain ada lah pengundi atas pagar,"tegas beliau yang menerajui PAS Terengganu sebahagi Pengerusi Perhubungan Negeri sebelum dilantik menjadi Setiausaha Agung PAS.

Menurutnya, waktu puncak PAS dan menang dalam pilihanraya pada tahun 1999, sokongan terhadap Umno tidak berkrangan daripada 45% dan begitu juga sebaliknya, sekiranya Umno menang, sokongan kepada PAS tidak turun melebihi paras itu.

"terlalu dekat (persaingan antara PAS dan Umno) ada perubahan sedikit akan bertukarlah kerajaan,"ujarnya.

Oleh itu, katanya, para petugas PAS mestilah bekerja kuat dan tidak mengharapkan kelemahan Umno untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

BO

Bank milik KWSP beri pinjaman RM880 juta kepada adik Ketua Menteri Sarawak

KUALA LUMPUR 19 Okt - Tidak sampai seminggu rakyat dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan membenarkan pelaburan luar negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ditingkatkan daripada 7 peratus kepada 20 peratus membabitkan dana awam hampir RM75 bilion, kini RHB Bank yang dimiliki KWSP dilaporkan telah memberi pinjaman USD285 juta atau RM880 juta kepada adik Ketua Menteri Sarawak, Raziah Mahmud dan suami ketiga beliau, Robert Geneid.

Menurut laman web sarawakreport yang terkenal dengan pendedahan kekayaan dan aset serata dunia yang dimiliki Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarganya, daripada maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pinjaman besar tersebut diperolehi pada Jun sebuah syarikat persendirian yang dipunyai oleh pasangan tersebut, Kumpulan Construction Sdn Bhd.

Maklumat SMM menunjukkan Kumpulan Construction didaftar dengan modal berbayar saham RM1 juta di mana 5 peratus sahamnya dipegang oleh Zaleha Mahmud, kakak kepada Raziah dan selebihnya dimiliki oleh Mastim Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Raziah dan Robert, yang merupakan warganegara Australia.

Tanpa laman sesawang rasmi, tidak banyak informasi mengenai syarikat yang diketahui umum namun menurut sarawakreport lagi sumber terhad yang diperoleh daripada akaun syarikat tersebut melalui SSM menunjukkan Kumpulan Consruction memcatat perolehan sebanyak RM43 juta pada 2009, dengan untung bersih kira-kira RM4 juta setelah ditolak cukai.

Di samping modal saham berjumlah RM1 juta, modal simpanannya hanya lebih kurang RM4 juta sementara liabiliti serta aset keseluruhan syarikat bernilai RM42 juta.

Persoalan yang timbul bagaimana KWSP yang diamanahkan untuk mengawal serta menjaga kepentingan "Simpanan Hari Tua" kaum pekerja di negara ini dengan senang sekali meluluskan pinjaman RM880 juta kepada sebuah syarikat yang dikategorikan sebagai sederhana.

Lebih mengejutkan walaupun nama Kumpulan Construction membawa maksud syarikat itu terbabit dalam aktiviti pembinaan namun ia dikatakan tidak pernah langsung melaksanakan sebarang projek kecuali hanya mengsubkontrakkan projek yang diperolehi kepada pihak ketiga.

Memetik sumber dalaman RHB, sarawakreport berkata, "syarikat itu tidak pernah melaksanakan sebarang kontrak yang diperolehi dan kesemuanya disubkontrakkan kepada pihak lain terutamnanya Hock Seng Lee Bhd(HSL)".

Sebelum ini sarawakreport juga mendedahkan Kumpulan Construction adalah antara tiga pada 2008 bagi projek pembentungan bandaraya Kuching 2008.

Selang sebulan konsortium tiga syarikat itu - Kumpulan Construction, Nishimatsu Construction dan Hock Seng HSL - memperolehi kontrak tersebut, projek itu disubkontrakkan kepada HSL dengan nilai sebanyak RM452 juta.

Ini bermakna dengan mudah Kumpulan Construction dan Nishimatsu mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM78 juta dalam tempoh sebulan.

Laporan tahunan RHB Capital Bhd bagi 2009 menunjukkan KWSP memegang 56.14 peratus kepentingan dalam RHB Capital yang memiliki 70 peratus saham dalam RHB Bank Bhd

RHB Bank pada masa ini adalah kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia dengan saiz aset sebanyak RM103 bilion dan mempunyai 200 cawangan di seluruh negara dan beberapa cawangan di luar negara yang majoritinya di Singapura.

Oleh Dzulkarnain Taib SK

PAS umum calon DUN Galas esok

GUA MUSANG, 20 Okt — PAS akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas esok, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata nama calon itu akan diumumkan di sini dan calon itu merupakan seorang tokoh yang disukai oleh penduduk Galas.

“Kita ada ramai calon dalam senarai pemilihan,” katanya kepada pemberita di sini.

Pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan pada 4 November ini dan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober ini.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Bernama difahamkan antara pemimpin tempatan yang disebut bakal menjadi calon PAS ialah Ketua Perhubungan Orang Asli kawasan Galas, Pandak Panjang Ey dan Timbalan yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad.

Selain itu, nama Ketua Dewan Pemuda PAS Gua Musang, Abdullah Husein, Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang, Husin Embong dan Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad turut disebut-sebutkan dalam senarai itu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Che Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi. — Bernama


Tuesday, October 19, 2010

Pejuang bangsa - Khalid Samad

19 OKT — Ada yang ingin dirinya diiktiraf sebagai pejuang bangsa. Maka bertebaranlah dia ke sana dan ke mari sambil mendabik dada mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang bangsa yang tulin. Menuntut yang ini dan yang itu konon demi bangsanya dan pada masa yang sama mencemuh dan mengasak bangsa lain tanpa segan silu.

Lagi banyak yang dituntut maka lagi hebatlah kedudukan dirinya sebagai seorang 'pejuang bangsa'. Semakin berani dan kasar cemuhannya terhadap bangsa lain, maka semakin naiklah namanya sebagai pejuang bangsa. Semakin 'primitif' pendirian dan desakannya, maka semakin dirinya dijulang — itulah harapannya.

Rakyat harus menyedari bahawa sekiranya inilah ukuran yang digunakan untuk mengenalpasti siapa seorang pejuang bangsa yang sejati, maka akan timbullah golongan oportunis untuk ke hadapan, melaung retorik perkauman sehingga mereka ini dijulang dan disanjung sebagai 'pejuang bangsa'.

Pada pendapat saya, terdapat dua ciri utama yang menentukan samada seseorang itu pejuang bangsa yang sejati atau sebaliknya. Ianya bukan bergantung kepada kelantangan atau keberanian semata-mata. Ianya bergantung kepada hala-tuju dan penghayatan budaya perjuangan orang berkenaan.

Ciri pertama, seorang pejuang bangsa adalah seorang yang memperjuangkan kemajuan bangsanya dalam semua aspek secara menyeluruh. Beliau membawa bersamanya satu wawasan dan kefahaman yang akan membangunkan bangsanya sehingga dihormati dan disanjung tinggi oleh seluruh ummat manusia. Beliau juga berusaha untuk menjadikan bangsanya sebagai pembawa dan perintis ketinggian peradaban dan budaya serta akhlak yang akan mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada bangsanya sendiri tetapi juga kepada manusia sejagat. Dalam masa yang sama, beliau membawa bangsanya ke arah kemajuan dan pemikiran 'global', bukan pemikiran mundur dan 'primitif'.

Kedua, dalam memperjuangkan wawasan ini, seorang pejuang bangsa akan sanggup berkorban dan bukan mengorbankan. Kekayaan dirinya dibelanja sebagai 'pelaburan' untuk menjayakan pejuangannya dan penerimaan wawasannya oleh bangsanya sendiri. Pengorbanannya berterusan, dalam apa jua situasi, samada berkuasa atau sebaliknya. Bangsanya diutamakan dari dirinya sendiri. Biar dirinya susah dan tidak berharta, kecuali sedikit, tetapi yang penting baginya, bangsanya terus dimajukan. Beliau tidak memanfaatkan sanjungan dan kedudukan hasil perjuangannya untuk menjadikan dirinya dan keluarga bertambah kaya.

Oleh yang demikian, secara peribadi, saya melihat mereka yang memenuhi dua ciri kepimpinan ini ialah pemimpin seperti TGNA dan TGHH yang datang membawa wawasan yang jelas. Wawasan yang dibawa adalah Islam.

Wawasan ini mengajar manusia untuk menghubungkan keTaqwaan dengan keAdilan, kerana seseorang yang takut akan kemurkaan Allah tidak akan sanggup melakukan kezaliman. Wawasan ini turut menegaskan kedudukan manusia dijadikan untuk berperanan sebagai khalifah Allah di muka bumi, satu kedudukan dan jawatan yang begitu mulia, yang dengan itu manusia diberikan hak asasi dan tidak wajar dikandangkan dan dibisukan oleh mana-mana penguasa. Wawasan yang sebegini akan memajukan sesuatu bangsa sekiranya ianya difahami dan dihayati. Maka ianya memenuhi kriteria saya yang pertama.

Pada masa yang sama, kita melihat bagaimana mereka tidak mengambil kesempatan dari kedudukan mereka untuk menambahkan kekayaan peribadi mereka. Dalam keadaan susah dan senang, mereka terus menyumbang kepada perjuangan untuk membina bangsa dan masyarakat mengikut wawasan Islam. Tiada saham yang bernilai berjuta diatas nama mereka atau waris mereka ini.

Begitu juga boleh dikatakan terhadap beberapa pemimpin DAP dan PKR. Walaupun wawasan mereka mungkin tidak sama dengan PAS, namun secara dasarnya, ianya merupakan wawasan yang menginginkan keadilan untuk seluruh rakyat dan apa yang diyakini sebagai sesuatu yang akan memajukan bangsa. Nilai-nilai keadilan, keamanahan dan bertanggung-jawaban yang walaupun tidak diceduk secara terus dari Islam, selaras dan seiring dengan wawasan Islam.

Walaubagaimanapun, perkara yang sama tidak boleh dinyatakan terhadap Umno mahupun Perkasa. Wawasan mereka wawasan yang primitif, mengingatkan kita akan zaman peperangan kabilah dan perkauman yang sempit sepertimana sebelum datangnya Islam. Seperti taufan kejahilan tentera Mongol, membawa wabak kebencian, kezaliman dan kejahilan. Seperti kegelapan yang menyelubungi dunia hasil kebangkitan Nazi Jerman, kebanggaan kaum dan keturunan sehingga menindas kaum serta bangsa yang lain. Seperti kegilaan tentera Serb yang ingin mengukirkan kekuasaan mereka melalui penderitaan dan pembunuhan secara beramai-ramai ummat Islam Bosnia. Seperti pengganas Israel yang ingin memaksakan keutamaan bangsa mereka ke atas bangsa Palestine.

Ianya keutamaan satu bangsa ke atas bangsa lain yang dicapai melalui kekerasan dan kekuatan fisikal, suatu keutamaan yang dipaksa bukan yang dicapai hasil kemuliaan keperibadian dan ketinggian peradaban.

Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin mereka, kesemuanya, selesa hidup sebagai jutawan. Walaupun dikelilingi masyarakat bangsa sendiri yang miskin dan merempat, mereka hidup senang lenang dengan harta bertimbun yang dikumpul hasil 'perjuangan' mereka. Bukan dari hasil perniagaan atau kepakaran mereka dalam bidang keusahawanan tertentu tetapi sebagai 'imbuhan perjuangan' yang menggunakan nama bangsa sebagai hujjah dan alasan. Menerima saham yang bernilai berpuluh juta ringgit kerana “Melayu itu miskin dan saya Melayu” kata mereka. “Saya terima atas nama Melayu, demi Melayu, mewakili Melayu”' sambung mereka lagi.

Namun kekayaan mereka untuk diri mereka sendiri dan duit berjuta terus berada dalam simpanan mereka, tidak disalurkan kepada masyarakat Melayu miskin yang memerlukan.

Maka dengan itu, mereka ini bukan 'pejuang bangsa' namanya, sebaliknya pejuang yang memperalatkan bangsa demi perut sendiri! Mereka sanggup melihat bangsa mereka terus miskin supaya mereka akan terus mendapat manfaat dari keadaan ini. Mereka ingin 'perjuangan bangsa' diteruskan, dihayati dan diperjuangkan, supaya mereka terus menjadi penerima manfaat utama dari perjuangan tersebut. Dan bangsa mereka terus miskin sambil mereka terus bertambah kaya.

Selepas lebih 53 tahun negara kita ini merdeka, tidakkah jelas lagi wahai bangsaku yang ku sayangi, siapakah pejuang bangsa dan siapakah yang memperalatkan bangsa? — khalidsamad.com


* This is the personal opinion of the writer or the newspaper. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

“Fascism in any form will bring destruction. The public's better awareness and literacy about information have brought only trouble for UMNO and BN, the fascist government. UMNO must be stopped from continually manipulating justice for the people,” ~ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Let's make BN's fascism history : Nik Aziz


JOHOR BAHARU, Oct 18 : Calling on Malaysians to "bury fascism", PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat urged them to oppose any slide towards an authoritarian government opposed to the spirit of democracy and justice.

“Fascism in any form will bring destruction. The public's better awareness and literacy about information have brought only trouble for UMNO and BN, the fascist government.

"UMNO must be stopped from continually manipulating justice for the people,” Nik Aziz told a forum organised by rights group Suaram here.

He said although the Federal Constitution had clearly stated Islam as the religion of the Federation with other religions able to be practised peacefully, Nik Aziz pointed out that the UMNO and Barisan Nasional were not ruling based on any religious values but one which he said was based on secularism that was oriented to racist nationalism.

"When the spirit of religion is not practised by the BN, there prevails tyranny, oppression, plunder and injustice agianst the people,” he said.

He cited examples of the Internal Security Act (ISA), as well as many other laws preventing freedom of speech, and the undermining of bodies such as the Election Commission, police and the judiciary.

"Because they are fascists, they do not follow their religion, they disobey the constitution and they rob the people of their rights. Just like the Perak coup to overthrow the elected government,” said the Kelantan Menteri Besar, adding that denying people their democratic rights and advocating racism were the characteristics of fascism.

He called on Pakatan Rakyat to double efforts in creating awareness among the people in the urban, rural and remote areas.

"Leaders must prove their integrity and moral leadership based on religion. Never abandon any religion,” he said.

Harakahdaily

Calon diumum hari ini

JOHOR BAHRU – Pas Pusat telah bermesyuarat dan akan mengumumkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 19 Oktober (hari ini).

Timbalan Presiden Pas Pusat, Nasharudin Mat Isa berkata, Pas sudah bermesyuarat dan menentukan calon PRK DUN Galas.

”Kita sudah mempunyai calon, Insya-Allah kami akan umumkannya pada 19 Oktober ini,” katanya ketika merasmikan pelancaran dana pilihan raya Pas Johor di Sangkar Kristal, di sini, kelmarin.

Keadaan dewan riuh seketika apabila Ahli Parlimen Bachok itu berseloroh menyatakan Pas akan meletakkan orang asli sebagai calon parti itu.

“Memang sah kita akan meletakkan calon dalam kalangan orang asli, bukan orang batu ataupun orang besi,” katanya.

Di KUALA TERENGGANU: Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, calon tersebut dipersetujui sebulat suara jawatankuasa Dewan Harian Pas yang bermesyuarat pada 13 Oktober.

“Esok (hari ini) kita akan sampaikan nama kepada Mursyidul Am (Nik Aziz) yang akan tentukan tarikh untuk isytihar calon... tidak muktamad bila Tok Guru (Nik Aziz) akan isytihar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, di Jalan Sultan Omar, di sini, semalam.

Mustafa berkata, pihaknya telah memilih calon yang diterima rakyat, kelahiran Gua Musang, pimpinan kawasan, selain tidak pernah menjadi wakil rakyat.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai ciri calon yang dipilih itu hanya tersenyum ketika ditanya sama ada calon tersebut merokok atau tidak.

Sebelum ini, Pas Kelantan menyenarai pendek enam calon kepada Pas Pusat untuk dipilih bagi ditempatkan di DUN Galas.

Mustafa berkata, pihaknya yakin Pas Kelantan bersetuju dengan pilihan tersebut tetapi tidak menolak mempertimbangkan kembali keputusan sekiranya terdapat perbezaan pendapat dengan pimpinan di negeri itu.

SH

PRK Galas : Nama calon PAS diserahkan esok

KUALA TERENGGANU - PAS sudah memutuskan siapakah yang akan bertanding dalam Pilihnanraya Kecil DUN Galas dan nama calon tersebut akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat esok 19 Oktober.

Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali berkata demikian kepada wartawan dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu disini, hari ini 18 Oktober.

Bagaimana pun, kata beliau,terpulang kepada Tuan Guru Nik Aziz, bilakah waktu pengumuman calon PAS itu akan dibuat

Katanya bakal calon PAS dipersetujui sebulat suara Dewan Harian PAS yang bermesyuarat mewakili Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini.

Beliau yang enggan mendedahkan identiti calon berkenaan bagaimanapun berkata beliau terdiri dari anak tempatan, tidak pernah menjadi wakil rakyat dan merupakan pemimpin parti itu di Gua Musang.



"Esok nama itu akan diserahkan kepada Mursyidul Am (Nik Aziz) yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan untuk diumumkan," katanya dalam satu sidang media di sini, Isnin.

Menurut beliau nama berkenaan dipilih daripada enam nama yang disenarai pendek oleh PAS Kelantan termasuk seorang pemimpin Orang Asli di situ.

Katanya tarikh sebenar pengumuman bagaimanapun belum dimuktamadkan lagi namun difahamkan, parti itu akan memperkenalkan calonnya 20 Oktober ini.

Ketika ditanya peluang PAS berdasarkan perkembangan semasa, beliau berkata parti itu masih berada di belakang Barisan Nasional (BN) kerana menganggap kawasan itu sebagai kubu kuat Umno dan beberapa faktor lain.

"pilihanraya kecil berbeza dengan (fokus) pilihanraya umum yang dijalankan serentak, (dalam) pilihanraya kecil (Galas) seluruh jentera BN akan bertumpu ke sana,"jelasnya

Mengenai pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi DUN itu, Mustafa berkata tidak dinafikan tokoh veteran itu mempunyai pengaruh tersendiri di Gua Musang.

"Bagaimanapun itu tidak semestinya diterjemah sebagai undi," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 Sept lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November.

BO