Monday, May 30, 2011

Mohd Noor Deris yang perlu bertaubat, bukan Nik Aziz

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan ,Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan itu mencerminkan kedangkalan pemikiran Mohd Noor yang bertaraf ulama.
PETALING JAYA : Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Prof Madya Mohd Noor Deris hari ini dibidas berikutan kenyataannya dalam akhbar milik Umno-Utusan Malaysia-yang menggesa agar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertaubat.

Mohd Noor dalam kenyatan kepada Utusan Malaysia semalam meminta Nik Aziz bertaubat kerana mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibelenggu isu moral termasuk rakaman video seks.

Sambil menyifatkannya sebagai ‘sampah’, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan itu mencerminkan kedangkalan pemikiran Mohd Noor yang bertaraf ulama’.

Pemikiran Ulama Umno

“Dalam isu video seks, perlu diingatkan bahawa di dalam Islam, tuduhan zina hendaklah dibuktikan di mahkamah melalui empat orang saksi yang adil.

“Barangkali Mohd Noor Deris hanya mengaji setakat muqaddam dan tidak berjumpa dengan ayat 4 daripada Surah an-Nur yang bermaksud :“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah (sebatlah) mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.”

“Barangkali demikianlah taraf pemikiran seorang ‘ulama’ di dalam Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Noor yang juga Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat dalam laporan berita Utusan Malaysia berkata tindakan Nik Aziz jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

Beliau juga dipetik akhbar itu menyarankan supaya Ulama PAS membuat mufarakah (berpisah dari imam) terhadap kepimpinan Nik Aziz yang telah banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam semata-mata melindungi kepentingan individu tertentu.

Mahkamah Syariah

“Tuduhan terhadap lelaki melakukan zina samalah dengan menuduh wanita melakukan zina iaitu hendaklah didatangkan empat orang saksi yang adil.

“Apa yang lebih penting lagi, kenapakah isu ini tidak dibawa ke mahkamah Syariah dan diadili mengikut hukum Islam?

“Justeru, tindakan Nik Aziz mempertahankan Anwar tepat mengikut neraca Islam kerana beliau masih belum dibuktikan salah mengikut apa yang dikehendaki oleh Islam,” tegas Ahmad Fadhli.

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata orang yang perlu bertaubat adalah Mohd Noor sendiri yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia memiliki ilmu kasyaf (sumber ilmu) sehingga tidak mahu bersalam dengan Nik Aziz kerana didakwanya menjadi tangan syaitan ketika kempen pilihanraya kecil DUN Galas.

“Jika Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas al-Arqam pernah ditahan ISA kerana mendakwa mampu beryaqazah (bertemu Rasulullah dalam keadaan jaga dan bukannya mimpi), saya kira dakwaan Mohd Noor Deris yang mempunyai kasyaf ini juga tidak kurang sesatnya.

“Pada saya, kenyataan Mohd Noor Deris ini hanyalah satu sampah sarap yang hanya layak dimuatkan di dalam tong sampah yang bernama Utusan Malaysia,” katanya.


FMT

Siti Aishah S. Ismail : Najib Ingat Putrajaya Bapak Dia Punya

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Kerdau Pahang 28/05/2011


mediarakyat

Mat Sabu : Memerintah Yang Paling Penting Ialah Amanah

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Kerdau Pahang 28/05/2011



mediarakyat

Mat Sabu : UMNO, We Know You, Not We Love You

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Kerdau Pahang 28/05/2011


mediarakyat

Mat Sabu : Komunis Di Jadikan "Punching Bag", Sasaran

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Kerdau Pahang 28/05/2011


mediarakyat

Anwar Ibrahim : Kita Kenal Kerja, Tawan & Mobilisasi (Pt 5/5)

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Kerdau Pahang 28/05/2011


mediarakyat

Anwar Ibrahim : Siapa Profesor Kangkung UMNO? (Pt 4/5)

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Kerdau Pahang 28/05/2011


mediarakyat

Anwar Ibrahim : Berani kekalkan Kebenaran, Berani Tuntut Perubahan (Pt 3/5)

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Kerdau Pahang 28/05/2011


mediarakyat

Anwar Ibrahim : Mana Pergi RM52 Bilion Saham Bumiputera? (Pt 2/5)

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Kerdau Pahang 28/05/2011


mediarakyat

Anwar Ibrahim : Sudah Sampai Ketikanya, Anak Muda Malaysia Bangkit Tuntut Perubahan (Pt 1/5)

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Kerdau Pahang 28/05/2011


mediarakyat

Saturday, May 28, 2011

Nik Aziz : Pemfitnah harus minta maaf

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan pihak yang menabur fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tampil memohon maaf.

TV Selangor memetik beliau berkata, ini kerana maruah dan harga diri seseorang individu adalah tunjang sifat kemanusiaan secara jelas tidak boleh diaibkan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik semata.

Justeru, Nik Aziz tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam adalah faktor kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan Umno-BN yang khuatir akan kehilangan kuasanya.

"Mereka tahu Anwar pandai. Mereka bimbang Anwar jadi Perdana Menteri, sebab itu mereka fitnah. Anwar bukan batang kayu tapi orang. Orang ini ada malu," katanya.

Sehingga kini polis telah menerima lebih daripada 10 laporan berhubung pengedaran cakera padat (CD) rakaman video seks lucah yang cuba dikaitkan dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu di seluruh negara juga kepada ketua-ketua kampung di sekitar Selangor.

Aktiviti pengedaran cakera padat itu juga didakwa didalangi oleh ahli Umno-BN.

Memerangkap mentaliti Melayu

Namun sehingga hari ini, polis masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap trio 'Datuk T' yang merupakan dalang utama dalam pendedahan video berkenaan Februari lalu.

Pada siri ceramah perdana 'PAS Ganti Umno' semalam, Nik Aziz berkata ideologi parti Umno-BN secara langsung memerangkap mentaliti masyarakat Melayu sehingga keliru untuk membezakan kepentingan mewujudkan senario politik sihat.

Malah beliau turut berpendapat pendekatan Umno-BN itu juga telah menghakis prinsip demokrasi yang diamalkan negara ini.

"Mereka rampas Perak. Ini bukan demokrasi. Kalau mahu pindahkan nama pengundi tidak ada masalah tapi di akhirat nanti akan dapat balasan. Mana ada demokrasi halang orang bercakap. Ini hak semua orang," katanya.

Pada ucapannya di hadapan dua ribu pengunjung yang hadir di padang Kampung Setia, Rawang itu, Nik Aziz menyifatkan perbalahan isu agama dan kaum hanya membuka ruang kebencian terhadap masyarakat yang pelbagai.

Walhal katanya, fokus pemerintah seharusnya menjurus ke arah penyatuan rakyat seperti mana yang di uar-uarkan dalam slogan 1 Malaysia.

Berasal dari satu bapa

Sehubungan itu Nik Aziz mengingatkan, kaedah politik terbaik bagi struktur masyarakat kompleks seperti di Malaysia merupakan politik yang selari dengan Islam.

Beliau mengambil contoh pendekatan yang dilaksanakan oleh PAS di negeri Kelantan dari sudut sosio-ekonomi, budaya dan sosial tanpa bersikap dwi standard atau prejudis terhadap kaum lain.

"Umno cuba pecahkan (perpaduan) tidak betul. Semua berasal dari seorang bapa iaitu (Nabi) Adam dan Hawa. Cuba kamu cari siapa nenek moyang. Kalau masih tidak jumpa maka semua manusia berasal dari keturunan yang sama," katanya lagi.

Baru-baru ini Presiden Persatuan Peribumi Perkasa (PERKASA), Ibrahim Ali mengisytiharkan kesediaan beliau untuk berperang 'jihad' sekiranya masyarakat beragama Kristian mempersoal kedudukan agama Islam di negara ini.

Kenyataan tersebut walau bagaimanapun tidak disokong oleh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein sebaliknya menyatakan bahawa pendapat Ibrahim hanya mewakili segelintir masyarakat Melayu beragama Islam.

Masuk lubang kali kedua

Jelas Nik Aziz lagi, beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno-BN walaupun perkara tersebut pernah berlaku dahulu.

"Saya antara orang yang menyokong PAS masuk BN selepas 13 Mei. Sehinggakan PAS di Kelantan berpecah kepada empat. Bila (PAS) masuk, dan (BN) senang dia tendang kita. Sekarang bila sudah susah, mereka datang balik kepada kita.

"Jangan masuk lubang kali kedua. Kalau pertama sudah kena sengat, maknanya bodoh kalau kita masuk kali kedua," tambah beliau lagi.

Beliau sebelum itu menerima penyerahan borang 114 bekas ahli Umno cawangan Kampung Melayu Seri Kundang yang diserahkan sendiri oleh bekas ketua bahagiannya, Mat Senin Mat Lana.

Antara lain yang turut menjejaki langkah Mat Senin adalah bekas ketua Wanita, Kamariah Meor Baldin dan bekas Pemuda, Mohd Khairuddin Abu Bakar.

malaysiakini

Kuliah Presiden PAS (27 Mei 2011)

Kuliah aqidah berkenaan Tauhid Uluhiyyah

Kuliah Hadis berkenaan jangan meraung, melolong dan mencakar muka meratap kematian


buletinonline

Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS

SELAYANG, 27 Mei : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.

Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.

Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.

Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri.

Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.

PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.


Harakahdaily

Umno menggelepar bila bukan Islam memahami Islam



buletinonline

Kenyataan Nik Aziz tidak pengaruhi keputusan ahli PAS

Perwakilan kini dianggap sudah matang dan bijak memilih seseorang calon berdasarkan kredibiliti, bukannya asal-usul mengikut negeri tertentu.
KUALA LUMPUR : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menafikan wujudnya sikap ‘berpuak- puak’ semasa pemilihan nanti memandangkan Husam Musa dan Mohd Amar Abdullah merupakan calon daripada Kelantan.

Ini kerana Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipetik akhbar Sinar Harian hari ini secara terbuka menyatakan sokongan penuh dua calon terbabit bertanding bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran di Kelantan nanti.

Begitu juga dengan Salahuddin Ayub yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Namun mengulas mengenai situasi ini, Halim menegaskan perwakilan kini dianggap sudah matang dan bijak memilih seseorang calon berdasarkan kredibiliti, bukannya asal-usul mengikut negeri tertentu.

“Saya tiada kuasa untuk menyekat beliau (Nik Aziz) untuk membuat sebarang kenyataan. Saya kenal Tok Guru dan tidak fikir kenyataan beliau tidak banyak mempengaruhi keputusan perwakilan dan mungkin berlaku keputusan sebaliknya.

Orang PAS bijak

“Saya juga tidak bimbang kerana orang PAS bijak dan peka untuk membuat sebarang keputusan mengenai calon yang dipilih kelak,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Sementara itu,memperincikan barisan calon yang bakal bertanding pada Muktamar kali ini, Abdul Halim berkata bagi jawatan Presiden

Datuk Seri Abdul Hadi Awang disahkan menang tanpa bertanding, manakala jawatan timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru antara tokoh profesional dan ulama’.

Mereka adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamad Sabu diikuti penyandang jawatan Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dan persaingan baru yang tersenarai iaitu Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jawatan naib presiden cukup sengit apabila membabitkan pertandingan enam penjuru dan muka-muka baru yang tersenarai dijangka memberi persaingan sengit bagi dua penyandang jawatan itu iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Tiga yang lain iaitu dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Amar Abdullah serta Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.

Bagi jawatan AJK PAS Pusat terdapat 53 calon yang bertanding namun hanya 18 calon sahaja yang akan dipilih.

Antara penyandang yang mengekalkan jawatan AJK itu termasuklah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ahli Parlimen

Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’Lo Mohd Ghazali, Mazlan Aliman, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr

Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen Paroi Mohamad Taufek Abdul Ghani, Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, Abdul Ghani Abdul Rahman, Abdul Ghani Shamsudin, Datuk Abu Bakar Chik dan exco kerajaan negeri Kedah Ir Amirudin Hamzah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menang tanpa bertanding, manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memperlihatkan pertandingan dua penjuru membabitkan penyandang Nuridah Mohd Salleh dan Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff.

Buat julung kalinya bekas calon pilihan raya kecil Tenang Normala Sudirman bertanding bagi dua jawatan membabitkan AJK PAS Pusat dan juga Naib Ketua DMPP.

Bagi Dewan Ulama’ tiada sebarang pertandingan dan keputusan hanya akan diumumkan pada 2 Jun depan di Taman Melawar Gombak.

Dewan Ulama’ tiada pertandingan

Menurut Abdul Halim, ini merupakan kali pertama tiada pertandingan dalam Dewan Ulama’ berasaskan dari segi akhlak untuk tidak merebut jawatan yang lebih tinggi antara calon.

Muktamar pada kali ini juga membabitkan 750 orang perwakilan daripada Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama’ manakala bagi Jawatankuasa PAS Pusat terdiri daripada 1,100 perwakilan.

Sementara itu, Abdul Halim berkata pengumuman bagi calon yang menang bagi Dewan Pemuda dan Muslimat ialah pada 2 Jun di Shah Alam.

Manakala bagi Jawatankuasa PAS Pusat, perwakilan akan membuang undi pada 3 Jun dan pengumuman calon yang menang hanya akan diumumkan pada 4 Jun di Taman Melawar Gombak.

Dibawah merupakan senarai nama bagi calon yang akan bertanding Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:

Presiden: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden:

Mohamad Sabu,

Nasharudin Mat Isa,

Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden:

Datuk Husam Musa

Idris Ahmad

Datuk Mahfuz Omar

Datuk Amar Abdullah

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin
Salahuddin Ayub

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) selain yang disebut di atas:

Abdul Wahid Endut

Ahmad Sabki Yusof

Aiman Athirah Al-Jundi

Apandi Mohamad

Asmuni Awi

Azman Shapawi

Dr Halimah Ali

Hamzah Abdullah

Dr Hamzah Jaafar

Hishamuddin Sulaiman

Iskandar Abdul Samad

Kamal Ashaari

Khalid Samad

Khalil Idham Lim

Datuk Dr Mahfodz Mohamed

Misbahul Munir Masduki

Mohamad Nor Mohamad

Datuk Amar Abdullah

Mohd Anuar Tahir

Firdaus Jaafar

Dr Hatta Md Ramli

Mohd Nasir Mustafa

Mohd Salleh Man

Mohd Zainuddin Mohd Yusof

Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Muhammad Husain

Mumtaz Mohd Nawi

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Nik Zawawi Salleh

Norazli Musa

Normala Sudirman

Nuridah Salleh

Razman Zakaria

Riduan Mohd Nor

Rosidi Hussain

Sa’ari Sungib

Suhaizan Kaiat

Wan Hasrina Wan Hassan

Zulkefly Muhamad Omar

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP): Nasrudin Hassan Tantawi (menang
tanpa bertanding)

Timbalan Ketua :

(DPPP):Azman Shapawi

Mohd Firdaus Jaafar

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Suhaizan Kaiat

Naib Ketua (DPPP):

Mohd Nasir Zakaria

Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DPPP):

Nuridah Mohd Salleh

Siti Zailah Mohd Yusoff

Timbalan Ketua (DPPP):

Siti Mariah Mahmud

Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua (DPPP):

Mastura Mohamad

Mumtaz Md Nawi

Dr Najihatussalehah Ahmad

Normala Sudirman


Fazy Sahir and Jamilah Kamarudin FMT

Kenapa saya masuk PAS



tvpas09

Tauhid Uluhiyyah kemuncak mentauhidkan Allah SWT

Mengikhlaskan 'ubudiyyah iaitu memperhambakan diri hanya kepada Allah, mengkafirkan semua taghut iaitu menentang sesiapa sahaja yang menyembah dan memberi kesetiaan kepada taghut dan memelihara diri daripada seberang bentuk syirik adalah tauhid Uluhiyyah adalah kemuncak kepada mentauhidkan Allah SWT.

Hakikat tauhid ialah tajuk dakwah yang dibawa oleh para nabi dan rasul yang terkandung dalam seruan 'La Ilaha illaAllah' bermula dari nabi Adam sehingga nabi akhir zaman nabi Muhammad SAW.

Selepas wafatnya nabi Muhammad SAW, yang menyambung dakwah tersebut adalah kumpulan Islam dikalangan umat Muhammad.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam kuliah mingguannya dari masjid Rusila, Jumaat 27 Mei.


[Ikuti kuliah penuh Ustaz Hadi di Terengganu kini dan rakaman di Buletinonline Channel serta Buletinonline Radio]

Friday, May 27, 2011

Voters 'moved' into Khir Toyo's seat, claims MP

PAS Kota Raja parliamentarian Siti Mariah Mahmud said today 1,210 voters from the Sabak state constituency have been transferred to Sungai Panjang.

"I went to the Election Commission to make a complaint... (after) our workers spotted that the number of voters in the latest electoral roll for Sabak had not increased despite new voters being registered.

malaysiakini

Menteri Umno-BN nak tipu rakyat nak 'kecek' rakyat

Menteri berotak 'gila', nak tipu rakyat.

KUALA NERUS - Cabaran kerajaan pusat agar negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat menurunkan harga barang boleh dilaksanakan sekiranya hak mengutip cukai diberikan kepada negeri.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Zakaria Dagang berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Isu Semasa yang diadakan di Seberang Takir, Rabu 25 Mei.
"Hari ini atau kelmarin, Timbalan Meneteri di Jabatan Perdana Menteri (yang juga) Ketua Penerangan Umno, dia suruh negeri-negeri di perinmtah Pakatan Ralkyat turunkan harga barang,

"menteri ini, sekolah pass (lulus) atau tidak (dengan) bercakap begitu, masalah sekarang soal kawalan harga barang, soal-soal berkaitan, adakah urusan negeri atau urusan persekutuan?,"soal Zakaria.

Menurut Zakaria yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat boleh menurunkan harga barang dengan syarat, cukai pendapatan dan cukai-cukai lain diberikan hak kepada kerajaan negeri.

Sebaliknya, kata beliau, pemikiran Menteri berkenaan 'berotak gila' apabila semua cukai-cukai diambil oleh kerajaan Pusat, tetapi menyuruh negeri Pakatan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.

Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan itu disifatkan mahu 'kecek' (tipu) rakyat, setelah kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak mampu menjawab persoalan berakaiatan kenaikkan harga minyak dan barang keperluan.

Turut hadir dan menyampaikan ceramah adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob dan Naib Ketua Penmuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah



BO

Thursday, May 26, 2011

"Gajah tidak berkepala" hangatkan forum Pemilihan PAS

Senario yang berubah selepas "tsunami politik" memberi impak kepada semua parti. Masing-masing berlumba-lumba untuk menawarkan sesuatu agar terus mendepani, dan bukannya tenggelam dalam arus perubahan. PKR misalnya, mengambil langkah yang berani dengan memperkenalkan sistem pemilihan langsung dalam parti, kini cuba ditiru UMNO yang tidak mahu dilihat ketinggalan. DAP pula, semakin proaktif untuk menembusi masyarakat Melayu/Muslim, antara usaha terbarunya, perlancaran laman bahasa Malaysia-nya, Roketkini.

Tidak kurang pemerhati politik yang gusar dengan perkembangan PAS - parti yang memainkan peranan kunci ketika politik Malaysia berada di persimpangan jalan. Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, PAS dihantui isu rundingan bersama UMNO. Pendekatan untuk menggarap imaginasi rakyat Malaysia pula sering ditambat langkahnya apabila "kepimpinan ulamak" diketengahkan, meletakkan PAS di jurang antara "harapan rakyat Malaysia" dengan "sentimen akar umbi PAS".

Justeru itu, sasarannya jatuh ke atas Presiden, dan golongan yang cuba membawa perubahan dalam PAS, ketika membincangkan senario terkini. Seperti biasa, pakar perundangan, Profesor Abdul Aziz Bari melepaskan peluru pertamanya dengan mengibaratkan parti yang mempunyai sejuta orang ahli ini sebagai "gajah tak berkepala"; sementara Wan Saiful Wan Jan melontarkan soalan provokasi, "Mengapa golongan yang ingin membawa perubahan dalam PAS (yang dilabel sebagai Erdogan) tidak berani bangkit dan mengakui secara terbuka, 'Ya, ini visi yang ingin kami bawa dalam PAS'?"

Demikianlah perbincangan hangat dalam satu forum berjudul "Pemilihan PAS: Mampukah PAS membuat lonjakan?", anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF) dengan kerjasama ILHAM Centre dan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 24 Mei 2011. Dewan forum penuh sesak dengan kehadiran kira-kira 150 orang, majoriti golongan muda Melayu.

Forum membariskan ahli parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, ahli parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar - yang kesemuanya dilabel sebagai golongan "Erdogan" dalam PAS. Sementara Abdul Aziz Bari yang sudah terkenal dengan pandangan kritikalnya terhadap penyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada, turut hadir sebagai ahli panel, dan Wan Saiful sebagai moderator.

Tafsiran Erdogan...

Forum bermula dengan perbincangan konsep "Erdogan", atau lebih tepat label yang dilontarkan kepada segolongan pemimpin dalam PAS. Ahli panel tidak banyak berbeza pandangan dalam konsep ini, ditafsirkan sebagai "pendekatan yang lebih inklusif, mahu engagement dengan semua pihak, lebih terbuka, menekankan aspek universalnya, misalnya keadilan - yang kalau diterjemahkan dalam slogan, ia berbunyi "PAS untuk semua". Keperluan untuk berubah ini disebabkan PAS tidak lagi terkurung dalam kawasan "Malay belt", selepas gelombang Reformasi pada tahun 1998 dan "tsunami politik" pada tahun 2008.

Kamaruddin Jaafar (gambar kiri) mendakwa bahawa beliau sebenarnya "berbangga" kerana dilabel sebagai Erdogan. Aziz Bari melanjutkan kupasannya dengan menyanggah hujah menyamakan "Erdogan" dengan golongan profesional, dalam konteks PAS di Malaysia. Nik Aziz, misalnya, seorang ulama yang sudah lanjut usianya, tetapi lebih progresif dari segi pemikirannya, kata Aziz Bari.

Perbincangannya kemudian menyentuh persoalan kebuntuan "kepimpinan ulama", apabila Wan Saiful melontarkan pemerhatiannya, bahawa pemimpin PAS tidak terfikir oleh pihak media sebagai orang yang diundang ke rancangan untuk membincangkan isu ekonomi. Kamaruddin Jaafar mengakui bahawa prestasi ahli parlimen PAS agak terkebelakang jika dibandingkan dengan rakan partinya DAP dan PKR, tetapi tegas bahawa prestasi ahli parlimen PAS lebih baik daripada UMNO.

"Gajah tak berkepala"

Dzulkefly Ahmad mencelah kemudian, "Saya rasa kurang tepat untuk letakkan kekangan untuk maju itu salah kepada pimpinan, seolah-olah mengekang." Beliau mengambil contoh dirinya, bahawa tiada kekangan, malah mendapat sokongan daripada pimpinan tinggi yang sedia ada - agar mewakili PAS untuk terlibat dalam perangkaan manifesto, strategi, bajet, malah dasar bersama, iaitu Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa perubahan itu perlu dikendalikan dengan baik. Beliau berkata, "Golongan yang membawa perubahan itu mesti mengukuhkan apa yang ada", supaya mereka yang menjadi asas dan tunggak itu memiliki keselesaan dan tidak rasa tercabar. Malah Dzulkefly Ahmad menekankan bahawa sokongan yang baru perlu dibina atas asas yang sedia ada.

Aziz Bari (gambar kanan) percaya bahawa tiada tekanan terhadap golongan yang ingin membawa perubahan dalam PAS. Bagaimanapun, beliau mengkritik Presiden PAS, yang kurang terserlah mengikutnya - memberi kenyataan seolah-olah kenyataan itu disuapkan ke dalam mulutnya, dan dikeluarkan begitu sahaja. Dengan kata lain, Hadi Awang tidak sedar apa yang diungkapkan dirinya. Untuk Aziz Bari, ia agak bahaya kerana dalam sistem demokrasi parlimen, ketua sesebuah parti yang menang akan dipilih sebagai Perdana Menteri.

Malah beliau mengambil kesempatan untuk menyiku PAS, yang menurutnya masih terjebak dalam minda Melayu - segan atau enggan nak berubah. Sambil beliau berseloroh mendakwa dirinya mahu mengambil pendekatan yang lebih lembut terhadap PAS, beliau melepaskan pelurunya apabila mengibaratkan PAS sebagai "gajah yang tak berkepala".

Tidak semestinya orang Nombor 1 yang bawa perubahan

Khalid Samad seterusnya menyahut apa yang dikatakan Dzulkefly Ahmad, memastikan agar "yang dikendong itu tidak tercicir" ketika menghambat langkah perubahan. "Kita tak boleh (mempunyai) seorang pemimpin yang terlalu laju, sehingga orang yang bersamanya akan ketinggalan, tercicir, dan akhirnya mungkin akan menyebabkan parti itu berpecah," kata Khalid Samad.

"So, kadang-kala, ada baiknya, dan mungkin inilah apa yang sedang berlaku, perlu orang-orang yang nak membawa perubahan itu, bukan necessary (semestinya) orang yang nombor satu, supaya tidak menjadi terlalu kontroversial sehingga menyebabkan parti itu berpecah. Jadi orang nombor satu mengawal untuk menentukan supaya semua rakan bersama..."

Khalid Samad yang pernah dikenakan tindakan disiplin parti itu meneruskan, "Orang nak bawakan perubahan itu, adalah orang-orang seperti Dr.Dzul, dan saya, Dato KJ (Kamaruddin Jaafar) dan sebagainya, yang mengeluarkan pandangan, tetapi tidak disanggah oleh pemimpin."

Dalam nada untuk membela Hadi Awang, Khalid Samad berkata Presiden memikul tugas yang berat untuk mengendalikan pelbagai pandangan yang berbeza dalam parti, memastikan bahawa perbezaan ini tidak menjurus kepada perpecahan dalam parti - satu keadaan yang mahu dielakkan oleh semua pemimpin PAS. Keadaan berbeza untuk Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat, dengan reputasi dan kedudukan beliau dalam parti yang membolehkan dirinya membawa perubahan tanpa menjejaskan perpaduan dalam parti, kata Khalid Samad.

Wan Saiful memetik ungkapan yang terselit dalam ucapan Khalid Samad, berbunyi "keputusan pemilihan mencerminkan tahap pemikiran ahli PAS". Bertitik tolak daripada itu, Wan Saiful melontarkan soalan kepada Kamaruddin Jaafar - pemikiran ahli PAS kini mahukan Hadi Awang sebagai Presiden, Nasrudin Hassan Tantawi sebagai Ketua Dewan Pemuda dan Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama - apakah barisan pemimpin yang konservatif ini bakal menyukarkan PAS untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia secara keseluruhannya?

"Ya dan tidak", jawab Kamaruddin Jaafar, mengambil contoh isu kerajaan perpaduan (Unity Government). Beliau berkata hasrat UG tidak kesampaian, kerana tidak direstui ahli - tidak kira siapa orang nombor satu, dua atau tiga-nya. Bagaimanapun, Kamaruddin Jaafar bersetuju bahawa personal pemimpin bakal mempengaruhi persepsi ramai terhadap parti, namun pemimpin tersebut tidak berkuasa mutlak untuk menentukan perjalanan parti.

Calon kalah kalau berkempen?

Kamaruddin Jaafar menekankan pentingnya pemimpin akar umbi dan ahli untuk bersuara, dalam menentukan halatuju parti. Kenyataan ini dipetik Wan Saiful untuk mengasak Dzulkefly Ahmad, mempertikaikan mengapa wujudnya tradisi dalam PAS bahawa seandainya seseorang calon berkempen, maka calon tersebut akan kalah?

Dzulkefly Ahmad (gambar kanan) memperkenalkan bahawa satu pembaharuan bakal mengambil tempat pada dua tahun yang akan datang, iaitu satu mekanisme untuk memberi calon tampil dan kemukakan manifestonya - yang mana tidak sempat disempurnakan untuk pemilihan kali ini.

Wan Saiful mengasak sekali lagi lantaran daripada kenyataan sedemikian, kerana ia mencerminkan bahawa tiada aktiviti kempen dibenarkan dalam PAS untuk 50 tahun yang lalu, sehingga masih tercari-cari kaedah berkempen pada ketika ini. Malah, Wan Saiful melanjutkannya kepada soalan bagaimana PAS boleh berkempen ketika menentang UMNO, MCA dalam pilihan raya, pada masa yang sama tidak membenarkan kempen dalam parti sendiri?

Wan Saiful tidak berhenti di situ, mendesak lagi dengan memetik kenyataan Dzulkefly Ahmad bahawa tiada masalah untuk ahli mengkritik pimpinan. Wan Saiful cuba "uji" dengan satu soalan, apakah pandangan Dzulkefly Ahmad terhadap prestasi penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa?

Dzulkefly Ahmad cuba mempertahankan parti dengan berkata "untuk tempoh tiga tahun kami berkempen dengan prestasi sendiri". Beliau sebaliknya melontarkan soalan bagaimana seorang yang tidak bekerja sepanjang dua tiga tahun, tetapi kembali untuk yakinkan sokongan pengundi dengan kepetahannya berucap? Bagaimanapun, beliau berkata pintu untuk berkempen tetap akan dibuka pada masa dan tempat yang sesuai.

Wan Saiful tidak berputus asa, mengingatkan Dzulkefly Ahmad soalan tentang penilaian prestasi Nasharuddin Mat Isa (gambar kiri) - Dzulkefly akhirnya memberi jawapan, "antara Mat Sabu dengan Nasharuddin, saya memilih Mat Sabu".

Aziz Bari sedar bahawa bukan senang untuk mengendalikan aktiviti kempen, dalam sebuah parti politik yang mempunyai sejuta orang ahli. Bagaimanapun beliau mengambil contoh bagaimana demokrasi diraih melalui perbahasan antara calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, mengingatkan bahawa PAS tidak harus tidur lena ketika berdepan dengan trend ini.

Sekali lagi Khalid Samad menyanggah persepsi bahawa "tiada ruang bersuara dibenarkan" dalam PAS. Beliau mengambil contoh isu "kalimah Allah", di mana dirinya dan Dzulkefly Ahmad dibenarkan untuk menyatakan pandangan, malah PAS akhirnya mengambil pendirian mereka, meskipun Timbalan Mursyidul Am Harun Din berbeza pandangan dalam isu ini ketika itu.

Lim Hong Siang


*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Tuduhan Umno, hanya untuk lagakan perpaduan PR - Anthony Loke



TVSelangor09

Bersih chief sues Taib over deportation from S'wak

Bersih 2.0 chief Ambiga Sreenevasan has filed a suit against Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud challenge the latter's order to deport her from Sarawak during the last state election.

The suit, filed in the Kuala Lumpur High Court on Monday, named Taib, the director-general of the Malaysian Immigration Department and other relevant authorities as respondents.

BN invited to join 'Bersih in walk with rakyat'

malaysiakini

More evidence on alleged vote-buying in Sarawak


Although the Sarawak state election was over more than a month ago, election watchdog Malaysian Election Observation Network (MEO-Net) claims it had found more evidence to show that vote-buying was rampant during the campaign period.

malaysiakini

Tak perlu layan kokokan saki baki Umno, kata MP PAS



TVSelangor09

Pilihan raya ke 13 tahun ini?

KOTA BHARU, 26 Mei : Pilihanraya Umum ke-13, dijangka akan diadakan tahun ini berikutan harga minyak tidak dinaikkan dalam tempoh terdekat meskipun ada usaha untuk menaikkan harga bahan api itu.

Selain itu juga, negara akan menanggung beban kewangan yang semakin kronik sekiranya pilihanraya itu diadakan tahun hadapan.

Timbalan Setiausaha Agung Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Rosli Abdullah, berkata selain itu juga dakwaan terhadap Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui akhir bulan Jun ini.

“Kita yakin, Datuk Seri Anwar (gambar) akan dijatuhi hukuman akhir bulan depan dimana kes perbicaraan membela diri dalam kes perbicaraannya berlangsung pada 6 hingga 30 Jun dan selepas itu pilihanraya umum akan diadakan.

“Dua eleman ini antara petunjuk pilihanraya umum akan diadakan tahun ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PKR Terengganu menyeru Pakatan Rakyat peringkat akar umbi sentiasa dalam bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya itu.

Khabar angin yang terkini, pilihan raya umum akan diadakan Julai ini namun ramai yakin ia terlalu awal dan akan diadakan seawalnya September hingga November tahun ini.

"Ia sebaiknya selepas Bajet 2012 dibentangkan kerana ia senjata ampuh BN untuk memberi gula-gula kepada rakyat," kata seorang pemimpin PAS.

Namun begitu ada juga yang berpandangan ia akan diadakan selepas persempadanan semula pilihan raya yang seawalnya diadakan tahun 2012.


Rizal Tahir Harakahdaily

Nik Abduh ubah fikiran, tanding Timbalan Ketua

KOTA BHARU, 26 Mei : Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz lewat hari ini memaklumkan menukar keputusannya di saat akhir untuk turut bersaing merebut jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS.

Keputusan itu dibuat selepas beberapa jam Harakahdaily menyiarkan keputusannya awal pagi tadi bahawa beliau menolak untuk bertanding jawatan nombor dua dewan itu dan hanya mahu bertanding Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja.

Bagaimanapun petang ini beliau merubah pendirian itu dan memaklumkan akan turut bertanding bersama tiga calon lain iaitu penyandangnya Azman Shapawi, Ketua Penerangan Suhaizan Kaiat dan Pengarah Pilihanraya Mohd Firdaus Jaafar.

"Selepas mendapat pandangan dari rakan-rakan, saya sedia untuk bertanding Timbalan Ketua Pemuda.

"Saya juga telah maklumkan perubahan keputusan saya itu kepada Jawatankuasa Pemilihan," katanya ketika dihubungi 4.30 petang tadi.

Dengan keputusannya terbaru itu bermakna perebutan jawatan Timbalan Ketua Pemuda kini menjadi empat penjuru.

Dalam laporan sebelum ini juga, Harakahdaily melaporkan Riduan Mohd Nor dan Mohd Nor Hamzah juga masing-masing menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan nombor dua itu.

Riduan juga turut membuat keputusan sama, bertanding AJK PAS Pusat dengan satu lagi untuk jawatan AJK Dewan Pemuda bersama Mohd Nor.

Tiga lagi calon yang layak bertanding jawatan itu iaitu Nasruddin Hassan, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob dan Ahmad Sabki lebih awal mengumumkan pendirian mereka.

Nasruddin yang sebelum ini mengumumkan akan mempertahan jawatan Ketua Pemuda sekaligus menolak bertanding jawatan Timbalan Ketua.

Raja Ahmad Al-Hiss juga menolak untuk jawatan nombor dua itu dan mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda manakala Ahmad Sabki untuk jawatan AJK PAS Pusat.

Dewan Pemuda PAS Pusat akan bermuktamar penuh dan memilih kepimpinan baru pada 2 Jun ini di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Untuk rekod, tiada had umur tertentu ditetapkan untuk jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda, manakala untuk jawatan naib dan AJK dewan pemuda, dihadkan tidak melebihi umur 40 tahun.

Bagaimanapun keputusan rasmi pertandingan untuk semua jawatan hanya akan diumum Jawatankuasa Pemilihan PAS esok, selepas tarikh terakhir penyerahan surat jawapan ditutup jam 5 petang ini.

Berikut ialah senarai calon versi kemaskini Harakhadaily yang akan bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:

Ketua

1. Nasaruddin Hassan

Timbalan Ketua
1. Azman Shapawi
2. Firdaus Jaafar
3. Suhaizan Kaiat
4. Nik Abduh Nik Mat

Naib Ketua
1. Kamaruzaman Mohamad
2. Khairi Faizi Kamil
3. Mohd Nor Hamzah
4. Mohd Sany Hamzan
5. Nasir Zakaria
6. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob


Nazri Abdullah Harakahdaily

Nizar sahkan bertanding di saat-saat akhir

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menamatkan teka-teki dengan menjadi orang terakhir mengesahkan bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS kali ini.

Pihaknya telah menghantar surat pengesahan ke Pejabat Agung PAS sebentar tadi, lapor Harakahdaily.

Dianggap sebagai 'selebriti' PAS, Mohamad Nizar dijangka mampu memberikan tentangan hebat kepada dua calon pilihan iaitu Salahudin dan Husam.

Beliau akan menghadapi pertembungan enam penjuru dengan dua penyandang sekarang, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar; dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah; dan Idris Ahmad.

Manakala Bendahari Agung PAS Dr Hatta Ramli yang sebelum ini mahu bertanding membuat 'pusingan u' beberapa jam sebelum tutup waktu akhir pengesahan pada jam 5 petang ini.

Bintang baru PAS itu mula menyinar selepas dilantik memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Perak susulan kemenangan gabungan itu dalam pilihan raya umum 2008.

Antara 3 calon pilihan

Sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya, tetapi selepas bergelut mempertahankan 'maruah' kerajaan Pakatan Rakyat daripada dirampas, menyebabkan karismanya semakin menyerlah.

Walaupun kerajaan Pakatan yang dipimpinya runtuh selepas 11 bulan, beliau masih berjaya mengekalkan momentum pembangkang apabila menang dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang pada April 2009.

Tidak terhenti di situ, beliau kemudiannya menang dengan undi terbanyak dalam pemilihan parti dua bulan kemudiannya selepas bergelar ahli parlimen.

Sehubungan itu, pemerhati politik melihat beliau merupakan salah seorang calon pilihan untuk mengisi kekosongan satu daripada tiga kerusi naib presiden.

Sementara itu, dua lagi calon tumpuan dalam persaingan itu adalah exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan naib presiden sekarang Salahudin Ayub.

Husam sebelum ini pernah menyandang jawatan itu. Beliau merupakan bekas setiausaha politik Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dianggap anak emas mursyidul am PAS itu.

Lebih mudah pilih

Manakala Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian antara pemimpin kanan PAS yang diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab besar mengetuai pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dan DUN Tenang sebelum ini.

Pemerhati politik juga menyifatkan tentangan ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz juga tidak kurang hebatnya khusus perjuangannya membantah saman ekor melalui kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Bagaimanapun ketika mengumumkan pendiriannya bertanding naib presiden, beliau mengakui 'agak sulit untuk mendapat tempat' kerana kemampuan dan kebolehan calon lain.

Mohd Amar dan Idris pula dilihat sebagai calon yang boleh mengisi 'kuota ulama' bagi menggantikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Disebabnya hanya enam -- daripada 14 yang layak -- menyahut pencalonan kawasan, ia lebih memudahkan sejumlah 1,100 perwakilan membuat pilihan.


Abdul Rahim Sabri malaysiakini

Lagi 'bukti' pembelian undi pilihan raya

Meskipun pilihan raya negeri Sarawak telah berlalu lebih sebulan , namun Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) berkata mereka kini mempunyai lebih banyak bukti bagi menunjukkan bahawa pembelian undi berleluasa sepanjang tempoh berkempen.

Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya hari ini mendedahkan rakaman pita video pendek menunjukkan wang tunai diedarkan kepada pengundi di kerusi dewan undangan negeri Tamin yang berjaya dipertahankan oleh BN.

Video berkenaan dikatakan dirakamkan di beranda rumah panjang Unban Anak Endu yang terletak di Tenting Terentang di Nanga Selangau pada malam 14 April, iaitu dua hari sebelum pengundian.

Ong mendakwa tuai rumah panjang itu bersama beberapa tuai yang lain diminta ke pejabat BN di pekan Selangau dan diberikan beberapa cek oleh tiga pembantu calon BN berkenaan.

Tuai rumah panjang Unban Anak Endu itu kemudiannya menunaikan cek berkenaan dan mengedarkan RM50 kepada setiap penduduk yang dipercayainya akan menyokong BN, dakwa Ong.

Beliau pada Selasa lalu ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Kuching ketika melawat Bengoh dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Tiada alasan yang diberikan oleh pegawai Imigresen tetapi Ong yakin pengusirannya ada kaitan dengan usahanya mengumpulkan dalil bagi membuktikan salah laku pada pilihan raya April lalu.


Kuek Ser Kuang Keng
[Baca berita penuh]

Nik Aziz : Jangan kaitkan saya dalam siasatan kes menantu

"Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu (Abdul Ariffahmi) kerana (dia) menantu saya atau ada hubungan kekeluargaan dengan saya, itu tak betul," katanya.
KOTA BAHARU : Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengaitkan beliau apabila menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Katanya beliau tidak mahu siasatan terhadap Abdul Ariffahmi, 38, berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa menantunya itu bertugas di PMBK, disensasikan oleh pihak lain untuk menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas.

“Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu (Abdul Ariffahmi) kerana (dia) menantu saya atau ada hubungan kekeluargaan dengan saya, itu tak betul,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan Abdul Ariffahmi dihadapkan ke mahkamah berhubung kes dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa bertugas di PMBK.

Kes berlarutan

Nik Abdul Aziz berkata adalah berdosa jika pihak berkuasa sengaja membiarkan sesuatu kes berlarutan dan disebarkan secara meluas sehingga boleh mengaibkan seseorang untuk muslihat tertentu.

Beliau berkata siasatan SPRM hendaklah hanya melibatkan Abdul Ariffahmi sebagai individu dan tidak kena mengena dengan dirinya.

Pada akhir 2009, SPRM membuka kertas siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK membabitkan Abdul Ariffahmi yang dilantik sebagai CEO pada 20 September 2009.

Pelantikan itu mencetuskan kontroversi berlaku amalan nepotisme dalam PAS selain kemelut dalaman PMBK yang dikaitkan dengan soal salah urus tadbir dan kewangan sehingga menuntut SPRM membuat siasatan.

Susulan itu, Abdul Ariffahmi dinasihat melepaskan jawatannya oleh Nik Abdul Aziz.

- Bernama

FMT

Bersih 2.0 expects bigger rally in July



Video journalist: Hisyam Salleh FreeMalaysiaToday

Diusir dari Sarawak : Ketua BERSIH 2.0 saman Taib

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengemukakan saman ke atas Tan Sri Abdul Taib Mahmud bagi mencabar arahan ketua menteri itu untuk mengusirnya dari Sarawak semasa pilihan raya negeri yang lalu.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lalu dengan menamakan Taib, ketua pengarah Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa yang relevan sebagai responden.

Ambiga, yang bekas pengerusi Majlis Peguam berkata tarikh perbicaraan akan diadakan pada Julai ini.

"Saya mohon mahkamah bagi mengketepikan arahan pengusiran kerana ia mencabul hak perlembagaan saya dan satu bentuk salah guna kuasa,” katanya.

Ambiga adalah aktivis keempat yang dilarang ke Sarawak semasa kepen 10 hari pilihan raya negeri April lalu. Sebelum itu, Steven Ng, Wong Chin Huat and Haris Ibrahim juga ditahan di Lapngan Terbang Antarabangsa Kuching dan dihantar pulang dengan penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur.

Mangsa terbaru yang mengalami nasib yang sama adalah penyelaras Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia, Ong Boon Keong.

Beliau ditahan oleh pegawai Imigresen Kuching ketika melawat Bengoh pada Selasa lalu dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.


Kuek Ser Kuang Keng [Baca berita penuh]

Nik Aziz dakwa UMNO-BN cipta label ulama, profesional di PAS



SHAH ALAM 26 MEI : Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan istilah golongan ulama dan profesional yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya sengaja “dihidupkan” oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya kata beliau, tidak wujud dua kumpulan iaitu ulama dan profesional, yang didakwa bersaing untuk menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.

“Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau profesional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.

“Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN,” kata Nik Aziz menerusi laman Facebooknya semalam.

Oleh itu kata Nik Aziz, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

Justeru, tegas Nik Aziz, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.

“Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.

“Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.

“Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.

“Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah,” katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.

Nik Aziz berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.

Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa cabaran.

Mereka yang mahu bertanding jawatan tertinggi PAS harus mengesahkan pencalonan mereka sebelum pukul 5 petang ini.

Tambah Nik Aziz lagi, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.

“Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.

“Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air,” katanya.


TVSelangor09

Ladang Rakyat & Penipuan UMNO



tvpas09

Jubah saya tak cukup besar untuk jawatan Timbalan Presiden PAS

Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayob menolak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS sebaliknya akan membuat keputusan saat akhir berkaitan pencalonannya bagi jawatan Naib Presiden.



buletinonline

Nik Aziz belum sedia idea Pakatan tidak bubar DUN jika PRU 2011

KOTA BARU, 25 Mei – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau belum bersedia menerima cadangan DAP supaya semua negeri pimpinan pakatan pembangkang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika pilihan raya diadakan pada tahun ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata belum ada keputusan diambil oleh pucuk pimpinan dalam pakatan pembangkang berhubung perkara itu.

Nik Aziz menganggap kenyataan DAP agar tidak membubarkan DUN itu sebagai satu kenyataan bersifat peribadi pemimpin itu, yang tidak mewakili pandangan parti.

“Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat mengikut keperluan semasa dan kepentingan masing-masing.

“Itu adalah pendapat peribadi, saya tidak tahu sama ada ia diputuskan di peringkat pucuk pimpinan parti atau tidak, sebab itu saya sifatkan ia pendapat peribadi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu bersetuju supaya empat negeri yang dikuasai pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.


TMI

YB Khalid Samad di Pandamaran, Port Klang 24/05/2011

Jelajah Selangor Tawan Malaysia
Bila Orang Melayu Pandai & Berani, UMNO Akan Terkubur


mediarakyat

YB Teng Chang Khim di Pandamaran, Port Klang (24/5/2011)

Jelajah Selangor Tawan Malaysia
Apa Perbezaan Di Anatara Kerajaan Pakatan Dengan Kerajaan Barisan


mediarakyat

YB Nurul Izzah di Pandamaran, Port Klang (24/05/2011)

Jelajah Selangor Tawan Malaysia


mediarakyat

Kepimpinan Nik Aziz patut dicontohi semua kaum

KUALA LUMPUR, 25 Mei : Kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui terbaik oleh kaum India dan patut dicontohi oleh semua kaum di negara ini.

Kepimpinan beliau ternyata penuh amanah, prihatin dan berpihak kepada rakyat sehingga menyebabkan semua rakyat Kelantan terutama yang miskin dan memerlukan pembelaan terbela tanpa mengira kaum.

Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja Retinam (gambar) mengakui, kaum India ternyata amat senang berada di bawah kepimpinan Nik Aziz kerana beliau sentiasa turun padang untuk meninjau segala permasalahan rakyat untuk diselesaikan.

Menurut beliau, selain itu, cara Nik Aziz yang penuh kesederhanaan amat disenangi oleh kaum India dan kaum-kaum lain sehingga menyebabkan beliau amat mudah ditemui dan didekati.

Katanya, kepimpinan Nik Aziz juga ternyata amat berhemah dalam membelanjakan wang kerajaan, sehingga terelak dengan pembaziran, sebaliknya benar-benar untuk kepentingan rakyat.

"Kepimpinan Nik Aziz sejauh yang dilihat oleh kaum India sendiri ternyata amat baik dan amat jauh berbeza berbanding kepimpinan para pemimpin Umno atau BN," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Persatuan Pelajar India Malaysia (MISA), di sini, hari ini.

Pada sidang media di ibu pejabat MISA itu, beliau turut hadir untuk bersama para kepimpinan persatuan itu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap diskriminasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan BN mengenai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), khususnya terhadap kaum India dan kaum-kaum lain di negara ini.

Menurut Raja Retinam, selain itu, Nik Aziz turut diakui oleh kaum India di Kelantan sebagai pemimpin yang mudah untuk dijumpai kerana tidak banyak protokol yang perlu dilalui untuk menemuinya.

"Malah saya sendiri juga turut mempunyai pengalaman tersendiri dalam hal ini. Untuk berjumpa Tuan Guru Nik Aziz, saya hanya perlu menulis surat dan selepas itu terus dapat menemuinya.

"Amat jauh berbeza kalau nak jumpa Menteri Besar Kerajaan BN. Amat susah. Malah bukan sahaja nak jumpa MB, nak jumpa exco dari Kerajaan BN pun amat susah," katanya.

Berdasarkan pengalaman beliau, bukti kepayahan untuk berjumpa menteri besar yang berada dalam Kerajaan BN, selain terpaksa melalui protokol yang bukan-bukan, mereka juga dimestikan berjumpa dengan pihak MIC terlebih dahulu.

"Kesemua itu melambangkan betapa berbezanya kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang menerajui kepimpinan PAS Kelantan berbanding kepimpinan BN.

"Kepimpinan Nik Aziz sememangnya diakui oleh kaum India dan kaum-kaum lain sebagai kerajaan yang benar-benar berpaksikan rakyat," tegasnya.

Disebabkan perubahan itu, beliau yakin Kerajaan PAS Kelantan akan terus bertahan, walaupun Umno BN telah melakukan pelbagai muslihat untuk merampas Kelantan dari PAS.

"Sememangnya ada tanda-tanda PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya di Kelantan, akan terus berjaya kerana perbezaan antara kepimpinan Nik Aziz dan kepimpinan BN sememangnya dapat dirasai sendiri oleh orang ramai termasuk dari kaum India," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar seluruh rakyat negara ini sedar dengan realiti itu dan menyokong PAS atau Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 nanti, bagi melakukan perubahan terhadap politik tanah air.


Aziz Muda Harakahdaily

Wednesday, May 25, 2011

Tian Chua mahu cabar jika Parlimen lucut kerusinya

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang (gambar) menegaskan beliau tiada hasrat untuk membuat rayuan berhubung kesalahan menggigit anggota polis di Mahkamah Persekutuan meskipun berhadapan dengan kemungkinan hilang kerusinya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun kata wakil rakyat PKR itu, beliau akan mengemukakan cabaran perundangan jika dilucutkan kelayakan sebagai ahli Parlimen kelak.

Wakil rakyat penggal pertama itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau telah menjangkakan mahkamah kemungkinan besar menolak sebarang rayuan yang berkaitan hukuman atas alasan-alasan teknikal sebagaimana diputuskan Mahkamah Rayuan Isnin lalu.

Beliau yang turut dikenali sebagai Tian Chua mengakui statusnya masih boleh dibangkitkan di Parlimen untuk perbahasan dan melihat pada kelebihan majoriti dimiliki, penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) masih boleh membawa usul untuk melucutkan kerusinya.

“Bagaimanapun jika mereka (BN) melakukannya, adalah jelas mereka mahu mengenakan saya, penggunaan majoriti dengan ketara untuk mengeluarkan saya (dari Parlimen),” katanya.

Kata Chua, jika itulah keadaan, beliau akan membawa isu itu ke Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan pengesahan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu bahawa beliau masih boleh mengekalkan kerusinya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pihaknya menyerahkan persoalan berkaitan dengan status Chua sebagai Ahli Parlimen Batu kepada Speaker Dewan Rakyat memandangkan tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya kecil sudah pun berakhir.

Menurut timbalan pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, hanya Speaker Dewan Rakyat ada kuasa untuk memutuskan perkara itu.

“Terpulang kepada Dewan Rakyat dan Speaker akan menentukan statusnya,” kata Wan Ahmad.

Pertengahan Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.

Ketika itu, Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga seorang peguam berkata, sebagai contoh, pada 1975 anggota Parlimen DAP Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu setelah beliau dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 kerana disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Karpal berkata mengikut Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika beliau tidak merayu mengenai keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.

Oleh Clara Chooi TMI

SKANDAL SEKS AHLI PARLIMEN SABAH

UMNO yang dikatakan menjadi dalang dan heboh dengan Skandal Video Seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang terkejut dengan dakwaan seorang wanita yang mengakui mengandung anak hasil hubungan sulitnya setelah diperdaya seorang Ahli Parlimen daripada UMNO.

Wanita berkenaan menghubungi Sabahkini.net dan menunjukkan hasil DNA anaknya yang sama dengan profail DNA Lelaki 'S' iaitu seorang Ahli Parlimen UMNO daripada Sabah.

Sabahkini.net sedang mendapatkan pengesahan pihak yang mengeluarkan keputusan DNA tersebut dan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah berhubung status anak wanita berkenaan yang dibinkan kepada seorang lelaki lain.

Dimaklumkan keluarga wanita terbabit telah membuat laporan polis tetapi kes berkenaan ditutup begitu sahaja kerana pengaruh Ahli Parlimen berkenaan.