Tuesday, April 26, 2011

Izzah kemuka tiga tuntutan kepada Ketua Menteri Sarawak

KUALA LUMPUR 26 APRIL : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa tiga tuntutan daripada kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selepas Barisan Nasional(BN) mendapat mandat untuk terus mentadbir 'Bumi Kenyalang' pada Pilihan Raya Negeri itu, 16 April lalu.

Izzah berkata, tuntutan pertamanya itu adalah beliau menuntut kepimpinan Taib segera menggesa kerajaan persekutuan memansuhkan pengisytiharan darurat di negeri itu.

“Saya telah menyerahkan usul persendirian berjudul Akta Pemansuhan Darurat selaku Ahli Dewan Rakyat bukan sahaja untuk menamatkan era darurat di Sarawak, tetapi juga di seluruh negara Malaysia, pada 24 Mac 2011.

“Malangnya, kerajaan pusat tetap berdegil dan belum bersedia untuk memansuhkannya walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bersetuju dan mengakui kesediaan Peguam Negara untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat itu,” ujar Izzah.

Menurut Izzah, keduanya beliau menuntut supaya Taib Mahmud mengembalikan semula hak rakyat Sarawak sekali gus memastikan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia ditunaikan sepenuhnya.

Manakala yang ketigannya menurut Izzah, beliau menutut supaya Taib menggesa kenaikan royalti minyak sebanyak 20 peratus demi kepentingan rakyat di negeri itu sekali gus kekayaan hasil mahsul Bumi Kenyalang itu dapat dinikmati dan disalurkan terus kepada rakyatnya.

Tambah Izzah, kesemua tuntutannya itu dibuat seiring dengan usaha bagi memastikan kerajaan negeri yang baru mendapat mandat rakyat Sarawak ini bertindak membuktikan komitmen serta keikhlasannya dalam menunaikan hak dan keperluan rakyat didahulukan serta diutamakan mendahului mana-mana kepentingan pimpinan politik.

tvsnews

No comments:

Post a Comment