Saturday, October 2, 2010

UMNO cuba 'bunuh' Tengku Razaleigh

Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan Umno menawarkan Ahli Parlimen Gua Musang untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai satu tindakan 'pembunuhan secara halus' karier politik Tengku Razaleigh Hamzah.




MARANG - Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan Umno menawarkan Ahli Parlimen Gua Musang untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai satu tindakan 'pembunuhan secara halus' karier politik Tengku Razaleigh Hamzah.

Walau bagaimana pun, menurutnya, PAS sedia berhadapan dengan siapa sahaja yang dicalonkan oleh Umno dan BN, meskipun Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak

"Saya fikir itu pembunuhan secara halus karier politik Tengku Razaleigh (Hamzah), walau bagaimana pun, bagi PAS, kita sedia hadapi siapa sahaja calon (yang dinamakan oleh BN),
"cuma (Tengku Razaleigh) sebagai seorang veteran dalam parti (Umno) dan meletakkan Tengku Razaleigh (sebagai calon) dalam pilihanraya kecil dalam DUN saya fikir itu merupakan tindakan dari sudut politik jangka panjang, bukan satu tindakan yang betul,"ujar Dato' Tuan Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mahu mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon BN bagi DUN Galas.

Sebelum itu, beliau berkata PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat pada Ahad 3 Oktober bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihanraya kecil DUN Galas.

Menurutnya, antara perkara penting yang akan dibincangkan adalah menentukan siapakah calon PAS yang akan bertanding dalam pilihanraya itu.

"Agenda penting adalah kita akan bincang tentang persiapan pilihanraya DUN Galas. Kita sudah kenalpasti di peringkat negeri (Kelantan) ada beberapa tokoh yang kita senarai pendekkan untuk dibuat keputusan diperingkat jawatankuasa (PAS) Pusat yang kita akan angkat kepada Majlis Syura,"jelasnya.dalam sidang media yang diadakan selepas majlis perasmian Ijtimak Tarbawi anjuran Pemuda PAS Pusat disini 1 Oktober.

Katanya, PAS akan memilih calon dikalangan anak tempatan kerana menurutnya faktor calon adalah penting dalam pilihanraya kecil pada kali ini.

"Dalam senarai yang panjang beberapa nama itu ada campur-campur, (ada) beberapa tenaga muda dan tenaga profesional tapi keutamaan, kita lihat faktor calon itu penting dan InsyaAllah, kita pilih daripada anak tempatan,"katanya.

No comments:

Post a Comment