Bentuk kekuatan dalaman bagi menghadapi cabaran untuk mencapai kemenangan
MARANG - Ijtimak Tarbawi yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat adalah bertujuan menyemarakkan amal tarbawi dikalangan pemuda supaya memiliki kekuatan dalaman bagi menghadapi cabaran dalam mencapai kemenangan.
Perjuangan Islam yang didokongi akan bedepan dengan pelbagai cabaran samada dari luar atau pun dalaman.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan berkata, apabila PAS bercita-cita untuk menegakkan syariat Allahdiatas muka bumi, Umno dan Barisan Nasional bukanlah suatu cabaran yang besar
Beliau turut memetik kata-kata Imam Hassan al-Hudaibi yang bermaksud; Tegakkan negara Islam itu dalam diri kamu, nescaya negara Islam Islam itu akan dapat ditegakkan di negara kamu.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluannya dalam majlis perasmian Ijtimak Tarbawi di masjid Rusila, dekat sini, 1 Oktober.
Selain dari mmpersiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya, Ijtimak Tarbawi adalah untuk melatih para pemuda dari seluruh negara melaksanakan amal tarbawi
Berita lanjit akan menyusul..
Lihat Siaran Langsung melalui Terengganukini.net
Dengar siaran tertunda dari Buletinonline Radio :
No comments:
Post a Comment