Wednesday, September 22, 2010

PAS nafi terima sumbangan syarikat asing RM4 bilion

Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR, 22 Sept — PAS menafikan parti itu ada menerima sumbangan RM4 bilion daripada sebuah syarikat asing - baru-baruIda World Group, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.

Malah menurut beliau, PAS Kelantan juga tidak pernah menerima permohonan syarikat yang dimaksudkan untuk membuat sebarang projek pembangunan di negeri itu.

Tegas beliau, penyebaran berita itu adalah satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS.

“PAS memandang serius ekoran tersebar gambar kononnya sebuah syarikat perniagaan memberikan sumbangan sebanyak RM4 bilion kepada PAS melalui satu cek replika.

“Bagi mewakili PAS, saya dengan ini menafikan PAS pernah menerima cek sebenar atau sumbangan bernilai RM4 bilion dari syarikat ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah PAS juga tidak tahu menahu tentang projek syarikat ini di Kelantan.

“Setelah menyemak dengan PAS Kelantan, saya juga mendapati PAS dan kerajaan negeri Kelantan tidak pernah menerima permohonan dari syarikat ini untuk membuat sebarang projek pembangunan di sana.

“Sehubungan itu, kami sifatkan berita ini serta penyebaran berita sebegini satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment