Wednesday, September 22, 2010

Laporan Penan 'dirogol' ke PBB

Penan rapes : Complaint to UN rapporteur
Susan Loone

Sebuah pertubuhan hak asasi serantau melahirkan kebimbangannya berhubung 'kelewatan yang ketara' kerajaan Malaysia bertindak menangani dakwaan keganasan seks wanita dan gadis Penan oleh pekerja sebuah firma pembalakan di Sarawak.

Pooja Patel, perwakilan Forum-Asia di Geneva, mengakui kerajaan telah menubuhkan sebuah pasukan penyiasat namun “tiada langkah konkrit diambil bagi bertindak ke atas penemuan dan cadangan untuk membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan”.

Patel berkata Forum-Asia, bersama kumpulan penyokong Orang Asal di Malaysia, sejak itu juga telah mendokumenkan kes pencabulan seksual yang baru.

“Kita telah juga menjalankan kajian yang lebih luas berhubung keganasan seksual dan eksploitasi yang dihadapi oleh wanita dan gadis Penan,” katanya semasa berdialog dengan pelapor khas PBB mengenai hak asasi dan kebebasan asas Orang Asal.

“Ini termasuk dinafikan hak tanah mereka serta hak kerakyatan.”

Sesalinan kenyataan Patel itu dibekalkan kepada Malaysiakini.

Katanya, Forum-Asia, yang berpangkalan di Bangkok dan mewakili 40 pertubuhan hak asasi dan memohon pelapor khas PBB itu terus berwaspada dengan pencabulan hak asasi ke atas Penan.

Anaya diminta terus berurusan dengan Malaysia berhubung dakwaan keganasan seks dan membangunkan program yang dapat membantu gadis serta wanita Penan.

Dipercayai beliau ada berhubungan dengan kerajaan Malaysia pada November 2008, tetapi tidak diberikan sebarang jawapan.

Pada Julai, kumpulan sokongan, Peazlannan yang merupakan gabungan 36 NGOs, memngemukakan laporan terperinci menghuraikan kesengsaraan wanita Penan dan komuniti itu.

No comments:

Post a Comment