Friday, April 30, 2010

cari sampai dapat makhluk biadab jahanam ni...



Nik Aziz Terima ugutan Bunuh
Friday, 30 April 2010 12:57 PM
Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)


KUALA LUMPUR : Murshidul Am PAS, Datuk Nik Aziz telah menerima ancaman bunuh dalam satu ruangan perbincangan di Facebook.

"Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam blognya.

Salman dalam blognya menjelaskan Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku sebagai graduan UITM membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di ruangan perbincangan di Facebook.

"Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi," tulis lelaki yang menggunakan nama Mohd Safuan Hilmi dalam ruangan facebook.

Selain itu Mohd Hilmi juga menulis dalam ruangan komen di facebook itu yang berbunyi 'senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu'.

Herman dalam blognya menengaskan pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri perlu membuat laporan polis.

"Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakkan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa," kata beliau.

Beliau berkata Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makluk sebiadap ini.

"Saya dapati laman facebook beliau sudah ditutup. Tapi ini maklumat yang saya sempat ambil.

"Harap disiasat kerana kita tidak boleh memandang kecil hal ini. Jika dibiarkan nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan yang serupa," jelas Herman yang menunjukkan wall lelaki yang membuat ugutan itu.

Ugut bunuh Nik Aziz : Lelaki disyaki ditahan

Ugut Nik Aziz : PAS Pulau Pinang mahu ziarah keluarga Safuan

“Saya tak ambil peduli (hal itu), saya anggap tak ada langsung (dalam kepala saya),”

Polis diminta siasat ugutan bunuh Nik Aziz

Ugut bunuh Nik Aziz, lagi laporan polis dibuat

EraPakatan

Thursday, April 29, 2010

laki bini berkunjung ke Sibu 'tabur gula-gula'

BN seperti kebiasaan pasti akan memberi 'gula-gula' kepada pengundi apabila najib dan rosmah ke Sibu Sabtu ini.


aih.. dah keluar da.. kotak dah kosong.. tu diaaaa.. tahiniah.. 'senator kotak'..



ezam kotak jadi senator kotak

DS Ir. Hj. Nizar Jamaluddin Kuliah Maghrib di Surau Kg Pematang





daristesyenmaya

(Video) TGNA di P094 Hulu Selangor

Hulu Selangor : Tok Guru bertongkat bersama Masyarakat Cina (1&2) – Walaupun Tok Guru Nik Aziz baru balik dari mengerjakan Umrah pada 21 April lalu, selepas Jumaat (23 April), Tok Guru terus ke Hulu Selangor untuk membantu Kempen Dato’ Zaid Ibrahim sebagai Calon Pakatan Rakyat dan terus berceramah di Kg Rasa, Hulu Selangor pada 23 April 2010.

Tok Guru tiba di Hulu Selangor





Hulu Selangor : Tok Guru bertongkat tiba untuk membantu Dato’ Zaid Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor pada 23 April 2010



jiwokelate2009

Wednesday, April 28, 2010

huh.. tak sukar nak buat pengakuan kan? kenapa tak nak mengaku yang ini?


"Apa saja yang kita telah janjikan, kita akan tunaikan dan kata-kata kita akan kita kotakan,”


Apr 28, 10 4:04pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengotakan janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor dengan menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor.

"Saya sudah buat satu pengakuan bahawa semua janji yang dibuat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kita akan tunaikan,” kata perdana menteri pada majlis penyerahan cek itu kepada sekolah berkenaan di Putrajaya hari ini.

Katanya, beliau ingin memberitahu kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor dan di seluruh negara bahawa Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang mereka boleh yakini.

"Apa saja yang kita telah janjikan, kita akan tunaikan dan kata-kata kita akan kita kotakan,” katanya.

Terdapat desas-desus kononnya BN tidak akan menyediakan peruntukan itu kerana kaum Cina tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada BN pada PRK itu.

"Saya tidak mahu janji kita dipertikaikan. Saya anggap ini tanda keikhlasan kepada masyarakat kaum Cina.

"Walaupun kali ini mereka tidak sepenuhnya mengundi kita tapi kita harap pada masa akan datang, kaum Cina akan beri sokongan lebih padu kepada Barisan Nasional,” katanya.

Najib berharap peruntukan itu dapat membantu sekolah tersebut membina bangunan sekolah tambahan di tempat yang baru.

"Maknanya hutang saya sudah langsai,” katanya ketika menyerahkan cek tersebut kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Ng Tek Kui dan guru besarnya, Ng Kin Mooi.

Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan calon BN yang menang kerusi Hulu Selangor, P Kamalanathan.

- Bernama


PAS terima Snap sebagai anggota baru PR

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 April : PAS sedia menerima Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) sebagai anggota baru dalam Pakatan Rakyat (PR) walaupun sehingga kini cadangan itu belum lagi dibincang secara rasmi di peringkat pusat.

"Walaupun tiada perbincangan rasmi, kami rasa ia tidak ada masalah kerana kita sedia menerima semua parti kecuali yang menyokong Yahudi sahaja," kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS (gambar).

Mustafa mengulas pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang memberitahu, Snap akan menjadi anggota Pakatan Rakyat.

"Tugas pertama Snap adalah untuk memastikan calon Pakatan Rakyat dari DAP menang pilihan raya Sibu," kata Anwar dalam satu majlis.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengumumkan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng (kanan) sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Sibu.

Turut serta dalam majlis pengumuman itu adalah pemimpin komponen PR diwakili oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Zainal Abidin dan Johnny Wong dari SNAP yang menganggotai PR.


PR Sarawak telah dibentuk secara rasminya pada 18 April lepas yang terdiri dari DAP, PKR, PAS dan Snap.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon DAP dan PKR masing-masing menentang calon BN di situ menyebabkan kedua-dua mereka kalah.

Dalam pilihan itu, Wong dan calon PKR Lim Chun Chung tewas kepada calon BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew dengan majoriti 3,549 undi.

Kerusi parlimen Sibu kini kosong ekoran kematian penyandangnya Robert akibat barah pada 9 April lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 8 Mei dan pengundian pada 16 Mei.

Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 undi pos.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 yang dikemaskini pada 9 April 2010.

Pengundi berdaftar seramai 54,695 termasuk 2,537 pengundi pos. Antaranya 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis yang bertugas semasa pilihan raya berlangsung.

SPR telah memilih 45 pusat mengundi yang sesuai iaitu sekolah, tadika, pusat latihan, rumah panjang, perpustakaan awam dan pusat rekreasi awam. Proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di Pejabat Daerah Sibu.

Pegawai pengurus pilihan raya ini ialah Pegawai Daerah Sibu, Wong See Meng.

PAS sokong calon DAP, hantar jentera pakar
PRK Sibu : Jom kenali calon Pakatan Rakyat

Pengerusi DAP Sarawak calon PR di Sibu

Harakahdaily

SIBU, 28 April : Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng diumumkan sebagai calon DAP mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Pengumuman rasmi calon DAP itu dilakukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, pada majlis makan malam di Good Happiness Restaurant di sini, malam tadi.

Penolakan Cina, BN sukar di Sibu

Wednesday, April 21, 2010

woi.. ezam tgk ni... nah ambik ko!



Ezam sanggup bantu Parlimen siasat Anwar, serah dokumen esok

TERKINI
Oleh G. Manimaran


HULU SELANGOR, 21 April — Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) akan membekalkan Barisan Nasional (BN) dokumen yang didakwanya boleh membuktikan Ketua Umum Pakatan Rakyat bersekongkol Israel, esok.

Ezam Mohd Noor akan menyerahkan dokumen-dokumen berkenaan, antaranya surat Anwar agar teman wanita bekas presiden Bank Dunia Paul D. Wolfowitz, Shaha Riza, dipinjamkan ke Foundation for the Future.

Surat bertarikh 1 Okt 2006 ditulis kepada Robin Cleveland, Kaunselor Bank Dunia oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future ketika itu.

“Saya akan serahkan dokumen-dokumen ini kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin semasa kempen (Pentas Pemuda) di sini malam esok,” katanya pada sidang media di pejabat Umno Hulu Selangor di sini hari ini.

Ezam akan muncul bersama Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau pada majlis kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Ezam, bekas ketua sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang Anwar merupakan penasihatnya, menunjukkan fail dokumen kira-kira 50 muka surat.

Katanya, dokumen itu diterima beberapa hari lalu daripada seorang, rakyat Malaysia, yang bekerja di Bank Dunia.

Beliau hanya mengedarkan salinan kepada media surat Anwar kepada Cleveland dan salinan berita bertajuk “Woman In World Bank Controversy Working on Mideast Project” siaran laman web washingtonpost.com.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dijadual membentangkan usul merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan esok, hari terakhir sidang Dewan Rakyat semasa.

Selain itu kata Ezam, beliau bersedia untuk memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika dipanggil.

“Saya sedia untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dan juga mana-mana mahkamah jika dipanggil,” katanya lagi.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dijangka menyiasat Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, berhubung dakwaan beliau bahawa APCO Worldwide yang dilantik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk merangka konsep 1Malaysia ada hubungan dengan Israel.

Firma itu dikatakan turut terlibat dalam projek melahirkan konsep One Israel.

Mengulas lanjut, Ezam berkata beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menunjukkan bahawa Anwar mempunyai hubungan dengan Yahudi yang menganiaya dan menindas umat Islam dengan merujuk kepada Wolfowitz, yang merupakan bekas setiausaha pertahanan dan arkitek melancarkan perang terhadap Iraq.

Israel pula menafikan hak rakyat Palestin.

“Saya cuma hendak membuktikan bahawa sebenarnya ada hubungan Anwar dengan seorang pemimpin masyarakat Yahudi... jadi siapa yang mengkhianati bangsa?” katanya.

Pada sidang media ini, Ezam juga mempersoalkan Anwar yang mempertikaikan peranan APCO dengan mendakwa kerajaan menggunakan khidmat firma untuk melobi agar Najib dapat bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama baru-baru ini.

Sambil berkata usaha itu tidak salah jika membawa manfaat kepada rakyat dan negara, Ezam menambah, Anwar juga pernah berbuat demikian ketika menjadi timbalan perdana menteri di mana pernah mendapatkan khidmat Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang bekerjasama dengan badan pemikirnya Institut Kajian Dasar (IKD) lebih satu dekad yang lalu.

“Anwar pernah menggunakan APPC. Jadi apa salahnya jika kerajaan menggunakan APCO sekiranya ia boleh membawa manfaat kepada negara?

“Saya tahu sebab saya sendiri terlibat dalam IKD,” katanya sambil menambah, memang pernah ada pertemuan, sekitar tahun 1993 atau 1994, untuk menyalurkan dana bagi membolehkan APPC mengadakan program membawa senator dari Amerika Syarikat.

“Dana itu melibatkan duit kerajaan, secara spesifik saya tidak boleh memberitahu tetapi memang ada pertemuan menyalurkan dana... pertemuan itu dihadiri oleh bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid ketika itu,” katanya.

themalaysianinsider

kahkahkah... padan muka zambry.. ...'katak' dah melalak mcm BERUK..

berok yg tengah tuh sama mcm rambut heeee 'the most hated BETINA in malaya'.. lagi yg 2 ekor kiri kanan tuh,, sukati la 2 katak jantan nak pileh mana satu..


Zambry kini tertekan dengan ‘3 katak’

Aziz Muda

HULU SELANGOR, 21 April : Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kini berada dalam dilema dan tertekan dengan sikap tiga calon bebas di negeri itu yang sedang menunggu peluang untuk mengaut pelbagai keuntungan dari tindakan mereka keluar dari Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, perkara itu diketahuinya melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Menurut beliau, perkara itu juga bukanlah sesuatu yang mustahil kerana beliau sendiri cukup kenal dengan tiga wakil rakyat terbabit yang sebelum ini bertanding atas tiket PKR dan DAP yang bergabung dalam Pakatan Rakyat, tetapi sanggup meninggalkan Pakatan Rakyat demi kepentingan diri.

Tiga wakil rakyat bebas yang dimaksudkan oleh beliau itu terdiri daripada Kapten (B) Mohd Osman Jailu (Cangkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Fong (Jelapang).

“Tindakan 3 katak itu keluar dari Pakatan Rakyat melambangkan mereka manusia yang tidak bertanggungjawab, mengkhianati pengundi-pengundi yang menyokong mereka, sehingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengalami kesusahan dan dirampas oleh Umno-BN.

“Setelah menyusahkan Kerajaan Pakatan Rakyat, kini 3 katak itu sedang mengugut Zambry pula untuk mendapatkan apa saja. Zambry pula terpaksa beri atau ikut apa sahaja kehendak mereka supaya mereka tidak melompat pula kepada parti lain.

“Tindakan mereka itu ternyata menyusahkan rakyat Perak kerana ia akan melibatkan hak atau harta benda rakyat Perak. Tetapi mereka tetap tidak menghiraukan semua itu bagi menjaga kepentingan mereka sendiri.

“Perkara itu samalah juga dengan apa yang dilakukan oleh Umno terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, sehingga mereka sanggup merampas hak rakyat Perak yang telah memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak.

“Demi kepentingan mereka, para pemimpin Umno-BN sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengkianati rakyat, merampas hak rakyat Perak. Semua itu perlu disedari oleh orang ramai demi kepentingan mereka sendiri,” katanya ketika menyampaikan ceramah di persekitaran Pejabat PAS Bukit Sentosa 2 di Hulu Selangor, malam semalam.

Baru-baru ini, Hi Yit Fong yang juga timbalan Speaker Dun Perak diberikan gelaran 'datuk' oleh Sultan Perak. Tidak diketahui apakah ia ada kaitan dengan dakwaan Nizar ini.

Ketika merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, kata Nizar, Umno mengatakan kepada beliau dengan berbagai-bagai dakwaan yang bukan-bukan termasuk memberi tanah kepada kaum Cina, sehingga dikatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebagai ‘kerajaan Cina’.

“Pada hal apa yang kita lakukan itu amat kita fahami kerana ia sebenarnya bertolak dari prinsip-prinsip Islam dan keadilan. Rakyat Perak sendiri faham perkara itu. Sebab itulah rakyat Perak tetap tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Umno-BN ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak,” katanya yang juga Adun Pasir Panjang.

Sehubungan itu, beliau berharap agar para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor tidak akan tertipu dengan permainan politik kotor Umno-BN agar mereka tidak tersalah memilih pemimpin.

Harakahdaily

"Maka, menjadi suatu tanggungjawab bagi rakyat dan amanah yang paling besar bagi kita semua rakyat adalah untuk pilih pemimpin yang adil," - TGHA

Guna kuasa undi angkat pemimpin adil - Hadi
Dzulfikar Mashoor

HULU SELANGOR, 21 April : Islam, menurut Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebenarnya menuntut rakyat sama ada beragama Islam atau sebaliknya supaya melantik pemimpin yang adil lagi amanah.

Disebabkan itu, maka tanggungjawab memilih kepemimpinan menggunakan sistem demokrasi yang sedia ada merupakan amanah yang besar, yang terpikul di pundak setiap pengundi di Hulu Selangor.

"Walaupun sistem demokrasi ini datangnya dari Eropah, Islam mengiktiraf (sistem) demokrasi kerana kepimpinan yang adil itu datangnya daripada rakyat dan mesti dipilih (melalui) proses pilihanraya yang adil dan bebas.

"(Maka), menjadi suatu tanggungjawab bagi rakyat (dan) amanah yang paling besar bagi kita semua (rakyat) adalah (untuk) pilih pemimpin yang adil," jelas beliau di Dataran Bukit Sentosa, Batang Kali, semalam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Marang mengajak rakyat menggunakan kuasa mengundi untuk menolak pemimpin yang dianggap tidak layak untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat kelak.

"Lihat pilihan raya (Pemilu) di Indonesia, (partai) Golkar akhirnya tumbang menyembah bumi apabila rakyat diberi peluang menghukum pemerintah yang rasuah lagi zalim dua penggal yang lalu.

"Begitu juga di Jepun, rasuah mengakibatkan (parti) LDP turut tumbang apabila rakyat sedar dan bangkit melalui sistem demokrasi yang ada di sana," ujarnya.

Tuntas dari itu, beliau berkata, sekiranya rakyat memilih calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kali ini, keputusan rakyat itu merupakan isyarat awal bahawa rakyat bersedia menghukum Umno BN sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Indonesia dan Jepun kepada parti pemerintah di negara masing-masing.

Sebelum pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat berpadu dengan Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dari terus diperkudakan oleh Umno BN di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup menjadikan tanah air sebagai boneka Amerika Syarikat apabila beliau bersetuju dengan pendirian Presiden Amarika Syarikat Barrack Obama untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas negara umat Islam, Iran.

Walaupun beliau sendiri mengaku tidak bermusuhan dengan Amerika Syarikat, beliau berkata, Najib seharusnya bersikap adil dengan dunia, khususnya ke atas beberapa negara umat Islam yang dianggap tidak bersetuju dengan hegemoni Amerika Syarikat.

"Saya sendiri mengaku mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin tertentu di Amerika Syarikat, tetapi apabila Amerika Syarikat tekad mengenakan sekatan ke atas negara umat Islam Iran dan Afghanistan kononnya atas nama memerangi pembangunan senjata nuklear dan pengganas, saya kata tidak," tegas Anwar.

Lanjutan itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan komitmen Najib terhadap negara haram Zionis-Israel yang juga membangunkan membangunkan senjata nuklear serta merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat.

"Bukan seperti Najib, yang sedia tunduk dengan kemahuan Amerika Syarikat, sedangkan kalau Najib konsistan, apa pendiriannya dengan sekutu Amerika Syarikat (iaitu) negara Zionis-Israel yang juga membangunkan persenjataan nuklear dan mengganas ke atas umat Islam," soal beliau.

Semalam, Perdana Menteri Israel dalam wawancaranya dengan stesen tv Amerika ABC melalui rancangan 'Good Morning America' menggesa dunia agar jangan menjual minyak bertapis atau gasoline kepada Iran.

Tindakan ini, katanya, boleh melumpuhkan Iran kerana negara itu tidak mempunyai kemudahan untuk menapis minyak untuk proses seterusnya. Sebelum ini, iaitu tiga hari selepas berjumpa Obama, Najib dalam sidang medianya memaklumkan, Malaysia telah menyekat penjualan gasoline kepada Iran. Namun, Najib menafikan laporan yang dibuat oleh media antarabangsa itu ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di New York.

Bertitik tolak pada tindak tanduk kerajaan pimpinan Umno BN yang dilihat tidak adil serta dilihat cuba menjadi sekutu Amerika-Israel, beliau mengajak seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan status sosial supaya menggunakan kuasa mengundi masing-masing untuk menolak calon proksi Najib, P. Kamalanathan (MIC) pada Ahad ini.

LAPORAN BERKAITAN

Tanpa gasoline Iran akan lumpuh - Benjamin Netanyahu



PRK Sibu : Mafrel pantau kawasan panas

Wednesday, 21 April 2010 1:15 PM
Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)


KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen sibu yang pengundiaanya pada 16 Mei ini dengan penamaan calon pada 8 Mei depan akan terus dipantau oleh Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL).

Pengerusinya, Syed Ibrahim Alhabshi berkata, pengiktirafan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak diperlukan untuk proses pemantauan luar kerana ia hanya merangkumi kawasan luar penamaan calon, kempen dan luar pusat mengundi berbanding pada masa lalu.

SPR pernah memberi kebenaran kepada Mafrel untuk memasuki tempat-tempat tersebut, termasuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai pada April 2009.

“Tidak mendapat pengiktirafan daripada SPR bukan bermakna Mafrel tidak melaksanakan kerja-kerja pemantauan,” katanya.

Menurut Syed Ibrahim, Mafrel akan mengadakan mesyuarat khusus bagi membincangkan perkara berkaitan PRK Parlimen Sibu selepas PRK Hulu Selangor yang pengundiannya pada 25 April ini.

Beliau turut memberitahu, Mafrel akan bermesyuarat di Sarawak bagi membincangkan jumlah petugas yang diperlukan yang mana mereka akan ditempatkan di beberapa kawasan tumpuan yang akan dikenal pasti kelak.

“Kawasan tumpuan yang dimaksudkan kami ialah kawasan dijangka wujud persaingan sengit, kawasan panas dan jangkaan timbul keganasan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak, Datu Takun Sunggah berkata, Mafrel tidak diberi kebenaran untuk memasuki tempat penamaan calon, pengundian dan penjumlahan undi.

“Di Hulu Selangor pun mereka tidak dibenarkan. Begitu juga pilihan raya Parlimen Sibu kelak,” katanya.

EraPakatan

dan jgn lupa yang ini... barisan neraka ... dulu kini dan selamanya...



DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak

Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.

[Baca berita penuh]

Ucapan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar di Kalumpang, Hulu Selangor pada 18 April 2010

Dato Zaid mampu perjuang nasib rakyat















jiwokelate2009

Tuesday, April 20, 2010

PAS dakwa majoriti mantan PM minum arak

Jimadie Shah Othman
Apr 20, 10 3:12pm


BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.

Presiden UMNO rasmi Kilang Guiness Stout

malaysiakini

PARTI NASIONAL SARAWAK MENYERTAI PR

karangan ~PakKaramu~ on 4/20/2010

Salam

Al Hamdulillah ! Walaupun di semenanjung agak ramai melompat jadi katak akan tetapi di Sarawak lain pula jadinya, mereka dari parti Nasional Sarawak (SNAP) telah menyertai pula ke dalam Pakatan Rakyat, bukan sekadar orangnya sahaja akan tetapi dengan parti-partinya sekali, inilah kuasa Tuhan, kalau orang melayu tidak mahu kepada jalan yang benar maka orang Sarawak sudah nampak apa yang mereka kaji betul dan benar

Sekarang apa khabar orang Semenanjung ! Bukankah Sabah dan Sarawak yang menyebabkan BN/UMNO masih kekal berkuasa ? Nah Sekarang orang Sarawak akan menjadi perintis memulakan rakyat Sarawak menyertai Pakatan Rakyat kemudian ada lagi ura-ura yang lain akan menyusul Op .....!! terkeluar pula rahsia ni nasib baik tak sebut


Snap secara rasmi sertai Pakatan Rakyat

"Menteri itu 'bermulut besar' dan ini bukan kali pertama beliau membuat kenyataan yang tidak bertanggung-jawab itu.”





Inkues Teoh : Karpal kata Nazri 'kurang ajar'

Apr 20, 10 11:51am

Inkues Teoh Beng Hock bersambung hari ini dengan peguam Karpal Singh menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz sebagai “kurang ajar” kerana melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand 'pembohong'.

Karpal (kiri, berkerusi roda), yang mewakili keluarga Teoh, minggu lalu mengemukakan permohonan bagi mendakwa Nazri menghina mahkamah berhubung kenyataannya itu.

"Ini adalah kesalahan yang serius kerana beliau cuba campur tangan dan pelaksanaan keadilan,” Karpal memberitahu inkues.

"Menteri itu 'bermulut besar' dan ini bukan kali pertama beliau membuat kenyataan yang tidak bertanggung-jawab itu.”

Semasa disoal di Dewan Rakyat, semalam, Nazri bertegas mempertahankan kenyataannya itu.

Kornoner Azmil Muntapha Abas akan memutuskan pada 26 April ini sama ada akan mendengar permohonan Karpal bagi mendakwa Nazri atas tuduhan menghina mahkamah.

Pada perbicaraan hari ini, peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor memaklumkan inkues bahawa pihaknya telah menulis surat kepada Kementerian Undang-undang Thailand pada 13 April lalu memohon kehadiran Pornthip bagi memberi keterangan.

Inkues juga dimaklumkan bahawa Kementerian Undang-undang Thailand telah memberitahu kerajaan Selangor dalam sepucuk surat bertarikh 8 April yang Pornthip tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugasan lain.

Bagaimanapun kerajaan Selangor belum menerima surat itu.

Menurut Malik, beliau juga tidak dapat mengesahkan sebab sebenar Pornthip tidak dapat hadir memberi keterangan.

Pada 11 April lalu, Pornthip (kiri) berkata dia tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung semula kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Hari ini juga menandakan ulang tahun ke-31 Teoh jika beliau masih hidup.

Di luar perkarangan mahkamah, pemuda DAP juga menghadiahkan keluarga Teoh dengan kek dan bunga bagi meraikan sambutan itu mengikut tradi masyarakat Cina.

Nazri : Dr Pornthip 'pembohong'

malaysiakini

Nik Aziz sokong Zaid

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sokongan penuh kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor 25 April ini.

Nik Aziz yang kini sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah dikatakan beberapa kali berhubung dengan Zaid termasuk semasa hari penamaan calon Sabtu lalu bagi menyatakan sokongan kepada bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, Menteri Besar Kelantan itu sentiasa mengambil berat perkembangan di Hulu Selangor termasuk menghubungi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetahui situasi yang berlaku.

“Semalam (kelmarin) Tok Guru ada bertanyakan perkembangan (Hulu Selangor), beliau juga ada bercakap dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, (malah) semasa hari penamaan calon Tok Guru ada berhubung dengan Zaid dan yang terbaru dua hari lepas, dia beri sokongan penuh kepada Zaid, “katanya.

Husam yang juga Exco Kanan Kerajaan Kelantan berkata demikian ketika ditemui semasa menyampaikan kunci kepada kedai pejabat Fasa 1A, Bandar Baru Tunjung, di sini semalam.

Zaid, bekas Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu pernah mengemukakan petisyen di Mahkamah Persekutuan Untuk mendapatkan deklarasi bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah(11) 1993, Negeri Kelantan yang melibatkan peruntukkan perundangan jenayah seperti Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) adalah terbatal dan tidak sah.

Beliau mencabar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Kelantan yang meluluskan enakmen itu kerana ia bercanggahan dengan Perkara 74 dan 8, serta Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada yang sama, Zaid kini berdepan dengan beberapa isu moral termasuk cabaran bersumpah untuk membersihkan namanya yang didakwa sebagai peminum arak tegar.

Dalam pada itu Husam berkata, Nik Aziz yang dijangka pulang ke tanah air 21 April ini akan turun berkempen ke Hulu Selangor pada 23 April, dua hari selepas pulang dari Tanah Suci bagi membantu kemenangan Zaid.

Dalam masa yang sama, Husam mengecam sikap pemimpin UMNO yang menggunakan isu peribadi Zaid untuk berkempen bagi mendapat sokongan rakyat di Hulu Selangor.

“Sebelum ini UMNO pernah lantik Zaid sebagai calon di Parlimen Kota Bharu. Perdana Menteri juga pernah melantik beliau sebagai menteri. Kenapa mereka tak bangkitkan masalah-masalah Zaid itu tapi hanya sekarang baru nak dedahkan,” katanya.

SH

Kempen Cerca Peribadi, Umno-BN Meludah Ke Langit

HULU SELANGOR 10 Apr : Umno disifatkan sudah kehabisan modal apabila membuat serangan berbentuk peribadi kepada calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim.

Sejak diumumkan sebagai calon bagi pilihan raya itu, Umno semakin galak mencerca keperibadian silam bekas menteri itu dengan melabelkan beliau sebagai kaki botol dan sebagainya.

Tanpa disedari pimpinan Umno, serangan itu umpama meludah ke langit terkena muka sendiri. Ini kerana umum mengetahui ramai di kalangan pimpinan Umno bukanlah di kalangan mereka yang bermoral tinggi dan malah rata-rata mereka juga terdiri dari 'kaki minum'.

Zaid ikhlas dan tegas dalam menghadapi taktik kotor Umno itu. Beliau mengakui ketelanjuran silamnya itu dan menyatakan beliau sudah bertaubat sejak menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t. Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita ketika diajukan soalan tersebut.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula percaya Zaid sudah banyak berubah dan tidak mengamalkan tabiat lamanya sejak beliau pulang dari Mekah dan menyertai Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Umno tidak wajar memainkan isu peribadi bagi memenangi pilihan raya itu memandangkan umum mengetahui kebanyakan pemimpin Umno sendiri dibelit dengan pelbagai isu moral.

Bagi Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh pula, Umno menggunakan taktik jahat dengan menyerang peribadi lampau calon Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim sehingga seolah-olah meletakkan hukum Allah di tangan mereka.

"Kita sebagai manusia harus tidak menghukum, kalau Allah pun boleh menerima taubat seseorang, kenapa Barisan Nasional menggunakan taktik kotor ini untuk membunuh karektor berasaskan masa lampau seseorang, dalam keadaan seseorang itu telah berubah?.

"Dia masuk dalam Pakatan Rakyat dia 'reform', kemudian dia pergi haji dia 'reform'. Ini merupakan taktik sangat kotor BN. Mereka patut rasa malu, Perdana Menteri Najib harus malu menggunakan taktik kotor begini. Dia patut bercakap apa yang mahu dilakukan untuk rakyat bukan bercakap tentang peribadi lampau seseorang yang telah berubah," tegas Fuziah.

tvselangor

Pemimpin Umno lebih teruk minum arak, berjudi

Nazri Abdullah

PETALING JAYA, 20 April : Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata pemimpin Umno juga ramai mengambil alkohol sepertinya dahulu namun tidak berniat untuk mengaibkan mereka.

Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya. [LIHAT VIDEO]

"Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.

"Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.

"Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.

"Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit," tambahnya lagi.

Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.

Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.

"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.

"Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka," jelasnya.

Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.

Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.

"Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.

"Inilah petanda mereka sedang cemas," katanya.

Zaid : Saya rela dikutuk untuk membela rakyat

tvpas09, Harakahdaily

Please note that kerangeleber's Facebook account was deactivated




Monday, April 19, 2010

Mengapa foto ini tidak disiarkan? Ini adalah kerana Iblis tidak suka melihat foto ini.
BETAPA jahat dan busuk serta Munafiknya mereka yang sengaja membawa kisah buruk calon Dato' Zaid. Dato' Zaid dengan jujur, berani dan insaf mengaku bahawa dahulunya ketika berada di dalam Umno bukan manusia yang bersih seperti Malaikat. Bahkan, tiada manusia yang boleh menjadi Malaikat suci dan bersih dari dosa. Cuma, manusia itu lebih mulia di sisi Allah apabila bertaubat dari melakukan dosa-dosa terdahulu.

Apabila seseorang manusia itu mengakui kesilapannya dan ingin menuju ke jalan yang benar, menjadi kewajipan kita membantu serta membimbingnya bukan mengutuk dan mancaci apatah lagi membuat fitnah yang berlebihan. Apakah kita ingin mengambil alih kerja Syaitan dan Iblis yang tidak suka manusia itu bertaubat?

Biar beribu foto yang disiarkan, biar beribu kisah aib yang dihebahkan dari mulut-mulut Syaitan dan Iblis ini yang dibantu oleh media berlidah Syaitan dan Iblis laknatullah, kita wajib membantu seorang insan ini yang mahu kembali ke pangkal jalan. Saya terharu dengan sokongan PAS kepada Dato' Zaid dan ini menggambarkan bahawa PAS akan sentiasa menyokong sesiapa sahaja yang sanggup berubah ke arah jalan agama. InsyaAllah, semakin kuat Syaitan dan Iblis ini menjaja keburukan Dato' Zaid, pasti Allah akan bersamanya.

Seandainya Dato' Zaid tewas sekalipun, beliau tetap menang di sisi Allah kerana orang yang menang itu sebenarnya adalah mereka yang sanggup meninggalkan dosa-dosa terdahulu. Bagaimana pula dengan puak mereka? Apakah mereka telah berubah? /wfauzdin.blogspot.com



Thursday, April 15, 2010

DAP wakil Pakatan Rakyat di Sibu

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 14 April : Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi sebulat suara bersetuju bahawa calon DAP akan mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu kelak.

Bercakap pada suatu sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, suatu mesyuarat khusus akan diadakan bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak untuk menentukan calon terbaik.

"Atas semangat setiakawan, kita putuskan untuk letakkan calon di DAP di (Parlimen) Sibu kelak," ujarnya.

Menurut beliau, suatu mesyuarat khusus akan diadakan di Sarawak pada 18 April depan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh merakamkan penghargaan kepada kepemimpinan PAS dan DAP kerana menunjukkan muafakat yang begitu tinggi demi memenangkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berharap semangat setiakawan tersebut boleh dilanjutkan di Sibu kelak.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kemudiannya menganggap Zaid merupakan pemimpin yang jujur kerana sanggup melepaskan jawatan menteri demi menyertai agenda perubahan bersama Pakatan Rakyat.

Dengan pengalaman dan kredibiliti yang ada pada Zaid, beliau melahirkan rasa yakin bahawa Zaid layak mewakili rakyat dari Parlimen Hulu Selangor ke Dewan Rakyat kelak.

Turut menyertai Anwar dan Abdul Hadi, Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Dr. Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS) dan Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS).

Wednesday, April 14, 2010

Meng"kualiti"kan anggota PAS

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Anggota PAS terdiri dari ahli serta pemimpin dan ianya mempunyai peringkat atau marhalah yang berbeza dan pelbagai .

2. Sesuai sebagai anggota kepada sebuah Gerakan Islam , ahli dan pemimpinnya wajar memiliki :

* aqidah perjuangan yang mantap,
* fikrah Islamiyyah yang jelas
* syakhsiyyah [ akhlak ] yang soleh .

Inilah tahap kualiti yang paling minima mesti dimiliki oleh seluruh anggota PAS .

3. Mencapai tahap dan nilai Kualiti anggota PAS yang diperlukan tidak semudah mencari kuantiti . Melalui projek Jom Sertai PAS , PAS For All dan Orang Muda Geng Kita , saya dapati kuantiti cukup mudah untuk dicapai . Setiap bulan pasti ada anggota baru yang akan diluluskan keanggotaan mereka sebagai ahli PAS , malah kini keanggotaan PAS telah mula mencecah sejuta .

4. Apa yang merisaukan saya mutaakhir ini ialah berkait tahap kualiti anggota berdepan dengan kuantiti yang semakin meningkat . Tentu sahaja kemasukan anggota baru adalah dari pelbagai latar belakang dan tidak juga dapat dinafikan betapa kita juga berdepan dengan kemasukan anggota yang mempunyai pelbagai tujuan [ objektif ] yang ingin mereka capai melalui penyertaan mereka dengan PAS .

5. Justeru itu Gerakan Islam membahaskan persoalan intima' [ penggabungan atau penglibatan dan penyertaan ] sebagaimana yang telah dikupas panjang lebar oleh al marhum Ustaz Said Hawwa di dalam kitabnya Jundullah . Intima' yang diterima dan layak untuk sebuah Gerakan Islam seperti PAS ialah intima' al Aqidi iaitu penyertaan berasaskan aqidah perjuangan.

6. Pun begitu sebagaimana yang telah saya katakan tadi bahawa PAS sebagai sebuah pertubuhan yang terbuka kini menerima pelbagai latar belakang penyertaan anggota sekalipun tidaklah berasaskan aqidah . Kemungkinan ..............

Ada yang menyertai PAS kerana terlalu marah dan bencikan UMNO dan BN .
Ada yang menyertai PAS kerana melihat PAS sudah mulai kuat dan menang .
Ada yang menyertai PAS kerana mahu menonjolkan diri sebagai pejuang yang hebat.
Ada yang menyertai PAS kerana nak jadi calon pilihanraya .
Ada yang menyertai PAS kerana kecenderungan hatinya yang minat kepada PAS
Ada yang menyertai PAS tanpa mengetahui apakah sebab dan kerananya .....

7. Maka kualiti yang kita harapkan bahkan kualiti yang Rasulullah saw tuntut ialah anggota yang menyertai Gerakan Perjuangan Islam ini hanya untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi yang dicipta oleh manusia . Samaada menang untuk mendaulatkan syariat dan syiar agama Allah swt ataupun mati sebagai syuhada' yang telah mempertaruhkan segala kepentingan diri , darah dan nyawanya untuk Islam .

8. Kita menerima dan mendekati semua orang sesuai dengan slogan kita PAS For All , namun setelah mereka menyertai PAS , kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap anggota PAS [ baru atau lama ] menjadi anggota yang berkualiti menepati piawaian sebuah Gerakan Islam dimana anggotanya ialah bertaraf Ansoorullah [ pejuang agama Allah ] . Justeru itu , proses memberi kefahaman , pentarbiyyahan dan pengkaderan menjadi tugas asas dan paling utama bagi PAS di sepanjang perjuangannya .

9. Lajnah Tarbiyyah , Lajnah Pemerkasaan Parti , Akademi Kepimpinan Pemuda dan seluruh lajnah serta jabatan yang wujud dalam PAS sewajarnya sibuk mengatur aktiviti masing - masing guna menepati objektif perjuangan suci ini serta melahirkan anggota yang berkualiti . Melahirkan anggota yang berkualiti tinggi adalah keutamaan kita berbanding meningkatkan rating kuantiti tanpa menafikan bahawa kita juga perlukan keanggotaan yang ramai .

10. Satu mekanisme yang boleh saya cadangkan di sini untuk memastikan usaha melahirkan anggota yang berkualiti dalam sistem keahlian terbuka ini bermula dengan mengemaskini sistem penyerahan sijil keanggotaan setelah ianya diluluskan oleh parti .

11. Sijil itu hendaklah dihantar kepada PAS kawasan dimana ia berdaftar dan pihak PAS kawasan pula hendaklah menganjurkan satu kursus induksi untuk menyerahkan sijil keanggotaan tersebut kepada yang berkenaan bersama stater kit yang mengandungi perlembagaan parti dan kertas - kertas dasar yang menjelaskan prisip perjuangan Islam yang didokong oleh PAS .

12. Kursus induksi tersebut pula bertujuan memahamkan anggota baru mengenai PAS dan risalah perjuangannya . Kursus seperti ini perlu ada lanjutan dan kesinambungannya walaupun anggota itu telah bergelar ahli lama mahupun pimpinan . Nokhtah inilah sewajarnya menjadi titik bermula tugas besar lajnah Tarbiyyah dan lainnya .

13. Kebimbangan saya berasaskan realiti masakini dan belum terlambat untuk kita semua lakukan sesuatu yang positif dan berkesan di semua peringkat di mana kita berada . Kita semua pastinya tidak mahu anggota PAS [ ahli dan pimpinannya ] rendah wibawa , hilang thiqah [ kepercayaan ] korupsi dan tidak ada beza akhlaknya dengan musuh - musuh Allah swt.

14. Sebagaimana kita tidak mahu ada ......

* anggota bergelar pimpinan mendedahkan rahsia parti ,
* ahli yang hilang taat serta thiqahnya pada jamaah dan pimpinan ,
* wartawan lidah rasmi parti menghina pimpinan jamaah sendiri ,
* ruang untuk musuh akses maklumat parti dari dalam ,
* persaudaraan [ ukhuwwah ] antara kita retak dan belah ,
* pimpinan yang mengabaikan tanggungjawab / amanah parti dan ummah,

lantaran itu semua tidak melambangkan kualiti Ansoorullah yang diinginkan .

15. Perlu dilihat juga kepada kesediaan anggota parti [ ahli atau pimpinan ] untuk merelakan diri mereka ditarbiyyah oleh PAS ke arah membina prestasi anggota yang baik dan berkualiti . Selayaknya keadaan diri mereka selepas menganggotai PAS menjadi jauh lebih baik dari sebelumnya .

Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS.


Harakahdaily

Tuesday, April 13, 2010

APCO : Laporan polis serentak seluruh negara esok

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 13 April : Pemuda Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis serentak jam 3 petang esok di semua ibu pejabat kontijen Polis seluruh negara berhubung isu APCO.

Mereka daripada Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan meminta siasatan dijalankan terhadap firma perunding APCO Worldwide dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia kerana bimbangkan pembocoran maklumat negara kepada pihak asing.

"Penglibatan APCO bagi kita memberi ancaman kepada kedaulatan negara.

"Kita akan minta pihak polis siasat dan mengambil tindakan segera agar keselamatan dan kedaulatan negara terjamin," kata ketua DPP, Nasruddin Hassan ketika dihubungi Harakahdaily.

Selain itu, satu himpunan aman akan diadakan di masjid-masjid negeri di seluruh negara pada hari jumaat ini bagi menyatakan bantahan terhadap penglibatan firma perunding yang didakwa ada kaitan langsung dengan Zionis Israel itu.

"Kita juga akan adakan demonstrasi serentak di masjid-masjid negeri 16 April ini sejurus solat jumaat," tambahnya lagi.

Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat berkait isu sama di seluruh negara.

Antaranya dibuat Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr. Mariah Mahmood (Kota Raja) dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Friday, April 9, 2010

PAS Sarawak diarah tidak buat kenyataan mengenai kerusi

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 April : PAS Pusat meminta PAS Sarawak supaya jangan membuat sebarang kenyataan mengenai pembahagian kerusi pilihan raya di negeri itu sehingga ia diselesaikan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat.

Setiauasaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, sebarang kenyataan yang dibuat tanpa merujuk PAS Pusat dan Pakatan Rakyat akan menimbulkan persepsi kurang baik kepada PAS.

"Kalau PAS negeri mempunyai apa-apa pandangan, mereka boleh memberikannya kepada PAS Pusat dan kita akan bincangkan sesama parti dalam Pakatan Rakyat sebelum mengambil sesuatu keputusan.

"Jika diambil pendekatan yang ada sekarang, kita akan menyusahkan diri kita,"
kata beliau kepada Harakahdaily mengulas beberapa kenyataan yang dibuat oleh pimpinan tertentu PAS Sarawak.

Antaranya tentang kerusi-kerusi yang hendak ditandingi oleh PAS dalam pilihan raya negeri yang dijangka akan berjalan tidak lama lagi.


Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil Parlimen Sibu akan diadakan serentak dengan pilihan raya Dun seluruh negeri Sarawak.

SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil Parlimen Sibu dalam masa 60 hari selepas menerima notis kematian anggota Parlimennya, Datuk Robert Lau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan.

Lau meninggal dunia pagi tadi kerana barah.

Saifudin yakin, dalam pilihan raya Sibu ini, hanya satu calon dari Pakatan Rakyat akan bertanding berbanding pilihan raya umum lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon DAP dan calon PKR menentang calon BN di Sibu. Hasilnya kedua-dua mereka kalah dengan majoriti 3,235 undi di tangan Robert Lau.

Wednesday, April 7, 2010

Perisik Israel dalam PDRM calar maruah Raja-Raja Melayu

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 7 April : Zionisasi dalam jentera kerajaan termasuk kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Pasukan polis dikurniakan gelaran diraja sejak tahun 1958 lagi, oleh sebab itu tindakan membawa perisik Israel ke dalam pasukan tersebut dengan sendirinya mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu.

"Ancaman tersebut semakin menakutkan apabila perisik-perisik Israel berkenaan terlibat dalam sistem komunikasi polis," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu memohon agar diadakan segera Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan ancaman keselamatan ke atas negara ini.

"Kita memohon jasa baik Raja-Raja Melayu untuk bertindak segera kerana tidak mungkin Perdana Menteri akan mengambil inisiatif membincangkan ancaman keselamatan tersebut kerana perisik-perisik Israel tersebut dibawa masuk oleh pihak yang dilantik oleh kerajaannya sendiri untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital," katanya.

Mahfuz melihat apa yang berlaku itu sebagai ancaman kepada negara ini kerana institusi keselamatan negara seperti polis telah ditentukan hala tuju mereka dan ia terdedah kepada penguasaan Israel yang disifatkannya sebagai entiti haram pengganas.

"Ini sangat merbahaya kepada masa depan negara. Sepatutnya kerajaan perlu menjelaskan hal tersebut bukannya mengambil tindakan mengheret (Datuk Seri) Anwar yang mendedahkan perkara itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bila beliau mendedahkan penglibatan tersebut, mengheret Anwar bukannya satu penjelasan.

"Pendedahan yang dibuat oleh Anwar itu merentasi persoalan 1Malaysia ataupun One Israel tapi ini soal maruah dan kedaulatan negara yang dipelihara bukannya dijual kepada pihak luar, lebih-lebih lagi pihak zionis.

"Perdana Menteri perlu berani memberi penjelasan bukannya menjadi seorang yang penakut berhadapan kenyataan sebenar kerana perlantikan itu atas keputusannya sendiri," katanya lagi.

Beliau juga menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai semakin rancaknya proses zionisasi ke atas negara ini melalui proses ‘mengIsraelkan’ jentera-jentera kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sudah pun bermula dalam bidang komunikasi melalui pengambilan Apco Worldwide dan juga di dalam pasukan polis.

Beliau juga meminta rakyat membuat penilaian sama ada ahli-ahli Umno akan memilih kesetiaan dan patriotisme kepada negara tercinta ini atau kepada pemimpin mereka ‘mengIsraelkan’ jentera-jentera kerajaan.

Anwar semalam mendedahkan di Dewan Rakyat tentang kewujudan perisik Israel dalam PDRM.

Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat semalam, Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menamakan syarikat terbabit, Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.

Katanya lagi, ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim zionis yang kejam," katanya.

Tuesday, April 6, 2010

Portal KDN sahkan APCO terlibat

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 6 April : Lawatan firma perundingan antarabangsa APCO Worldwide (APCO) ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 28 Oktober tahun lalu, seperti yang dilaporkan oleh laman iKDN, portal rasmi kementerian (gambar atas) tersebut seolah-olah memberi satu jawapan berhubung sejauhmana firma yang dikatakan pro Zionis-Israel itu berperanan dalam urusan keselamatan dalam negara.

Munurut portal rasmi kerajaan itu, http://www.ikdn.org/, KDN telahpun mengadakan pertemuan dengan beberapa perunding antarabangsa paling lewat pada 23 Oktober tahun lalu.

Pertemuan itu, menurut portal KDN, adalah pertemuan kali yang kedua dari empat pertemuan seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Jelas sumber itu lagi, persetujuan KDN melantik APCO merupakan aktiviti kesinambungan dari program 'Supporting The Goverment Of Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication' anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri.

Lebih mengejutkan, portal tersebut mendedahkah, dua siri pertemuan tersebut dipengerusikan sendiri oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam. (gambar)

Pemakluman rasmi itu sekaligus mengesahkan dakwaan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebelum ini, bahawa perlantikan APCO boleh mengakibatkan keselamatan dalam negeri terdedah pada firma pro Zionis-Israel tersebut.

18 Mac lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan lisannya kepada Dewan Rakyat memberitahu, inisiatif kerajaan melantik APCO menguruskan perkhidmatan komunikasi menyeluruh dalam kerajaan supaya kerajaan mampu meningkatkan lagi kapasiti perkhidmatannya dalam bidang komunikasi.

Jawapan Nazri itu adalah mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar curiga 2 agen perisikan Israel di Bukit Aman

harakahdaily

Monday, April 5, 2010

Gambar sekitar program Pentas Pemuda PR & Pembelaan Rakyat dan Ziarah

Miri, 3 April 2010 - Pentas Pemuda Pakatan Rakyat telah diadakan di perkarangan rumah YDP PAS Kawasan Miri, Tuan Hj Jofri Jaraie. Antara pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat yang hadir ialah Ust Nik Abduh Nik Aziz, Ust Wan Syukhairi, Sdr Mohd Adram, Ust Nuri dan Ust Yusni Mat Piah. Turut diserikan lagi kemunculan Sdr Khairul Anuar Naib Ketua AMK Pusat, Dr Michael Teo (Ketua PKR Cabang Miri) dan beberapa pimpinan tempatan PR yang lain. Pada malam selain ceramah bersemangat dari pimpinan DPPP dan pimpinan PR yang lain, juga tertubuhnya Sekretariat Pakatan Rakyat Miri.


Pada pagi 4 April 2010 pula PAS Kawasan Miri telah mengadakan Program Pembelaan Rakyat dan Ziarah Dakwah di Kampung Tudan, Miri. Kehadiran Exco DPPP yang diketuai oleh Ust Nik Abduh Nik Aziz beserta rombongannya kali ini ternyata memeriahkan lagi program tersebut. Sebanyak 15 keluarga berbilang bangsa dan agama yang terdiri dari keluarga miskin yang amat daif telah diberi bantuan dan sumbangan untuk keperluan hidup seharian.









Sarawak terpinggir dari arus pembangunan material, spiritual

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Lawatan saya ke Bumi Kenyalang dalam misi memperkasa gerakan Pemuda PAS dan Pemuda Pakatan Rakyat di sana sungguh bermakna dan benar - benar menyentuh sanubari seorang pejuang .

2. Semangat anak - anak muda yang ingin melihat perubahan besar berlaku di negeri Sarawak cukup meyakinkan bahawa Sarawak adalah bumi yang subur buat perjuangan Islam yang kita dokong ini .

3. Sarawak sebagai sebuah negeri yang mempunyai banyak hasil bumi seperti minyak , gas , balak dan lainnya adalah sebuah negeri yang berpotensi besar untuk menjadi negeri yang paling maju di Malaysia dan rakyatnya pula adalah rakyat yang paling selesa dan bahagia . Bertolak dari kemajuan dan keselesaan itu pula , Sarawak sewajarnya mampu membekalkan ilmu dan pendidikan yang baik malah bertaraf dunia kepada seluruh rakyatnya .

4. Namun malang sejuta kali malang apabila rakyat Sarawak disenaraikan antara rakyat yang paling miskin dalam negara kita . Inilah musibah besar yang terpaksa dihadapi oleh rakyat negara ini ekoran penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara yang sangat ketara . Lihat sahaja negeri Terengganu yang turut mendapat jolokan sebagai Kuwait Malaysia seketika dulu lantaran minyak yang melimpah dikurniakan Allah swt , tetapi dukanya Rakyat Terengganu juga antara rakyat termiskin dalam negara ini .

5. Sarawak yang hanya mempunyai 2.4 juta penduduk berbanding pendapatan kerajaan negeri Sarawak yang sedemikian banyak , selayaknya sejak 47 tahun negeri ini merdeka tiada lagi rakyat yang hidup miskin dan berada di bawah paras kemiskinan yang bisa meluluh sanubari insaniah .

6. Lebih malang 37% ummat Islam [ 888.000 orang ] Sarawak tidak mendapat pendidikan agama yang sewajarnya sebagai seorang muslim terutama kepada muslim yang berada di kawasan pendalaman . Mereka terus terhimpit atau terperangkap dalam kemiskinan dan kejahilan yang parah . Jurang perbedaan tahap upaya ekonomi keluarga juga sangat ketara antara golongan kaya dan miskin . Pemandangan di Sarawak jelas dapat dilihat secara mata kasar bagaimana jurang perbedaan kaya miskin itu selebar jarak "langit dan bumi" .

7. Saya tidak nafi berlakunya perkembangan dakwah dan peningkatan ummat Islam di Sarawak tetapi perlu diingatkan bahawa Islam tidak sekadar mengislamkan insan kemudian meninggalkan mereka kekal dalam keadaan jahil dan terus leka dibawa arus maksiat serta mungkar tanpa ada usaha yang gigih dan berkesan untuk membimbing atau mendidik mereka agar menjadi insan yang soleh dan bertaqwa .

8. Sarawak telah memiliki institusi Islam yang baik seperti surau [ 845 buah ] dan masjid [ 352 buah ] . Malah Sarawak juga turut mempunyai Ngos Islam seperti Harakah Islamiah [HIKMAH] , PERKIM , PERKIS , JIM , ABIM , AMAL , PERKEPIS , SEMISA dan 74 buah Lembaga Amanah Khairat di seluruh negeri Sarawak . Segala potensi ini sewajarnya tidak hanya diberi peruntukkan material berupa dana dan bangunan semata - mata tetapi juga peruntukkan kuasa dan bidang tugas yang lebih luas dan besar agar mereka benar - benar berfungsi tanpa kekangan yang membantutkan usaha murni mereka .

9. Peningkatan 78 buah perkampungan baru Islam si seluruh negeri Sarawak juga mestilah diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri agar kebajikan dan pendidikan mereka dijamin sebaik mungkin . Bukan sahaja kaum dan bangsa yang menganut ajaran Islam tetapi jua kepada seluruh rakyat negeri Sarawak selayaknya diberikan tumpuan oleh kerajaan agar taraf hidup mereka ditingkatkan sekaligus memberi harapan dan sinar baru buat masa depan mereka.

10. Setakat ini , apa yang berlaku di Sarawak ialah pengaruh dan penguasaan ekonomi negeri hanya dibolot oleh golongan pemimpin dan kroni parti pemerintah . Segala projek dari serendah nilai seperti projek angkut sampah hinggalah kepada projek mewah setinggi nilai dikaut dan dikuasai oleh individu dan golongan [ elit ] tertentu sahaja.

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.



Harakahdaily