Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menegaskan PAS adalah sebuah parti milik semua pihak dan semua golongan seperti petani, pekebun, guru, kakitangan awam dan kerajaan, profesional dan ulama.
Beliau menegaskan tidak timbul PAS milik golongan tertentu sahaja kerana untuk mengukuhkan parti penglibatan semua pihak daripada pelbagai golongan diperlukan.
Beliau juga kecewa bila ramai pemimpin ghairah memberikan pandangan kepada media arus perdana yang menyebabkan timbul persepsi berlaku perpecahan dalam parti.
Beliau menegaskan, perbincangan terbuka bahawa hak beberapa jawatan dalam PAS hanya perlu diisi oleh kumpulan ulama dan profesional perlu dihentikan kerana ia memberikan imej buruk wujudnya konsep kasta dalam parti.
?Perbincangan seperti ini akan menimbulkan persepsi adanya perpecahan dalam parti dan ia boleh melemahkan, bukan menguatkan.
Ia juga boleh menyebabkan ahli parti lain yang bukan daripada golongan ulama dan profesional berkecil hati dan akhirnya akan menjauhkan diri daripada parti, katanya.
?Saya minta hentikan kerana ia memberi mesej dan imej salah mengenai parti kepada akar umbi, seolah-olah PAS hanya dianggotai oleh dua kumpulan ini sahaja,? katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena seterusnya menegaskan Jawatan dalam PAS bukannya hak eksklusif untuk mana-mana kumpulan sahaja tetapi terbuka kepada setiap ahli parti yang layak berdasarkan kepada meritokrasi.
Beliau berkata, apabila seseorang pemimpin itu dipilih berdasarkan kepada meritokrasi yang mendapat sokongan padu daripada seluruh ahli, maka ia akan memperkukuhkan lagi kekuatan dan kesinambungan PAS.
artikel asal : HarakahDaily

No comments:
Post a Comment