Najib: BN sedia kerjasama atasi krisis politik Perak tapi...
Bukan bermakna bersetuju tubuhkan kerajaan campuran
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia bukanlah bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran.
Perdana Menteri berkata, kerjasama keduadua pihak mestilah menjurus kepada saling hormat menghormati antara satu sama lain dan mematuhi undangundang negara.
"Kerjasama tidak semestinya bererti kita buat kerajaan campuran, tidak semestinya bentuk itu, ia boleh dalam pelbagai bentuk, yang penting sekali saling hormat menghormati antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan Umno bahagian Pekan, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang semalam yang sedia mengadakan perbincangan dengannya bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.
Najib menegaskan, kemelut politik di Perak boleh dielakkan sekiranya semua pihak mematuhi undangundang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
"Maknanya kerjasama dalam konteks urusan pentadbiran negara, kalau kita menghormati undang-undang, semua pihak juga perlu mematuhi undang-undang, sebenarnya kalau kita semua ikut peraturan, tak ada kemelut, kalau menghormati peraturan dan undang-undang negara, tak akan jadi kemelut, bila masing-masing menegakkan benang basah, jadilah masalah," katanya.
Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional sentiasa bersikap terbuka dan mahu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
"Kita tidak mahu keadaaan ini (di Perak) berterusan, kita hendak berkhidmat kepada rakyat, untuk semua kaum di Perak dan seluruh negara," kata Najib.
read more : http://www.mstar.com.my/

klip video ehsan : greenboc
No comments:
Post a Comment