Thursday, May 7, 2009

Mohd Sabu Ditangkap, Najib Mula Tunjuk Kuku Besi

Pemimpin lantang PAS, Mohamad Sabu ditangkap secara kasar oleh sekumpulan anggota polis ketika beliau dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berada di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat pukul 3 petang tadi.

Menurut Salahuddin, Naib Presiden PAS itu diberkas oleh kira-kira sepuluh anggota polis yang menaiki kereta Camry dan Perdana gelap dipercayai dari cawangan Khas.

Beliau diheret ke dalam kereta dengan diperhatikan oleh orang ramai sebelum kereta tersebut memecut ke destinasi yang tidak diketahui.


"Saya sendiri ditangkap dan dihumban ke tepi jalan secara biadap oleh anggota polis. Saya bertanyakan sama ada mereka membawa waran untuk menangkap Mohamad Sabu dan mereka menjawab tidak ada.

"Walaupun saya membantah tindakan mereka saya pula ditangkap dan dihumban begitu rupa ditepi jalan," kata Salahuddin ketika dihubungi Tv Antara.

Beliau berkata Mohamad Sabu tidak dapat dihubungi ketika ini dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin bagi tindakan selanjutnya.

Salahuddin menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertamadun dan tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kena mengena dengan sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung esok.

Mohamad Sabu dikatakan terlibat dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh 7 Mei, bersempena persidangan DUN.

Penangkapannya dibuat sehari selepas penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

Hari ini juga seramai lima orang aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ditangkap dihadapan kompleks pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya apabila cuba menghantar kek hari jadi Altantuya kepada Najib Razak sempena ulangtahun mendiang wanita Monggolia itu yang jatuh hari ini.


artikel asal : TVAntara





klip video ehsan : greenboc

No comments:

Post a Comment