Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menegaskan penangkapan terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu serta ahli politik Pakatan Rakyat yang dilakukan oleh pihak polis menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengembalikan demokrasi 'ala Mahathir' yang penuh kezaliman.
Tindakan 10 orang polis yang tidak memakai uniform dan tidak menunjukkan waran ketika membuat tangkapan ke atas Mohamad Sabu katanya, melanggar undang-undang hak asasi manusia.
Tindakan 10 orang polis yang tidak memakai uniform dan tidak menunjukkan waran ketika membuat tangkapan ke atas Mohamad Sabu katanya, melanggar undang-undang hak asasi manusia.
"Inilah wajah demokrasi Malaysia yang sebenarnya rakyat tidak tahu demokrasi corak macam mana yang kerajaan di bawah Najib akan buat," katanya.
Sebagai rakyat Malaysia beliau berasakan tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis tanpa menggunakan waran itu suatu perkara yang amat menyedihkan.
Beliau menegaskan perkara itu memang suatu yang amat menjelekkan dan sudah biasa dilakukan terhadap aktivis parti Pakatan Rakyat.
"Inilah risiko yang akan kita terima kerana kerajaan BN selama ini tidak mahu menghadapi suasana politik dengan cara menerima pandangan daripada pembangkang," katanya.
Beliau menegaskan, apa yang akan dilakukan oleh Mohamad hanya solat hajat di masjid bukan demonstrasi sebagaimana yang dibimbangi oleh pihak BN.
Katanya, tangkapan demi tangkapan tersebut menunjukkan bahawa kerajaan BN tidak berani untuk memberikan kebebasan kepada rakyat meluahkan suara hati mereka.
Menurut beliau, ini adalah antara tindakan permulaan yang dilakukan oleh Najib untuk mengekalkan kuasa rakusnya merampas Perak daripada kerajaan Pakatan Rakyat.
artikel asal : HarakahDaily
No comments:
Post a Comment