Monday, July 20, 2009

Kes 'puaka' UM : Mahkamah tolak lanjut reman presiden PMI

Abdul Rahim Sabri Jul 20, 09 1:18pm

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya, Shazni Munir Mohd Ithnin ditahan Sabtu lalu bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng dan percubaan membakar di dewan Akademi Pengajian Islam (API) universiti tersebut hujung bulan lalu.

Menurut peguamnya, Mohd Radzlan Jalaludin berkata, Shazni dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk dilanjutkan tahanan reman terhadapnya.

Bagaimanapun, katanya, mahkamah menolak permohonan tahanan reman itu kerana Shazni telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada siasatan polis.

Menurutnya, mahkamah memutuskan siasatan telah lengkap dan Shazni pula mempunyai kuliah untuk dihadiri hari ini.

Ketika dihubungi pada jam 1.15 petang, Radzlan berkata, beliau dan keluarga Shazni kini berada di balai polis Brickfields untuk urusan pembebasan Shazni.


Shazni antara tiga pelajar API yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kejadian pada awal pagi 24 Jun lalu yang telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dua lagi pelajar API Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli akan dibicarakan mulai 7 Disember ini.

Selain pemimpin pelajar itu, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani juga dicari polis.

Perkataan-perkataan yang diconteng dekat pintu masuk dewan kuliah utama API termasuklah "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" beberapa jam sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Kedua-duanya juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk kempen derma 'Power of 10 Sen : Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin.

malaysiakini

No comments:

Post a Comment