Dua kakitangan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago membuat laporan Polis selepas dikasari Polis pada perhimpunan di hadapan Pejabat SPRM pagi tadi.
Tindakan ganas polis mengakibatkan mereka mengalami kecederaan akibat diseret di atas jalan sejauh 40 meter.
Bukan sahaja mengasari lelaki, anggota berkenaan turut bertindak mengasari kaum wanita dengan menumbuk dan menendang mangsa.
Ng Yap Hwa berkata, dia ditahan sewaktu cuba membantu Pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri, Loo Thuan Boon dari ditangkap dan dicederakan anggota berkenaan.
"Lebih kurang enam anggota Polis pegang kaki dan tangan saya dan cuba menarik saya ke dalam kereta polis, saya jatuh dan mereka heret saya di atas jalan raya. Akibatnya saya mengalami luka, sakit di bahagian kaki dan baju dan seluar saya koyak," katanya selepas membuat laporan Polis di IPD Shah Alam.
Sementara itu, seorang lagi mangsa wanita, Sarah Devaraj berkata, di dikasari oleh Polis ketika cuba menyelamatkan Yap Hwa.
Katanya, tindakan Polis lelaki yang menumbuk dan menolaknya adalah satu gangguan seksual.
"Semasa saya cuba bantu dia salah seorang Polis telah tumbuk dan tolak saya. Saya membuat laporan ianya sebagai satu gangguan seksual kerana saya dalah seorang wanita. Mereka tidak ada hak menyentuh saya kerana mereka lelaki.
"Saya nampak Yap Hwa dilantai dan bila hendak bantu dia, FRU menendang saya di kaki dan mereka juga menggunakan perisai menekan kepala saya," katanya.
"Mereka sangat biadap dan kurang ajar terhadap seorang wakil rakyat, mereka menunjukkan jari di depan muka YB dan ia satu tindakan yang sangat kurang ajar," katanya.
TVA
No comments:
Post a Comment