Saturday, June 27, 2009

Sebok Nak Tukar Nama Penyakit! Kes Baru Makin Meningkat Saban Hari

"Perkara ini (penggunaan istilah selesema babi) tidak timbul sebagai isu langsung. Pokoknya masyarakat harus faham selesema itu bukan selesema gajah tetapi selesema babi...jadi sekiranya H1N1 digunakan maka RTM akan gunakan selesema babi untuk menegaskan ertinya.

"Kami telah membincangkan perkara ini dan secara antarabangsanya H1N1 boleh digunakan tetapi di Malaysia kita akan menggunakan istilah selesema babi. Ini bagi memastikan masyarakat dapat memahami maksudnya,"

Rais dalam kenyataannya kelmarin mencadangkan supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan influenza A (H1N1) yang digunakan ketika ini.

sumber : mstaronline

Sehingga 27 Jun 2009 jam 8.00 pagi terdapat 7 kes baru influenza A(H1N1) telah dilaporkan di Malaysia yang terdiri daripada enam(6) kes import dan satu(1) kes jangkitan tempatan.

Ini menjadikan jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga kini adalah berjumlah 112 kes yang terdiri daripada 96 kes import dan 16 kes jangkitan tempatan. Tiada kematian dilaporkan.

Maklumat berkaitan tujuh(7) kes baru yang dilaporkan adalah lima(5) kes melibatkan warganegara Malaysia dan dua(2) melibatkan warga asing (Australia(1) dan Ireland(1)). Enam(6) kes import telah memberikan sejarah melawat negara yang terjejas dengan wabak influenza A(H1N1), iaitu Sydney(2), Melbourne(3), dan Cambodia(1). Satu(1) kes jangkitan tempatan melibatkan kes warga tempatan.

sumber : MOH



No comments:

Post a Comment