Saturday, June 27, 2009

Laungan Takbir Mengiringi Haji Fauzi Abdullah Sebagai Calon PAS Manek Urai Semalam

MANEK URAI – Bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai Mohd Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pengumuman tersebut di buat Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dihadapan lebih 30,000 ahli dan penyokong PAS di padang Sekolah Kebangsaan Manek urai Lama disini semalam

Laungan takbir bergema sebaik sahaja nama Fauzi, 50, seorang pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai, juga adalah Ahli Majlis Daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991, diumumkan.

”Beliau adalah ahli majlis daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991 sehingga kini, pekerjaan dia pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai sejak tahun 1982,

”mempunyai seorang isteri bernama Aminah bt Mahmud, lima orang anak, empat perempuan dan satu lelaki,

”beliau merupakan anak keenam, seorang yang warak, berserban sejak muda lagi, itu dia sifat dia…. Nama nak tahu jugok ?.... nama dia Mohd Fauzi Abdullah,”kata Tok Guru Nik Aziz.

Turut hadir dan berucap dalam majlis semalam adalah Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengarah Pilihanraya PKR, Saifudin Nasution dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.



BuletinOnline

No comments:

Post a Comment