Thursday, January 21, 2010
Khalid mahu kepimpinan Jais, Mais dirombak
“Ya, mereka perlu ditukar, Mais dan Jais patut berada di bawah kepimpinan yang mempunyai latar belakang agama, jadi mereka boleh selesaikan masalah-masalah yang timbul,”SHAH ALAM, Jan 21 — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) mahu kepimpinan dua institusi agama di Selangor — Jais dan Mais — dirombak selaras dengan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar isu-isu semasa menyentuh umat Islam di negeri itu dapat ditangani dengan harmoni.
Wakil rakyat PAS itu berkata, ke arah penilaian kembali sesuatu pendirian dan pendekatan, beliau berkeyakinan masanya telah tiba untuk “ulama-ulama” yang selama ini dipinggirkan oleh pentadbiran lama atas sebab kepentingan politik mereka, diberi peluang dan kedudukan yang sewajarnya dalam institusi keagamaan negeri Selangor dengan naiknya pentadbiran baru.
“Mungkin dengan itu akan ditangani semua persoalan dengan lebih baik dan bertanggungjawab,” kata beliau di sini hari ini.
Sambil menjelaskan kepimpinan semasa kedua-dua Jais dan Mais dilantik oleh pentadbiran lama pimpinan Umno-BN yang memerintah sehingga Mac 2008, “mereka tidak gembira dan tidak memberikan kerjasama penuh kepada pentadbiran semasa.”
“Mereka bertindak dengan bebas,” kata beliau kepimpinan kedua-dua agensi itu bercanggah pendirian dengan kerajaan negeri.
Oleh kerana mereka tidak memberikan kerjasama yang baik, tegas Khalid, kepimpinan Jais dan Mais perlu diubah.
“Ya, mereka perlu ditukar, Mais dan Jais patut berada di bawah kepimpinan yang mempunyai latar belakang agama, jadi mereka boleh selesaikan masalah-masalah yang timbul,” katanya.
Ini bukan kali pertama Khalid, bekas timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor “bertembung” dengan Jais dan Mais dalam banyak isu.
Khamis lalu, Jais meminta Khalid supaya tidak mempertikaikan pendirian dan arahan pihaknya dan juga Mais berhubung isu penggunaan kalimah “Allah”.
MENYUSUL LAGI
Bubar Dun : 10 ribu Pemuda PAS Perak bersedia
Nazri Abdullah
IPOH, 21 Jan : Satu Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Perak (HEMPAP) akan diadakan pada 31 Januari ini sebagai persiapan dewan itu menggerakkan jentera mereka berdepan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada bila-bila masa.
Pemangku Ketua Pemuda Pas Perak, Nur Amin berkata selain bagi menyatakan kesediaan dewan itu berdepan Pilihan Raya Negeri, ianya juga sebagai bukti jentera pemuda Pas negeri itu bersedia berdepan Umno Barisan Nasional.
"Program julung kali ini diadakan bagi menyatakan kesediaan Pemuda PAS Perak terhadap Pembubaran Dun Perak pada bila-bila masa.
"Kita yakin dengan program tersebut, pemuda PAS bersedia berdepan Umno BN dalam pilihanraya ini," katanya di pejabat Pemuda PAS negeri hari ini.
Program sehari tersebut akan berlangsung di Darul Taklim Kubu Gajah, di Selama, Larut dan akan dirasmikan Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Abu Bakar Hussin.
Turut akan dilancarkan pada program tersebut adalah baju khas jentera pilihanraya Perak oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.
Antara pimpinan yang akan memberi ucapan pula termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Antara menarik pada program berkenaan termasuk persembahan nasyid, pertunjukan pentas, gerai pameran dan jualan serta program derma darah.
"Ayuh pemuda bersama kami gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi.
"Kita minta hadir bersama dengan memakai baju berwarna hijau sebagai simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini," katanya.
Harakahdaily
Penduduk 'Demo' Bantah 'Judi Haram'
- Setelah pihak berkuasa gagal mengambil tindakanKUALA NERUS – Lebih 100 orang penduduk sekitar Kampung Batu Enam dekat sini telah keluar ke jalanraya dan menyatakan bantahan mereka terhadap dua buah kedai yang menjalankan operasi menjual ‘judi haram’.
Mereka telah berdiri dihadapan kedua-dua kedai 'ekor haram' yang terletak berhampiran jambatan Buluh Gading, setelah laporan dan makluman mereka kepada pihak berkuasa gagal menyekat operasi kedai tersebut.
Bantahan yang bermula jam 5.30 petang (hari ini) 20 Januari, 2010, berakhir sejam kemudian, dengan keadaan aman.
Menurut jurucakap kumpulan tersebut, Mustafa Ismail, 49, penduduk telah membuat laporan ke pejabat Agama, namun pejabat Agama dikatakan gagal untuk mengambil tindakan kerana tidak cukup bukti.
"Kegiatan tidak disenangi ini sudah lama berlaku, dalam 3 atau 4 tahun kebelakangan ini, laporan kepada pejabat Ugama sudah dibuat, makluman kepada polis juga sudah dibuat,
"Pejabat Agama tak boleh berbuat apa-apa kerana katanya tak ada kertas atau slip, bukti pembelian 'ekor haram',"ujarnya ketika ditemui selepas Demo tersebut.
Beliau berkata kegiatan menjual judi itu dijalankan di dua buah kedai bertentangan berhampiran Jambatan Buluh Gading.
Katanya, wakil penduduk Harun Ismail telah memberi amaran terakhir kepada pengendali 'haram' tersebut, supaya menghentikan kegiatan, ataupun menghadapi risiko diusir dari kawasan berkenaan
"Sebuah kedai menjual ikan hiasan, makanan ikan dan alatan memancing. Dan sebuah lagi tidak menjual apa-apa (untuk melindungi) cuma menjual 'ekor haram' itu, dulunya sebuah kedai basikal,"jelas Mustafa yang juga Pengerusi Persatuan Penjaja-penjaja Melayu Kuala Nerus.
Justeru, beliau berharap dengan tindakan orang-orang kampung tersebut akan mmberikan kesedaran kepada kedua-dua pengendali judi haram itu supaya menghentikan kegiatannya.
Tunggu Berita selanjutnya>>
DS Anwar Ibrahim absent : Trial on Feb 2
malaysianmirror
Wednesday, January 20, 2010
Anwar: Umno cetus isu ‘Allah’ untuk ‘musnah’ Pakatan
Oleh G. Manimaran
HULU SELANGOR, Jan 20 — Datuk Seri Anwar Ibrahim turun di Bukit Sentosa di sini malam tadi, lokasi dikunjungi presiden Umno Datuk Seri Najib Razak seminggu lalu, dengan mendakwa Umno-BN mencetuskan isu kalimah “Allah” untuk memusnahkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Saya nak cabar Umno malam ini, buktikan yang ini jika tidak betul.
“Isu kalimah Allah ini diadakan untuk tujuan memecahkan DAP dan PAS... sebab itu mereka ingat apabila ada isu ini DAP akan keluar dengan kenyataan menentang (isu kalimah Allah) dan PAS akan membalas, dan akhirnya DAP dan PAS berpecah, maka pecahlah Pakatan Rakyat,” katanya.
Kerjasama PKR-PAS-DAP membentuk PR selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
Tambah beliau, PAS dengan segera telah menyatakan pendiriannya berlandaskan al-Quran bahawa bukan Islam ada dan boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
“... bahawa kalimah Allah telah digunakan oleh bukan Islam di tanah Arab dan Kristian di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Selain PAS, rakan mereka dalam PR iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga menyatakan pendirian senada dalam isu ini.
Anwar yang juga ketua umum PR berucap di Bandar Bukit Sentosa di sini, tempat di mana pada 9 Jan lalu Umno telah menganjurkan program tiga hari “Umno Juara Rakyat”, yang dirasmikan oleh Najib sendiri.
Kelmarin di Kuantan, Anwar yang juga penasihat PKR mendakwa kontroversi kalimah “Allah” sengaja ditimbulkan oleh Umno untuk menunjukkan bahawa parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar.
Ketua pembangkang di Parlimen ini berkata, Umno juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.
Anwar juga mengulangi bahawa penggunaan kalimah “Allah” sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir, malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut.
“Saya merujuk kepada ulama Islam dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam,” katanya.
Kawasan Parlimen Hulu Selangor dikuasai PR menerusi wakil PKR iaitu Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, bekas timbalan menteri Selangor.
Bagaimanapun Zainal tidak hadir pada ceramah malam tadi kerana sedang pulih selepas menjalani pembedahan kali ketiga baru-baru ini.
Ceramah di sini malam tadi merupakan persinggahan kedua Anwar yang sebelum itu berucap di Sabak Bernam.
Ia dilihat sebagai sebahagian daripada kempen PKR menjelang kes liwat kedua Anwar yang dijadual bermula Isnin ini.
Ceramah ini akan diadakan di 10 lokasi terpilih di seluruh negara.
Justeru Anwar yang bebas daripada tuduhan pertama enam tahun lalu memberitahu, beliau “bersedia untuk berperang habis-habisan” menghadapi isu tersebut.
Kata Anwar, beliau akan memanggil Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi apabila kesnya dibawa ke mahkamah.
themalaysianinsider
Tuesday, January 19, 2010
OKU: Ketua Pesuruhjaya SPRM minta maaf kepada Karpal Singh
KUALA LUMPUR, 19 Jan : Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamad memohon maaf kepada Karpal Singh berikutan tindakan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM dikatakan menghina orang kurang upaya (OKU).
Begitu juga Peguam Kanan Persekutuan Persekutuan yang mengeluarkan kata-kata tidak baik terhadap OKU itu juga difahamkan telah memohon maaf.
Baru-baru ini, seorang Peguam Kanan Persekutuan didakwa mengeluarkan kata-kata menghina ke atas peguam Karpal Singh berkaitan dengan kecacatannya.
Ekoran itu, pelbgai pertubuhan OKU membuat bantahan terhadap penyataan yang dianggap menghina itu. Antaranya bantahan dibuat oleh Badan Latihan & Hidup Berdikari (ILTC), sebuah NGO yang mewakili orang kurang upaya.
(Gambar: Surat ILTC yang dihantar kepada SPRM bagi membantah kenyataan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM)ILTC membantah kenyataan Peguam Kanan Persekutuan berkenaan yang dianggap sebagai menghina OKU apabila beliau menghina Karpal Singh.
Berikut adalah kenyataan penuh SPRM yang dihantar kepada Harakahdaily yang dikeluarkan oleh Ps. Nurhasmah Mohamed Kassim bagi pihak Ketua Unit Komunikasi Korporat SPRM.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
----------------------------------
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kepada laporan media berhubung kenyataan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM dalam satu perbicaraan mahkamah pada 18 Januari 2010.
SPRM dimaklumkan bahawa Peguam Kanan Persekutuan tersebut telah menarik balik kenyataan yang dibuat dan permohonan maaf telah dibuat oleh beliau kepada individu berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM mewakili warga SPRM ingin memohon maaf di atas kenyataan tersebut dan tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dalam perkara ini.
SPRM juga merujuk kepada dakwaan Rakyat Anti-Diskriminasi ke atas OKU Malaysia (MADD) dan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) yang dikatakan terpaksa menunggu lama untuk menyampaikan memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta ketiadaan pegawai SPRM untuk menerima memorandum tersebut.
Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM hanya menerima permohonan daripada ILTC berhubung penyerahan memorandum tersebut melalui faksimili jam 10.03 pagi pada 18 Januari 2010. Dalam permohonan tersebut, ILTC meminta Ketua Pesuruhjaya SPRM datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk menerima memorandum tersebut pada jam 11.30 pagi.
Namun begitu, Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak dapat hadir kerana pada waktu yang sama beliau menghadiri Majlis Perasmian MyID dan Mesyuarat Agensi-Agensi Sektor Awam oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Walau bagaimanapun, pihak SPRM Wilayah Persekutuan telah diminta untuk menerima memorandum tersebut bagi pihak Ketua Pesuruhjaya.
SPRM memohon maaf di atas segala kesulitan yang dilalui oleh pihak MADD dan ILTC dan akan memastikan perkara ini tidak berulang lagi.
IBU PEJABAT
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, PUTRAJAYA
19 JANUARI 2010
Sidang media PKR selepas pertemuan bersama diplomat asing
PKR beri diplomat taklimat isu 'Allah', kes liwat Anwar
tvpas09
Bantu SPR daftar 4.39 juta pengundi segera
"PAS melihat inilah peluang untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi,"Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Jan : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS di semua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih.
Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar.
Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi di negara ini belum mendaftar.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataannya kepada media.
Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara.
Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.
"Oleh itu PAS menawarkan satu kerjasama serius digerakkan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara," kata Idris.
Demi memastikan negara ini dapat dipimpin oleh Kerajaan yang lebih baik dimasa hadapan, katanya, program-program kempen pendaftaran pengundi baru perlu digerakkan dan disusun secara berjadual.
"PAS melihat inilah peluang untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta jentera PAS serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.
PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim, katanya.
Wacana isu Semasa mengenai Penggunaan Perkataan Allah oleh Bukan Islam
Kenyataan rasmi PAS
PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS)
Seronok dengar Wacana Isu Penggunaan Nama Allah
Turut hadir malam tadi ke Wacana isu Semasa mengenai Penggunaan Perkataan Allah oleh Bukan Islam di rumah DSAI yang turut disertai NGO dan individu.Memulakan ucapan yang saya kenal adalah DSAI, YB ustaz nasharudin Mat Isa, Prof Kamal Hassan, Peguam Hanipa Maidin, YB Khalid Samad, Cikgu Azmi TERAS, Bloger Wan Ji AlBakistani, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Dato’ Ahmad Yaakob TMB Kelantan, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Prof Osman Bakar, Haji Mohd Apandi Bekas MP Jeli dan lain-lain.
Seronok dengar orang cerdik-cerdik bercakap. Kebanyakannya pemimpin PAS yang hadir menyatakan pendirian PAS mengenai isu tersebut.Kenyataan rasmi PAS
PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS)
Zambry jumpa Najib bincang bubar DUN?
"Datuk Seri Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini di lihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi,"Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Jan : Beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu dalam sedikit masa lagi.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu beberapa petanda menuju ke arah itu sedang berlaku.
Ianya termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak.
"Datuk Seri Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini di lihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi," kata Mohd Nur Amin selaku pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.
Selain itu menguatkan lagi keyakinan mereka akan berlakunya pilihanraya adalah maklumat yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu.
Sehubungan itu, pemuda PAS Perak mengarahkan semua jentera Pemuda PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya supaya bersedia dengan pembubaran DUN itu.
Awal Februari ini, kerajaan Perak diteraju Zambry akan mencapai usia setahun pentadbirannya.
Monday, January 18, 2010
Hina OKU : Pesuruhjaya SPRM didesak letak jawatan
"Suatu hari nanti, saya berdoa kepada Tuhan supaya mereka berdua (Abu Kassim dan Abdul Razak) duduk di atas kerusi ini kerana mereka tak tahu menghormati sensitiviti kami semua,"Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 18 Jan : Beberapa pemimpin bagi pertubuhan orang kurang upaya (OKU) melancarkan demonstrasi aman menuntut Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kasim Mohamed supaya meletakkan jawatan.
Desakan tersebut ekoran peguam yang mewakili SPRM, Datuk Abdul Razak Musa telah menghina peguam OKU yang mewakili mendiang Teoh Beng Hock, Karpal Singh di kamar perbicaraan minggu lalu.
"Dia (Abu Kassim) perlu letak jawatan, dia tidak layak memimpin SPRM. (Abdul) Razak perlu diambil tindakan kerana menghina seorang OKU.
"Penghinaan dia (Abdul Razak) ‘saya boleh duduk, tetapi kamu (Karpal) tidak boleh bangun’ ini suatu penghinaan kepada seluruh OKU di Malaysia," kata Setiausaha Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC), Gurdip Kaur @ Rina pagi tadi.
Bercakap di depan Rumah Persekutuan yang menempatkan pejabat SPRM, beliau menganggap Abu Kasim dan Abdul Razak sendiri tidak menghormati hak asasi seluruh OKU di Malaysia.
"Sebagai penjawat kerajaan, sepatutnya beliau boleh menerima kunjungan kami. Kami sudah hantar surat (janji temu), tetapi mereka langsung tidak layan, seolah-olah tidak hormati hak kami" jelasnya.
Beliau turut berdoa supaya Tuhan membalas penghinaan terbabit.
"Suatu hari nanti, saya berdoa kepada Tuhan supaya mereka berdua (Abu Kassim dan Abdul Razak) duduk di atas kerusi ini kerana mereka tak tahu menghormati sensitiviti kami semua," katanya.
Turut mempertikai tindakan menghina oleh Abdul Razak dan Abu Kassim adalah Presiden Persatuan Terapi Bantuan Haiwan Untuk Warga Kurang Upaya dan Warga Emas, Malaysia (Perpositive).
"Mengapa begitu susah (Pengarah SPRM) turun (bertemu kami) di sini, mereka bukannya OKU.
"Dia (Abdul Razak) dan Abu Kassim begitu mudah menghina OKU di dalam mahkamah, mengapa begitu susah bersemuka dengan kami memohon maaf," katanya.
Beliau turut menuntut suatu tindakan disiplin dikenakan ke atas Abdul Razak.
Manakala, SPRM pula diminta memohon maaf secara terbuka kepada seluruh OKU serta berjanji tidak mengulangi diskriminasi tersebut.
Penasihat undang-Undang dan bagi badan Rakyat Anti-Diskriminasi ke atas OKU Malaysia (MADD), N. Surendran yang ditemui kemudian mengutuk layanan SPRM ke atas beberapa tuntutan para pemimpin OKU terbabit.
Sebelum pada itu, lebih sejam para pemimpin tersebut terpaksa melaung 'SPRM perlu minta maaf' dan 'jangan hina kami' sambil mengangkat beberapa kad protes.
Bagaimanapun, Pengarah SPRM, Hajah Azni Hamzah yang pada awalnya dilaporkan enggan melayan para pemimpin terbabit, akhirnya terpaksa menurut kehendak mereka.
Harakahdaily
Projek memasyarakatkan PAS di Sabah berhasil
SEPANGGAR, 18 Jan : Dewan Pemuda PAS Pusat yakin projek memasyarakatkan PAS di Sabah akan berjaya dan mendatangkan hasil yang lebih cepat daripada yang dijangkakan.Keyakinan itu dilahirkan oleh ketuanya, Nasrudin Hasan ketika dihubungi pagi tadi. Beliau bersama rombongan pulang ke ibu negara kira-kira jam 6 pagi ini.
"Segalanya bergantung kepada kesungguhan, keiltizaman dan keberanian rakyat Sabah untuk melakukan perubahan," ujarnya.
Menurutnya, rakyat Sabah mempunyai pengalaman dalam pertukaran kerajaan berbanding negeri-negeri di Semenanjung dan tidak mustahil mereka akan beralih kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum yang akan datang.
Katanya, pengalaman lebih 10 tahun pemuda PAS di negeri ini kini membawa mereka memasuki fasa kedua dalam mencorak perubahan di samping jentera Pemuda PAS Sabah telah disiapkan dengan penuh disiplin bagi menggerakkan seluruh jentera dan aktiviti ke arah memenangi pilihan raya umum nanti.
"Beberapa pelan tindakan strategik telah siap dilancarkan dan kini ia berada di atas landasan menuju kejayaan dan kemenangan," katanya penuh yakin.Beliau berkata, tinjauan pihaknya mendapati rata-rata penduduk negeri ini yang ditemui khususnya semasa lawatan ke lokasi-lokasi tertentu seperti pasar tamu, perkampungan dan juga taman perumahan melahirkan rasa kekecewaan kepada BN.
"BN gagal membela nasib rakyat Sabah sehingga mengekalkan kedudukan mereka dalam kemiskinan sungguhpun negeri ini negeri yang kaya dengan hasil mahsul negeri yang dikurniakan oleh Allah," katanya.
Katanya, anak-anak muda di negeri ini juga sudah mula memberikan perhatian kepada kehadiran PAS dan PR ekoran Sabah dilihat sangat tertinggal dari beberapa aspek seperti pendidikan dan pembangunan.
Di samping itu, masih wujud perkampungan yang daif terletak di tengah-tengah bandar raya Kota Kinabalu yang pesat membangun sementara pendidikan pula terlalu terkebelakang jika dibandingkan dengan di Semenanjung.
"Berberapa aktiviti yang telah dilakukan oleh Pemuda PAS Pusat bersama Pemuda Sabah sangat positif dan insya Allah satu komitmen yang tinggi akan diberikan kepada negeri Sabah bagi memastikan PAS dan PR bertapak kukuh,” katanya.Pagi kelmarin, beliau mengetuai pemuda mengedarkan risalah dan akhbar Harakah secara percuma kepada pengunjung-pengunjung Tamu Putatan.
Sebelah petang pula, beliau menziarahi pasar Philipines dan program ditamatkan dengan ceramah pentas pemuda di Putatan.
Beliau turut merakamkan sekalung tahniah buat Pemuda PAS negeri yang mula menunjukkan potensi untuk menjadi sebuah gerakan yang berkesan di negeri ini.
Harakahdaily
PAS dakwa Hishammuddin, Musa gagal kawal rumah ibadat diserang
“Kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran ke atas gereja adalah sesuatu yang sangat memalukan negara. Keadaan ini terus memberi imej buruk kepada negara kerana dilihat tidak punya keupayaan menjamin keselamatan dan ketenteraman awam untuk rakyat,”KUALA LUMPUR, Jan 17 – Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menggesa Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara harus meletakkan jawatan masing-masing kerana gagal mengawal kejadian serangan dan vandalisme ke atas rumah-rumah ibadat sejak lebih seminggu lalu.
“Kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran ke atas gereja adalah sesuatu yang sangat memalukan negara.
“Keadaan ini terus memberi imej buruk kepada negara kerana dilihat tidak punya keupayaan menjamin keselamatan dan ketenteraman awam untuk rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Setakat semalam, 10 gereja dan sebuah kuil Sikh berhadapan dengan perbuatan serangan dan vandalisme.
Sebuah masjid di Sarawak juga menjadi sasaran kerja vandalisme sehari selepas gereja di Seremban, perkembangan yang dikhuatiri boleh memburukkan lagi suasana tegang ekoran isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah”.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menambah kegagalan ini perlu dipertanggungjawabkan ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri dan Tan Sri Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara yang jelas gagal untuk mencapai sasaran indeks utama prestasi (KPI) kedua-dua institusi tersebut.
“Oleh itu amat wajar Datuk Seri Hishammuddin dan Tan Sri Musa melepaskan jawatan atau diberhentikan dari jawatan masing masing atas kegagalan mencapai KPI masing masing.
“Apa guna bercakap dan bermesyuarat berkenaan KPI bila KPI paling penting untuk KDN dan PDRM ialah menjaga keselamatan rakyat dan harta benda rakyat tidak dapat dijamin,” katanya.
Mahfuz memberitahu, Kabinet pimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hanya bercakap tentang pencapaian KPI walaupun sudah beberapa kali membincangkan persoalan KPI, kewajipan asas kerajaan amnya dan KDN serta PDRM khasnya untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta menjaga harta benda rakyat tidak dapat dilakukan.
themalaysianinsider

