Thursday, January 21, 2010

Penduduk 'Demo' Bantah 'Judi Haram'

- Setelah pihak berkuasa gagal mengambil tindakan

KUALA NERUS – Lebih 100 orang penduduk sekitar Kampung Batu Enam dekat sini telah keluar ke jalanraya dan menyatakan bantahan mereka terhadap dua buah kedai yang menjalankan operasi menjual ‘judi haram’.

Mereka telah berdiri dihadapan kedua-dua kedai 'ekor haram' yang terletak berhampiran jambatan Buluh Gading, setelah laporan dan makluman mereka kepada pihak berkuasa gagal menyekat operasi kedai tersebut.



Bantahan yang bermula jam 5.30 petang (hari ini) 20 Januari, 2010, berakhir sejam kemudian, dengan keadaan aman.


Menurut jurucakap kumpulan tersebut, Mustafa Ismail, 49, penduduk telah membuat laporan ke pejabat Agama, namun pejabat Agama dikatakan gagal untuk mengambil tindakan kerana tidak cukup bukti.

"Kegiatan tidak disenangi ini sudah lama berlaku, dalam 3 atau 4 tahun kebelakangan ini, laporan kepada pejabat Ugama sudah dibuat, makluman kepada polis juga sudah dibuat,

"Pejabat Agama tak boleh berbuat apa-apa kerana katanya tak ada kertas atau slip, bukti pembelian 'ekor haram',"ujarnya ketika ditemui selepas Demo tersebut.

Beliau berkata kegiatan menjual judi itu dijalankan di dua buah kedai bertentangan berhampiran Jambatan Buluh Gading.

Katanya, wakil penduduk Harun Ismail telah memberi amaran terakhir kepada pengendali 'haram' tersebut, supaya menghentikan kegiatan, ataupun menghadapi risiko diusir dari kawasan berkenaan

"Sebuah kedai menjual ikan hiasan, makanan ikan dan alatan memancing. Dan sebuah lagi tidak menjual apa-apa (untuk melindungi) cuma menjual 'ekor haram' itu, dulunya sebuah kedai basikal,"jelas Mustafa yang juga Pengerusi Persatuan Penjaja-penjaja Melayu Kuala Nerus.

Justeru, beliau berharap dengan tindakan orang-orang kampung tersebut akan mmberikan kesedaran kepada kedua-dua pengendali judi haram itu supaya menghentikan kegiatannya.

Tunggu Berita selanjutnya>>

No comments:

Post a Comment