Tuesday, November 24, 2009

RM30mil and souring ties

Monday, 23 November 2009 19:49

KUALA LUMPUR – The prime minister’s younger brother, Nazir Abdul Razak and his wife, Azalina Aziz, are alleged to control shares worth RM30mil in CIMB.

PKR vice-president Badrul Hisham Shaharin claimed in his blog that he received this information from a CIMB staff.

He said based on a 2008 CIMB audit report, Nazir owns 28,253,261 units of shares while Azalina has 400,000 units.

“This means the couple has, between them, 28,353,261 units which, in terms of cash value, had surely exceeded RM30mil by the end of the financial year as at Dec 31, 2008.

“This is not inclusive of the shares that have been disposed or sold off, valued at about RM1mil,” added Badrul, known as ‘CheGubard’ on the blog.

Badrul said Nazir, whose elder brother is Prime Minister Najib Abdul Razak, and Azalina should clarify how they came about owning the shares in CIMB.

Souring ties

The shares issue has come amid speculations of souring relations between Malaysia and some Western nations, over questions if Malaysian banks were involved in arms sales to the Communist regimes in North Korea and Myanmar.

It had been earlier reported that US president Barrack Obama had contacted Najib to advise him not to get Malaysian banks involved in any arms deals with the two countries.

Commenting on this, Badrul said Najib was reportedly defensive about Malaysian banks and this has given rise to questions if CIMB was one of the banks implicated in the issue.

“Under Abdullah Ahmad Badawi (Najib’s predecessor) Scomi, owned by his son, was implicated in transactions involving nuclear weapons used by a terror network.

“It looks like there is not much difference under Najib,” said Badrul, who also alleged that CIMB was involved in a contract with an Israel-based computer company that is directly involved in the Zionist regime’s defence against Palestine. He claimed the contract was worth RM250mil.

Personal call from Obama

In a related development, PAS news portal Harakah said some media companies overseas had reported that Obama had personally called on Najib regarding the issue of Malaysian banks.

The paper said two English-language media in Korea had written that Obama had asked Najib to clarify if any Malaysian banks were involved in any arms sales to North Korea and Myanmar.

Harakah added that the issue had soured the diplomatic ties between Malaysia and Western countries opposed to the two Communist regimes. – Malaysian Mirror.

Last Updated on Tuesday, 24 November 2009 09:33


Monday, November 23, 2009

Mahkamah tolak permohonan tangguh pilihan raya di Kota Siputeh

Harakahdaily

PUTRAJAYA, 23 Nov : Mahkamah Tinggi mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Kedah segera dan menolak permohonan SPR untuk ditangguhkan.

Ia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berkuat kuasa 16 November lalu, kata hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam keputusannya hari ini.

Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara yang mewakili SPR mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Seminggu sebelum itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa SPR wajar mengadakan pilihan raya kecil di kerusi berkenaan selepas didapati wujud kekosongan.

Namun Jumaat, 20 November lalu, SPR memohon hakim itu agar menangguhkan keputusan tersebut.

SPR memfailkan permohonan itu pada Rabu, 18 November selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.


Pada Sept 1, Speaker DUN Kedah memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan ADUN kawasan berkenaan.

Nik Aziz setuju nasihat Ariffahmi letak jawatan

Salmah Mat Hussin

KOTA BHARU, 23 Nov : Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.

Menurut Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan islam khasnya pas sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.

"Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB),"

"Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.

Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian.

Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.

"Tarikh tu terserah kepada dia," katanya lagi.

Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.

"Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab,"

Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak.

"Saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK.

"Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya," katanya.





Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.

Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?
Ya

Bila nak letak tu?
Tarikh itu terserah kepada dia.

Tapi tadi tok guru kata apa yang berlaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?
Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.

Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,

Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.

Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?
Itu masalah kedua.Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?

Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur,sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.

Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?
Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.

Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?
Saya sudah sebut dalam mesyuarat, dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri.

Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?
Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca. Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)

Transkrip penuh sidang media Abdul Ariffahmi

Macam mana pendirian saudara Arif? (gambar)
Pertama sekali saya ingin nyatakan saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk hjaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik Parti Islam Semalaysia, dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan.

Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya.

Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah.

Penerimaan keputusan ini atas sifat jaga jemaah Pas sendiri, dan jaga kerajaan negeri dan jaga nama baik tok guru.

Bila saudara akan lepas jawatan?
Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan.

Dalam hal ini adakah saudara dinasihat lepas jawatan atau saudara tawar diri untuk lepas jawatan?
Saya hanya menerima arahan, saya seperti biasa saya sentiasa patuh kepada pimpinan, terutama arahan ini, gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri. Saya sentiasa setia dan patuh pada dia, dan saya terima dengan hati terbuka.

Kenapa saudara tak letak serta merta, bukankah itu lebih baik?
Sebelum ini saya ada merujuk kepada dia, atas desakan yang dibuat ke atas saya, tapi pada masa itu dia minta saya tidak letak jawatan, dan atas asas itu saya teruskan tugas saya sebagai CEO kerana itu arahan dari beliau sendiri untuk teruskan.

Tadi saudara sebut semua fitnah yang dilempar ke atas saudara dalam PMBK dan sebelum ini adalah fitnah, kalau itu fitnah adakah akan ambil sebarang tindakan undang-undang?
Sebenarnya beberapa orang peguam sedang kaji semua tuduhan dan saya sedang teliti dan akan dengar nasihat para peguam dan liohat secara teliti, dan pada masa sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.

Saya nak ulang lagi, apa yang ditulis dalam blog tertentu sebelum ini yang menyatakan saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan, saya tak terima arahan itu, dan saya telah pergi ke KL merajuk, itu tak betul, saya hanya terima arahan pada hari ini sahaja, dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan insya ALLAH saya akan sentiasa setia, dan sentiasa hormati tok guru sebagai bapa mertua saya dan pemimpin kita semua.

Apa rancangan masa depan?
Itu belum pikir lagi, mungkin berniaga.

Harakahdaily

Sunday, November 22, 2009

Nik Aziz nafi laporan Husam mahu letak jawatan



“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan"


Salmah Mat Hussin

KOTA BHARU, 22 Nov : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.

Harakahdaily

Saturday, November 21, 2009

Mayat Teoh digali semula

Mayat Teoh Beng Hock digali semula hari ini dalam satu upacara yang diadakan di Taman Peringatan Nirvana di Semenyih, Selangor.

Selepas upacara itu dijalankan, pekerja berhati-hati menggali kubur Teoh selama kira-kira sejam sebelum keranda dibawa naik pada kira-kira jam 9.40 pagi.

Keranda tersebut kemudiannya dibawa keluar dari tanah perkubuhan itu pada kira-kira jam 11.15 pagi selepas selesai upacara sembahyang dan proses disinfeksi dilakukan.

Kesemua itu dilakukan di sebalik kain pengadang besar di sekeliling kubur Teoh.

Sebelum itu, polis menutup kawasan sekitar 30 meter dari situ dengan memasang pita kuning.

Hanya segelintir sahaja yang dibenar menyaksikan keranda Teoh digali semula, termasuk dua adik beradik Teoh dan peguam keluarga tersebut, Gobind Singh.

Turut hadir ialah pakar patologi Thai, Dr Porntip Rajanasunand yang mana keterangannya di inkues kematian Teoh telah membawa kepada kubur Teoh digali semula untuk dilakukan bedah siasat kedua.

Dr Porntip, yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor, mendakwa dalam keterangannya itu bahawa berdasarkan foto dan laporan bedah siasat pertama, beliau mendapati ada kemungkinan 80 peratus punca kematian Teoh adalah homisid, dan 20 peratus bunuh diri.

Gobind berkata mayat Teoh 'dalam keadaan baik' dan mengucap terima kasih kepada Taman Peringatan Nirvana dan polis kerana bantuan mereka.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiada seorang wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir pagi ini.

"Mereka sepatutnya menghantar wakil. Saya tidak nampak seorang pun, tetapi ia terpulang kepada budi bicara mereka," tambahnya.

Mayat Teoh dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dilakukan bedah siasat kedua.

Keluarganya tidak menghadiri upacara mayat Teoh digali semula tetapi menunggu ketibaan manyatnya di Hospital Sungai Buloh.

Isterinya, Soh Cher Wei juga tidak hadir kerana pantang larang disebabkan dia sedang mengandung.

Bekas majikan Teoh - exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah - berkata dia merasa tenang mengenai kerja-kerja menggali semula mayat Teoh.

"Saya tenang kerana sebahagian besar rakyat Malaysia percaya bahawa Teoh adalah mangsa homisid dan dia tidak membunuh diri," katanya.

Bagaimanapun, beliau membidas SPRM kerana menggunakan khidmat pakar patologi dari Britain untuk meneliti bedah siasat kedua itu.

"Saya ingin tahu berapa banyak mereka bayar kepada pakar patologi British itu. It menunjukkan SPRM tidak yakin dengan pakar patologi tempatan," tambahnya.


SPRM sebelum ini mengumumkan bahawa suruhanjaya itu akan mendapatkan khidmat pakar patologi Britain, Dr Peter Vanezis, yang memberi kesimpulan yang berbeza dan kontroversi berhubung keputusan Puteri Diana.

Seperti juga Dr Porntip, Vanezis hanya boleh memerhati bedah siasat kedua dilakukan kerana undang-undang Malaysia hanya membenarkan doktor tempatan melakukannya.

Bedah siasat kedua itu akan dilakukan oleh Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh. Beliau turut hadir ketika mayat Teoh digali semula, begitu juga dengan Dr Khairul Aznam dan Dr Prashant Samberker yang melakukan bedah siasat pertama dan membuat kesimpulan bahawa Teoh membunuh diri.

Perkhidmatan Dr Porntip adalah percuma kerana beliau merupakan kakitangan awam dan berada di sini atas urusan kerajaan dengan kerajaan.

Beliau adalah ketua pengarah Institusi Forensik Sains Pusat, yang terletak di bawah bidangkuasa Kementerian Kehakiman Thailand.

Kira-kira 50 petugas media, ramai daripada berpakaian hitam sebagai tanda menghormat upacara hari ini, hadir membuat liputan. Kira-kira 30 anggota polis turut berada di tempat itu.

malaysiakini

Friday, November 20, 2009

Husam dedah konspirasi gugur beliau dari Kabinet Kelantan

“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),”

“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,”



Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Nov 20 : Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.

Pada Jun lalu, Husam yang dilihat sebagai ‘anak emas’ Nik Aziz, tewas dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS disebut sedang timbang untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.

Syed Azidi, blogger Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

PMBK kini diterajui oleh menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.

Semalam Syed Azidi mendakwa Nik Aziz telah meminta Ariffahmi yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ariffahmi yang turut mendakwa Syed Azidi cuba untuk memberi tekanan ke atas Nik Aziz.

Khabar angin mengenai langkah menggugurkan Husam sebagai Exco mula timbul ekoran dakwaan Syed Azidi bahawa Nik Aziz akan mengumumkan keputusan letak jawatan Ariffahmi, semalam.

“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun Husam juga enggan mengesahkan sama ada Ariffahmi merupakan individu di belakang dalam usahanya untuk menggulingkan beliau daripada kerajaan negeri.

“Mereka adalah pihak luar, berusaha untuk menyerang, tetapi sasaran mereka ialah Tok Guru dan kemudian mereka akan bergerak untuk menggulingkan kerajaan PAS,” kata Husam lagi.

Pemilihan PAS pusat Jun lalu juga memperlihatkan kewujudan kumpulan yang ‘memihak’ Nik Aziz dan juga puak menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Badan perhubungan PAS Kelantan dijadual mengadakan mesyuarat khas pagi esok dan dijangka membincangkan krisis terbaru di negeri itu.

The Malaysian Insider difahamkan kebanyakan ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kelantan mahu Ariffahmi digugurkan dari sayap pelaburan negeri itu.

Bagaimanapun Setiausaha PAS Kelantan Zaki Ibrahim berkata mesyuarat esok adalah pertemuan biasa dan isu PMBK bukan salah satu agenda perbincangan.

“Perkara itu tidak timbul tetapi ahli jawatankuasa perhubungan bebas untuk bercakap mengenai isu itu (PMBK) dalam mesyuarat esok,” kata Zaki kepada The Malaysian Insider.

themalaysianinsider

Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Nov : PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di dunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.



Protest held at MCA HQ against Ong's unity plan

More than 70 people - in two separate groups - protested in front of the MCA headquarters today to vent their anger against the latest developments which had plunged the party into further crisis.





Mkini

Siswa UM ditahan polis kes 'puaka'

dari Mkini Abdul Rahim Sabri
Nov 19, 09 11:56am


kemaskini 6.40pm Seorang pelajar Universiti Malaya, yang dikehendaki polis sejak enam bulan lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan, berjaya ditangkap hari ini.

Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.

Beliau, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat berhubung kes tersebut, kemudian dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus tersebut.

Exco perhubungan luar Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Mohd Syafie Hashim memberitahu Malaysiakini di kampus tersebut, beliau cuba menelefon Muhammad Saufi untuk mengesahkan tangkapan tersebut tetapi seorang anggota polis memaklumkan bahawa pelajar Akademi Pengajian Islam (API) itu sedang disiasat.

Sementara itu exco penerbitan PMIUM Farid Jalpah ketika dihubungi petang ini berkata Muhammad Saufi dipindahkan ke balai polis Bukit Jalil dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Farid tiba ke IPD bersama dua pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Hafiz Ilyas dan Mohd Aizat Mohd Salleh kira-kira 2.30 petang tetapi gagal menemui Muhammad Saufi selepas dipindahkan dari balai Jalan Pantai Baru.

Kakak dan abang ipar Muhammad Saufi, yang tidak dinamakan, turut berada di IPD dan memaklumkan bahawa suspek telah dibawa ke balai polis Bukit Jalil.

Difahamkan Muhammad Saufi dihantar balai polis tersebut kerana lokap di IPD tersebut sudah penuh.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini, pelajar API itu akan bermalam di lokap sebelum dibawa ke depan majistret untuk tahanan reman esok.

Polis menjejaki suspek berhubung siasatan kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan kuliah utama API.


Selain kes menceroboh dewan tersebut awal pagi 24 Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.

Pada 30 Jun lalu, dua pelajar API dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mahkamah menetapkan 7 hingga 11 Disember depan untuk perbicaraan kes mereka berdua pelajar.

Pada 18 Julai lalu, presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin - pelajar tahun akhir API - ditahan sebelum polis memberkas Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah, di kafeteria API pada 12 Ogos.

Dipercayai tiga pelajar ini, termasuk Muhammad Saufi, akan dibicarakan bersama dua tertuduh awal, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen.



Pemuda PAS Kelantan sedia anjur debat Salahudin dan Nazri

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 19 Ogos : Dewan pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) bersedia menjadi penganjur majlis debat mengenai pembayaran royalti minyak kepada negeri Kelantan sekaligus memuji sikap berani Datuk Seri Nazri Aziz yang sanggup untuk menyertainya.

Naib Ketua DPPNK Hisham Fauzi dalam kenyataan medianya berkata sikap Nazri itu sewajarnya menjadi contoh kepada ahli Umno khususnya Pergerakan Pemuda Umno Kelantan.

“DPPNK akan menganjurkan satu Debat Terbuka Isu Royalti Minyak antara Dato’ Seri Nazri Aziz dengan YB Salahuddin Ayub dalam tempoh sebulan ini,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Tanah Merah.

Menurutnya, debat terbuka itu dicadang diadakan di Auditorium Pusat Dagangan Kelantan (Auditorium Kelantan Trade Centre), Kota Bharu.


“Surat jemputan kepada kedua-dua pihak akan dihantar dalam masa terdekat.

“Amatlah diharapkan agar kedua-dua pihak dapat mengotakan janji kesediaan mereka untuk berdebat sebagaimana yang diucapkan di Parlimen semalam dan seterusnya menjelaskan kepada rakyat Kelantan siapakah yang benar,” katanya sambil meluahkan kekesalan DPPNK di atas penafian yang berterusan oleh Kerajaan Pusat terhadap hak rakyat dan Kerajaan Kelantan terhadap pembayaran royalti minyak tersebut.

“Walau pun jelas tidak ada keperluan bahawa minyak itu dicarigali dalam tiga batu nautika dari pantai Kelantan untuk menjadikan Kelantan layak terhadap royalti di dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Petronas atau di dalam Akta Pembangunan Petroleum.

“Kerajaan Pusat terus cuba menafikan dan mengabaikan fakta sebenarnya. Sikap penafian dan pengabaian ini jelas ditunjukkan semasa sidang Parlimen semalam oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang secara berterusan menegaskan bahawa negeri Kelantan tidak berhak terhadap bayaran royalti dan hanya berhak terhadap wang ihsan saja.

“Datuk Nazri menyatakan kesediaan beliau untuk berdebat dengan YB Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang telah bertegas dengan Datuk Seri Nazri mengatakan Kelantan berhak terhadap bayaran tunai royalti minyak, sebagaimana termaktub dalam perjanjian dan akta berkaitan,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Perlindungan Pengguna Kelantan bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri menuntut bayaran royalti minyak daripada Kerajaan Pusat sejak 2004.

Pengerusinya, Haji Ahmad Othman berkata tindakan yang dilakukan Kerajaan Negeri itu betul demi pembangunan dan kepentingan rakyat negeri ini.

“Tuntutan itu mesti dilakukan oleh kerana kita berhak. Kita mesti tuntut, bahkan Kerajaan Pusat sepatutnya tidak membiarkan perkara itu berlaku sejak 2004 lagi,” katanya ketika dihubungi media di sini baru-baru ini.

Mengenai peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dibelanjakan kepada Kelantan yang menjadi hujah pemimpin Umno-BN untuk tidak membayar royalty tersebut, beliau berkata peruntukan yang dibelanjakan dalam RMK9 semata-mata kerana Kelantan termasuk dalam negeri di Malaysia yang berhak mendapat peruntukan itu.

“Tetapi yang kita tuntut ini hak Kerajaan Negeri, bahkan hujah yang dibuat Pengerusi BN Kelantan yang baru itu tidak berapa cerdek.

“Kita minta sama seperti yang diperolehi Terengganu, bahkan Kerajaan Pusat tidak menyekat permohonan negeri itu, bahkan minyak itu berada di laut kita, kita berkehendakkan royaltinya demi kepentingan rakyat negeri ini.

“Dan minyak itu sendiri tidak terdapat pada negeri yang rakyatnya bukan Islam,” katanya.

Sementara itu mantan Ahli Parlimen Bachok Wan Nik Wan Yusof berkata dalam konteks memajukan sumber petroleium (gas) di dasar laut atau bumi, hak ekselusif itu menjadi tanggungjawab Petronas yang mencari gali minyak dan membuat penyelidikan di mana-mana negeri berdasarkan Akta Petroleium yang diluluskan Parlimen.

“Atas sifat budi bicara dan juga komitmen Kerajaan Pusat yang meraih untung melalui Petronas ini, sepatutnya di mana ada telaga minyak atau pun gas itu, negeri yang memilik telaga tersebut seharusnya diberi ganjaran,” katanya yang juga Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan kepda media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, proses itu berlaku melalui satu perjanjian di antara Petronas dengan negeri-negeri yang mana adanya telaga tersebut.

“Petronas sepatutnya mengadakan perjanjian dengan bidang kuasa yang diberikan oleh Kerajaan Pusat.

“Jadi Kelantan ini tidak termasuk negeri yang mendapat kemudahan hasil dan royalty itu kerana Petronas tidak pun membuat rundingan bagi mengadakan perjanjian dengan Kelantan.

“Kenapa berlaku begitu, sedangkan Sarawak, Sabah dan Terengganu tidak berlaku sedemikian.

“Dalam kes Kelantan ini, persoalan yang berbangkit ialah kerana telaga minyak itu berada dalam ‘kawasan bertindih’ di atas tiga kepentingan negara – Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA),” katanya.

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran gas asli, terletak di bahagian bawah teluk Thailand (Siam).

Dan diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA) dengan setiap negara menguasai 50 peratus dari sumber hydrocarbon yang ditemui di kawasan JDA itu.

Sumber gas asli di kawasan tersebut dianggarkan 9.5 trillion cubit feet.

“JDA menangani pembangunan bersama tiga negara – Thailand, Malaysia dan Kemboja.

“Jadi persoalannya di sini, apabila ada hak JDA – hak penerokaan bersama di kawasan bertindih itu, maka pada bahagian bertindih itu ialah pantai yang menjadi milik Kelantan.

“Oleh itu atas sifat perkiraan negeri yang memiliki bumi bertindih itu, keadilan seharusnya dipertimbangkan.

“Petronas sepatutnya ada persetujuan melalui satu perjanjian untuk memberi bayaran royalty walau pun dikatakan bertindih, oleh kerana yang bertindih itu ialah bumi, dan bumi itu bukannya bumi hak ekselusif antarabangsa tetapi hak ekslusif sebahagian daripada Malaysia, Thailand an Kemboja.

“Jadi hak Malaysia itu sepatutnya diberi kepada Kelantan dan itu adalah nilai keadilan yang sepatut diambilkira,” katanya sambil membidas Menteri Kerajaan Pusat atau pun Perdana Menteri yang sepatutnya tidak bercakap dengan bahasa yang bercanggah dengan prinsip “1 Malaysia”.

Beliau berkata, di mana-mana bumi pun, hakikatnya Malaysia hak belaka tetapi Malaysia itu sendiri terbentuk hasil daripada sokongan padu negeri-negeri yang dinaunginya.

“Dan Kelantan sendiri adalah penyumbang hasil Malaysia, contoh minyak itu sendiri.

“Oleh itu dari jumlah RM25 bilion perolehan hasil minyak itu sepatutnya ada sebahagian dari keuntungan diagihkan kepada negeri ini yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat menerusi Petronas, dan ketika itu barulah wujud nilai keadilan yang bersifat terbuka itu,” katanya.

Mengulas isu itu dalam aspek agama, beliau berkata apabila hendak mengharmonikan konsep “1 Malaysia” ke atas komitmen beragama, sepatutnya perkiraan itu berlaku secara anak beranak di mana Kerajaan Pusat adalah bapa dan Kerajaan Negeri adalah anak.

“Jadi perkiraan bapa hendak mengambil harta dalam lengkongan sempadan yang dimiliki oleh anak, sepatutnya penyelesaian, persetujuan, imbal dan imboh balik itu terjadi, namun demikian terjadi, dan ini amat mendukacitakan.

“Paling harmoni lagi, kalau negeri-negeri lain yang ada sumber gas ini boleh dibuat perjanjian atas alasan tidak bertindih, hak mutlak negeri berkenaan dan hak mutlak negara berkenaan, apakah di kawasan bertindih ini menafikan terus hak membuat perjanjian dengan Petronas yang bertanggungjawab ke atas negeri yang memiliki tanah yang bertindih itu.

“Jadi persoalan dari sudut undang-undang itu perlu diperjelaskan, janganlah (pihak bertanggungjawab itu) hendak menafikan dengan semborono begitu saja,” katanya.

Mengulas penegasan Pengerusi Umno-BN Kelantan yang menyatakan Kerajaan Pusat tidak akan membayar royalty yang dibangkit oleh Kerajaan Negeri itu kerana telah Kerajaan Pusat telah membiayai Kelantan seperti yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia seperti dibelanjakan RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Wan Nik berkata adakah negeri-negeri lain tidak mendapat kemudahan di bawah peruntukan RMK9 atas alasan negeri itu tidak memiliki sumber petroleum (gas).

“Bagaimana pula negeri lain seperti Kedah, Perak, Perlis atau negeri yang didominasi Umno-BN termasuk Pahang yang tidak ada pun sumber minyak tetapi peruntukan di bawah RMK9 berjumlah berbilion telah diberi, itu satu persoalan.

“Adakah hasil daripada negeri Kelantan ini dibawa terus kepada Kerajaan Pusat itu semata-mata daripada hasil minyak tersebut, jawapannya tidak. Ini kerana rakyat Kelantan juga membayar cukai seperti negeri lain juga.

“Oleh itu sangat tidak adil dakwaaan bahawa peruntukan yang telah diberi di bawah Rancangan Malaysia itu dianggap telah memadai.

“Bahkan itu suatu suatu jawapan yang cuba membodohkan rakyat Kelantan dengan isu sebenar yang berbangkit,” tegasnya.

Beliau berkata pihak Kerajaan Negeri, menerusi peruntukan undang-undang yang ada hendaklah melihat melihat ruang supaya Kerajaan Negeri boleh mendesak Petronas mengadakan perjanjian dengan penerokaan di kawasan JDA itu bagi mendapat hak royalti.

“Tindakan itu penting supaya Petronas mengadakan perjanjian, penerokaan di kawasan JDA kerana JDA itu tidak dinafikan bahawa bertindih itu adalah di dalam kawasan negeri Kelantan, bukan di kawasan “free zon”, bukan di kawasan bebas, di kawasan negeri kita, Kelantan.


“Sangat perlu kepada perjanjian dengan Petronas. Kerajaan Negeri perlu mencari pendekatan termsuk pendekatan undang-undang dengan Petronas untuk mendesak supaya diadakan satu perjanjian penerokaan di kawasan JDA yang membabitkan bumi yang berada di hadapan pantai Kelantan,” katanya.


Dalam konteks royalti minyak itu, beliau menyifatkan tindakan pihak berkenaan sebagai tidak amanah dan tidak berasaskan nilai tawadhuk seorang pemimpin negara yang mendakwa rakyat didahulukan.

Selain dari itu, beliau mengulas keyakinan Mursyidul Am PAS Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendesak pimpinan Umno supaya mengadakan mujadalah (debat).

“Tok Guru mempunyai satu hujah yang kukuh bahawa dasar Umno yang sebenar itu adalah nasionalisme dan tidak pun mengambil kira dasar Islam. Tok Guru amat ayakin.

“Namun oleh kerana ada orang tua Umno dua orang (Mahathir-Pak Lah) sudah pun memikirkan bahawa Umno sebenar-benarnya tidak berasaskan kepada dasar Islam.

“Oleh itu jika diteruskan juga debat, akan mendedahkan pekung Umno sendiri yang menggunakan Islam sebagai kaedah untuk mencapai kuasa, bukannya meletakkan Islam sebagai dasar untuk diperjuangkan bagi meletakkan Islam sebagai kedudukan yang berkuasa.

“Jadi persimpangan itulah yang menyebabkan Umno sendiri tidak boleh untuk mengikut apa kehendak atau cabaran Tuk Guru itu,” katanya.

Sementara Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Wan Azimin Wan Adnan ketika dihubungi media berkata royalti minyak itu adalah hak rakyat Kelantan yang seharusnya semua pihak terutamanya Barisan Nasional patut memperjuangkan hak rakyat selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” itu.

“Itulah sepatutnya diperjuangkan terutamanya Kerajaan BN adalah dalam tempoh Kerajaan Najib yang baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, maka inilah gagasan yang sepatutnya ditonjolkan olehnya. Dibuktikan supaya rakyat Kelantan tidak lagi dipinggirkan oleh BN,” katanya.

Beliau berkata, perkara asas yang patut dilihat ialah perbezaan di antara Pantai Barat dan Pantai Timur.

“Pantai Timur seharusnya dilihat sebagai satu tempat pembangunan yang baru maka tidak dapat tidak industri petroleium seharusnya didaratkan di kawasan Pantai Timur. Selain di Kerteh, maka tapak baru kita ialah dibangunkan di Kelantan.

“Ini amat wajar kerana Kerajaan Negeri ini sudah pun menyediakan tapak pendaratan petroleium (gas) di Pantai Senok lama sebelum ini.

“Seharusnya inilah perkara asas, kalau sekiranya (Kerajaan Pusat yang diterajui BN) ingin membantu rakyat, maka kawasan pertumbuhan industri baru Pantai Senok ini perlu dibangunkan.

“Kita tidak perlu banyak berpolitik dalam hal-hal sedemikian, tertapi seharusnya ia dilihat sebagai satu keadaan di mana “rakyat didahulukan” dan ianya perlu dibuktikan dengan aspek praktikal.

“Sekiranya tidak ditunaikan bererti Kerajaan Pusat berhutang dengan rakyat Kelantan. Royalti itu hak rakyat Kelantan dan tidak perlu bercakap tentang tidak patut dibayar dan sebagainya oleh kerana itu satu eskapisme semata-mata.

“Jika tidak maka slogan “Satu Malaysia” adalah retorik semata-mata, yang tidak berpijak kepada reality.


"Jika pembayaran royalti dan tunggakannya tidak ditunaikan, rakyat Kelantan menganggap mereka yang menerajui Kerajaan diterajui Umno-BN yang ada hari ini menjuarai aspek kezaliman dan rasuah.

“Title Umno-BN tidak akan bersih pada pandangan rakyat terutama oleh rakyat negeri ini umumnya, bahkan dengan itu Umno-BN mudah ditolak rakyat.


“Saya yakin rakyat akan memberi satu keputusan bahawa mereka menghantar satu referendum yang kedua selepas daripada keputusan Pilihan Raya, bahkan mereka menolak kepimpinan yang tidak meletakkan rakyat sebagai keutamaan,” katanya yang juga Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri.

Kartonis terkenal Haji Rosidi Ismail (Pak Rossem) ketika dihubungi media baru-baru ini berkata, perjanjian di antara Petronas dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri di Malaysia, berdasarkan perjanjian bahawa jika sekiranya didapati ada minyak di negeri itu sama ada Perlis, Kedah, Sabah atau Sarawak, sekiranya terdapat minyak di negeri itu, mereka mesti menyerahkan pengurusannya kepada Petronas dan Petronas akan memberi lima peratus kepada negeri berkenaan.

“Justeru Kelantan berhak untuk mendapatkan lima peratus itu kerana kewujudan minyak itu dalam perairan Kelantan.

“Kini di perairan Kelantan itu sudah ada minyak, sudah ada saluran minyak dan paip minyak, namun kebanyakan orang tidak tahu tentang pelantar minyak, dan perkara itu didiamkan saja oleh pihak.

“Jadi sebenarnya Kerajaan Pusat sudah melakukan satu tindakan yang membelakangi janji-janji tersebut khususnya perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Petronas itu dalam perkara pembahagian peratus itu,” katanya yang juga Penolong Pengarah Penerbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Beliau turut mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa ketika berceramah di Manek Urai baru-baru ini bahawa apa yang pihak Kerajaan Negeri memperjuangkan kini insya Allah akan berhasil.

"Ini kerana Kerajaan Pusat tidak ada alasan lagi untuk menidakkan apa yang kita mahu.

“Jadi insya Allah apa yang kita mintak berhubung dengan royalti dan bayaran terkebelakang itu, insya Allah akan berjaya kerana perkara ini perkara jelas dan berasas.

"Kerajaan Pusat berhutang dengan rakyat Kelantan dalam kes ini, maka hutang itu wajib dibayar dan pemimpin itu akan dituntut, kalau tidak di dunia maka di akhirat.

“Pemimpin Kerajaan Pusat itu bertanggungjawab khususnya pemimpin utamanya,” katanya.

Harakahdaily

8 siswa UM akhirnya tidak bersalah

dari Mkini Abdul Rahim Sabri
Nov 19, 09 1:35pm


kemaskini 7.11pm Lapan pemimpin dan aktivis pelajar Universiti Malaya (UM) hari ini, yang didakwa membawa masuk dua ahli politik Pakatan Rakyat, dibebaskan daripada kesalahan tersebut.



Dua daripada mereka dibebaskan daripada tuduhan melanggar peraturan kampus itu pagi tadi, manakala enam lagi dibuang kes masing-masing jam 5.10 petang ini.

Pagi tadi, dua pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) didapati tidak bersalah terhadap dakwaan membawa masuk seorang wakil rakyat PKR ke kampus itu, Mac lalu.

Muhammad Haafizuddin Abirerah dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik dituduh membenarkan setiausaha kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad melibatkan diri dalam aktiviti pertubuhan itu.

Pada 16 Mac lalu, ADUN Seri Setia menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung PMIUM selepas diseludup masuk ke kampus dengan motosikal seorang mahasiswa setelah kenderaannya dihalang.

Manakala enam aktivis Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM) dituduh mengundang exco kanan Selangor, Teresa Kok dan ahli jawatankuasa pusat MCA Wong Nai Chee mengadili satu program debat, 8 September lalu.

Keenam-enam yang dihadapkan ke depan jawatankuasa tatatertib mulai pagi ini: Saw Yee Fung (presiden PBCUM), Chan Kheng Fai (ketua unit debat), Chan Wei De, Koh Ming Chen, Ng Xin Ying dan Yong Siew Cheng (keempat-empatnya AJK unit debat).

Pemimpin dan aktivis persatuan itu terlibat menganjurkan pertandingan debat dalam bahasa Cina berjudul 'Antara Pakatan Rakyat dan BN: Yang Mana Lebih Menggelisahkan?'

Dua lagi pemimpin politik - wakil rakyat DAP Teoh Nie Ching dan seorang pemimpin MCA Selangor, Victor Gu - pula terlibat pendebat di acara itu yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Kelapan-lapan pemimpin dan aktivis didakwa mencabuli peraturan bertulis kampus tersebut iaitu subperenggan 16 (1), Borang 2 dalam Statut Universiti Malaya (Badan-badan Pelajar) 1979 yang dibuat bawah Perlembagaan Universiti Malaya.

Jika didapati bersalah, mereka akan dikenakan hukuman yang paling ringan dengan diberikan amaran atau paling berat dipecat daripada UM.

Prosiding terhadap dua pemimpi PMIUM berlangsung di sebuah bilik di Bangunan Canselori bermula jam 9.30 dan berakhir empat jam kemudian, manakala prosiding ke atas enam lagi bermula jam 2.45 petang.

Jawatankuasa tatatertib itu dianggotai oleh tiga anggota panel yang diketuai oleh Profesor Datuk Dr A Hamid A Hadi.

Prosiding tatatertib tersebut dimulakan pada hari ini selepas dua kali ditangguhkan .

Mohd Haafizuddin dan Abu Ubaidah Amir, ketika ditemui pemberita selepas keputusan tersebut, kelihatan gembira dan lega.

Mohd Haafizuddin berkata, secara umumnya, Dr A Hamid telah menasihatinya supaya tidak mengulangi perbuatan menjemput orang luar untuk terlibat dengan acara PMIUM.

"Itu sahaja yang dinasihat. Jangan buat lagi, dia suruh ikut peraturan," katanya, sambil menambah, keputusan rasmi akan dihantar kepadanya dalam tempoh 14 hari.


Wednesday, November 18, 2009

Pemimpin Negara Terpengaruh Dakyah Ciptaan Yahudi



Wednesday, 18 November 2009 10:31 WartawanBuletin

MARANG - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berkata ada diantara pemimpin-pemimpin negara umat Islam seluruh dunia termasuk di negara ini terpengaruh dengan dakyah ciptaan Yahudi.

Antaranya, kata beliau adalah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad yang pernah berkata, bukan semua Yahudi dan orang Israel itu jahat.

“Apa yang saya hendak sebut adalah, pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia termasuk (di) negara kita antara mereka yang terpengaruh dengan dakyah dan propaganda orientalis, kononnya Yahudi tidak jahat,

”kalau saudara masih ingat dulu pernah Tun Dr. Mahathir mengatakan, kenapa kita nak marah kepada Yahudi, kenapa kita nak marah kepada Israel,

“bukan semua Israel itu jahat, ada Israel baik, ada Yahudi baik,”katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran program Bersama Intifadah mempertahankan Baitul Maqdis disini.


(Gambar - Ehud Barak, dua dari kanan, Yahudi Israel yang juga Menteri Pertahanan ketika di Pertunjukan Udara Paris, 2009, bertemu dengan pemimpin negara, Datuk Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan ketika itu)

Menurutnya, orientalis barat dikalangan Yahudi dan Nasarani telah mencipta persepsi yang negatif menggambarkan Islam sebagai agama penganjur perpecahan, yang penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat.

Oleh kerana itu, katanya, sebahagian umat Islam yang terkeliru, merasa bersalah dan tidak sensitif terhadap isu umat Islam khususnya di Palestin.

”Mereka (orientalis) berjaya mencipta persepsi negatif ini dan meletakkan umat Islam berasa bersalah untuk menentang Yahudi dan membebaskan Baitul Maqdis,

”sebab mereka merasakan ini adalah hak rakyat Palestin tidak ada kena mengena dengan kita di Malaysia, atau Indonesia atau negara-negara yang lain,”tegasnya.

Akibatnya, kata Nasruddin, mereka yang terpengaruh dengan dakyah tersebut menjadi jauh dari al-Quran dan kendur semangat jihad mereka terhadap Yahudi.

Sehubungan itu, hubungan pemimpin negara dengan Yahudi tidak boleh disembunyikan lagi ekoran pertemuan Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak di satu majlis cocktail di Perancis, semasa pertunjukan udara Paris, 2009.

BuletinOnline

Asri tidak mengaku salah

dari Mkini Abdul Rahim Sabri
Nov 18, 09 9:53am


Kemaskini 12:30pm Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini atas tuduhan mengajar agama tanpa ditauliah.

Mohd Asri, 38, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman beralamat No. 2 Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang Daerah Gombak, antara 8.10 malam sehingga 9.45 malam 1 November lalu.

Berikutan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana mengajar agama atau perkara mengenai Islam di negeri itu tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM3,000 dengan dua orang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.

Mahkamah juga menolak permohonan Ketua Pendakwa Syarie Abdul Shukor Abdul Hamid untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Beliau memberi tiga alasan untuk menyokong permohonan untuk memindah kes tersebut, iaitu:

- Permohonan dibuat melalui kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang kepada ketua pendakwa syarie;

- Kes ini akan melibatkan pemakaian undang-undang dan prosedur yang memerlukan kepada pandangan dan tafsiran tepat dari yang arif hakim yang lebih berpengalaman; dan

- Kes ini mendapat liputan meluas media massa seluruh negara melibatkan tertuduh yang mempunyai pengaruh.

Terdengar bunyi menghela nafas lega dari kalangan penyokong Dr Mohd Asri yang berada dalam dewan mahkamah, apabila Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad menolak permohonan tersebut.

Dr Mohd Asri tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi bersama dengan bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut hadir memberi sokongan ialah kira-kira 80 pengikut dan bekas anak murid Dr Mohd Asri.


Mahkamah mula mendengar pada jam 9.18 pagi dalam dewan mahkamah yang sesak dengan orang ramai.

Turut hadir ialah Datuk Paduka Marina Mahathir. Sementara itu, salinan keratan akhbar mengenai kes Dr Mohd Asri diedarkan di kalangan penyokong dan orang ramai di luar mahkamah.

Manakala orang ramai kelihatan berasak-asak di depan pintu utama bangunan mahkamah menunggu ianya dibuka, untuk mengikuti perbicaraan kes tersebut.

Pintu dewan mahkamah ditutup sebaik sahaja semua tempat dipenuhi. Prosiding selama hampir sejam sebelum mahkamah menetapkan perbicaraan kes itu didengar pada 5 Januari depan.

Sementara itu, Bernama melaporkan, peguam Kamar Ainiah Kamaruszaman, yang mewakili Mohd Asri, membantah pertuduhan yang dikenakan kerana dalam pertuduhan itu dikatakan mengajar agama Islam tanpa tauliah sedangkan tidak menyatakan butir-butir dengan jelas, tepat dan terang serta tidak menyatakan skop sebenar tauliah itu.

"Saya meminta kepada pihak pendakwa agar mengkhususkan skop pertuduhan itu kerana pelbagai pihak akan membuat tafsiran.

"Afidavit yang dikemukakan iaitu untuk membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi oleh pihak pendakwa pada 12 Nov lalu sebenarnya telah melangkaui pertuduhan pada pagi ini dan ini tidak menepati format yang sepatutnya dilakukan," katanya.

Beliau berhujah bahawa permohonan pihak pendakwa itu seolah menghina mahkamah dan hakim yang mendengar kes ini kerana seolah-olah menyatakan mahkamah dan hakim tidak layak.

"Jika dibenarkan, anak guam kami akan dinafikan hak bagi proses rayuan nanti iaitu Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah, dan pihak pendakwa menyatakan tertuduh mempunyai pengaruh besar yang akan mengganggu proses
perbicaraan adalah tidak relevan.

"Pihak pembelaan juga berpendapat afidavit itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan terdesak," katanya.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menolak permohonan pihak pendakwaan secara lisan atas alasan permohonan itu hanya dibenarkan jika pihak pendakwaan mengemukakan alasan yang munasabah dan lebih tepat kerana mahkamah berpandangan kes itu perlu dibicarakan dengan segera.

"Jika permohonan ini dibenarkan akan menyebabkan tertangguh beberapa kali dan akan menyebabkan berlaku prejudis kepada tertuduh dan juga subjudis kepada mahkamah ini adalah kerana telah dimaklumkan kepada media massa terlebih dahulu.

"Ini akan menyebabkan gangguan dalam proses bicara nanti dan terdapat juga kes yang sama seperti ini telah banyak dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah tanpa masalah," katanya.

Beliau juga berpendapat bahawa sepatutnya pihak pendakwaan lebih konsisten, bukannya merujuk kepada seseorang individu dalam memberikan keadilan.

"Mahkamah juga berpendapat Mahkamah Rendah Syariah mempunyai kuasa yang telah diperuntukkan undang-undang dan mempunyai kuasa untuk memutuskan sebarang keputusan," katanya.

Sementara itu, ikatjamin dibayar oleh Md Sadik Md Ismail dan Mohd Ismail Mirasa.

Pada 2 November lepas, Mohd Asri dihadapkan di mahkamah yang sama tetapi tiada pertuduhan dikenakan terhadapnya dan kemudiannya dibebaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran.


Hakim tolak kes Dr. Asri dibawa ke Mahkamah Tinggi

Azamin Amin

GOMBAK, 18 Nov : Hari ini merupakan kejayaan moral pertama buat Bekas Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak menolak permohonan pihak pendakwaraya untuk membawa kes beliau ke Mahkamah Tinggi.

Dalam pendengaran kes itu hari ini, Hakim Wan Mahyudin Wan Mohammad menyatakan bahawa alasan-alasan pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut adalah tidak munasabah.

Pendakwaraya syarie dalam penghujahan mereka sebelum itu telah memberi alasan bahawa kes ini wajar dibicarakan di mahkamah tinggi di hadapan seorang hakim yang berpengalaman dan kes ini juga telah menjadi terkenal disebabkan hebahan media masa.

Peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri, Jamal Lokman Sulaiman dalam penghujahannya pula memberitahu permohonan dan alasan pihak pendakwaraya tersebut seolah-olah dianggap menghina hakim dan mahkamah rendah syariah sebagai tidak berpengalaman.

Seorang lagi peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri adalah Kamal Aniah Kamarulzaman dan mempersoalkan tindakan tergesa-gesa permohonan memindahkan kes tersebut oleh pihak pendakwaraya hanya 10 minit sebelum perbicaraan hari ini bermula.

Dalam keputusan hari ini, Wan Mahyudin menegur sikap JAIS yang telebih dahulu menghebahkan kepada pihak media tentang permohonan itu sebelum didengari oleh beliau sendiri.


"Pihak pendakwaraya mestilah meletakkan kepercayaan penuh kepada Mahkamah Rendah Syariah dalam mengendalikan kes ini.

"Mahkamah ini telah banyak mendengar kes mengajar tanpa tauliah sebelum ini dan tidak mendatangkan sebarang masalah," katanya memberi alasan menolak permohonan itu.

Beliau juga mahu kes ini segera dibicarakan dan dengan permohona perpindahan kes itu akan menganggu dan mengambil tempoh yang lama.

Beliau juga tidak mahu hak yang dituduh (Dr Asri) dinafikan jika dibicarakan di Mahkamah Tinggi, iaitu jika sabit kesalahan, peluang merayu yang dituduh agak terhad.

Hieraki sistem kehakiman mahkamah syariah bermula daripada mahkamah rendah, tinggi dan rayuan.

"Saya tidak mahu perpindahan kes ini akan menyebabkan ianya menjadi 'subjudice' kepada mahkamah syariah dan 'prejudice' kepada yang tertuduh

"Saya dengan ini menolak kes ini dengan lima alasan yang diberikan," katanya yang membuatkan hadirin di dalam kamar mahkamah tersebut spontan bertepuk tangan dengan reaksi gembira.

Mahkamah turut menjadi gamat, apabila mendengar hujah pendakwaraya yang disifatkan begitu lemah dan tidak meyakinkan.

Ruang kamar cukup sesak apabia orang ramai berpusu-pusu memenuhi tempat duduk dan ada di antaranya terpaksa berdiri. Mereka hadir untuk memberi sokongan kepada Dr Asri dan telah tiba awal di hadapan pintu kamar mahkamah seawal jam 8.30 pagi lagi.

Dalam pada itu, Dr. Mohd Asri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah dan minta dibicarakan.

Beliau dilepaskan dengan ikat jamin sejumlah RM3,000 dengan dua orang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.

Bekas mufti Perlis itu ditangkap di sebuah banglo di Hulu Kelang tengah malam 1 November lalu berhubung siasatan bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau kesalahan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Jika sabit kesalahan, beliau dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Hadir sama memberi sokongan pada perbicaraan hari ini bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin, anak bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir dan selebriti Azwan Ali.

Harakahdaily

Jais dakwa Asri pagi ini

Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Nov 18 — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang penahanannya awal bulan ini telah mencetuskan kontroversi akan dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini, pagi ini.

Beliau dijangka berhadapan dengan tuduhan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam, Asri mengesahkan beliau akan berada di mahkamah untuk menghadapi pertuduhan.


Asri ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.

Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahannya 1 November lalu telah memaklumkan secara formal tentang prosedur mahkamah dan mengarahkan agar berada di mahkamah pada pukul 9 pagi ini.

"Saya bersedia untuk menghadapi mereka," kata Asri ketika ditanya tentang perasaan beliau menghadapi pertuduhan secara rasmi.

Blog beliau juga menghebahkan makluman tentang perkembangan tersebut sambil menyeru peminat-peminatnya datang untuk memberikan sokongan moral.

Mesej itu berbunyi: "Dr Maza akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur 18 November, Rabu jam 9 pagi. Dijemput hadir memberi sokongan dan doa."

Beliau yang menunggu di mahkamah tersebut lebih tiga jam pada hari keesokan selepas ditahan telah dilepaskan dengan jaminan bon.

Pada hari berkenaan Asri, para peguam, petugas media dan penyokongnya menunggu di mahkamah sehingga hampir pukul 1 tengah hari sebelum dimaklumkan bahawa tiada pendakwaan akan dibuat.

Bekas mufti itu disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 iaitu mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.

Mengikut seksyen berkenaan, seseorang individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Minggu lalu, Penolong Pengarah Perhubungan Awam dan Penerbitan Jais Mohd Hidayat Abd Rani memberitahu, Asri akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan jabatan itu akan memohon untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana melibatkan profil tinggi.

Malah, minggu lalu Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menolak usul tergempar yang menggesa agar penahanan Asri oleh Jais diketepikan.

Bagaimanapun penahanannya dipertahankan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

themalaysianinsider

Pakatan cabar BN biarkan Dun Kota Seputeh kosong



Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 17 Nov : Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.

Demikian kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen. Turut serta dalam sidang media bersama PR itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan tertinggi parti masing-masing.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa PKR dan DAP sebulat suara akan membantu PAS, jika pilihanraya kecil berlaku kelak.

Beliau juga turut menjelaskan beberapa isu kehakiman berbangkit, termasuk dalam isu keputusan "tergantung" pengesahan Menteri Besar di Perak.

Ujarnya lagi, sistem kehakiman negara seharusnya hanya tunduk pada perlembangaan.

Beliau juga mengkritik segelintir hakim yang dilihat tunduk pada kuasa eksekutif.

Ditanya tentang konvesyen PR Disember depan, Anwar menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut turut membincang isu-isu dasar yang disepakati bersama antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan rayuan BN agar pilihanraya kecil Dun tersebut tidak berlaku.

Sekiranya mahkamah menolak rayuan BN sekali gus membangkitkan semula isu berkaitan yang lain, seperti di Dun Perak.

Ini kerana, Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka.

Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa kepitusan tersebut adalah tidak sah.

Akhirnya, keputusan mahkamah Jumaat ini dilihat penting untuk memulihara semula institusi kehakiman itu sendiri.

ehsan : tvpas09, Harakahdaily

Tuesday, November 17, 2009

BN rayu kekosongan Kota Siputeh

dari Mkini Jimadie Shah Othman
Nov 17, 09 1:11pm


BN akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh susulan kegagalan wakil rakyatnya Datuk Abu Hassan Sarif hadir dua persidangan DUN berturut-turut.

"(Keputusan) ini proses mahkamah. Kita terima keputusan mahkamah dan kami akan bertindak mengikut keperluan.

"Jika boleh merayu, kita akan merayu. Kita mulakan dari situ," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.




Beliau, yang juga pengerusi BN, diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengumumkan kekosongan tersebut dan seterusnya mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan satu pilihan raya kecil di kerusi itu.

Keputusan julung kali itu juga menyebabkan penyandangnya, seorang ADUN Umno, dihalang daripada menghadiri persidangan DUN yang bermula hari ini.

Dalam sidang media selepas merasmikan seminar Bio-Malaysia 2009 di Kuala Lumpur pagi ini, Najib bagaimanapun enggan menyentuh persediaan BN menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di situ.

"Apa sahaja yang mahkamah putuskan, kita kena ikut," katanya.

Mahkamah mengambil keputusan itu selepas membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Semakan itu difailkan pada 1 Oktober lalu selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan di Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya yang sah.

Speaker memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa wakil rakya BN itu bukan lagi seorang ADUN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan – pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini – seperti peruntukan perlembagaan negeri.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah agar satu pilihan raya kecil diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika seseorang ADUN tidak menghadiri mesyuarat dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Dalam pilihan raya umum lalu, Abu Hassan mengalahkan calon PAS Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.

Kerusi tersebut mempunyai 19,771 pengundi dengan 91.1 peratus daripadanya golongan Melayu.

Permohonan untuk menangguhkan keputusan berkenaan akan didengar Jumaat ini.

Sementara itu, mengulas tentang bioteknologi di Malaysia dalam sidang media itu, Najib berkata, ia akan menjadi antara komponen utama bagi penyelidikan di Pusat Inovasi Nasional (MyNIC) yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, tambahnya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan membentangkan cadangan lanjut berhubung perkara itu dalam mesyuarat kabinet.

Najib juga berkata, dengan penglibatan pelbagai pihak, bioteknologi berpotensi tinggi untuk diperdagangkan di peringkat antarabangsa terutamanya dalam bidang pertanian dan kesihatan.


Mahkamah arah pilihan raya kecil di Kota Seputeh

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Nov : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil untuk Dun Kota Seputeh Kedah.

Arahan itu dibuat oleh hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin siang tadi.

Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar sempadan kuasanya apabila menolak permohonan Speaker Dun Kedah agar diadakan pilihan raya semula di situ.

Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya membuktikan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Seputeh telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Ini bermakna, mahkamah bersetuju dengan keputusan Speaker Dun Kedah, yang memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hasan (gambar) hadir dua kali berturut-turut ke sidangnya.


Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Dalam sidang Dun Kedah baru-baru ini, Speaker menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun Kedah yang sah.

Mengulas mengenainya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pegawai undang-undang SPR perlu meneliti secara terperinci desakan dibangkitkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail sebelum membuat sebarang keputusan.

Pada 18 Ogos lalu Abd Isa meminta SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong atas alasan Abu Hasan tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dua kali berturut-turut tahun ini.

Peguam bagi Speaker, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah, Artikel 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah menyebut bahawa “sekiranya mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri tidak menghadiri dua sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, kerusi mereka seharusnya dianggap kosong.”

Abu Hasan tidak hadir pada sidang 19 April dan kemudian pada 9 Ogos tanpa izin Speaker.

Sulaiman berkata, Abu Hasan tidak menafikan fakta itu.

“Apabila syarat-syarat ini dipenuhi, kemudian perjalanan undang-undang ialah Artikel 51, di mana kerusi itu dengan sendirinya menjadi kosong,” kata Abdullah yang juga bekas Presiden Majlis Peguam di mahkamah sebelum ini.

Namun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Abu Hasan agar terus menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan hari ini.

Katanya, walaupun Speaker menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai Adun, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh SPR bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

“Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan Speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu.

“SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa Speaker itu saya tak tahu,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung, Alor Setar.

Muhyiddin berkata, Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku kerana beliau masih seorang Adun sehinggalah mahkamah memutuskan kedudukannya kelak.

Abd Isa baru-baru ini berkata, beliau menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu.

Beliau sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hasan sebagai Adun kawasan Kota Seputeh.

Semasa kempen Bagan Pinang baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengajak penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil Kota Seputeh.

"Ada pemimpin Umno kata saya membazir apabila melantik ramai peguam untuk kendalikan kes ini. Saya kata, saya rela membazir dari membayar gaji Adun yang malas (tidak hadir sidang Dun)," kata Azizan.

Kota Siputeh diisytihar kosong

dari Mkini Nov 16, 09 6:32pm

Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.


Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada jam 5.30 petang.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," kata Hakim Alizatul ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa, yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil
rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker
selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Alizatul berkata tidak dipertikaikan bahawa Abu Hassan tidak memperoleh kebenaran daripada Speaker untuk tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, dan hanya mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada Speaker pada 10 Ogos 2009.

"Speaker mempunyai kuasa mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah bagi memberi kebenaran dan beliau tidak bertindak secara tidak munasabah apabila menolak sijil cuti sakit bertarikh 10 Ogos 2009 selepas mengetahui bahawa wakil rakyat itu turut menghadiri satu majlis pada hari yang sama," katanya.

Hakim Alizatul menegaskan SPR telah bertindak secara tidak sah ketika menerima sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan sebagai alasan kerana ketidakhadirannya.

SPR juga membuat keputusan tidak wajar ketika memutuskan bahawa Perkara 51 hanya boleh digunakan selepas Speaker merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, katanya.

"Tiada peruntukan mandatori dikenakan ke atas Speaker untuk berbuat demikian memandangkan keputusan sama ada merujuk perkara itu kepada jawatankuasa berkenaan atau tidak adalah budi bicara beliau memandangkan perkara berkaitan kebenaran bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada seseorang wakil rakyat,"
katanya.

Hakim Alizatul berkata SPR telah tersalah tafsir maksud "dua persidangan berturut-turut" mengikut Perkara 51 sebagai dua sesi berasingan.

"Saya bersetuju dengan peguam pemohon bahawa responden pertama (Abu Hassan) telah tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut dalam satu sesi tanpa gendala," katanya.

Mahkamah turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan SPR bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil.

Di luar mahkamah, Abu Hassan memberitahu pemberita beliau menerima keputusan itu dan menyerahkan kepada peguamnya, Datuk Hafarizam Harun, untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

SPR diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said. - Bernama