Saturday, May 7, 2011

Protes di Masjid Negara : NGO, Pakatan tolak politik lucah

Mereka bertindak agresif mengoyak, memijak dan duduk atas akhbar Utusan Malaysia yang dilabelkan sebagai 'perkakas Umno'.
VIDEO INSIDE
KUALA LUMPUR : Kira-kira 100 penyokong Pakatan Rakyat dan 80 dari NGO hari ini mengadakan demonstrasi aman di Masjid Negara di sini menolak politik lucah.

Perhimpunan sempena ‘Hari Amarah Rakyat’ anjuran Gerakan Saf Anti Fitnah (SAF) itu diadakan di perkarangan luar masjid selepas solat Jumaat bagi memprotes kerajaan Umno-BN melindungi trio Datuk T ‘menyebarkan klip video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka melaungkan “hidup rakyat”, “hancur BN”, “hancur fitnah”, “hancur TV3″ sebelum bertindak agresif mengoyak, memijak dan duduk atas akhbar Utusan Malaysia yang dilabelkan sebagai ‘perkakas Umno’ kerana menyiarkan berita secara berat sebelah.

Kumpulan itu kemudiannya mula bergerak ke bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk menyerahkan memorandum bantahan sambil dikawal ketat kira-kira 50 polis yang memastikan keadaan aman dan lancar.
Polis pada mulanya menghalang kumpulan berkenaan daripada naik ke pejabat JAWI namun kemudiannya membenarkan 10 orang wakil sahaja menyerahkan memorandum itu.

Pengerusi SAF Azmi Abdul Hamid ketika ditemui pemberita berkata pihaknya berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAWI Abdul Murat Abdul Wahab.

Memorandum itu mendesak JAWI melaksanakan peruntukan undang-undang Islam terhadap pelanggaran jenayah syariah qazaf dalam kes tuduhan zina terhadap Anwar.

Katanya, pihaknya juga akan memanjangkan memorandum ini kepada Majlis Raja-Raja supaya campur tangan dan menghentikan gejala menabur fitnah dan menghina undang-undang Islam berkaitan sumpah laknat.

“Kita akan kemukakan dulu kepada Sultan Kedah, kemudian Terengganu dan seterusnya.

“Kami memberi tempoh sebulan untuk semua tuntutan ini dilaksanakan.

“Jika tidak kemarahan kami akan dilanjutkan dengan perhimpunan yang lebih besar dari apa yang diadakan pada hari ini,” katanya.

Perhimpunan itu turut didendangkan dengan deklamasi sajak seniman Dinsman “Jangan Mudah Menuduh”yang menyeru rakyat agar jangan mudah percaya dengan politik kotor yang memfitnah pemimpin.

Turut hadir dalam perhimpunan itu Naib Ketua AMK Khairul Anwar Ahmad Zainuddin, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) Ahmad Syazwan Hasan dan PAS Wilayah Persekutuan.


Video journalist: Hisyam Salleh
Jamilah Kamarudin FMT

No comments:

Post a Comment