KUALA NERUS - Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor, memulakan kempen bagi mengembelingkan sekurang-kurangnya 100,000 ahli dan penyokong PAS untuk turun bersama Himpunan Aman Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai depan.
Dalam Ceramah Isu Semasa yang diadakan di Petai Bubus, DUN Teluk Pasu semalam, 22 Mei, beliau berkata semua ahli PAS wajib menyertai himpunan mendesak pilihanraya yang adil dan bersih itu.
"Tugasan yang diberikan kepada kami adalah untuk menggerakkan seramai mungkin rakyat, seram,ai mungkin masyarakat untuk turun pada 9hb Julai, pada hari Sabtu,
"paling kurang daripada PAS sahaja seramai 100,000 orang, dan dijangka (semuanya) 200 hingga 250, 000 orang yang akan hadir bagi menuntut pilihanraya yang adil,"ujarnya.
Menurutnya, rasional atau justifikasi disebalik Himpunan itu adalah bagi mencegah pihak terbabitmelalui penipuan berskala besar sebagaimana yang berlaku di negeri Terengganu pada tahun 2004.
Katanya, perkara yang sama sedang berlaku di negeri Selangor apabila setiap kawasan parlimen 'ditanamkan' seramai 7,000 hingga 8,000 pengundi dari luar.
"Kalau kita tidak buat bantahan secara besar-besaran minta di pulihkan demokrasi, dipulihkan sistem pilihanraya di negara kita, penipuan berskala besar akan berlaku,
"di Selangor di setiap parlimen pada hari ini (diantara) 7,000 hingga 8,000 orang 'planted voters' (iaitu) pengundi-pengundi yang ditanam,
"tahun 2004 kalu tuan-tuan ingat, ketika PAS memerintah Terengganu, jentera Umno dengan bersama-sama Jabatan Pendaftaran dan pihak Keselamatan, mereka pindahkan pengundi luar seramai mungkin ke Terengganu,"jelasnya.
Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat, Mohamad Sabu pada 30 Mac lalu memberitahu, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu sekurang-kurangnya 300,000 orang menghadiri himpunan yang akan meneruskan desakan, supaya kerajaan melakukan reformasi dalam pilihanraya di Malaysia.
Kelmarin dalam sidang media berkenaan, beliau berkata, Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", telah diputuskan oleh mesyuarat BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung, pada 19 Mei lalu.
Katanya, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.
Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.
Dua isu itu adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan dan melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.
No comments:
Post a Comment