Monday, May 23, 2011

Ketua IMF : ‘Saya akan terus berada di Malaysia’, kata Zeti

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menjangkakan pengarah urusan baru Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah dari Eropah dan beliau mengetepikan idea agar dirinya dicalonkan untuk menerajui agensi itu.

Zeti (gambar) berkata beliau mahu melihat pemilihan berasaskan merit.

Dipetik laporan media tempatan hari ini, Zeti berkata, pengarah urusan baru IMF ang akan memantau sistem kewangan dunia, mestilah seseorang yang bersedia untuk bekerja untuk kebaikan dunia.

Justeru mengenepikan dirinya untuk jawatan itu sambil berkata: “Saya akan terus berada di Malaysia.”

“Tempoh perkhidmatan saya baru sahaja dilanjutkan lima tahun lagi. Saya mahu memastikan peralihan Malaysia menjadi ekonomi maju,” kata beliau.

Mengulas siapa pilihan Malaysia untuk jawatan itu, Zeti berkata, tidak ada perbincangan setakat ini mengenainya antara bank pusat dan Kementerian Kewangan.

“Kami tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan Kementerian Kewangan. Secara tradisinya ia calon Eropah dan besar kemungkinan ia akan terus diterajui tokoh dari Eropah.”

Menurut laporan media semalam, cadangan agar kerajaan Malaysia mencadangkan Zeti Akhtar Aziz dilantik menerajui IMF mendapat sokongan PAS dan DAP.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan kepada kerajaan supaya Zeti dicalonkan menerajui IMF susulan peletakkan jawatan pengarah urusannya Dominique Strauss-Kahn Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berpendapat Zeti mempunyai kelayakan dan berkemampuan untuk memegang jawatan tersebut.


TMI

No comments:

Post a Comment