KUALA LUMPUR 28 Okt - Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen mengemukakan Peraturan Mesyuarat 18(1) berhubung isu hak asasi orang Iban ke atas tanah Native Customary Right (NCR ) yang telah diceroboh oleh sebuah syarikat pembalakan yang mempunyai kaitan rapat dengan adik Ketua Menteri Sarawak, Raziah Mahmud.
Notis itu katanya telah dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam.
Beliau berkata pada 16 Oktober lepas, satu kebakaran berlaku di kem pembalak terletak di kawasan Sebangan, Kuching yang dimiliki oleh Quality Concrete Holding Berhad.
"Pada 20 Oktober, seorang aktivis, Nicholas Mujah dan beberapa orang tua di rumah Iban telah ditangkap oleh pihak polis walaupun langsung tidak ada bukti yang menunjukkan pembabitan mereka dengan kebakaran kem tersebut.
"Beberapa hari sebelum itu, Nicholas dan beberapa orang yang lain telah mendirikan 'blockade' bagi menghalang syarikat tersebut menjalankan pembalakan di tanah NCR, lebih kurang seluas 3,000 hektar di kawasan tersebut," ujar beliau.
Menurut beliau, tujuan mereka mendirikan 'blockade' adalah untuk memepertahankan tanah NCR di mana, Jabatan Hutan Sarawak telah memberikan lesen pembalakan kepada syarikat itu tanpa menghiraukan tuntutan orang Ibang yang menduduki kawasan berkenaan.
"Sedang syarikat tersebut mengaut berpuluh juta ringgit, penduduk yang mendiami kawasan itu dipaksa menerima pampasan sebanyak RM250 untuk satu keluarga bagi menyerahkan hak mereka di mana kebanyakkan mereka tidak rela menerima pampasan tersebut," tambah Chong dalam notis tersebut.
Justeru, peristiwa tangkapan beberapa orang Iban itu telah menarik perhatian media luar negeri kerana ia bukan sahaja melibatkan perampasan tanah NCR orang Iban dan pengambilan sumber negeri Sarawak oleh syarikat yang berkaitan dengan ahli keluarga Ketua Menteri bahkan salah guna kuasa pihak polis untuk menakut-nakutkan mereka yang tidak bersalah.
Oleh Fazli Othman SK
No comments:
Post a Comment