Wednesday, November 10, 2010

Dzul vs Zul di Parlimen; Lidah Zul Kulim memang CELUPAR!

Kerana isu babi, MP PAS diarah keluar Dewan

Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.

Dzulkefly yang berang dengan hujah yang ditimbulkan oleh Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) bahawa bapa budak berkenaan beragama Islam.

Justeru, “tidak wajar” bagi seseorang Islam membawa makanan “haram” ke sekolah.

“Jika bapa budak itu beragama Islam, maka sewajarnya budak itu juga semestinya beragama Islam,” kata Zulkifli.

Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.

Zulkifli kemudian berkata "inilah PAS menggalakkan anak Muslim makan babi".

Kenyataan itu telah mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat dengan Dzulkefly terus membidasnya dengan berkata: "Inilah amalan agama yang paling sempit".

Meskipun diarahkan oleh timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Jaafar, supaya berhenti bertengkar dan duduk, namun Dzulkefly terus membidas bekas ahli parlimen PKR.

Wan Junaidi kemudian mengarahkan supaya Dzulkefly keluar dewan sehingga waktu makan tengahari berahir pada jam 2.30 petang ini.


No comments:

Post a Comment