Wednesday, October 13, 2010

Niat Nik Aziz ke Makkah termakbul tahun ini

SHAH ALAM 13 Okt - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dijangka bakal menunaikan rukun Islam kelima tahun ini selepas hasrat beliau terhalang akibat angkara fitnah Umno-Barisan Nasional yang mempolitikkan rancangannya berangkat ke Makkah tahun lepas.

Menurut sumber, beliau akan berangkat ke Tanah Suci bersama-sama Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra yang akan turut sama menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

Nik Abdul Aziz dijangka akan berangkat ke Makkah awal bulan depan di mana tarikhnya masih belum ditetapkan.

Menurut maklumat yang diterima dari Kuala Lumpur, jadual penerbangan beliau sedang diuruskan oleh pihak Tabung Haji.

Salah seorang kakitangan Tabung Haji memberitahu tarikh pemergian itu adalah sekitar 9 atau 10 November.

Ini bermakna, beliau akan berangkat ke Tanah Suci itu selepas selesainya Pilihan Raya Kecil N45 Galas pada 4 November depan.

No comments:

Post a Comment