Monday, March 15, 2010

"Ukhuwah dan persahabatan antara Pemuda PAS dan anak-anak muda di luar PAS mesti dihidupkan agar kita dapat tolong menolong ke arah kebaikan"

Pemuda PAS cuba tangani masalah anak muda

Rusli Yasmin

AMPANG, 15 Mac : Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, Pemuda PAS akan berusaha sehingga dapat menjiwai anak-anak muda dan cuba menangani masalah yang mereka hadapi mengikut kemampuan yang ada.

"Ukhuwah dan persahabatan antara pemuda PAS dan anak-anak muda di luar PAS mesti dihidupkan agar kita dapat tolong-menolong ke arah kebaikan" katanya ketika merasmikan kempen 'Orang Muda Geng Kita' peringkat Wilayah Persekutuan dan pertandingan bowling Piala Ketua Pemuda, petang semalam.

Gambar: Azman (berkopiah) bersalaman dengan peserta pertandingan.



Menurut beliau, peranan PAS bukan hanya sekadar berpolitik atau bercakap tentang tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan.

"Peranan PAS adalah menyeluruh merangkumi aspek sosial ekonomi dan politik sesuai dengan sifat Islam yang syumul.

"Sebagai contoh Islam menasihati supaya umatnya beriadah dan menjaga kesihatan, maka kita mengadakan aktiviti sukan seperti bowling pada hari ini," tambahnya.

Dengan slogan 'Orang Muda Geng Kita' Pemuda PAS terus berusaha mendekati anak-anak muda dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan bowling yang telah diadakan di Ampang Point petang semalam.

Pasukan Green Tea menjuarai pertandingan bowling itu dengan 1,975 jatuhan pin mengalahkan pasukan MIG di tempat kedua (1,738) dan Kampung Tasek Tambahan di tempat ketiga (1,732).

Saiful Bahari menjadi pemain terbaik kejohanan dengan 602 jatuhan pin.

Hadiah telah disampaikan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan.

Harakahdaily

No comments:

Post a Comment