Wednesday, March 10, 2010

Adakah program anjuran Pakatan Rakyat kini dianggap lebih merbahaya dari kes-kes jenayah ragut, rompak, rogol, bunuh, dadah, curi dan sebagainya yang sepatutnya memerlukan tindakan dan pemantau pihak polis.


PAS WP kesal polis gempur ceramah PR

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Mac : Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan mengecam tindakan pihak polis menggempur Majlis Sambutan Ulang tahun Pakatan Rakyat WP di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 7 Mac lalu.

Penasihat Undang-Undang PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri berkata, tindakan pihak polis yang hadir bersama anggota FRU dan dua trak meriam air bukan sahaja memberi mesej yang sangat negatif terhadap amalan demokrasi di negara ini, malah ia mencabul hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kita kesal dengan tindakan agresif dan biadap pihak polis yang menggempur Majlis Sambutan Ulangtahun Pakatan Rakyat WP.

"Alasan yang diberikan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Abdul Aziz Zakaria bahawa pihak penganjur tidak mendapat permit adalah alasan lapuk yang sangat dangkal dan tidak berasas sama sekali," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Titiwangsa.

Jelasnya majlis sambutan tersebut diadakan di dalam premis persendirian milik Kerajaan Negeri Selangor dan bukannya dibuat di tempat awam yang terbuka.

Apatah lagi program tersebut adalah satu perhimpunan secara aman yang dimulakan dengan majlis jamuan rakyat dan diikuti dengan ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

"Tidak ada langsung unsur-unsur kekacauan dan trafik berjalan dengan sangat lancar sehinggalah kehadiran pihak polis dan FRU yang bertindak ganas dan biadap dengan membelasah beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat sehingga mengalami kecederaan yang teruk," katanya lagi.

Mahkamah Tinggi Kuantan dalam satu kes yang melibatkan pimpinan PAS baru-baru ini telah memutuskan bahawa sebarang program yang dibuat di dalam premis persendirian tidak memerlukan penganjur mendapatkan permit polis.

"Adakah program anjuran Pakatan Rakyat kini dianggap lebih merbahaya dari kes-kes jenayah ragut, rompak, rogol, bunuh, dadah, curi dan sebagainya yang sepatutnya memerlukan tindakan dan pemantau pihak polis," soalnya.

Apa yang menghairankan rakyat katnya ialah dalam himpunan yang dibuat oleh Pemuda UMNO di hadapan Kedutaan Australia dan perarakan serta demonstrasi haram yang dibuat oleh sebuah NGO di Pulau Pinang baru-baru ini, mereka tidak langsung "dijentik" oleh pihak polis.

Malah tambahnya tidak kelihatan pun trak-trak meriam air ataupun tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan haram tersebut walaupun peserta-peserta bertindak liar dengan melakukan pembakaran di atas jalan raya dan membuat ucapan-ucapan yang berbau hasutan dan perkauman.

"Apakah terdapat dua set undang-undang yang berbeza di negara ini? Bilamana ia dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, maka undang-undang yang ketat dan disusuli dengan tindakan yang keras dan ganas akan digunakan.

"Sebaliknya, jika ia dianjurkan oleh pihak yang pro-kerajaan, maka secara automatiknya pelaksanaan undang-undang tadi tidak lagi menjadi penting dan dibiarkan sahaja oleh pihak kerajaan dan polis," soalnya lagi.

Dalam insiden 7 Mac lalu itu, sepasukan anggota Polis dan FRU menyerbu ceramah sempena dua tahun kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan yang diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Akibat sebuan itu, tiga petugas Pakatan cedera, seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka, leher dan kepala.

No comments:

Post a Comment