Tuesday, February 2, 2010

Zambry yang bodoh - Naib Presiden Pas Perak

1 February, Ipoh - Dalam sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat Negeri Perak, ketika ditanya oleh wartawan, Dr. Khairudin selaku naib President PAS Perak menyatakan Zambry mengeluarkan pernyataan yang bodoh apabila beliau mencabar kesemua 28 Adun Pakatan Rakyat untuk meletak jawatan dan diadakan pilihan raya semula di Dun-dun mereka.



Dato' Seri Zambry yang sebelum ini mencabar kesemua Adun Pakatan Rakyat untuk meletakkan jawatan dalam satu sesi temubual di PerakFM juga menyatakan bahawa tidak akan ada pilihanraya di negeri Perak.

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang juga Adun Tronoh, YB S.Sivakumar juga mempertikai kenyataan Zambry kerana cuba untuk mencabar sokongan rakyat di kawasan Pakatan Rakyat. Seharusnya Zambry juga patut mencuba nasib yang sama di kawasan mereka sendiri (BN) jika mereka rasa rakyat masih menyokong mereka.

Dalam sidang media yang sama, Pakatan Rakyat Perak mengumumkan, sempena memperingati Kudeta di Perak, semua Adun Pakatan Rakyat akan mengadakan rombongan kesemua DUN di Perak. Rombongan tersebut akan diadakan pada 6 February 2010 bermula di Pokok Demokrasi. 2 buah bas yang akan membawa kesemua Adun Pakatan Rakyat akan menuju destinasi tertentu untuk menyampaikan sumbangan dan berita berkenaan apa yang terjadi di negeri Perak. Sebuah bas akan menuju ke bahagian utara Perak dan sebuah lagi ke bahagian selatan Perak.

Adun Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs Khalil Idham Lim juga menerangkan isu balak yang disita di kawasan Grik. Beliau bersama dengan beberapa Adun Pakatan Rakyat telah membuat laporan kepada SPRM Perak berkenaan balak yang disita oleh Jabatan Perhutanan. Hasil siasatan awal mereka, balak yang disita itu adalah disebabkan pembalakan yang haram dan juga tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Maka dengan itu, PAS Negeri Perak merasakan ada salahguna kuasa berlaku dalam pemberian tender balak sehingga balak terpaksa disita oleh Jabatan Perhutanan

No comments:

Post a Comment