Monday, February 1, 2010

Nik Aziz : Minyak Kelantan Untuk Kelantan

“Kelantan miskin. Dari dulu sampai sekarang miskin. Tapi manusia undi PAS. Daripada 45 kerusi di Kelantan UMNO hanya baru dapat 6 kerusi. PAS miskin. Perkara-perkara sebegini tolong kirim salamlah kepada UMNO biar dia faham sikit”





Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wang ehsan seharusnya dibayar kepada kerajaan Pusat kerana Kuala Lumpur tidak mempunyai rizab minyak dan bukan sebaliknya.

Bercakap di satu ceramah di Negeri Sembilan semalam, Nik Aziz berkata konsep wang ehsan yang diterima-pakai pemerintah BN bukan sahaja wajar, bahkan tidak masuk akal.

“Minyak Kelantan untuk Kelantan. Kuala Lumpur tidak ada minyak setitik pun. Kuala Lumpur sendiri tidak ada minyak. Dia ambil minyak kita, dia beri ehsan kepada kepada kita. Sepatutnya kita beri wang ehsan kepada dia (Kuala Lumpur).

Kerajaan Pusat menolak rayuan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak atas alasan Kelantan bukan negeri pengeluar minyak kerana bahan galian itu terletak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai Kelantan.

Pakatan Rakyat berpandangan Kelantan berhak kepada royalti minyak sepertimana yang ditetapkan Akta Petroleum 1974.

Nik Aziz menjelaskan tindakan Umno-BN menyekat pemberian royalti minyak kepada rakyat Kelantan menunjukkan pemerintah meletakkan keutamaan pada wang ringgit, bukan rakyat.

“Kelantan miskin. Dari dulu sampai sekarang miskin. Tapi manusia undi PAS. Daripada 45 kerusi di Kelantan UMNO hanya baru dapat 6 kerusi. PAS miskin. Perkara-perkara sebegini tolong kirim salamlah kepada UMNO biar dia faham sikit” katanya lagi.

tvSelangor

No comments:

Post a Comment