Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangguhkan kepada 15 Julai kerana peguam utamanya, Sulaiman Abdullah tidak sihat.
Kes tersebut sepatutnya dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah menerima permohonan pihak peguam pembela berhubung penangguhan tersebut.
Rabu ini, mahkamah akan mendengar sebutan untuk tarikh bagi permohonan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen dari pihak pendakwa bagi membantu kes pembelaannya.
Mahkamah juga akan menetapkan tarikh baru bagi sebutan kes bagi satu lagi permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Hanya selepas kedua-dua permohonan itu selesai didengar, maka mahkamah akan meneruskan dengan perbicaraan kes liwat tersebut.
Menurut Hakim Mohamad Zabidin, sehinggalah kedua-dua permohonan itu selesai, mahkamah tidak boleh memulakan perbicaraan kes tersebut.
Sulaiman tidak sihat sejak Jumaat lalu ketika beliau memohon penangguhan bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan.
Anwar, 61, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful BUkhari Azlan, 23.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lalu.
Anwar yang juga ketua pembangkang mendakwa - sepertimana dalam kes liwat terhadapnya pada 1999 - ini adalah sebahagian daripada konspirasi politik terhadapnya. Pihak berkuasa bagaimanapun menafikannya.
malaysiakini

No comments:
Post a Comment