Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas keganasan yang dilakukan oleh pihak polis semasa sidang Dewan Undangan Negeri 7 Mei lalu dan seterusnya segera meletak jawatan.
Beliau berkata Hishammmuddin sebagai menteri perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan anggota polis yang membawa senjata api masuk ke dalam DUN.
"Saya dan Menteri Besar Nizar sendiri melihat anggota polis membawa pistol ke dalam Dewan. Dewan ibarat rumah kami sebagai wakil rakyat dan tidak ada hak polis masuk ke dalam Dewan apatah lagi membawa senjata api.
"Kalau 7 Mei polis masuk dengan senjata api dan tertembak sesiapa dalam DUN siapa pula akan bertanggungjawab. Kalau hari ini dibenarkan polis masuk bawa senjata satu hari kelak polis juga boleh masuk Dewan dan tembak wakil rakyat.
"Oleh itu adalah wajar Hishammuddin mengambil langkah terhormat denmgan meletak jawatan bagi mengambil tanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh kakitangan polis yang di bawah kementerian beliau," Ngeh berkata.
Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang media 7 Mei lalu di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak di Ipoh mendakwa seramai 400 anggota polis mengepung DUN dan kira-kira 100 anggota telah menceroboh masuk ke dalam Dewan dan melakukan keganasan termasuk mengheret Speaker V. Sivakumar dan mengurung beliau di dalam bilik setor.
Ngeh berkata lagi beliau akan membangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat apabila Parlimen menyambungkan sidang Jun depan.
artikel asal : TVAntara

No comments:
Post a Comment